Вы находитесь на странице: 1из 59

Untuk Pelajar Malaysia di

Sydney & NSW



Malaysian Postgraduate Students Association of NSW
Survival Kit MyPSA
1

AUSTRALIA
&
UNIVERSITI DI NSW



Survival Kit MyPSA
2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT
1 HI MATE! 3
Mengenai Australia 3
Budaya Australia 4
Ayat-ayat Yang Lazim Digunakan 6
2 HUBUNGAN UTAMA 7
Malaysia Hall 7
Education Malaysia 8
Majlis Amanah Rakyat 9
Kedutaan Malaysia 10
3 PERSATUAN BERSEKUTU DAN LAMAN SESAWANG BERGUNA 12
Laman Sesawang Lain 13
4 KEDIAMAN 14
Malaysia Hall 14
Memilih Rumah Sewa 15
Tips Untuk Berjaya Mendapatkan Kontrak Sewa Rumah 16
5 KEPERLUAN ASAS 20
6 PELAJAR ISLAM (MAKANAN HALAL & MASJID) 23
7 PENGANKUTAN AWAM 27
Jaringan Keretapi 27
OPAL Card (Touch n Go) 28
8 PENGURUSAN KEWANGAN 29
Bank 29
Tips Berjimat (Tambahan) 30
9 MEMBELI KENDERAAN 35
Membeli Kereta 37
10 PERCUTIAN 44
11 KECEMASAN 57




Survival Kit MyPSA
3

HI MATE!!

Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda berpeluang untuk berada di bumi
Australia! Hi Mate! merupakan ucapan yang sering diucapkan oleh warga Australia.
Oleh itu, untuk menyambut kedatangan anda, Malaysian Post-Graduate Sydney
Association (MyPSA) mengucapkan Selamat Datang! dan Hi Mate!

Mengenai Australia

Australia merupakan sebuah negara yang unik kerana ia merupakan sebuah benua yang
membentuk sebuah negara berbanding dengan benua-benua lain yang terdiri daripada
pelbagai negara. Australia merentasi tiga garisan zon waktu dan mempunyai dua jenis
musim; empat musim iaitu musim panas, luruh, sejuk dan bunga di bahagian selatan
Australia, dan musim tropika yang terdapat pada bahagian utara Australia. Australia
terdiri daripada tujuh buah negeri iaitu New South Wales (NWS), Victoria (Vic),
Tasmania (Tas), South Australia (SA), Western Australia (WA), Northern Territory
(NT), dan Queensland (Qld). Ibu negara Australia terletak di dalam negeri NSW iaitu
Canberra (Australian Capital Territory; ACT). Walaupun Australia merupakan sebuah
negara yang amat besar tetapi ia hanya mempunyai populasi yang berjumlah sekitar 23
juta orang sahaja pada 2013.

Negeri NSW merupakan negeri yang mempunyai populasi yang terbesar berbanding
daripada enam negeri lain. Malah NSW merupakan negeri kepada Bandar termaju di
Australia iaitu Sydney. Sydney juga merupakan ikon kepada Australia di mata dunia yang
Survival Kit MyPSA
4

mana ia menempatkan Opera House dan Darling Harbour yang sering menghiasi gambar
mengenai Australia. Ia juga menempatkan beberapa universiti bertahap 200 dunia seperti
University of Sydney dan University of New South Wales,. Malah ia juga menempatkan
universiti-universiti lain yang masih berkelas dunia seperti Macquarie University,
University of Technology Sydney, University of Wollonggong, University of Newcastle,
University of Western Sydney, dan University of New England. Oleh itu anda harus
berbangga dengan peluang yang anda perolehi dengan menjejakkan kaki anda ke Sydney!

Budaya Warga Australia

Australia merupakan sebuah negara yang makmur! Oleh yang demikian anda boleh
menjangkakan sebahagian budaya yang berbeza dan sebahagian yang serupa dengan
Malaysia. Di dalam survival kit ini anda akan diberitahu mengenai budaya penduduk di
Australia

1. Orang Australia adalah peramah: Walaupun pada mulanya orang Australia kelihatan
agak sombong tetapi apabila anda menegur mereka, mereka boleh menjadi sangat
mesra dan ramah. Malah kadang-kala mereka akan memulakan perbualan dengan anda
dan mampu berbual dengan lebih panjang lebar. Oleh itu jangan terkejut apabila
mereka mengajak anda berbual di dalam keretapi atau bas.
2. Orang Australia merupakan masyarakat yang berdisiplin: mereka amat menepati
waktu. Istilah menepati waktu bagi mereka ialah berada tepat pada masa yang
ditetapkan; bukan terlalu awal atau lewat. Oleh itu jika anda telah berjanji untuk
berjumpa pada pukul 1 tengahari tidak perlulah anda ingin berada awal seperti pada
Survival Kit MyPSA
5

jam 12.30 tengahari atau lewat seperti jam 1.30 petang kerana mereka tidak akan
ada lagi pada waktu tersebut!
3. Kadar jenayah yang rendah: Ini bukan bermaksud tiada jenayah. Tetapi anda boleh
merasai suasana selamat dan aman jika berjalan berseorangan di Bandar. Jenayah
seperti ragut amat kurang kerana warga Australia menikmati taraf hidup yang tinggi.
Walaubagaimanapun, anda masih harus berhati-hati terutama apabila berjalan pada
waktu tengah malam. Mungkin jenayah yang paling merisaukan adalah masalah mabuk,
tetapi ia hanya berlaku pada tengah malam kerana Sydney mempunyai undang-undang
larangan pengambilan alcohol secara terbuka dan pada siang hari di tempat awam.
4. Warga Australia merupakan masyarakat yang asertif: mereka akan menyatakan apa
yang mereka tidak suka atau apa yang mereka suka. Mereka akan meluahkan perasaan
secara terang-terangan. Malah mereka akan menunjukkan perasaan mereka dengan
terperinici dan mungkin dirasakan kasar oleh anda. Oleh itu jika anda melanggar
peraturan seperti memotong barisan, bersedialah untuk ditegur!
5. Warga Australia meminati aktiviti lasak dan mencabar: mereka bukan ulat buku.
Mereka gemar untuk melakukan aktiviti riadah seperti berada di pantai, aktiviti
bush-walking, dan senaman. Oleh itu tidak menghairankan jika pada waktu petang
sewaktu orang pulang daripada kerja anda akan melihat orang berbasikal di jalan raya
atau berjoging, mereka sebenarnya hendak pulang dari kerja!
6. Sydney merupakan bandar masyarakat majmuk: Anda mungkin berfikir yang anda
berada di Sydney maka anda hanya akan melihat mat-saleh di mana-mana. Tetapi
sebenarnya anda akan berjumpa dengan pelbagai bangsa seperti Cina, Arab, India,
Vietnam, Pakistan, Bangladesh, Indonesia malah Malaysia! Oleh itu jangan segan
untuk menegur orang Malaysia!
Survival Kit MyPSA
6

Ayat-Ayat Yang Lazim Digunakan

Ace! = Terbaik, cemerlang
Aussie = Singkatan bagi Orang
Australia
Bushfire = kebakaran hutan/belukar
Bushranger = orang yang melanggar
peraturan
BYO = Bring Your Own (selalunya
terdapat pada restoren atau kedai yang
tidak mempunyai lesen khas)
Chemist = Farmasi
Come good = dalam berkeadaan baik
Cut Lunch = hanya memakan sandwich
GDay! = Hello!
Hols = Singkatan bagi Holiday
(percutian)
Lay-by = membeli secara ansuran, tetapi
barangan hanya boleh diambil setelah
habis pembayaran.
Maccas = Singkatan bagi MacDonalds
Mate = Rakan, Sahabat
No Worries = Tiada masalah (ungkapan
selalunya sebagai ucapan sama-sama
untuk terima kasih)
O.S. = Singkatan bagi Oversea
Oz = Singkatan bagi Australia
Rego = pendaftaran kenderaan, cukai
jalan
Mereka juga gemar menggunakan singkatan bagi sesuatu perkataan penuh seperti
tempat Parramatta kepada Para, ikan siakap Barramundi kepada Barra,
Hot Water Bottle kepada Hottie. Tetapi anda perlu memastikan dahulu
setiap perkataan yang mereka singkatkan. Jangan reka singkatan sendiri!
Mereka juga sering memulakan ucapan (terutama di kaunter pembayaran) dengan
ayat berikut: Hi, how are you?

