Вы находитесь на странице: 1из 19

HSA 101/4 PENGANTAR SEJARAH

SEMESTER 2 2013/2014
Tajuk: Hasil Penulisan Sejarah Bergantung kepada kritikan dan
Pentafsiran Sumber.
Bincangkan.
WAKTU TUTORIAL : KHAMIS 3.00 PETANG - 4.00PETANG
NAMA PENSYARAH : DR NIK HASLINDA BINTI NIK HUSSAIN
DR AZMI ARIFIN
NAMA TUTOR : DR NIK HASLINDA BINTI NIK HUSSAIN
NAMA NO. K/P NO. METRIK
FARAH NABILAH BINTI ZAINUDDIN 930603-11-5212 118612
NOOR FAZRINA BINTI ABDULLAH HALIM 930115-11-5264 118684
AZ-AZAHARAHWANI BT MOHD ZIN 118407 930803-13-5306 118407





PENGENALAN
Penulisan sejarah dikenali sebagai historiografi. Historiografi terbentuk daripada gabungan
perkataan Yunani yang terdiri daripada historian dan grafien. Weiner (1967) mengatakan
penulisan berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara yang
betul dan serius. Murray (1969) mengatakan penulisan merupakan satu bentuk penyelidikan
apabila seseorang menemui makna dan menghasilkan idea dalam fikirannya. Flower (1980)
mengatakan penulisan ialah satu proses menyelesaikan masalah iaitu maklumat yang
diperoleh diproses bagi mencapai maklumat. Juriah Long (1990) mengatakan penulisan
ialah cara berkomunikasi melalui bentuk grafik. Secara amnya, penulisan sejarah
merupakan cara penulisan, pemaparan atau laporan penelitian sejarah yang telah
dilakukan.
Terdapat empat kaedah penulisan sejarah iaitu yang pertama ialah Huristik. Huristik ialah
kaedah pencarian maklumat atau sumber sejarah oleh ahli sejarah. Ahli sejarah akan
mencari sebanyak mungkin bukti untuk menghasilkan penulisan sejarah. Kaedah kedua
ialah kritikan sumber. Sumber-sumber yang diperoleh akan dikritik berdasarkan kajian yang
telah dilakukan bagi memastikan sumber itu benar-benar sahih. Kaedah ketiga ialah
pentafsiran sumber. Melalui kaedah ini ahli sejarah akan meneliti setiap pandangan yang
diterima dan ahli sejarah akan mentafsir data dengan baik dan berkesan. Kaedah yang
keempat ialah hitograf. Hitorgaf ialah proses terakhir dalam penulisan sejarah, di mana ahli
sejarah akan memulakan penulisan mereka setelah mereka memperoleh bukti yang kukuh
dan sahih.
Para penuntut dan pengkaji sejarah tentulah dapat mengesan dari awal lagi bahawa
kritikan dan pentafsiran sumber merupakan hal yang amat asas dan penting dalam
pengkaryaan sejarah. Tanpa sumber yang sahih, sesuatu penceritaan tentang masa
lampau sukar sekali dapat dikategorikan sebagai karya sejarah.
1
Hal ini, jelas
menunjukkan bahawa kritikan dan pentafsiran sumber sangat penting dalam
penghasilan penulisan sejarah yang tulen, sahih dan objektif serta tidak dipengaruhi oleh
mana-mana pihak berkepentingan.
2.0 KEPENTINGAN KRITIKAN DAN PENTAFSIRAN DALAM PENULISAN SEJARAH
Kritikan dan pentafsiran sumber merupakan langkah penting dalam proses penulisan
sejarah. Tanpa kritikan dan pentafsiran sumber hasil penulisan sejarah tidak dapat
diterima. Hal ini demikian kerana, kritikan dan pentafsiran sumber penting dalam
mengukuhkan fakta sejarah. Tanpa fakta, hasil penulisan akan menjadi kosong dari
segi pensejarahan.
2
Selain itu, bukti yang kukuh juga akan menyebabkan hasil
penulisan tidak boleh dipersoalkan mahupun digugat lagi akan kebenarannya.
3
Kritikan
yang dilakukan oleh ahli sejarah merupakan penyumbang kepada penghasilan
penulisan sejarah yang bermutu dan sahih. Di samping itu, kritikan dalaman penting
untuk menentukan kebenaran dan kerasionalan sesuatu isi kandungan sumber sejarah.
Ahli sejarah akan membuat pentafsiran sumber berdasarkan lunas-lunas kerasionalan.
Hal ini, bagi memastikan sumber yang diterima bebas daripada unsur-unsur mitos.
Setiap kajian yang dibuat oleh sejarawan adalah bertujuan untuk mengukuhkan fakta
sejarah yang di
Di samping itu, kritikan dan pentafsiran juga penting untuk mengelakkan penulisan
sejarah dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan. Melalui kritikan dan
pentafsiran sumber ahli sejarah akan berhati-hati dengan keterangan yang diberikan
oleh saksi-saksi kerana mereka berkemungkinan cenderung untuk mempertahankan
pihak yang diwakili oleh mereka. Selain itu, ahli sejarah dapat membuat keputusan
sama ada bukti tersebut boleh diterima atau tidak. Di samping itu, kemungkinan juga
responden menyampaikan maklumat yang tidak sahih bukan kerana mahu menipu,

