Вы находитесь на странице: 1из 1

RM540 juta untuk bantuan persekolahan

BATU PAHAT 13 Jan. - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM540 juta bagi diagihkan kepada 4.98
juta pelajar menerusi Bantuan Persekolahan RM100 yang akan mula dilaksanakan Selasa ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah yang akan diagihkan kepada
pelajar di sekolah kerajaan adalah RM498 juta manakala selebihnya adalah untuk pelajar sekolah
swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.
Seramai 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan RM100 yang akan
diagihkan mulai Selasa ini dan dijangka berakhir pada 15 Februari depan.
Pada masa sama, Kementerian Pelajaran masih menunggu baki nama pelajar sekolah-sekolah swasta
dan agama yang masih belum diserahkan," katanya di sini hari ini.
Beliau memberitahu, bagi memastikan kesemua pelajar menikmati bantuan tersebut, semua sekolah
telah diberi arahan supaya tidak membuat sebarang potongan terhadap hutang atau yuran Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG) tanpa persetujuan ibu bapa.
Katanya, ini kerana pihak kementerian mahu memastikan bantuan yang disalurkan kerajaan benar-
benar sampai ke tangan ibu bapa bagi kegunaan persekolahan pelajar.

Вам также может понравиться