Sudah bersedia untuk menjadi sebahagian daripada penduduk Australia?
Survival Kit MyPSA
7

HUBUNGAN UTAMA

Semasa anda berada di Sydney malah sebelum anda berada di Sydney, and perlu
mengetahui siapa yang perlu dihubungi untuk sedikit-sebanyak membantu anda. Oleh itu,
kami di MyPSA memberikan senarai penting bagi anda untuk berhubung

1. Malaysian Hall

Keterangan: Malaysian Hall boleh dikatakan sebagai tempat rujukan utama pelajar
Malaysia malah tidak salah jika dikatakan sebagai rumah untuk pelajar Malaysia.
Kebanyakan aktiviti persatuan pelajar Malaysia akan diadakan di Malaysia Hall
Warden: Puan Rohani (Kak Nani)
Email : myhallsydney@msda.org.au
: myhallsydney@ema.org.au
Alamat: 2A, Alison Road, Randwick NSW 2031, Australia
Tel : (02) 9399 9970



Survival Kit MyPSA
8

2. Education Malaysia

Keterangan: Education Malaysia menempatkan pegawai-pegawai daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan di
bawah satu bumbung. Oleh yang demikian, bagi pelajar tajaan JPA dan Universiti
anda perlu untuk mendaftarkan diri di sini bagi memudahkan anda untuk dihubungi.
Pegawai JPA: En. Shahrezan Md. Sheriff (JPA Student Advisor)
Email : jpa_advisor@yahoo.com.au
Tel : (02) 9327 7796
Pegawai-pegawai JPT : En. Mohammed Khidzairy Zainal Abidin (Atese)
Email : khidzairy@ema.org.au
: Puan Salina Sa-idul Haj (Atese)
Emai : shsalina@ema.org.au
: En. Mohammad Azziyadi Ismail (Atese)
Email : azziyadi@ema.org.au
: Puan Zaini Ismail (penolong akauntan)
Email : zaini@ema.org.au
Alamat: 67 Victoria Road, Bellevue Hill New South Wales 2023
Email Umum: contact@ema.org.au
Survival Kit MyPSA
9

Tel Umum : (02) 9327 7565
Website : www.ema.org.au

3. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Keterangan: Pejabat MARA adalah satu entiti penting bagi pelajar tajaan MARA
untuk menghantar borang pendaftaran pelajar dan lain-lain dokumen yang diperlukan
MARA untuk memudahkan urusan yang akan datang. Walaubagaimanapun, buat masa
kini pejabat MARA berada di tempat yang berasingan daripada lain-lain jabatan
tajaan.
Pegawai MARA : En. Shazali Salleh (Director)
Email : maradaustralia@yahoo.com
: Puan Munirah Husain
Email : maradsydney@yahoo.com
Alamat: Suite 1502, Level 15, Shop 4&5, 665-667 Anzac Parade, Maroubra,
2035 Sydney, NSW
Tel : 04 7818 0448
Website: www.mara.gov.my







Survival Kit MyPSA
10

4. Kedutaan Malaysia

Keterangan: Kedutaan Malaysia amat penting bagi pengurusan pembaharuan passport
atau pendaftaran anak yang baru dilahirkan (dilahirkan di Australia). Malah sebarang
perkara kritikal seperti kehilangan kad pengenalan atau surat beranak perlu
menghubungi kedutaan Malaysia.
Email: immigration@malaysia.org.au (Mengenai perkara imigrasi)
Email: consular@malaysia.org.au (mengenai passport, surat beranak, sijil kahwin dan
lain-lain)
Email Umum: malcanberra@malaysia.org.au
Alamat: 7, Perth Avenue, Yarralumla, ACT 2600
Tel: (02) 6120 0300/310
Website: www.malaysia.org.au

5. Terjemahan Lesen Memandu
Terjemahan lesen memandu Malaysia juga boleh dibuat secara percuma (bagi pelajar
sehaja) melalui email untuk membolehkan anda memandu secara sah di Australia.
Borang permohonan boleh di muat turun melalui laman web Education Malaysia
Autralia (EMA)
Survival Kit MyPSA
11

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
i) Borang permohonan
ii) Imbasan lesen memandu Malaysia depan dan belakang
iii) Imbasan lesen memandu lanjutan depan dan belakang
iv) Imbasan kad pelajar
v) Imbasan passport atau kad pengenalan
Email: contact@msda.org.au

















Survival Kit MyPSA
12

PERSATUAN BERSEKUTU DAN LAMAN SESAWANG BERGUNA

Malaysian Sudents Council of Australia (MASCA)

MASCA merupakan badan berpusat dan terbesar bagi pelajar Malaysia di Australia.
MASCA merupakan badan yang diiktiraf oleh Education Malaysia dan Kerajaan Australia.
MASCA bertanggungjawab ke atas semua pelajar Malaysia di Australia tidak kira samada
pra-siswazah ataupasca-siswazah. Walaubagaimanapun ia dipecahkan mengikut negeri untuk
memudahkan pengurusan seperti mempunyai cawangan di NSW.
Laman Sesawang : http://masca.org.au/
: https://www.facebook.com/masca.nationalcouncil

Malaysian Sudents Council of Australia (New South Wales)

MASCA NSW merupakan badan induk yang memayungi semua persatuan pelajar Malaysia
di New Sauth Wales. Melalui laman sesawang MASCA NSW, anda boleh mencari
persatuan pelajar yang berkaitan dengan anda sepert jika anda belajar di University of
Survival Kit MyPSA
13

Sydney anda boleh menjumpai rangkaian persatuan pelajar yang berkaitan seperti Sydney
University Association of Malaysian Students (SUAMS) dan Persatuan Pelajar Muda
Sydney (PPMS) melalui laman sesawang MASCA NSW. Anda juga boleh mendapatkan
maklumat dan aktiviti yang akan dianjurkan untuk pelajar melalui laman sesawang dan
facebook MASCA.
Laman sesawang : http://mascansw.com/
: https://www.facebook.com/mascansw

Malaysian Postgraduate Students Association of NSW (MyPSA)

MyPSA merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mewakili suara pelajar pasca-
siswazah di NSW. MyPSA merupakan badan yang terdiri daripada sukarelawan yang
bertindak merancang aktiviti berkaitan untuk pelajar pasca-siswazah, menyalurkan
sebarang bantuan yang mempu diberikan seperti khidmat nasihat, dan membawa isu
pelajar pasca-siswazah kepada MASCA untuk dipanjangkan ke Education Malaysia dan
Kerajaan Malaysia.
Laman Sesawang : https://www.facebook.com/groups/110331728991134/?fref=ts

Laman Sesawang Lain Yang Berguna

Pasar Online Sydney
https://www.facebook.com/groups/245157125616711/?fref=ts
Survival Kit MyPSA
14

MARA Office Australia
https://www.facebook.com/groups/114933795200352/?fref=ts
Perkhidmatan Kurier, Penghantaran Kapal dan Aktiviti Lasak
http://www.koala-belang.blogspot.com.au/
https://www.facebook.com/KoalabelangPL

KEDIAMAN
Mencari kediaman semasa pengajian di Sydney merupakan antara cabaran terbesar bagi
pelajar Malaysia terutama bagi mereka yang telah berkeluarga. Banyak perkara yang perlu
dipertimbangkan dalam mencari dan memilih kediaman yang bersesuaian. Di Sydney,
urusan untuk menyewa kediaman perlu dilaksanakan ketika pelajar berada di Sydney.
Urusan dan proses untuk menduduki sesebuah kediaman tidak boleh dibuat ketika pelajar
masih berada di Malaysia. Ini adalah mengapa para pelajar yang tiba di Sydney sering
menghadapi masalah dalam mencari tempat tinggal. Walaubagaimanapun, pencarian
tempat tinggal boleh dibuat di Malaysia melalui merisik laman sesawang yang berkaitan
atau menghubungi pelajar-pelajar Malaysia yang telah berada di Sydney.

Malaysia Hall

Malaysia Hall merupakan tempat pertama yang perlu dihubungi oleh pelajar Malaysia
seawal tiga bulan sebelum berangkat ke Australia. Malaysia Hall merupakan tempat
penginapan kecemasan sementara anda mencari kediaman luar yang bersesuaian. Anda
perlu menempah bilik penginapan di Malaysia Hall melalui laman sesawang Malaysia Hall.
Tempoh yang dicadangkan adalah antara dua minggu sehingga sebulan kerana proses
Survival Kit MyPSA
15

memilih rumah sewa dan penyediaan kontrak rumah sewa agak memakan masa. Semasa
menginap di Malaysia Hall, anda perlu menjadi proaktif dalam mencari rumah sewa. Anda
juga boleh memohon untuk menjadi residen (menetap) di Malaysia Hall sebagai tempat
tinggal anda bergantung kepada kekosongan kerana persaingan yang tinggi

Memilih Rumah Sewa

Anda boleh mencari rumah sewa melalui pelajar Malaysia yang telah berada di Sydney
seperti senior di Universiti yang sama dengan anda (malah termasuk pelajar pra-
siswazah). Kemungkinan ada pelajar Malaysia yang hampir tamat pengajian dan rumah
sewa yang mereka duduki mungkin boleh dialih-sewa kepada pelajar baru. Tambahan
mungkin terdapat pelajar yang ingin mencari rakan serumah bagi berkongsi sewa rumah
untuk mengurangkan beban kewangan untuk membayar sewa. Ia merupakan satu langkah
alternatif bagi pelajar baru untuk mendapatkan tempat tinggal. Ini kerana sewa di
Sydney agak tinggi berbanding lain-lain tempat terutama bagi mereka yang menetap di
pusat Bandar Sydney (Sydney CBD).

Cara lain bagi anda untuk mencari rumah sewa adalah dengan menghubungi pelajar di
Sydney melalui facebook. Antara laman facebook yang berguna untuk pelajar baru mencari
rakan seuniversiti untuk membantu ialah:
Laman web persatuan pelajar di universiti masing-masing. Sila rujuk:
http://mascansw.com/

Survival Kit MyPSA
16

Selain itu anda boleh melayari laman sesawang berkaitan yang membolehkan pelajar untuk
mencari rumah sewa yang lebih sesuai terutama bagi mereka yang berkeluarga. Oleh itu,
laman sesawang berikut amat membantu:
www.realestate.com.au
www.realestateview.com.au
www.domain.com.au
www.nestoria.com.au
www.gumtree.com.au

Tips Untuk Berjaya Mendapatkan Kontrak Sewa Rumah

1. Fikir mengenai kemudahan pengangkutan dan kadar sewa berbanding memikirkan
mengenai tempat yang dekat: Jika boleh anda harus mencari rumah yang berdekatan
dengan stesen keretapi. Ini kerana keretapi lebih cepat dan lebih efisyen daripada
bas. Malah, ruang lingkup jejaran bagi keretapi lebih luas dan jauh berbanding bas.
Oleh itu anda boleh mencari kediaman yang lebih murah sewa kerana jauh daripada
pusat Bandar. Malah, stesen keretapi selalunya terdapat di tengah-tengah pekan dan
Bandar kecil oleh itu anda akan mendapat manfaat dan kemudahan lain seperti pasar-
raya, bank dan kedai-kedai. Malah ia menjimatkan anda kerana tidak perlu membeli
kereta kerana pengangkutan awam sudah memadai tambahan dengan sewa rumah
yang lebih murah adalah satu bonus.