1
Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, hlm 57
2
Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 72
3
Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 72
tetapi kerana tersalah tanggapan atau terlupa.
4
Jadi para pengkaji atau penyelidik
dalam pelbagai bidang sebenarnya tidak dapat mengelak daripada tugas atau
tanggungjawab untuk memastikan kebenaran atau kesahihan sesuatu bahan yang
menjadi asas penting kajian atau penyelidikan mereka.
5

Di samping itu, kritikan dan pentafsiran juga mampu menghasilkan tulisan yang
objektif. Pada asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun
penerangan terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan kepada sumbernya yang
masih kekal.
6
Hasil penulisan yang objektif itu haruslah dapat dipertahankan
kebenarannya, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu sehinggalah terdapat pula
suatu penerangan lain yang mungkin memaparkan kelemahan dan juga penerangan
lain yang mungkin memaparkan kelemahan dan juga kesilapan tafsiran yang mula-mula
tadi.
7
Dengan menggunakan kaedah kritikan dan pentafsiran dapat memastikan hasil
penulisan sejarah yang tulen. Hal ini demikian kerana, pentafsiran sumber perlu
berasaskan sumber yang sahih dan kekal semasa sejarawan menulis sejarah.

3.0 KRITIKAN SUMBER
Kritikan sumber dapat didefinisikan sebagai proses penafsiran sesuatu ujian untuk
mendapatkan kebenaran. Maksud kritikan disini bukanlah sesuatu perkara yang negatif,
namun proses kritikan ini adalah sangat penting dalam memastikan kesahihan sesuatu
sumber atau dokumen sejarah. Mengikut Marc Bloch, kritikan sumber adalah suatu kaedah
untuk menguji kepintaran sesuatu sumber kerana wujudnya kesangsian terhadap sesuatu
fakta. Manakala, Kamus Dewan Bahasa edisi ketiga mendefinisikan kritikan sebagai
analisis, teguran, penilaian serta ulasan terhadap sesebuah karya mengenai kelemahan dan
keburukan sesebuah karya. Tokoh R.G Collingwood menyifatkan kaedah kritikan sumber ini

