Вы находитесь на странице: 1из 19

TUGASAN 1

___________________________________________________________________________
HBEF2703
KO-KURIKULUM
JANUARI 2014
___________________________________________________________________________




NAMA : SURINA BINTI YUB
NO METRIK : 760528086124002
NO KAD PENGENALAN : 760528086124
NO TEL : 0199756684
NAMA TUTOR :EN FADZLY FADZIL B.ABDUL RAHIM
E-MAIL : srnb180@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE
JANUARY 2014



HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

1




Isi Kandungan Mukasurat
1.0.Pengenalan
2
2.0.Tujuan Masyarakat Bermain Permainan Tradisional. 3-4
3.0.Jenis-jenis Permainan Tradisional.
3.1.Permainan Tradisional Masyarakat Melayu. 4-8
3.2.Permainan Tradisional Masyarakat Cina 9-11
3.3.Permainan Tradisional Masyarakat India 12-15
4.0.Kelebihan Dan Manfaat Bermain Permainan Tradisional. 15-16
5.0.Cabaran-cabaran Yang Dihadapi Untuk Mempopularkan
Permainan Tradisional Dalam Zaman Teknologi Sekarang.
16-17
6.0.Kesimpulan 17
Rujukan










HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

2


1.0 PENGENALAN

Tahu kah anda bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai jenis kebudayaaan ?. Masyarakat
berbilang kaum ini mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai
keturunan. Justeru itu apabila kebudayaan ini disatukan pastinya ia akan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap kaum dan keturunan mempunyai adat sehingga
membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong,
mengunjungi saudara dan jiran tertangga serta bermain permainan tradisional .
Permainan tradisional adalah merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi
pada zaman nenek moyang kita sejak dari dahulu lagi. Antara contoh permainan tradisional
yang masih dimainkan sehingga kini ialah permainan gasing, wau ,sepak raga, batu seremban
dan juga congkak. Namun begitu , peredaran zaman yang semakin berubah telah
menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini.
Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu meneruskan tradisi permainan
tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh itu, kepentingan
permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap
terlestari sampai bila-bila.







HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

3


2.0 TUJUAN MASYARAKAT BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL.
2.1 Memastikan Warisan Budaya Terus Terpelihara.
Permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan
bangsa dan negara.Tanpa mengira warna kulit mahupun agama ,permainan tradisional dilihat
sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan .Justeru itu
Permainan tradisional in haruslah disuburkan dalam diri generasi muda ini agar warisan
budaya kita terus terpelihara.

2.2.Mewujudkan Semangat Kerjasama dan saling membantu.
Permainan tradisional mempunyai pelbagai keistimewaannya.Permainan tradisional
dicipta oleh masyarakat pada zaman dahulu dengan pelbagai tujuan dan matlamat yang
tersirat dan tersurat.Permainan seperti wau,tarian naga atau permainan gasing mempunyai
ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat Malaysia.Aktiviti
ini kebiasaanya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang
sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga ,pendapat, dan masa semata mata untuk
memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan .Daripada aktiviti tersebut jelas kita lihat
bahawa telah wujud semangat kerja berpasukan,sedia bertolak ansur, bekerjasama,saling
membantu dan saling memahami diantara ahli dalam kumpulan.
2.3.Menonjolkan kepelbagaian warisan budaya dikalangan rakyat Malaysia.
Apabila sesebuah negara mempunyai pelbagai kaum sudah pastilah pelbagai adat dan
budaya dikongsikan .Begitu juga dengan permainan tradisional.Setiap kaum mempunyai
permainan tradisional masing-masing yang boleh diketengah dan dikongsi antara satu sama
lain.Situasi ini secara langsung akan menonjolkan kepelbagaian warisan budaya dikalangan
masyarakat Malaysia di mata dunia. Keadaan ini juga sangat menarik minat masyarakat luar
untuk lebih mengenali kepelbagaian budaya masyarakat di negara kita. Justeru itu permainan
tradisional haruslah dipupuk dikalangan generasi muda di negara kita ini.
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