2. Fikir mengenai kemudahan dan keselesaan dalam komuniti: Ini penting terutama bagi
pelajar Islam kerana mudah untuk mencari makanan halal dan masjid. Antara Bandar-
Survival Kit MyPSA
17

bandar yang bersesuaian adalah Lakemba, Punchbowl, Bankstown, dan Auburn kerana
ia merupakan antara komuniti Islam terbesar di Sydney. Walaupun mengikut peta ia
jauh daripada Sydney tetapi dengan jaringan keretapi yang efisyen ia amat
bersesuaian. Sebagai contoh, Auburn mempunyai jarak hampir 20km tetapi
memerlukan hanya 30 minit untuk sampai ke University of Sydney melalui keretapi
berbanding di Maroubra yang mempunyai jarak hanya 9km tetapi memerlukan hampir
sejam untuk tiba di University of Syndey dengan menaiki bas. Antara lain,
kemudahan seperti masjid dan kedai boleh dilakukan dengan hanya berjalan kaki atau
berbasikal (malah ia lebih sihat berbanding memandu kereta).

3. Penginapan dan asrama universiti merupakan satu pilihan alternatif: Tetapi ia
selalunya lebih mahal dan kurang privasi berbanding menyewa di luar. Malah,
sesetengah universiti tidak menyediakan kemudahan penginapan yang bersesuaian bagi
pelajar yang berkeluarga. Penginapan di universiti memudahkan pelajar untuk
menghadiri kuliah tetapi ia tidak disyorkan kerana sumber kewangan yang terhad.

4. Mencari rumah sewa secepat mungkin: Lebih cepat lebih baik peluang anda untuk
menetap di kediaman baru. Anda harus membuat temu janji dengan agen hartanah
untuk melihat dan memeriksa keadaan rumah sewa yang anda ingini. Oleh itu ia
melibatkan persaingan dengan orang lain yang berpotensi menginginkan rumah sewa
tersebut. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan:

a) Cari rumah sewa yang anda ingini melalui laman sesawang di atas dan lihat pada
rumah tersebut mengenai tarikh dan waktu pemeriksaan (open inspection) atau
Survival Kit MyPSA
18

anda perlu menghantar email kepada agen rumah tersebut untuk membuat
temujanji pemeriksaan (perkara ini anda boleh lakukan seawal sebelum anda
berangkat ke Sydney). Sila hadir pada masa dan waktu yang ditetapkan.
b) Siapkan dokumen-dokumen sokongan untuk anda berjaya dalam perebutan rumah
sewa tersebut. Anda perlu menyediakan salinan dokumen-dokumen berikut:
i) Penyata kewangan bank anda di Australia dan Malaysia (lebih banyak wang
yang anda ada lebih bagus). Jika boleh semua akaun yang anda ada
(Contohnya: CIMB, Maybank, ASB, dan Tabung Haji). Ini termasuk juga
ahli keluarga yang lain
ii) Surat Tawaran Universiti
iii) Salinan Surat Biasiswa termasuk butiran elaun (elaun sara hidup dan elaun
keluarga)
iv) Salinan Passport dan Vsa anda dan ahli keluarga (jika ada)
v) Salinan surat beranak (buat terjemahan yang disahkan sejak dari Malaysia)
vi) Salinan insuran dan kad insuran (sila dapatkan daripada awal melalui
syarikat insuran yang dilantik oleh anda/universiti)
vii) Surat sokongan daripada penyelia (ada lebih baik)
viii) Surat Pemula (Cover Letter). Sila nyatakan dengan ringkas bahawa anda
adalah pelajar, mempunyai biasiswa oleh itu mempunyai sumber kewangan
yang stabil, butir-butir yang dirasakan sesuai untuk memujuk dan
meyakinkan agen dan tuan rumah seperti anda mampu membayar sewa
untuk tiga bulan pertama sekaligus (lump-sum), dan anda terdesak untuk
mendapatkan rumah sewa!
Survival Kit MyPSA
19

c) Dokumen tersebut perlu anda lampirkan bersama borang permohonan untuk
menyewa. Borang tersebut boleh anda perolehi daripada agen semasa hari
pemeriksaan rumah, atau daripada pejabat agensi hartanah tersebut, atau melalui
muat-turun daripada laman sesawang agensi hartanah tersebut (tetapi tidak
semua agensi mempunyai kemudahan muat-turun).
d) Cari sebanyak mungkin rumah sewa kerana anda mungkin tidak berjaya untuk satu
rumah disebabkan persaingan yang tinggi. Lebih banyak lebih baik kerana peluang
anda akan lebih cerah.
e) Jika anda memang berkenan terhadap sesebuah rumah dan anda memang ingin
mendapatkannya, maka anda boleh beritahu kepada agen yang anda sanggup
membayar lebih tinggi daripada harga sewa yang ditawarkan (sebagai contoh anda
sanggup membayar AUD270 seminggu berbanding harga tawaran sewa sebanyak
AUD260 seminggu).
f) Anda boleh membuat salinan tambahan melalui mesin fotostat di Malaysia Hall
yang mana lebih murah berbanding di kedai luar.

5. Sentiasa menggunakan Google Maps semasa mencari rumah sewa: Ini bagi membantu
anda untuk mengetahui jarak di antara rumah sewa dengan bandar dan kemudahan
keretapi. Ini membantu anda untuk menyaring pemilihan rumah sewa.

6. Jangan takut untuk menjadi berbeza daripada yang lain: Anda tidak perlu risau atau
takut untuk memilih rumah sewa berlainan tempat daripada pelajar lain. Ini kerana ia
untuk keselesaan dan kemudahan anda. Malah ia mungkin merupakan pilihan yang
anda gemari kelak.
Survival Kit MyPSA
20

7. Setelah anda berjaya mendapatkan rumah sewa, anda perlu menanda-tangani Kontrak
Sewaan (Tenancy Agreement) dengan agensi hartanah bagi rumah sewa tersebut
mewakili tuan rumah. Kemudian anda perlu berbincang dengan agen untuk membuat
penyambungan dan pemasangan elektrik, air, gas dan internet.

KEPERLUAN ASAS

Keperluan asas seperti pakaian, peralatan kendiri, dan bahan mentah amat penting bagi
manusia. Walaubagaimanapun, semua perkara tersebut melibatkan perbelanjaan kewangan.
Oleh itu, MyPSA memberikan sedikit tips dan panduan untuk membantu pelajar untuk
berjimat disamping memperolehi kualiti hidup yang baik.

1. Barang-barang seperti pakaian, dan barangan elektrik boleh anda dapati melalu
beberapa gedung pasaraya terkenal di Australia. Pasaraya yang sering menjual
barangan baru dengan harga berpatutan adalah seperti:
a)
b)
c)

2. Jika anda adalah jenis yang tidak kisah memiliki barangan terpakai atau second-
hand maka anda boleh mendapatkan barangan-barangan yang diingini melalui
beberapa tempat.
a) Garage Sale: Ia merupakan jualan peribadi yang mana seseorang itu menjual
barang-barang di rumahnya. Barang-barang yang dijual meliputi barang-barang
Survival Kit MyPSA
21

rumah seperti perabot, perkakas, alatan elektrik, pakaian dan pelbagai barangan
lain. Garage sale sering dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Anda boleh mebuat
tawar-menawar ketika membeli. Anda boleh mencari garage sale berdekatan
tempat anda melalui www.gumtree.com.au atau ketika anda berjalan-jalan di
sekitar kawasan perumahan ketika hari minggu terutama pada waktu pagi.
b) Charity Shop: kedai kebajikan sepeti Salvation Army dan Vinnies menjual
barangan-barangan terpakai merangkumi pelbagai jenis daripada pakaian, buku,
sehingga pelbagai jenis perabot. Harga barangan biasanya lebih murah daripada
barangan baru dan kualiti barangan ditahap memuaskan. Walaubagaimanapun,
harga barangan mungkin boleh menjadi lebih tinggi daripada barangan baru
bergantung kepada kualiti barangan.
c) Laman Sesawang: Penggunaan internet merupakan satu tindakan yang
bermanfaat. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan dan barangan mungkin
dihantar melalui pos atau perkhidmatan penghantaran (mungkin terdapat caj
tambahan), atau anda perlu mengambil sendiri barang tersebut (Collect on
Demand; COD). Ataupun anda boleh menghubungi pelajar Malaysia untuk menjual
barangan mereka yang sedia ada. Laman web yang disarankan ialah:
i) Pasar-online Sydney (facebook)
ii) www.gumtree.com.au
iii) www.ebay.com.au
d) Kutip: Anda boleh mengutip barangan yang diletak di hadapan rumah atau di tepi
jalan. Malah, ada sebahagian barangan yang mempunyai kondisi yang baik dan
masih dalam keadaan sempurna terutamanya perabot. Jika anda bernasib baik
anda boleh dapat sebuah sofa, almari, cabinet atau basikal. Mengutip barangan
Survival Kit MyPSA
22

yang dibuang oleh orang lain bukanlah sesuatu yang janggal di Sydney. Ini kerana
warga Australia menikmati taraf hidup yang tinggi membolehkan mereka kerap
untuk membeli dan mengganti pelbagai barangan. Ini merupakan langkah yang
paling jimat. Oleh itu jangan segan untuk mengutip barangan. Jika segan tunggu
sehingga waktu tiada orang.