4
Qasim Ahmad, Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah, hlm 64
5
Qasim Ahmad, Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah, hlm 57
6
Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 104
7
Muhammad Yusof, Pengertian Sejarah (1986), hlm 104
sebagai kaedah kritikal kerana proses ini merupakan proses yang penting dalam membuat
penilaian sama ada objek dan maklumat yang digunakan adalah benar atau palsu.
Sejarah perkembangan kritikan bermula dengan seorang tokoh yang bernama Jabal al-
Gabal yang banyak membahaskan soal kesangsian yang kemudiannya dikembangkan oleh
Descarto sekitar tahun 1856 sehingga 1860. Mengikut pendapat ahli sejarawan Barat,
mereka mengatakan bahawa krirtikan sejarah bermula pada zaman kesedaran di Eropah
sekitar abad ke-18. Antara pendapat lain yang dikemukakan oleh ahli sejarah berkaitan
perkembangan proses kritikan ialah, proses kritikan ini telah dimulakan oleh Leopold Von
Ranke yang menulis kritikan berkaitan sesuatu perkara sekitar abad ke-19. Ranke
merupakan seorang tokoh pensejarahan moden yang banyak berjasa dalam proses kritikan
penulisan sejarah kerana membawa perkembangan bidang kritikan ini menerusi seminar
yang diadakan di Universiti Berlin. Istilah Quellinkritik digunakan untuk merujuk kepada
kajian yang kritis terhadap sesuatu sumber sejarah.
Antara tokoh lain adalah seperti Louis Gottshalk yang mengatakan bahawa ahli sejarah
perlu melakukan kritikan luaran dan dalaman bagi mengesahkan sesuatu sumber sejarah
sama ada palsu atau tulen. Pandangan beliau telah ditulis dalam bukunya yang bertajuk
Understanding History. Beliau menegaskan bahawa perbandingan dokumen dengan
dokumen yang lain adalah penting melibatkan proses mengenalpasti jenis kertas yang
digunakan, dakwat dan cop. Proses perbandingan yang melibatkan perbandingan antara
zaman adalah penting kerana zaman yang berbeza menggunakan cop, dakwat dan kertas
yang berbeza. Manakala tokoh penting yang mewujudkan satu proses kritikan sejarah yang
sistematik adalah Ernst Bernheim. Beliau telah membahagikan kritikan sumber kepada dua
jenis iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. Berdasarkan pemikiran Bernheim, masalah
kritikan sumber sejarah telah dapat diselesaikan dalam proses penafsiran. Oleh itu, kritikan
sejarah dapat dilihat daripada 2 aspek iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

KRITIKAN LUARAN
Kritikan luaran merujuk kepada usaha ahli-ahli sejarah dalam memastikan sumber yang
diperoleh adalah tulen, asli dan sahih daripada sifat fizikal dan luaran sesuatu sumber
sahaja. Dalam erti kata lain, kritikan luaran merupakan proses kritikan fizikal sesuatu sumber
atau dokumen sejarah. Pada tahap ini, kritikan dapat dibahagikan kepada 4 lkaedah dalam
menentukan kesahihan sesuatu dokumen atau sumber sejarah. Antaranya dalah seperti
kaedah ujian kimia, kaedah ujian bahasa, kaedah ujian ke atas tulisan tangan dan kaedah
ujian bahan-bahan.

Kaedah pertama yang dilakukan bagi mengesahkan sesuatu sumber tersebuat adalah
dengan menjalankan ujian kimia. Ujian kimia ini tidak dilakukan oleh ahli sejarawan, namun
dilakukan oleh ahli pakar kimia. Menerusi kaedah ini, sumber-sumber yang diperoleh akan
dihantar ke makmal kimia bagi proses penelitian yang lebih terperinci oleh ahli kimia. Proses
ujian kimia ini melibatkan pemerhatian kepada 3 aspek utam sumber iaitu pemerhatian
kepada kertas yang digunakan, cop dan dakwat.
8
Hal ini kerana, setiap bahan yang
digunakan adalah berbeza mengikut zaman. Dengan demikian, proses ujian kimia ini secara
tidak langsung dapat menentukan umur sesuatu sumber sejarah yang diperolehi. Contoh
yang paling ketara dapat dilihat menerusi kertas kerana kertas yang digunakan adalah tidak
sama jenis mengikut perbezaan zaman. Ujian kimia yang dijalankan dapat menentukan
umur kertas yang digunakan. Ujian ini juga telah dapat membuktikan bahawa terdapat
pemalsuan dalam dokumen di Eropah yang dikenali sebagai Donation of Constantine.
Pemalsuan tersebut berlaku sekitar pertengahan kurun ke-15 oleh Paus yang menuntut
kawasan pemerintahan oleh Maharaja Constantine.
9
Kes pemalsuan dokumen tersebut
telah
dapat dibuktikan oleh seorang tokoh sejarah bernama Lorenzo Valla pada tahun 1400.