4

2.4.Permainan Tradisional sebagai Aktiviti Rekreasi dan mengisi masa lapang.
Bermain permainan tradisional sememangnya aktiviti rekreasi yang menyeronokkan.
Namun, permainan tradisional semakin dilupakan kerana kewujudan permainan yang canggih
seperti permainan video dan komputer. Permainan tradisional banyak kebaikannya.
Antaranya,kita dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional. Selalunya,
kita bermain permainan tradisional pada waktu petang. Jadi, kita dapat berhibur serta
menyihatkan tubuh badan selepas waktu persekolahan atau bekerja dengan bermain
permainan ini. Disamping berseronok kita juga dapat mengeratkah hubungan silaturrahim dan
persaudaraan sesama keluarga dan rakan semasa bermain . Adat bermain ,ada yang
menang,dan ada yang kalah mahupun seri. Hasilnya permainan tradisional ini mampu
dijadikan aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan melahirkan semangat berpasukan yang
tinggi dikalangan pemain.

3.JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIA.
3.1 Permainan Tradisional Masyarakat Melayu.
3.1.1 Permainan Gasing

Permainan gasing merupakan permainan tradisional yang popular di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan..Gasing merupakan sejenis permainan yang
boleh berputar pada paksinya.Pada masa dahulu, gasing dimainkan selepas musim
menuai.Permainan gasing biasanya di pertandingkan antara kampung dan pemenangnya
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

5

dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing diperbuat daripada kayu
bebaru,kemuning,merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan di takik-takikdan
dikikis menjadi bentuk gasing. Tali gasing pula dibuat daripada kulit pokok bebaru.Namun
,pada masa kini tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung
kepada panjang tangan seseorang. Minyak kelapa akan digunakan bagi tujuan melicinkan
pergerakan tali gasing. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu,
gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina kerana saiz yang kecil dan mudah dimainkan.

3.1.2 Permainan sepak Raga

Permainan Sepak Raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan.
Ia bertujuan untuk menguji kecekapan pemain untuk menyepak,menanduk, mendada atau
melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.Permainan sepak raga telah
terkenal bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pada masa itu permainan ini
dimainkan oleh golongan bangsawan sahaja. Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini.
Pada masa sekarang permainan ini lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya
dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah permainan ini telah
dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Bola sepak raga diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa setebal kira-kira dua
atau tiga lapis.
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

6


3.1.3 Permainan Wau

Permainan wau juga dikenali dengan layang-layang .Permainan wau amat digemari
oleh golongan masyarakat kampung dan kanak-kanak. Permainan ini dimainkan sejak kurun
ke 15 lagi. Permainan wau masih digemari dan popular di negeri Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti
wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Namun begitu wau bulan sangat digemari oleh
orang Melayu. Rekaan corak pada wau kebiasanya bermotifkan awan larat.Wau kebiasannya
dihiasi dengan pelbagai warna . Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil
kraftangan dan hiasan dinding







HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

7

3.1.4 Permainan Batu Seremban

Permainan batu seremban juga dikenali sebagai permainan batu selambut atau batu
serembat.Permainan ini selalunya dimainkan pada waktu lapang.Permainan ini kebiasaannya
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya
juga dimainkan secara berkumpulan sama ada seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Permainan ini kebiasaannya menggunakan objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketul batu
yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat. Bilangan alatatau objek
yang biasa digunakan adalah sebanyak lima biji. Objek-objek ini sebut sebagai buah.
Permainan batu seremban ini kebiasaannya dimainkan di serambi rumah,di dalam rumah atau
dimana sahaja asalkan permukaan tempat bermain itu rata.Pemain juga harus duduk diatas
lantai agar permainan ini lebih senang dimainkan. Dalam permainan batu seremban terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan akan dimulakan dari
peringkat pertama yang mudah sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat terats
yang dinamakan buah tujuh.





HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

8


3.1.5 Congkak

Permainan congkak merupakan sejenis permainan melayu tradisional yang amat
disukai oleh kaum wanita dan kanak-kanak khususnya. Permainan ini telah wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah
datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Permainan congkak juga dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun,
bukti tertua yang dijumpai oleh ahli cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National
Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM di Jordan.
Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang digunakan dalam
permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Papan congkak juga boleh
digantikan dengan lubang-lubangnya yang digali di atas tanah. Sementara biji-biji congkak
pula terdiri daripada guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak
mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap
hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan
seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari
kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

9


3.2 Permainan Tradisional Masyarakat Cina.
3.2.1 Go

Go juga dikenali sebagai wiq di dalam bahasa China. Go ialah permainan berpapan
yang dimainkan oleh dua orang. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi
hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji
berwarna hitam dan putih.

3.2.2 Xiangqi

HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

10

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal
dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu
permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan
unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada
bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.
3.2.3 Yo-yo

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz
yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali
yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi
ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.




HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

11


3.2.4 Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.
Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan dengan menggunakan
kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari
dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan
fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun,
hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan
kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi
kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di
padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.
Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak
tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan
tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun
lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh
ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya
akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa
rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah
27mX15m
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

12


3.3 Permainan Tradisional Masyarakat India.
3.3.1 Chatturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di
India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang
bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung
pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam
catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi
epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah
simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain
yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Al al-Mas'd memberi rincian tentang penggunaan catur yakni
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

13

sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan
ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'd juga menunjukkan Ivory di India
merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.

3.3.2.Kabadi


Kabadi merupakan sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional
India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara
Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil
Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini
dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran
gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang
mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah
balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan
meninggalkan padang.
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

14

Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya
sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu
akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian
badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.
Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata
bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir
perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah
berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua
pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.

3.3.3 Permainan Harimau dan Kambing.


Sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh orang berbangsa India dipanggil
Aade-puli-atem'yang bermaksud Permainan Harimau dan Kambing'. Persiapan untuk
permainan ini agak mudah. Alat-alat yang diperlukan ialah sekeping kertas, pena, lima belas
biji saga dan tiga biji asam jawa. Manik-manik atau barangan kecil yang berbeza saiznya juga
boleh digunakan. Pada waktu dahulu, kanak-kanakserta orang dewasa yang berbangsa India
, melukiskan garisan-garisan bagi permainan ini di atas lantai,kaki lima , atau di mana sahaja
yang sesuai. Inilah rupa garisan-garisan bagi permainan ini.Cara permainan ini dimainkan
hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manikyang kecil berperanan
sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besarberperanan sebagai
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

15

harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimaudan
seorang lagi berpihak pada kambing.

4.0 KELEBIHAN DAN MANFAAT BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL
Seperti yang kita maklum permainan tradisonal merupakan permainan tradisi dan
menjadi lambang atau mercu tanda sesuatu kaum dan masyarakat.Penganjuran permainan
tradisional pada masa ini adalah amat-amat diperlukan bagi memastikan kelestariannya
.Permainan tradisional seharusnya mempunyai kelebihan dan manfaat agar tidak terus
dilupakan oleh generasi pada hari ini dan akan datang.Berbagai kelebihan dan manfaat yang
diperolehi dalam penganjuran permainan tradisional ini antaranya permainan tradisional
menjadi alat hiburan, sebagai alat menguji kecerdasan dan keupayaan minda,sebagai produk
pelancongandan merapatkan hubungan dan silaturrahim.
4.1 Permainan Tradisional Mengeratkan persefahaman dan kerjasama.
Permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa
lapang. Permainan tradisional juga dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini
menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan congkak
yang memerlukan dua orang pemain untuk memainkannya dan begitu juga dengan permainan
sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Permainan ini secara tidak langsung
mewujudkan kemesraan dan persefahaman diantara pemain dan lawannya . Tegasnya,
permainan tradisional bukan sahaja menghiburkan malahan dapat mengurangkan stress serta
menyihatkan tubuh badan seseorang.
4.2 Permainan Tradisional sebagai Alat menguji kecerdasan dan keupayaan minda.
Permainan tradisional juga boleh dijadikan sebagai alat menguji kecerdasan minda dan
keupayaan brerfikir dimana ada sesetengah permainan ini memerlukan kita mengira dan
berfikir secara kritis dan kreatif.


HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

16

4.3 Permainan tradisional sebagai Produk Pelancongan.
Memandangkan negara kita merupakan negara yang mempunyai penduduk yang
berbilang kaum maka lebih banyak budaya dan tradisi yang boleh kita persembahkan kepada
masyarakat luar. Keunikan permainan tradisional dari setiap kaum dinegara kita mampu
menjadi platform untuk menarik minat dan keinginan pelancong asing untuk berkunjung ke
negara ini dan seterusnya mengenali dengan lebih dekat budaya kita yang unik ini.Justeru itu
jelaslah bahawa permainan tradisional merupakan salah satu produk pelancongan yang amat
menarik dinegara kita.
4.4.Mengeratkan Silaturrahim dan hubungan.
Pemain yang mempunyai minat yang tinggi terhadap permainan tradisional ini akan
bersama-sama menyumbangkan masa dan tenaga untuk memastikan permainan tradisonal ini
akan terus wujud sampai bila-bila.Contohnya pemain wau dan layang-layang, mereka akan
bersama sama menyumbang tenaga dan kreativiti untuk memastikan pemainan wau ini terus
releven walaupun kita kini berada diabad ke 21.

5.0 .CABARAN CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN
PERMAINAN TRADISIONAL DALAM ZAMAN TEKNOLOGI SEKARANG.
Permainan tradisional sememangnya aktiviti riadah yang menyeronokkan. Namun
begitu permainan tradisional kini berhadapan krisis peminggiran akibat daripada
perkembangan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang
pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah
kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang
merupakan warisan pusaka budaya bangsa.Mereka lebih suka menghadap skrin komputer dan
televisyen berbanding bermain permainan tradisional.
Generasi muda pada masa kini kebanyakannya tidak begitu mengenali permainan
tradisional. Kurangnya usaha dan kempen cintai permainan tradisional dari pihak kerajaan
merupakan salah satu cabaran dalam mempopularkan permainan tradisional ini.Justeru itu
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama
pihak media cetak dan media elektronik perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam
HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

17

mempopularkan permainan tradisional ini semula.Pihak media masa perlu menyiarkan
rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional ini.Selain itu, pihak
ini juga perlu memperkenalkan sejarah dan cara bermain permainan tradisional ini agar ia
lebih dekat dihati generasi muda.
Cabaran yang dihadapi untuk mempopularkan permainan tradisional ini seterusnya
ialah Kekurangan sokongan dari pihak sekolah dalam mempopularkan semula permainan
ini.Pihak sekolah boleh menanam minat murid terhadap permainan tradisional ini dengan
menubuhkan persatuan-persatuan dan kelab-kelab permainan tradisional .Pihak kementerian
pelajaran juga boleh menganjurkan dan memperbanyakkan pertandingan permainan
tradisional dari peringkat sekolah,daerah,negeri sehingga ke peringkat kebangsaan.

6.0 KESIMPULAN
Kepesatan dan kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang
dulunya sangat-sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permaianan
warisan kebanggan kita ini semakin lama kian dilupakan dan hilang bersama peredaran
zaman. Apa yang menyedihkan ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali
permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing ,wau dan
sebagainya. Banyak faedah yang diperolehi dari permainan tradisional ,antaranya
mengeratkan silaturrahim sesama manusia,menyihatkan badan kerana dapat mengeluarkan
peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu negara dapat
mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu produk pelancongan untuk menarik
minat pelancong berkunjung ke negara kita.Justeru iti semua pihak harus dapat memainkan
peranan bagi memastikan permainan tradisional terus kekal selamanya.




HBEF2703
KO KURIKULUM
760528086124

18

RUJUKAN.
1 http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/
2. "Congkak, a game of wits" (dalam bahasa B. Inggeris). Brunei Darussalam
Newsletter. Brunei Darussalam Information Department. 9 Februari 2008. Capaian
18 April 2008.
3."Permainan Tradisional : Congkak". Malaysiana. Perpustakaan Negara

4.http://www.tradisional-bib.blogspot.com/
5.http://puadede.com/v1/permainan-tradisional/

Вам также может понравиться