3. Sentiasa membuat perbandingan: Anda harus menjadi pengguna yang bijak. Ambillah
sedikit masa untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu kerana ia
berbaloi. Sentiasa pergi ke pelbagai kedai di sekitar kawasan anda untuk mengetahui
perbezaan harga. Barangan mentah boleh dibeli di pasaraya besar dan popular di
Australia. Selalunya pasaraya-pasaraya ini berada berdekatan yang memudahkan anda
untuk membuat perbandingan harga. Antara pasaraya yang terkenal ialah:
a)
b)
c)
d)

4. Tunggu sehingga Jualan Murah (SALE): Pasaraya-pasaraya dan gedung-gedung
membeli belah seperti Coles, Woolworth, IGA, Big W, K-Mart, dan Sams sering
membuat jualan murah untuk menghabiskan stok terhadap pelbagai barangan daripada
makanan, keperluan rumah, malah perabot yang amat membantu anda berjimat
kerana harga yang diberikan agak jauh berbeza berbanding harga asal.

Survival Kit MyPSA
23

PELAJAR ISLAM (MAKANAN HALAL DAN MASJID)

Mencari makanan halal di Sydney tidaklah semudah di Malaysia. Antara masalah yang
dihadapi ialah tidak mengetahui adakah makanan yang dijual halal atau tidak kerana
peniaga jarang mempamerkan logo Halal. Walaubagaimanapun terdapat beberapa cara
untuk mencari makanan halal di Sydney.

1. Cari tanda atau perkataan HALAL: selalunya perkataan halal ditulis kecil pada
papan tanda utama kedai. Jika tidak terdapat tanda halal di luar kedai selalunya
tanda halal atau salinan sijil halal terdapat di dalam kedai berhampiran kawasan
kaunter atau dapur kedai. Jika tiada juga tanda halal, anda boleh bertanya kepada
peniaga. Sebahagian kedai menulis HELAL atau HALLAL kerana mengikut slang atau
sebutan warga Turki dan Lebanon.

2. Cari kedai yang menjual kebab: Kebanyakan kedai yang menjual kebab selalunya
diusahakan oleh peniaga Arab beragama Islam. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-
hati dan bertanya kepada peniaga tersebut adakah makanan yang dihidangkan adalah
halal. Baca menu yang dipaparkan di kedai untuk memastikan tiada makanan yang
bersifat tidak halal seperti bacon, pork atau alcohol dijual. Jika terdapat kandungan
yang meragukan seperti yang disebutkan tadi, sila hindarkan diri daripada menjamu
selera di situ. Peniaga Islam juga sering berniaga makanan segera lain seperti Fish &
Chips, Charcoal Chicken dan Pizza, dan merupakan kedai kecil-kecilan.
Survival Kit MyPSA
24

3. Gunakan Teknologi: Anda boleh menggunakan beberapa laman sesawang untuk mencari
restoran atau kedai makanan yang halal. Di sini MyPSA menyenaraikan beberapa
laman sesawang yang berkaitan:
www.halalsquare.com
www.zabihah.com

4. Baca Isi Kandungan: Ia penting terutama ketika anda membeli-belah bahan mentah di
pasaraya. Membaca isi kandungan dapat memberi kepastian terhadap status halal
sesuatu makanan. Sesetengah makanan terdapat logo pengiktirafan halal tertera pada
pembungkusnya. Sesetengah makanan dilabel sebagai V untuk kemudahan pembeli
vegetarian. Anda boleh memanfaatkan penggunaan makanan yang dilabel V dengan
memastikan tidak terdapat alkohol di dalam kandungannya. Anda perlu membiasakan
diri dengan istilah yang berkait rapat dengan kandungan tidak halal sepeti Pork,
Bacon, Lard, dan Animal Fat, Animal Shortening dan Colagen (jika tiada logo Halal).
Tidak semua E-Code adalah haram. Malah kebanyakan E-Code adalah halal dan
sebahagian lainnya Masbooh atau Syubhah kerana mungkin berasaskan tumbuhan atau
haiwan. Hanya sebilangan kecil E-Code berasaskan bahan yang haram. Oleh itu ada
perlu membaca isi kandungan sesuatu makanan kerana pembungkus makanan ada
menyatakan sumber E-Code tersebut (kebanyakannya berasaskan sumber tumbuhan
seperti soya lechitin). Anda boleh menggunakan aplikasi yang boleh dimuat-turun
kedalam telefon bimbit anda untuk menyemak status E-Code sesuatu kandungan
seperti aplikasi berikut:
Halal E-Codes (Aplikasi perisian daripada Google Android dan AppStore)
Survival Kit MyPSA
25

5. Berhubung dengan komuniti Islam: Anda boleh bertanya mengenai kedai-kedai yang
menjual barangan halal dan bahan mentah halal seperti ayam dan daging daripada
pelajar Malaysia, pelajar Islam dan juga daripada komuniti masjid berdekatan dengan
tempat tinggal anda. Selain itu ia membantu anda untuk bersosial dengan
masyarakat Islam di sekitar kawasan anda.

Masjid merupakan satu keperluan penting bagi menunaikan Solat Jumaat. Walaupun Solat
Jumaat juga diadakan di Universiti tetapi mungkin menjadi masalah apabila Universiti
bercuti samada cuti semester atau lain-lain cuti kerana Solat Jumaat tidak dapat dibuat
disebabkan jumlah masyarakat Islam yang sedikit. Tambahan, anda boleh menunaikan Solat
Jumaat di kawasan tempat tinggal anda yang mungkin lebih selesa bagi anda kerana
berdekatan dengan kediaman anda. Di sini disenaraikan beberapa Masjid Utama di Sydney:

1. Malaysia Hall
Alamat: 2A, Alison Road, Randwick NSW 2031, Australia
2. Surry Hill Mosque (Sydney CBD)

Alamat: 175-177 Commonwealth Street Surry Hills 2010


Survival Kit MyPSA
26

3. Auburn Gallipoli Mosque

Alamat: 15-19 North Parade Auburn 2133
4. Islamic Malay Australian Association of NSW (IMAAN Masjid)

Alamat: Masjid Darul Imaan, 10 12 Eden Street, Wolli Creek NSW 2205,
Australia

Malah anda boleh mencari masjid yang berdekatan dengan kawasan anda melalui laman
sesawang berikut:
http://www.islamiaonline.com/masjidfinder/
http://idca.org.au/


Survival Kit MyPSA
27

PENGANGKUTAN AWAM

Jaringan pengangkutan awam di Sydney merupakan antara yang efisyen dan terbaik di
dunia. Stesen Central merupakan stesen keretapi terbesar dan tersibuk di Australia.
Stesen sentral boleh diumpamakan seperti KL Sental di Malaysia. Gerabak keretapi amat
selesa dan keretapi adalah laju dalam menghubungkan satu stesen ke satu stesen. Pusat
bandar Sydney terletak di dalam City Circle. Anda boleh merujuk kepada peta jaringan
keretapi yang dilampirkan


Antara perkhidmatan awam lain yang terdapat di Sydney ialah perkhidmatan bas awam,
perkhidmatan feri dan perkhidmatan tram (light trail). Perkhidmatan bas awam di
City Circle
Survival Kit MyPSA
28

Sydney juga memuaskan. Bagi membantu anda untuk menggunakan perkhidmatan awam,
anda boleh melayari laman sesawang berikut:
http://www.transportnsw.info/
http://www.sydneytrains.info/

Anda juga boleh memuat-turun aplikasi pengangkutan awam ke dalam telefon pintar
anda. Antara aplikasi yang sering digunakan ialah:
TripView Lite
Arrivo Sydney
Jaunt! Sydney
Hidden City

OPAL Card

Kad Opal merupakan kad pra-bayar kepada tiket pengangkutan awam. Kad Opal boleh
diumpamakan seperti Kad Osyter di London atau Kad Touch n Go di Malaysia. Anda
boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kad Opal dan membeli kad Opal melalui
laman sesawang https://www.opal.com.au. Kad Opal amat berguna kerana ia lebih mudah
berbanding membeli tiket dan caj penggunaan lebih murah berbanding membeli tiket. Kad
Opal boleh digunakan di perkhidmatan keretapi, bas, feri dan light-train.
Survival Kit MyPSA
29

PENGURUSAN KEWANGAN

Bank

Pemilihan bank juga agak penting bagi pelajar di Sydney. Ini kerana anda akan dikenakan
caj jika mengeluarkan wang daripada mesin ATM milik bank yang berlainan daripada bank
anda. Malah jika anda tidak memilih bank yang tepat, anda akan mengalami kesukaran
untuk berurusan kerana mempunyai cawangan yang terhad terutamanya jika anda
berpindah tempat tinggal atau melancong. Tambahan, bank di Australia mengenakan
yuran tahunan terhadap akaun anda tetapi sesetengah bank seperti bank utama di
Australia akan mengapungkan (tidak mengenakan) bayaran yuran tahunan jika anda adalah
pelajar dan anda hanya perlu memberikan mereka satu salinan surat pengesahan pengajian
daripada universiti sebagai bukti untuk membolehkan anda menikmati faedah tersebut. Di
Australia terdapat dua bank terbesar dan mempunyai cawangan dan mesin ATM yang
banyak di sekitar Australia. Malah dua bank ini merupakan pilihan bank yang sering
digunakan oleh pelajar Malaysia, warga Australia dan syarikat-syarikat di Australia. Bank-
bank tersebut ialah:

Commonwealth Bank


ANZ Bank (Australian and New Zealand Bank)


Survival Kit MyPSA
30

Tips Penjimatan (Tambahan)

Anda boleh berusaha untuk menjimatkan lagi perbelanjaan anda melalui beberapa langkah.
Penjimatan dan pengurusan kewangan amat penting untuk membantu anda menghadapi
sebarang detik kecemasan dan bebas daripada masalah sampingan disebabkan kewangan
seperti hutang, tekanan psikologi, dan tidak dapat menghadiri Konferens Akademik kerana
kewangan yang terhad. Di sini diberikan beberapa tips untuk membantu anda berjimat:

1. Mencari Kerja Sambilan: Ini merupakan perkara yang sering dibuat untuk menambah
sumber kewangan. Terutama bagi anda yang belajar pasca-siswazah, anda mampu
memohon untuk menjadi tenaga pengajar atau tutor di universiti anda. Selalunya
anda akan diperuntukkan sehari seminggu untuk mengajar. Walaupun ia kelihatan
seperti flexible tetapi anda perlu melakukan tugasan-tugasan yang memerlukan
kapasiti minda seperti membuat nota, syarahan, menyemak tugasan pelajar dan
peperiksaan pelajar. Ia mungkin agak leceh. Anda boleh juga mencari pekerjaan lain di
dalam casual employment melalui laman sesawang pekerjaan universiti anda. Anda
juga boleh bertanya kepada penyelia anda untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Selalunya, penyelia dan universiti anda memberi keutamaan kepada pelajar universiti
tersebut untuk bekerja. Bagi mereka yang mengiringi pasangan boleh mencari
pekerjaan tidak formal seperti juruwang, dan juru-kebersihan (cleaner) melalui laman
web www.gumtree.com.au. Bagi mereka yang mempunyai kelayakan profesional boleh
mencuba untuk mendapatkan pekerjaan profesional tetapi agak sukar kerana perkara
birokrasi dan prosedur lain seperti harus mendapatkan sijil layak bekerja di Australia.

Survival Kit MyPSA
31

2. Mendapatkan Dana dan Biasiswa Universiti atau Fakulti: Selalunya, Universiti dan
Fakulti ada menyediakan dana untuk pelajar pasca-siswazah memohon bagi
mendapatkan dana kewangan yang berkaitan dengan pengajian anda seperti menghadiri
Konferens Akademik, membeli peralatan kajian, dan perbelanjaan berkaitan kajian anda
seperti tiket kapal terbang dan sebagainya. Anda harus merebut peluang tersebut
kerana selalunya fakulti perlu menghabiskan dana yang telah diperuntukkan untuk
tahun tersebut. Malah ia membantu terhadap Curriculum Vitae dan Resume anda.
Maklumat mengenai Dana dan Biasiswa fakulti boleh anda perolehi daripada penyelia
anda dan daripada pejabat fakulti anda.

3. Pemilihan Pakej Internet: Walaupun ia kelihatan remeh tetapi anda boleh membuat
penjimatan yang banyak. Anda disyorkan untuk mengambil pakej Naked Broadband
berbanding mengambil pakej Bulk. Ini kerana pakej bulk merangkumi Internet TV,
Internet dan telefon. Walaupun ia kelihatan berbaloi kerana anda hanya perlu
menambah sekitar AUD 10 atau AUD 20 lebih daripada pakej Naked Broadband
tetapi anda akan jarang menggunakan telefon kerana mempunyai telefon bimbit dan
Skype di komputer. Anda juga jarang menonton televisyen kerana tugasan anda,
malah Australia mempunyai siaran televisyen percuma yang memadai dengan keperluan
anda. Malah anda mungkin akan terikat dengan kontrak selama enam bulan sehingga
dua tahun. Oleh itu anda tidak boleh menurun-taraf atau membatalkan
perkhidmatan tersebut. Kelebihan anda memilih Naked Broadband ialah anda boleh
menaik-taraf pakej sedia ada berdasarkan keperluan, anda boleh melihat jenis
penggunaan internet anda sebelum membuat keputusan untuk mengambil pakej yang
lebih mahal dan anda boleh berjimat. Antara perkhidmatan internet yang sering
Survival Kit MyPSA
32

digunakan ialah TPG, Optus, dan Telstra (Walaubagaimanapun, Telstra agak mahal
berbanding yang lain)

4. Pemilihan Pakej Telefon Bimbit: Untuk membantu anda berjimat, penggunaan pra-
bayar (pre-paid) adalah digalakkan berbanding pasca-bayar (post-paid) atau line.
Berikut adalah alasan-alasan mengapa penggunaan pre-paid lebih menjimatkan:

Anda hanya perlu tambah nilai serendah AUD 10 malah telefon anda boleh
digunakan sehingga tiga bulan tanpa perlu membuat tambah nilai dalam
tempoh tersebut. Berbanding pasca-bayar, anda perlu membayar yuran tetap
bulanan mungkin serendah AUD 30 walaupun anda tidak menggunakan telefon
bimbit.
Anda akan menggunakan internet di rumah (wifi) melalui telefon pintar dan
telefon bimbit anda untuk menghubungi rakan-rakan atau ahli keluarga melalui
WhatsApp, Skype, WeChat dan pelbagai aplikasi lain. Oleh itu penggunaan
telefon juga berkurangan.
Caj pra-bayar dalam penggunaan internet dan panggilan antarabangsa masih
rendah dan boleh dikawal. Anda hanya harus berwaspada dengan penggunaan
mobile data supaya sentiasa off apabila tidak digunakan.
Anda boleh menaik-taraf menggunakan pasca-bayar pada bila-bila masa kelak
apabila anda merasakan pra-bayar tidak bersesuaian dengan anda. Ia merupakan
satu kelebihan kerana anda tidak mempunyai kontrak. Walaubagaimanapun jika
anda menggunakan pasca-bayar, anda akan terikat dengan kontrak boleh jadi
Survival Kit MyPSA
33

sehingga dua tahun (bergantung pada pakej) dan anda tidak boleh menurun-
taraf atau membatalkan perkhidmatan tersebut.

Melainkan anda merupakan seorang pengguna tegar telefon bimbit untuk setiap masa
dan kerap menggunakan telefon bimbit untuk penggunaan internet dan panggilan
telefon di luar kawasan rumah anda, maka anda mungkin boleh mempertimbangkan
untuk menggunakan pasca-bayar.

5. Penggunaan Tenaga (Elektrik, Air, Gas): Caj penggunaan air boleh dikatakan murah.
Walaubagaimanapun, caj penggunaan elektrik dan gas adalah mahal. Diantara ketiga-
tiga tenaga tersebut, elektrik merupakan yang paling mahal. Anda harus sentiasa
berwaspada dan bijak menggunakan elektrik. Rumah yang mempunyai penggunaan
dapur gas merupakan satu bonus walaubagaimanapun perbezaan adalah kecil.
Penggunaan alat pemanas (heater) pada musim sejuk dan pendingin hawa (air-cond)
pada musim panas adalah penyumbang terbesar kepada bil elektrik anda. Ini kerana
suhu di Sydney agak ekstrem yang mana kepanasan boleh mencecah lebih 40C pada
musim panas dan lebih rendah daripada takat beku (0C) pada musim sejuk. Anda
harus mengetahui bahawa bil di Australia akan dihantar tiga bulan sekali kepada anda
oleh itu anda jangan terkejut jika anda jenis yang kerap membuka alat pemanas
setiap masa pada musim sejuk, bil elektrik anda boleh mencecah atau lebih daripada
seribu dolar!

6. Membuat Senarai Barang dan Perbelanjaan: Ia mungkin remeh dan melecehkan. Tetapi
ia merupakan satu tidakan yang berbaloi. Apabila anda membuat senarai barangan,
Survival Kit MyPSA
34

anda boleh menyimpan salinan (dengan membuat fotokopi) senarai tersebut untuk
digunakan pada masa akan datang. Barangan dapur dan makanan merupakan antara
senarai yang penting. Apabila anda mempunyai senarai, secara psikologi anda akan
cuba membeli barangan yang diperlukan sahaja. Jika terdapat lebihan wang
perbelanjaan selepas itu, maka anda boleh membeli barangan lain. Membuat senarai
perbelanjaan dapat memandu anda untuk menjadi lebih terkawal dan berdisiplin.
Malah anda sudah boleh merancang perbelanjaan untuk 3 bulan akan datang
merangkumi sewa rumah, pengangkutan, bil-bil, perbelanjaan keperluan hidup seperti
pakaian dan perbelanjaan dapur.

7. Kira dan guna perbelanjaan 80% daripada apa yang ada: Anda boleh menggunakan
teknik ini apabila anda mula tiba di Sydney dengan urusan pembelian keperluan besar
seperti urusan untuk settle-down dan pembelian perkakas rumah. Ini kerana
apabila anda berbelanja pada keadaan sebenar, anda akan berbelanja lebih daripada apa
yang anda rancang. Oleh itu dengan penetapan 80% daripada apa yang anda ada, ia
membantu anda supaya tidak terdesak di kemudian hari. Ini kerana dalam keadaan
sebenar anda akan membelanjakan mungkin antara 85% hingga 95%. Jika anda
menetapkan 100% kewangan anda untuk perbelanjaan maka anda akan berhadapan
dengan masalah sebelum kemasukan elaun biasiswa akan datang dibuat. Mungkin anda
akan merasa sedikit terhad dan tersekat kerana kurang berbelanja tetapi ia berbaloi
untuk anda pada masa hadapan. Tetapi ia mungkin agak menjadi masalah bagi mereka
yang telah berkeluarga dan mempunyai anak. Walaubagaimanapun, perancangan
kewangan perlu dibuat sekurang-kurangnya untuk mengurangkan beban hutang pada
Survival Kit MyPSA
35

masa hadapan. Malah dengan simpanan yang ada dapat membantu anda di waktu
kecemasan.