Kaedah kedua yang turut digunakan dalam kritikan luaran adalah dengan melakukan ujian
bahasa. Ujian bahasa ini dilakukan kerana bahasa di dunia sentiasa berubah dan bersifat
dinamik.
10
Oleh itu, ujian bahasa yang dilakukan adalah penting kerana perubahannya yang

8
R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37
9
Muhammad Yusof Ibrahim, Sejarah dan Pensejarahan, hlm 52

ketara dari asspek nahu, struktur ayat, ejaan, istilah dan tanda baca. Keadaan ini dapat
dilihat dalam perbezaan bahasa melayu zaman dahulu dengan bahasa Melayu sekarang.
Zaman dahulu, terdapat abjad rumi yang menngunakan tanda dan bunyi, berbeza dengan
zaman sekarang yang menggunakan perkataan. Sebagai contoh, dalam karya Sulalatus
Salatin terdapat contoh-contoh perkataan yang digunakan oleh masyarakat dahulu seperti
seraya, hatta dan arakian. Perkataan-perkataan ini sudah tidak digunakan lagi dalam ayat
zaman sekarang. Kesulitan akan timbul sekiranya hasil karya dipalsukan tersebut didakwa
sebagai hasil tulisan tokoh yang sebenar seperti Napoleon dan Lincoln. Oleh itu, ahli
sejarawan memerlukan pakar fisiologi untuk menentukan nilai gaya dan bahasa daripada
teks yang digunakan supaya keaslian sesuatu sumber dapat disahihkan.

Kaedah ketiga yang digunakan oleh sejarawan adalah melalui ujian tulisan tangan. Kaedah
ini sangat penting oleh ahli sejarawwan kerana kebanyakkan sumber atau teks pada zaman
dahulu adalah ditulis menggunakan tulisan tangan. Oleh itu, menerusi ujian ini, sesautu
sumber dapat disahihkan keasliannya dan bukan sumber yang dipalsukan. Ahli sejarah yang
bernama Garragham mengatakan bahawa tulisan tangan mempunyai satu ciri yang
tersendiri. Ini bermakna setiap tulisan tangan yang ditulis oleh penulis adalah berbeza
dengan penulis yang lain. Pemalsuan sumber dapat dilihat menerusi Buku Harian Hitler.
Buku tersebut telah dipalsukan apabila terdapat segelintir ahli sejarah yang sangsi terdapat
buku tersebut, telah meminta ahli paleografi untuk melakukan ujian tulisan ke atas buku
tersebut
11
. Tugas ahli paleografi adalah untuk mengkaji bentuk perkembangan tulisan.
Menerusi ujian yang dilakukan, ternyata Buku Harian Hitler telah dipalsukan. Antara kaedah
yang dilakukan adalah dengan membandingkan tulisan dalam buku tersebut dengan tulisan
Hitler dalam dokumen-dokumen yang lain. Oleh itu, proses ujian tulisan tangan sangatlah
memerlukan ahli paleografi kerana mereka pakar dalam bidang tersebut.


10
Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 18
11
R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38
Kaedah yang terakhir yang dijalankan dalam kritikan luaran dalah dengan melakukan ujian
bahan-bahan. Ujian ini dilakukan dengan mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam
sesuatu sumber iaitu seperti cop, kertas, dakwat dan benang yang digunakan untuk menjilid
sesuatu sumber
12
. Sebelum wujudnya kertas, masyarakat dahulu menggunakan kulit
binatang
seperti kulit kambing sebagai alas untuk menulis sesuatu dokumen atau perkara penting.
Kertas telah wujud pada tahun 1150 T.M. Oleh itu, jika sesuatu sumber itu dikatakan telah
ditulis di atas kertas ssebelum tahun 1150 T.M, maka sumber tersebut addalah palsu.
Sebagai contoh, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, benang-benang yang digunakan
untuk menjilidkan buku tersebut adalah palsu kerana benang tersebut hanya wujud selepas
kematian Hitler. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa buku tersebut diwujudkan selepas
kematian Hitler dan buku palsu tersebut bukanlah buku harian yang ditulis sendiri oleh Hitler.

KRITIKAN DALAMAN

Kritikan dalaman juga penting selain daripada kritikan luaran. Kritikan dalaman dilakukan
bertujuan untuk menentukan kebenaran dan kerasionalan tentang sesuatu isi kandungan
sesuatu sumber. Walaupun sesuatu sumber tersebut disahihkan asli daripada aspek
kritikan luaran, tetapi jika isi kandungannya mencurigakan, maka sumber tersebut tidak
wajar dijadikan sumber sejarah. Kritikan dalaman dilakukan sendiri oleh ahli sejarah tanpa
melibatkan bantuan daripada pihak luar. Antara aspek yang dikaji adalah seperti aspek
kandungan tersebut sama ada benar atau tidak, logic dan kerasionalannya.

