Вы находитесь на странице: 1из 5

Duhai guru

Pembina Negara Bangsa


Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada
Sebelum saat perpisahan itu menjelma
sebelum detik pemergian itu bermula
berbanyak ucap kasih dan rindu dendam
semoga hari esok berbunga buah kejayaan
bersama sihatnya tubuh badan
bersama kuatnya tindak iltizam
bersama bersihnya hati nurani
dengan jiwa yang tenang
mencerna masa depan.
PENGETUA KAMI YANG DISAYANGIPengetua kami yang disayangi,Engkaulah lilin yang menerangi
kegelapan kala kami gagal mencariTelunjukmu member ertiKesungguhanmu semakin tumbuh di
hati..Untuk terus memimpin kamiAgar menjadi panduan di kemedian hari..Pengetua kami yang disayangi,Di
celah-celah kesibukanmuUsaha menyinar bintang SMKAP tetap seiringMenjadi agenda
dalam semangatmuNama SMKAP semakin tersohor di helaianakhbarKejayaan bersilih kecemerlangan
semakinbanyak SMKAP genggamiKerana engkau sebutir bintang yang unggulterbilangPengetua kami yang
disayangi,Besar sungguh pengorbananmuTidak terbalas kebaikanmuWalaupun jutaan terima kasih kami
ucapkanNamun seolah-olah tenggelam dengan jasamuBaktimu akan sentiasa subur menghijau
diSMKAPKenangan itu tiada akan luput dari kami yang disayangi,Kami gembira, kami
bangga,kami warga SMKAPsangat terharuMemiliki pengetua yanghebat,tegas,bersemangat kentalDan hati yang
begitu tulusDalam membina saat kami masih lagi memerlukan jasamuDi kala masih menagih
bimbinganmuDi kala kami masih mengharapkan baktimuSayang terpaksa pergiPergi
meninggalkan kamiPengetua kami yang disayangi,Langkahmu kami sulamkan doaAgar terus mengecapi sinar
dan kebahagiaanNamun hati kami longlaiLidah kami kelu untuk mengucapkan selamattinggalTapi apakan
dayaSaat dan tikanya sudah tibaSudah menjadi adat..pertemuan dan perpisahanpasti berlaku juaPengetua kami
yang disayangi,Sekali langkahmu glah wajahmuke siniKepada kami warga SMKAPYang
sentiasa merindui lawatanmuKami tidak akan lupa pada pengorbananmuSemangatmu akan terus bercambah di
siniKerana engkau tetap di hati kami.Engkaulah pengetua kami yang Chim Siew
Wai!!!!Nukilan: Pn Zulkhairul Othman
MAJLIS PERSARAAN


Bismillah. Alham dulilliah.....

1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh
2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad
3. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum
6. Guru-guru Kanan Bidang,
7. Guru-guru cemerlang
8. Barisan guru mithali smt dsmz,
9. Dan para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati sekelian

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Ismail B Mohamad DAN
MAJLIS PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Mohon doa kupohon tuhan
Semoga Majlis peroleh keberkat

Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis mempersilakan Uz.
Jaini Bin Saiman untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Bacaan Doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

******************************************************************************
*******************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin
Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian

Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en ismail b mohamad di
perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini, beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah
yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun nov 1978. Bapa kepada 3 orang anak hasil
perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn Ani Bt mat jan ini sangat penyayang dan
gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur
keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan
tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau
bersara dari sektor perkhidmatan awam.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin yang di hormati sekelian,

Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah berikutan perpindahannya di
atas kenaikkan pangkat. Pn hamidah mohd telah pun berhijrah di SMK Durian Tunggal. Majlis
dengan sukacitanya merakamkan sekalung tahniah di atas penghijrahan puan. Ibu kepada 8 orang
anak ini merupakan insan yang sentiasa di senangi oleh warga teknik berikutan sifatnya yang
penyayang dan bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan padu suami tercinta en
saat b bakar, menjadikan pn hamidah menyahut cabaran untuk menjawat tugas lain yang lebih
mencabar. Warga teknik dengan sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti
yang dicurahkan selama hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi puan kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Oleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di
dalam lipatan sejarah kalian berdua.



Warga dewan yang di rahmati sekelian,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ,
tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************************************ucapan Tn
pengetua*************************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn
Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Yang berusaha dan hadirin sekelian

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b mohamad untuk
memberikan ucapan, dipersilakan
******************************************************************************
*******************************
Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...


Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat,
Kerang berjemur dengan lokan;
Bagaimana nabi kasihkan umat,
Begitulah kami kasihkan tuan.


Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk memberikan ucapan.
Majlis mempersilakan....
******************************************************************************
*******************************
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah memberikan ucapan


Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tanjung Katong airnya biru,
Tempat mandi si dara jelita;
Sama sekampung lagikan rindu,
Inikan lagi jauh dimata

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Warga dewan yang dikasihi,

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis sukacita dan
berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan
dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menjemput
dan mengiringi en ismail b mohamad untuk menerima hadiah dan cenderamata.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...

******************************************************************************
*******************************
Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk menerima
tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin, dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah atas
penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,

Ada pasang ada surutnya
Ada pangkal ada hujungnya
Ada hulu ada hilirnya
Ada pertemuan ada perpisahannya
Ada hilang ada gantinya
Ada awal ada akhirnya

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainya
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Yg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga
ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga teknik
datuk seri mohd zin yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau
tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.


Harum baunya Si bunga cengkih
Dibawa orang dari ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI


Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu kehormat untuk mengiringi yang
dirai En ismail dan pn hamidah ke bangunan bulat bagi menyempurnakan perarakan beramai-
ramai menaiki Jeep Khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir, majlis
dipersilakan.
Para Pelajar di minta berdiri

Вам также может понравиться