Walaubagaimanapun, semua ini bergantung kepada keperluan dan kehendak anda. Oleh itu
anda harus berfikir panjang dan mempertimbangkan semua perkara sebelum membuat
sebarang keputusan.

MEMBELI KENDERAAN

Membeli kenderaan merupakan satu keputusan yang besar bagi kehidupan di Sydney.
Sebaiknya, anda harus mengambil masa untuk menyesuaikan diri dahulu dengan
pengangkutan awam dan berjalan kaki di Sydney sebelum membuat keputusan membeli
kereta. Ini kerana anda mungkin terburu-buru dalam membeli kereta pada awal
kedatangan anda kerana merasa lelah, letih dan payah dalam menggunakan pengangkutan
awam. Tetapi jika anda telah biasa dan lali and mungkin akan berfikir dua kali sebelum
membeli kereta. Walaubagaimanapun, tiada halangan untuk anda membeli kereta
terutama bagi anda yang datang berkeluarga bersama anak-anak kecil. Di sini MyPSA
memberikan beberapa tips untuk anda mengenai kenderaan.

1. Beli Basikal: Anda boleh membeli basikal baru di Big W atau K-Mart dengan harga
yang berpatutan. Anda juga boleh membeli basikal terpakai daripada pelajar Malaysia,
atau di Garage Sale. Malah anda boleh membeli basikal melalui atas talian (online)
seperti gumtree.com.au atau eBay. Kelebihan basikal ialah anda boleh menuju ke
satu-satu destinasi lebih pantas daripada berjalan kaki. Malah anda boleh membawa
Survival Kit MyPSA
36

basikal menaiki keretapi. Basikal lipat mempunyai kelebihan tidak dikenakan caj
tambahan (harga tiket kanak-kanak) ketika menaiki keretapi pada waktu puncak.
Walaubagaimanapun basikal lipat agak perlahan berbanding basikal biasa kerana jejaran
diameter tayar yang lebih kecil berbanding basikal biasa. Tetapi di luar waktu puncak,
segala jenis basikal tidak dikenakan cas tambahan. (Untuk membeli basikal lipat anda
boleh gunakan eBay kerana jualan di kedai agak sukar dijumpai ataupun mahal).
Penggunaan basikal menjimatkan perbelanjaan berbanding kereta dari segi pengisian
petrol dan kebersihan alam sekitar malah membantu anda bersenam. Tetapi perlu
diingatkan yang anda wajib memakai topi keledar demi keselamatan dan mengelakkan
anda daripada disaman.

2. Berkongsi Kereta: Berkongsi kereta merupakan satu cara alternatif bagi anda untuk
berkenderaan. Disamping anda dapat mengeratkan hubungan silatulrahim, anda juga
dapat membantu rakan anda dalam meringankan beban kewangan untuk pengisian
petrol. Anda boleh berbincang dengan rakan anda bagaimana perkongsian bijak yang
dapat dibuat.

3. Sewa Kereta: Bagi anda yang amat jarang menggunakan kereta, anda boleh
menggunakan perkhidmatan sewa kenderaan. Menyewa kenderaan juga mempunyai
kelebihan tersendiri seperti anda mendapat kereta yang dalam kondisi sangat baik
malah mungkin mendapat kereta baru. Anda juga tidak perlu risau jika berlaku
kerosakan, syarikat sewa kenderaan akan menukarkan kenderaan anda dengan yang
lain. Sewa kenderaan juga membolehkan anda memilih kenderaan yang bersesuaian
pada satu-satu masa seperti mendapatkan trak pick-up untuk tujuan pindah rumah
Survival Kit MyPSA
37

dan kereta compact untuk berjalan di bandar, atau kereta berkapasiti besar untuk
perjalanan jauh. Menyewa kereta di Australia amat mudah. Untuk menyewa kereta
anda perlu menyediakan beberapa dokumen:
Salinan Passport.
Salinan lesen memandu Malaysia yang telah diterjemah.
Salinan Kontrak Sewaan atau Bil sebagai bukti alamat.
Syarikat sewaan kenderaan di Australia adalah profesional. Terdapat beberapa syarikat
sewa kenderaan yang terkenal di Australia. Antara syarikat sewa kenderaan tersebut
ialah seperti berikut:




Membeli Kereta

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli sesebuah kereta.
Faktor harga merupakan faktor terpenting. Walaubagaimanapun bagi kereta terpakai
kereta yang berharga mahal tidak semestinya bagus, atau berharga murah bermaksud
anda dapat berjimat. Kadang-kala kereta yang berharga mahal memerlukan penjagaan yang
cerewet atau alat ganti yang mahal seperti dan kereta yang murah mengalami banyak
masalah yang memerlukan ia kerap dibaiki atau dibaiki dalam masa terdekat. Anda boleh
menjagkakan harga kereta yang berpatutan di antara AUD 1500 hingga AUD 5000. Di
bawah disertakan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk mencari sesebuah kereta.
Survival Kit MyPSA
38


1. Tahun kereta dibuat: kereta yang murah biasanya berusia lebih 15 tahun. Kebanyakan
kereta yang murah adalah pada tahun 1999 ke bawah. Memilih kereta yang berusia
mendedahkan kepada masalah wear & tear. Kereta yang berusia juga mempunyai
rupa bentuk yang kurang menarik. Walaubagaimanapun usia kereta tidak memberi
faktor yang sangat besar terhadap fungsi sesebuah kereta. Ada kereta yang dibuat
pada 1997 yang lebih bagus keadaannyaa daripada kereta yang dibuat pada 2004.

2. Jenama Kereta: Jenama kereta tidak memberikan kesan yang ketara terhadap kondisi
sesebuah kereta. Walaubagaimanapun ia memberi kesan kepada harga sesebuah kereta.
Anda disyorkan untuk memilih jenama yang umum kerana harga yang berpatutan dan
mempunyai alat ganti yang murah. Di antara jenama yang boleh dipertimbangkan
ialah Nissan, Daihatsu, Toyota, Honda, Volkswagen, Ford dan Holden.

3. Hayat Kilometer: Hayat kilometer menyatakan berapa jauh jarak yang telah dilalui
oleh sesebuah kereta sepanjang tempoh penggunaannya semenjak dibuat. Hayat
kilometer merupakan salah satu faktor penting yang perlu diambil kira. Semakin jauh
sesebuah kereta telah bergerak semakin kereta tersebut terdedah kepada masalah
wear & tear. Masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana mungkin
melibatkan kos yang tinggi seperti penukaran kotak gear. Dicadangkan untuk mencari
kereta yang mempunyai hayat kilometer di bawah 190,000 km. Lebih rendah hayat
kereta lebih bagus.

Survival Kit MyPSA
39

4. Sejarah Penyelenggaraan: Setiap kereta mempunyai buku log yang mencatatkan
samada sesebuah kereta itu diselenggara secara berkala atau tidak. Anda boleh
meminta kepada penjual untuk melihat buku log tersebut. Penyelenggaraan berkala
membantu mengurangkan risiko kerosakan walaupun kereta tersebut mempunyai
hayat kilometer yang tinggi.

5. Too Good to be True: Ini merupakan satu nasihat apabila membeli kereta. Sentiasa
semak harga pasaran sesebuah kereta terpakai untuk melihat harga semasa. Apabila
sesebuah kereta dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran, kereta tersebut
mungkin mengalami masalah seperti terlibat dalam kemalangan, ada kerosakan major
yang memerlukan pembaikan segera seperti masalah komputer dan elektronik (ECU),
masalah kotak gear, atau masalah enjin.

6. Manual vs Auto: Kereta manual selalunya lebih murah daripada auto. Perbezaan
kereta kadang-kala boleh mencecah ribuan dolar bagi dua model kereta yang sama
(terutama bagi kereta baru atau muda)

7. Kapasiti enjin dan jenis kenderaan: Kereta yang mempunyai kapasiti enjin yang besar
selalunya lebih murah berbanding kereta berkapasiti enjin yang kecil.
Walaubagaimanapun ia kelak akan memberi kesan terhadap perbelanjaan petrol
terutama bagi anda yang kerap memandu. Jenis kereta seperti sedan biasanya lebih
murah berbanding kereta hatchback atau compact dan kereta yang mempunyai dua
pintu lebih murah berbanding empat pintu.

Survival Kit MyPSA
40

8. Kos Tersembunyi: Kos tersembunyi merupakan satu beban senyap yang sering tidak
disedari oleh ramai orang. Kos yang perlu anda ambil kira ialah kos penyelenggaraan
berkala, pembaharuan cukai jalan, pembaharuan insuran, dan kos saman atau tol. Kos
untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran dianggarkan AUD 800 ke atas untuk
setahun. Anda harus sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan had laju
kerana NSW dan Sydney mempunyai banyak kamera AES dan bayaran saman agak
tinggi sebagai contoh saman bagi memandu melebihi had laju adalah sebanyak AUD
110.

9. Penyediaan kewangan: Anda perlu menyiapkan simpanan kewangan lebih kurang AUD
1000 untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti kerosakan, cukai jalan tamat
tempoh, atau penyelenggaraan yang perlu dibuat dalam masa terdekat.