Ahli sejarah akan membuat penafsiran sumber berlandaskan lunas-lunas kerasionalan.
Setiap tindakan boleh dikaji secara rasional berdasarkan tindakan dan keterangan oleh
pelaku atau saksi supaya sesuatu sumber itu bebas daripada mitos, lagenda dan ghaib.
13


12
K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 38
13
Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 18
Kebanyakkan teks atau sumber pada zaman dahulu dipenuhi dengan pelbagai mitos yang
mengangkat martabat seseorang tokoh dan menyedapkan sesuatu penceritaan. Oleh itu,
kerasionalan sesuatu cerita atau sumber sejarah pada zaman dahulu perlulah dikaji oleh ahli
sejarah supaya sesuatu fakta itu dpat diterima berdasarkan bukti yang kukuh dan bukanlah
hanya berlandaskan perkara dongeng semata-mata. Ahli sejarawan perlu menolak sebarang
sumber yang mempunyai mitos kerana terdapat keraguan dalam sumber tersebut. Sumber
yang mempunyai fakta yang kukuh sahaja diterima keran sumber yang mempunyai mitos
dianggap melanggar peraturan pemikiran yang rasional. Sebagai contoh, Thucydides yang
menulis karyanya berjudul Perang Poloponessia telah menolak cerita-cerita yang
berunsurkan mitos.
14
Contohya seperti wabak penyakit pes yang menyerang negeri Athens
adalah berpunca daripada tindakan tuhan semata-mata.




Ahli sejarawan juga perlu memastikan kesahihan latar belakang suatu saksi. Sebagai contoh
Gottschalk sendiri menyatakan bahawa saksi-saksi yang berkepentingan seperti pegawai-
pegawai atau ahli politik akan cuba mempengaruhi ahli sejarawan.
15
Oleh itu, ahli sejarawan
perlu beerhati-hati dengan meneliti keterangan saksi untuk mengelakkan saksi daripada
mempertahakan badan-badan yang diwakili mereka. Perkara sebegini perlu dititikberatkan
supaya tiadda kekeliruan sumber padda generasi akan dating. Seebagai contoh, rusuhan
kaum yang berlaku pada tahun 1882 di Bandar Salem yang mempunyai saksi yang
berkepentingan seperti yang dikatakan oleh Gottschalk. Saksi tersebut telah menyalah pihak
lawan dengan memberikan keterangan yang berlawanan. Setelah perbicaraan selesai,
didapati beberapa orang saksi didapati bersalah kerana memberikan keterangan palsu dan
akhirnya dipenjarakan. Jika keterangan palsu tersebut tidak terbongkar, maka penulisan

14
K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 43
15
K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 45
sejarah adalah palsu. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberikan kesan negative
kepada pihak yang benar seterusnya akan menjejaskan ketulenan penulisan sejarah.

Selain itu, bukti-bukti yang bercanggah juga perlu diteliti oleh ahli sejarawan. Mereka perlu
bijak dalam menanggani bukti yang terang-terangan bercanggah daripada bukti asal. Ahli
sejarah perlu bijak memilih dan menolak sebarang bukti dan perlu mencari jalan tengah
dalam mencari keputusan yang sewajarnya. Namun demikian, Voltaire menyatakan bahawa
ahli sejarah perlu menggantungkan pengaddilan sekiranya wujud bukti yang bercanggah.
16

Manakala Marc Bloch pula menyatakan bahawa ahli sejarah perlu membuat keputusan bukti
yang diterima atau ditolak itu berdasarkan fakta yang munasabah. Keadaan ini menunjukkan
bahawa terdapat juga segelintir ahli sejarah yang mempunyai pandangan berbeza, namun
mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari kebenaran dalam sesuatu bukti atau
sumber sejarah. Kebiasaannya, ahli sejarah akan menolak bukti yang bercanggah dan akan
menerima bukti yang munasabah dan sahih sahaja. Keputusan akan dibuat berdasarkan
bukti sahih yang diterima sahaja.