10. Private vs Dealer: Membeli kereta persendirian mempunyai kelebihan seperti harga
kereta yang lebih murah dan anda mampu membuat tawar-menawar.
Walaubagaimanapun membeli daripada kedai menjual kereta terpakai juga mempunyai
kelebihan tersendiri. Di sini disenaraikan kelebihan membeli kereta melalui kedai
kereta terpakai:
Hak Milik Yang Dijamin: Kereta yang anda beli dijamin hak anda selepas
bayaran dibuat. Jika pemilik terdahulu mempunyai baki hutang ke atas kereta
tersebut, anda tidak akan dipertanggunjawabkan
Warranty: Sesebuah kereta terpakai boleh diberi jaminan mencapai sehingga
setahun terhadap masalah-masalah major seperti kerosakan kotak gear atau
Survival Kit MyPSA
41

enjin. Jaminan terhadap kereta terpakai hanya boleh didapati apabila anda
membeli di kedai kereta terpakai. Ia tidak boleh dibeli oleh orang persendirian.
Perkhidmatan Pusat Sehenti: Kedai kereta terpakai boleh menguruskan segala
perkara yang berkaitan dengan kereta anda seperti membeli insuran dan cukai
jalan. Malah sesetengah kedai kereta mempunyai bengkel sendiri. Anda juga
boleh melihat dan memilih kereta yang lain kerana kedai kereta menawarkan
pelbagai jenis kereta di bawah satu bumbung.
Tukar-ganti kenderaan: Anda boleh menukar kenderaan sedia ada anda dengan
kenderaan lain pada satu tempat.
Pemeriksaan Oleh Bengkel Kereta: Kereta yang dijual selalunya akan dihantar
untuk pemeriksaan oleh peniaga kereta terpakai. Ini kerana mereka akan cuba
menjual kereta yang masih berfungsi dan mempunyai kualiti yang baik. Mereka
meletakkan reputasi kedai mereka di atas kereta yang dijual. Oleh itu mereka
tidak mahu mengambil risiko yang boleh merosakkan reputasi mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kedai yang tidak jujur. Oleh itu anda harus
memeriksa kereta tersebut dan melakukan pandu-uji.
Nasihat Pakar Tentang Kenderaan: Peniaga kereta terpakai telah terlibat
dengan pelbagai jenis kenderaan. Mereka dapat memberikan anda nasihat
mengenai kereta mana yang lebih bersesuaian dengan bajet anda.
Perkhidmatan Selepas Jualan: Sesetengah kedai menjual kereta yang
mempunyai bengkel sendiri mengalu-alukan anda untuk membuat
penyelenggaraan atau membaiki kerosakan di bengkel mereka. Selalunya mereka
memberikan anda diskaun kerana anda adalah pelanggan mereka sebelum ini
Survival Kit MyPSA
42

Kod Etika: Peniaga kereta terpakai adalah ahli dan tertakluk kepada kod etika
Motor Trader Asoociation. Oleh yang demikian, jika terdapat penyelewengan
yang anda ras tidak munasabah terjadi kepada kereta anda seperti penipuan
kredit atau kereta curi, anda boleh melaporkan hal tersebut kepada polis.
Terlibat Dengan Aktiviti Komuniti: Anda mungkin tidak percaya tetapi
sesetengah kedai kereta terpakai terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
seperti menaja kelab bola sepak komuniti, atau sumbangan kepada hospital dan
badan kebajikan.

11. Minta Nasihat Mekanik: Walaupun membeli kereta melalui kedai kereta terpakai
mempunyai manfaat, tetapi penipuan masih boleh berlaku. Oleh itu, samada anda
ingin membeli kereta terpakai melalui kedai atau persendirian kalau boleh anda perlu
membawa seorang mekanik yang ada percayai untuk memeriksa kondisi sesebuah
kereta yang anda ingin beli. Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai kereta, sila
periksa keadaan enjin kereta dan peralatan di sekitar enjin seperti bateri, kotak
elektronik, dan radiator untuk melihat sebarang kerosakan seperti minyak tumpah
atau radiator bocor. Anda wajib memandu uji kereta yang ingin dibeli dan matikan
enjin serta menghidupkan semula enjin untuk melihat adakah sebarang masalah
timbul. Anda juga harus membuat pemeriksaan di waktu siang terutama apabila cuba
membeli melalui persendirian yang sering memohon anda membuat kunjungan dan
tinjauan untuk melihat kereta tersebut pada waktu petang, senja atau malam supaya
anda tidak dapat melihat sebarang masalah kecil secara jelas.

Survival Kit MyPSA
43

12. Bersedia untuk sebarang kemungkinan: Kadang-kala walaupun anda telah berusaha
sebaik mungkin tetapi nasib anda tidak beberapa baik. Kereta yang anda beli pada
mulanya berkeadaan baik dan disahkan berkeadaan baik. Tetapi setelah beberapa bulan
kereta anda mula meragam. Ia merupakan satu risiko yang perlu anda hadapi apabila
membeli sesebuah kenderaan apatah lagi kenderaan terpakai. Oleh itu anda seharusnya
sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan tersebut dengan menyimpan perbelanjaan
awal dan redha dengan segala yang berlaku.

13. Membeli motorsikal adalah tidak digalakkan kerana Australia tidak mempunyai
motorsikal kapchai. Motorsikal yang terdapat di Australia adalah skuter dan motor
berkuasa tinggi. Harga skuter juga tidak murah kerana skuter terpakai juga boleh
mencecah AUD 999 atau skuter baru berharga antara AUD 4000. Motor berkuasa
tinggi pula terlalu mahal.
Laman web yang berguna untuk anda mencari dan membuat perbandingan harga sesebuah
kenderaan adalah:
www.carsales.com.au
www.gumtree.com.au







Survival Kit MyPSA
44

PERCUTIAN

Sebagai pelajar terutama pelajar pasca-siswazah Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, istilah
masa terluang menjadi semakin kabur. Ini kerana penglibatan dalam menjalankan kajian
amat memakan masa dan daya fikir. Oleh itu kehidupan anda agak kurang menentu
terutama dalam pengurusan masa. Anda harus membuat perancangan awal mengenai
jadual waktu anda dalam memberikan tumpuan terhadap pengajian dan menjalani
kehidupan harian anda. Ini tidak bermaksud bahawa anda akan sentiasa sibuk dengan
pengajian dan tugasan anda setiap masa. Kadang-kala anda akan mengalami waktu yang
amat sibuk yang mana anda terpaksa melakukan tugasan melebihi masa dan kadang-kala
anda akan menikmati waktu lapang. Oleh itu anda harus mengambil peluang menikmati
masa lapang anda untuk mendapatkan keseimbangan dalam kualiti hidup sebagai pelajar.
Anda harus mengambil peluang berada di Australia sekurang-kurangnya melancong di
sekitar Sydney. Memikirkan mengenai kepentingan dalam keseimbangan dalam hidup
manusia, MyPSA memberikan anda cadangan antara tempat yang menarik untuk dilawati
sekitar Australia. Malah kebanyakan tempat-tempat menarik tersebut dapat dilawati
menggunakan pengangkutan awam.







Survival Kit MyPSA
45

1. Sydney Opera House dan Harbour Bridge

Credit: Farahiyah Wan Yunus

Kedua-duanya merupakan ikon utama Sydney malah Australia. Anda boleh menuju ke
Opera House dan kawasan tarikan di sekitarnya melalui stesen Circular Quay. Opera
House merupakan salah satu daripada bangunan unik melalui keajaiban kejuruteraan. Ia
mengambil masa selama 16 tahun untuk disiapkan setelah menempuh pelbagai cabaran
dan kontroversi. Apa yang menarik mengenai Opera House ialah ia diilhamkan melalui
kupasan kulit limau oleh arkitek asal yang bertanggungjawab terhadap pembinaan
lakarannya. Di antara tempat menarik di sekitar Opera House ialah Harbour Bridge
(juga dikenali sebagai Hanger Bridge kerana bentuknya seperti penyangkut baju), The
Rocks dan Royal Botanic Garden. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk menuju ke
tempat-tempat tersebut.







Survival Kit MyPSA
46

2. Darling Harbour

Credit: Farahiyah Wan Yunus

Anda boleh menuju ke Darling Harbour menggunakan feri daripada Circular Quay.
Darling Harbour menempatkan tarikan-tarikan yang menarik seperti Widlife Park,
Madame Tussauds, dan Sealife Park dalam barisan yang sama. Jika anda gemar
mengunjungi dan mengumpul barangan Hard Rock Cafe, Darling Harbour merupakan
rumah kepada Hard Rock Cafe di Sydney. Selain daripada itu, tempat-tempat
menarik yang boleh anda lawati di sekitar Darling Harbour ialah Chinese Garden of
Friendship, Power Museum, dan National Maritime Museum. Walaubagaimanapun
sesetengah tempat seperti Wildlife Park, Madame Tussauds dan Sealife Park
memerlukan anda untuk membeli tiket masuk.