Ahli sejarah juga perlu melihat situasi seseorang saksi dalam menyampaikan sesuatu bukti.
Sebagai contoh, penyediaan bukti kadang-kadang berlaku dalam jangka masa yang
panjang, nama saksi tidak didedahkan, sebaliknya dirahsiakan dan pengakuan orang dalam
tahanan
17
. Kesangsian dalam sesuatu bukti akan wujud apabila kes telah lama berlaku dan
proses yang panjang telah diambil untuk menyelesaikan sesuatu kes. Kesangsian ini juga
akan berlaku apabila saksi dapat menceritakan dengan padat sesuatu peristiwa yang telah
lama berlaku, seolah-olah sesuatu peristiwa itu dihafal dan bukan diingat dengan sejujurnya
oleh sesoorang saksi. Oleh itu, ahli sejarah perlu bijak mengesan kejujuran dan kelayakan
sesuatu saksi supaya bukti yang kukuh dapat diperolehi. Ini bermakna ahli sejarah tidak

16
K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 46
17
Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 45
boleh menerima dengan sepenuhnya sesuatu perkara yang disampaikan oleh saksi. Ahli
sejarah perlu menilai dan mengkaji terlebih dahulu keterangan tersebut supaya keterangan
tersebut bukanlah keterangan palsu.



4.0 PENTAFSIRAN SEJARAH
Pentafsiran ialah suatu konsep pensejarahan yang digunakan untuk mengkaji kebenaran
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku yang terdiri daripada fakta-fakta sejarah yang
benar dan tepat. Leopard Von Ranke menyatakan bahawa sejarah mesti ditafsir secara
sahih dari segi kebenaran sumber sejarah tersebut. Menurut R. Fraenkel & Norman E.
Wallen, kajian sejarah adalah kajian yang secara menyeluruh dan memberi tumpuan
kepada peristiwa yang berlaku pada masa lalu
18
. Kajian terhadap peristiwa yang berlaku
diceritakan semula menerusi pentafsiran sejarah secara tepat, lengkap dan menjelaskan
sebab sesuatu peristiwa tersebut berlaku pada masa tersebut dan biasanya
menjelaskan mengapa hal itu terjadi . Ranke menggariskan beberapa panduan seperti
mempersembahkan fakta yangtulen, mengikis prasangka, mengelakkan pengadilan
moral dan sebagainya
19
. Selain itu, Donald Ary menyatakan bahawa sejarawan
membuat pentafsiran sejarah untuk membuat satu kesimpulan fakta yang paling tepat
dan membuat kesimpulan terhadap peristiwa yang telah berlalu secara sistematik
20
.
Oleh kerana keadaan sosial sentiasa mengalami perubahan, maka kebenaran sejarah
pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau berubah-ubah. Demikian juga bagi Charles Beard,
beliau turut menegaskan bahawa "sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa

18
Usman, Husaini, Metodologi Penelitian Sosial (1996), hlm 22
19
K. Anbalakan (esei penghargaan kepada Dr. R Suntharalingam), Isu-isu Pensejarahan. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia (1995). hlm 44
20
Usman, Husaini, dkk. 1996. Metodologi Penelitian Sosial, hlm 22
lampau". Ia merupakan hasil penulisan ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-
nilai atau prasangka yang dipengaruhi oleh pengalaman zaman tertentu.
4.1 ALIRAN PENAFSIRAN SEJARAH
Dalam aktiviti mentafsir sumber sejarah, pentafsiran sejarah berbeza kerana sejarawan
berdebat dan saling mempertahankan pendapat masing-masing. Oleh sebab itu,
penafsiran sumber terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran objektif dan subjektif.
Aliran objektif bermaksud kenyataan atau penulisan berasaskan fakta yang sebenar dan
tidak dikuasai oleh perasaan, prasangka sendiri dan unsur bias.Sartono menyatakan
bahawa kejian sejarah yang berkaitan dengan kejadian atau peristiwa tersebut yang
membawa maksud proses pensejarahanan dalam keadaan yang sebenar berlaku
21
.
Menurut Gottschalk, pentafsiran secara objektif ialah memperoleh maklumat yang tidak
memihak kepada satu pihak sahaja dan bebas daripada reaksi peribadi seseorang.
Manakala aliran subjektif pula menekankan kepada cara penulisan sejarawan itu sendiri
tetapi tetap bersandarkan kepada fakta. Tulisan ini ditulis mengikut pandangan
sejarawan itu sendiri dilakukan secara memihak kepada sesuatu pihak, ideologi dan
pandangan masing-masing
22
. Dari aspek ini, sejarawan mempunyai pendekatan yang
tersendiri melalui pendekatan yang ditulis secara mengikut pandangan masing-masing
terhadap perstiwa sejarah. Menerusi dua aliran sejarah tersebut, wujud percanggahan
pendapat apabila fakta sejarh diberi secara objektif tetapi penerangan dan ulasan
sejarah diberi secara subjektif.
Bagi Carl Becker, beliau menganggap bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli
sejarah sendiri, yang mempunyai akal fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan
yang berasaskan pengalamannya pada zaman tertentu.
4.2 KAEDAH PENTAFSIRAN SEJARAH

21
Ishak Saat, Penulisan Sejarah (2010), hlm 94
22
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah(1994), hlm. 106
Sumber sejarah yang dikritik dapat menghasilkan fakta yang dijadikan sumber utama
dalam penulisan sejarah. Sumber sejarah yang terdiri daripada fakta, tokoh, kronologi
peristiwa harus ditafsir untuk proses penyusunan semula peristiwa dan fakta. Terdapat
lima kaedah yang digunakan oleh pengkaji sejarah untuk memastikan keaslian dan
ketulenan sesuatu sember sejarah iaitu kaedah tafsiran verbal, tafsiran teknikal, tafsiran
logikal, tafsiran psikologikal dan tafsiran fakta.
TAFSIRAN VERBAL
Tafsiran Verbal dijalankan dengan cara ahli sejarah memberi perhatian kepada
perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu dokumen secara individu ataupun
berkumpul. Tafsiran verbal memberi perhatian kepada empat aspek penilaiaan iaitu
bahasa, pembedaharaan kata, tatabahasa dan terjemahan.
Bahasa
Bahasa dianalisis untuk menjalankan proses memahami makna sesuatu perkataan
dalam sumber atau dokumen. Ahli sejarah menjalankan kajian untuk mengetahui makna
perkataan dan ayat bagi mendapatkan idea yang cuba disampaikan. Proses ini
memerlukan pengetahuan tentang bahasa yang luar dari pelbagai jenis penggunaan
bahasa dan mahir dalam menilai dokumen-dokumen lama yang menggunakan bahasa
zaman dahulu.
Perbendaharaan Kata
Ahli sejarah perlu memahami bahasa sebagai satu peraturan. Contohnya penggunaan
kamus khas, kamus sejarah untuk menjelaskan makna masa yang lalu. Dalam evolusi
bahasa, satu perkataan mempunyai makna yang berbeza pada zaman yang berbeza.
Tatabahasa
Bagi menjelaskan maksud ayat, seseorang perlu mengetahui penggunaan tatabahasa
yang menghubungkan antara satu perkataan dengan perkataan lain. Untuk sampai
kepada maksud ayat ahli sejarah perlu memahami konteks sintaksis sesuatu ayat dalam
dokumen.
Bahawa Hamba minta diperbuatkan hikayat pada bendahara perteturun segala
raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang
kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahdan beroleh
faedahlah mereka itu daripadanya.
23

Terjemahan
Terjemahan adalah proses literasi. Petikan dari satu bahasa diterjemahkan kepada
bahasa yang lain untuk menjelaskan tentang pemikiran pengarang.
Walaupun seseorang itu mahir dalam terjemahan, proses terjemahan yang dilakukan
seringkali tidak tepat dan maksud asal sering terpesong. Terjemahan bahan-bahan
sejarah khasnya memerlukan ketepatan dan pembacaan yang luas. Kualiti pembacaan
yang luas akan memberikan kelicinan serta kejelasan yang akan memudahkan
pembaca.
TAFSIRAN TEKNIKAL
Tafsiran Teknikal menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan mengesan
sebarang maklumat melalui pembacaan spesifik yang digunakan.
Tafsiran teknikal terhadap dokumen berasaskan kepada dua pertimbangan iaitu tujuan
penulisan dan bentuk pembacaan yang tepat. Kedua-dua pertimbangan dapat
membezakan antara sumber yang dirujuk hanya memberi maklumat sahaja atau
sumber yang sudah ditokok tambah. Status sember yang digunakan oleh penulis penting
untuk menilai sesuatu sumber itu sahih atau telah dipalsukan. Ranke memperkenalkan
konsep Wei Es Eigentlich Gewesen iaitu menulis seperti sebenarnya berlaku