Survival Kit MyPSA
47

3. Market City

Credit: APX Apartments

Market City merupakan tempat yang harus dikunjungi jika anda ingin mendapatkan
cenderamata dan barangan berjenama sepeti Nike, Cotton On, dan Rivers dengan
harga yang murah. Malah di dalam Market City terdapat Thai Kee IGA Supermarket
yang menjual barangan makanan Asia dan Malaysia seperti Kicap Kipas Udang
Habhals, Planta, Ayam Brands, malah durian! Market City juga bergabung dengan
Paddys Market dalam satu bangunan yang sama yang menjual banyak barangan yang
sesuai untuk dibuat cenderamata dengan harga yang murah. Malah Paddys Market
menjual banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan murah. Market city
terletak di Haymarket atau dikenali sebagai Chinatown. Anda boleh pergi ke Market
City dengan menaiki light-rail (tram) daripada Convention Station atau Exhibition
Station di Darling Harbour. Market City juga terletak berdekatan dengan stesen
keretapi Central yang merupakan stesen keretapi terbesar dan tersibuk di Australia.
Untuk menuju ke stesen Central daripada Market City, anda boleh menaiki tram
atau berjalan kaki.
Survival Kit MyPSA
48

4. Pitt Street dan Market Street

Credit: http://www.climatech.net.au/

Walaupun tidak sehebat London, New York atau Paris tetapi Sydney juga
menawarkan tempat yang menarik untuk membeli belah yang boleh dikatakan
setanding dengan Kuala Lumpur. Pitt Street dan Market Street merupakan syurga
membeli belah bagi barang mewah dan berjenama. Ia menempatkan beberapa kompleks
membeli belah ternama seperti Westfield dan Queen Victoria Building dan juga
kompleks membeli belah yang lain. Tetapi tarikan yang menarik di sini sebenarnya
ialah Menara Sydney yang terletak di Westfield. Menara tersebut merupakan menara
tertinggi di Sydney dan membolehkan anda melihat keseluruhan bandar Sydney dari
paras tinggi. Walaubagaimanapun anda diingatkan untuk membeli tiket bagi
membolehkan anda masuk ke menara. Anda boleh menaiki keretapi dan berhenti di
stesen St James untuk pergi ke Westfield dan Menara Sydney.


Survival Kit MyPSA
49

5. Sydney Fish Market

Credit: Jess Scully dan Rima Sabina Aouf (http://fb.concreteplayground.com.au/)

Sydney Fish Market merupakan pasar borong makanan laut di Sydney. Di antara
tarikan di Fish Market ini ialah mereka menghidangkan makanan laut yang telah
dimasak dan anda boleh membeli makanan tersebut dan makan di tepi jeti yang
terdapat di Sydney Fish Market. Malah yang menariknya ada sebahagian makanan
laut yang sukar atau tidak pernah anda jumpai di Malaysia dijual di sini sebagai
contoh King Crab, Spider Crab dan Soft Shell Crab. Anda boleh datang ke Fish
Market dengan menaiki tram daripada stesen Central.






Survival Kit MyPSA
50

6. Taronga Zoo

Credit: Farhan Iqbal

Taronga Zoo diiktiraf antara zoo yang mempunyai pemandangan tercantik di dunia.
Kedudukan Tarronga di tepi laut sememangnya amat menarik ditambah dengan
bandar sydney yang menjadi latar belakang kepada Taronga Zoo menambahkan lagi
kecantikan seri pemndangan. Tarongga Zoo juga menempatkan haiwan-haiwan asli
Australia seperti Kangaroo, Koala, Wallaby, Wombat dan Tasmanian Devil. Anda
boleh datang ke Tarongga Zoo melalui feri di Circular Quay. Walaubagaimanapun,
untuk memasuki Taronga Zoo anda perlu membeli tiket.






Survival Kit MyPSA
51

7. Watson Bays

Credit: Ilya Genkin

Watson Bay memaparkan pemandangan indah pantai berlereng dan berbatu. Ditambah
dengan kewujudan Rumah Api menambahkan lagi daya tarikan di Watson Bay. Anda
boleh datang ke Watson Bay dengan hanya menaiki feri daripada Circular Quay. Di
Watson Bay anda akan melihat kemeriahan restoran Fish & Chips yang terdapat di
tepi pantai. Untuk ke rumah api, anda hanya perlu berjalan kaki melalui pekan kecil
dan merasai sedikit pengalaman aktiviti bush walking. Pengalaman anda amat berbaloi
setelah penat berjalan anda akan dihidangkan dengan pemandangan indah saujana mata
memandang.





Survival Kit MyPSA
52

8. Bondi Beach

Credit: Farahiyah Wan Yunus

Bondi Beach merupakan pantai di Sydney yang sering menjadi kunjungan peloncong
samada dalam atau luar negara. Kedudukan pantai yang mudah untuk dituju dengan
hanya menggunakan pengangkutan awam menambahkan lagi kesenangan kepada anda.
Malah Bondi Beach mempunyai pekan kecil yang menarik, pemandangan indah serta
pantai yang memutih benar-benar membuatkan anda merasa budaya Australia. Untuk
tiba di Bondi Beach anda hanya perlu mengambil keretapi sehingga stesen Bondi
Junction kemudian mengambil bas awam.






Survival Kit MyPSA
53

9. Blue Mountain

Credit: Farahiyah Wan Yunus

Blue Mountain berada jauh daripada Pusat Bandar Sydney. Tetapi anda masih boleh
pergi ke Blue Mountain hanya dengan menaiki keretapi. Anda perlu mengambil
keretapi di stesen keretapi Central. Blue Mountain menghidangkan anda panorama
indah alam semulajadi. Antara tarikan menarik di Blue Mountain ialah The Three
Sisters, Scenic World, Chocolate Factory dan World Heritage Plaza. Anda boleh
mencabar diri anda dengan aktiviti bush walking dan jungle tracking.






Survival Kit MyPSA
54

10. Featherdale Wildlife Park
Credit: Farahiyah Wan Yunus

Mungkin Featherdale Wildlife Park tidak segah Taronga Zoo tetapi di sini anda dapat
merasa pengalaman memberi makan kepada kangaroo dan wallaby. Malah anda boleh
memegang kebanyakan haiwan di sini termasuk koala! Malah bayaran yang dikenakan lebih
murah berbanding Taronga Zoo. Featherdale Wildlife Park merupakan taman hidupan
persendirian yang ditubuhkan oleh pasangan Australia sebagai hobi dan cinta terhadap
haiwan. Tujuan sebenar Featherdale Wildlife Park adalah sebagai tempat perlindungan
kepada haiwan-haiwan yang cedera dan yang memerlukan bantuan. Anda boleh datang ke
Featherdale Wildlife Park dengan menaiki keretapi sehingga stesen Blacktown dan
mengambil bas awam dari stesen tersebut untuk ke Featherdale Wildlife Park.



Survival Kit MyPSA
55

Di sini kami sertakan juga peta bagi tempat-tempat menarik di Sydney. Ia merangkumi
lima tempat yang telah dinyatakan di atas:

Attraction
Survival Kit MyPSA
56

Gunakan Kad Pelajar: Anda mungkin tidak menyedari potensi kad pelajar anda. Ia bukan
sahaja boleh digunakan untuk meminjam buku di perpustakaan universiti anda atau
membolehkan anda memasuki universiti anda secara sah, ia juga boleh membantu anda
untuk mendapatkan diskaun ketika membeli-belah, membeli tiket atau menempah tempat
penginapan. Sebagai contoh, Featherdale Wildlife Park memberikan harga pelajar jika anda
menunjukkan kad pelajar anda. Kadang-kala terdapat kedai-kedai dan kaunter tiket yang
memberikan diskaun peljar tetapi tidak menyatakan demikian pada kaunter mereka. Oleh
itu anda jangan segan untuk bertanya Adakah terdapat sebarang diskaun untuk pelajar?

Mencari Tempat Penginapan: Untuk memudahkan anda mencari tempat penginapan,
penggunaan teknologi amat digalakkan. Anda boleh menyemak dan membuat perbandingan
mengenai harga tempat penginapan yang ada di sekitar tempat yang anda ingin pergi.
Malah harga juga berubah-ubah mengikut musim, waktu, dan berapa awal anda menempah
penginapan. Laman sesawang yang mungkin berguna ialah:
www.bookings.com.au
www.trivago.com.au
www.hotelscombined.com.au
Mencari Pengangkutan: Jika anda berhajat untuk melancong ke tempat yang lebih jauh
seperti Melbourne, Perth ataupun ke luar negara, anda boleh menggunakan perkhidmatan
laman sesawang untuk membuat perbandingan harga dan menempah tiket penerbangan.
Menggunakan perkhidmatan penerbangan lebih pantas dan lebih murah berbanding menaiki
keretapi. Laman sesawang yang dicadangkan ialah:
www.momondo.com
www.skyscanner.net
Survival Kit MyPSA
57

KECEMASAN
Keselamatan harus diutamakan dalam apa jua keadaan. Nombor-nombor kecemasan di
NSW adalah seperti berikut:
i) Ambulan, Polis, Bomba : 000 (112 dari telefon bimbit)
Ia merupakan panggilan utama jika berlaku sebarang kecemasan.
ii) Keganasan rumah tangga dan serangan seksual : 1800 200 526
Nasihat dan bantuan jika anda mengalami keganasan domestik
iii) Pusat maklumat racun NSW: 131 126
Informasi mengenai racun dan semua bahan-bahan termasuk preskripsi dan lain-
lain ubat-ubatan yang tertelan dengan tidak sengaja.
iv) Informasi dan servis mengenai alkohol dan dadah: 9361 8000
Informasi, rujukan, krisis kounseling, dan nasihat mengenai penyalahguanaan
dadah seperti heroin, cannabis termasuk juga ketagihan alkohol.
v) Akses talian mangsa: 1800 633 063
Nasihat mengenai kounseling, pampasan dan hak mangsa
vi) Talian hayat: 131 114
Kecemasan 24 jam servis kounseling
vii) Talian DoCS: 132111
Laporan kebimbangan mengenai kesihatan atau keselamatan kanak-kanak
berumur 16 tahun ke bawah
viii) Aduan berhubung penghinaan kaum: 1300 656 439
Aduan berhubung sebarang tindakan anti-perkauman yang terjadi


Survival Kit MyPSA
58


Disediakan oleh: Muhammad Hibatullah Romli
2014

Вам также может понравиться