23
Muhammad Haji Salleh, Sulalat al Salatin bab Perteturun Segala Raja-raja, Kuala Lumpur, Yayasan
Karyawan Dan Dewan Bahasa Pustaka, 1997, hlm. 3.
menggunakan sumber yangbenar seperti memior, catatan harian, buku kenangan dan
surat menyurat
24
. Penggunaan dokumen asli perlu untuk memastikan sumber tersebut
suci.
TAFSIRAN LOGIKAL
Tafsiran Logikal ialah salah satu proses untuk menyambung pelbagai bahagian sumber
mengikut kaedah yang sistematik dan betul. Proses ini memberikan satu peristiwa yang
bersambungan dalam pemikiran ahli sejarah, sebelum atau sesudah sama ada secara
terus atau tidak terhadap sesuatu peristiwa. Penyambungan idea utama ini diperolehi
dari pembacaan yang luas terhadap sumber sejarah.
Karya sejarah Perang Parsi yang dikarang oleh Horodotus memberi penerangan yang
jelas terhadap kronologi perang tersebut berlaku disebabkan oleh persengketaan antara
Yunani dan Parsi kerana berlaku perselisihan politik, ekonomi, masyarakat dan agama
25
. Kajian yang dijalankan oleh Horodotus terhadap sejarawan Yunani mentafsir
peristiwa Perang Parsi sebagai akibat daripada perbalahan antara budaya yang sangat
berbeza. Oleh sebab itu, pentafsiran yang dijalankan oleh Horodotus dengan sejarawan
Yunani ada persamaan kerana berpandukan fakta dan sumber-sumber asli.

TAFSIRAN PSIKOLOGIKAL
Tafsiran Psikologikal ialah proses untuk membaca sumber dan dokumen mengikut sudut
pandangan ahli sejarah. Ahli sejarah boleh mengesan pengaruh pemikiran dan fizikal
berdasarkan kerja-kerja penulis terhadap kerja yang dihasilkannya. Proses ini biasanya

24
Abdul Rahman Haji Abdullah.Pengantar Ilmu Sejarah, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 106
25
Arba'iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,(2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 24
berkaitan dengan idea dan emosi seseorang ahli sejarah. Hal ini kerana sejarawan tidak
terikat dengan prosedur pencarian dan penggunaan sumber yang cukup dan benar
26
.
Pengarang Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang mahupun Tun Bambang adalah
berasal dari kalangan istana. Tun Sri Lanang merupakan Bendahara kepada
Sultan Abdullah Maayah, Yang Dipertuan di Hilir yang memerintah supaya
diperbaiki dan ditulis semula Sejarah Melayu itu. Beliau adalah berasal daripada
keturunan Bendahara-bendahara Melaka yang sememangnya mempunyai pertalian
yang amat rapat dengan golongan istana. Tun Bambang, gelarannya Seri Nara
Wangsa pula merupakan anak Seri Akar Raja Patani
27
. Maka, penulis yang
berasal dari istana ini cuma akan mencatatkan kebaikan raja untuk
menggembirakan raja-raja. Keseluruhan isi kandungan Sejarah Melayu banyak
mencatatkan keturunan raja-raja, adat istiadat, kebudayaan dan penghidupan di
istana kerana Beliau sebagai pengawai di istana adalah memahami hal-hal di
istana. Oleh sebab itu, kegiatan tentang rakyat jelata adalah sedikit diceritakan
dalam buku tersebut. Maka, penulisan tersebut adalah bercorak istana-sentrik
28
.
Sejarah Melayu dikarang adalah atas perintah raja seperti yang ditunjukkan oleh
petikan di bawah:
Bahawa Hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara perteturan segala
raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang
kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahdan beroleh
faedahlah mereka itu daripadanya
29

Maka, penyusunannya pula menjalankan tugasnya untuk menggembirakan raja-
raja dengan memuji-muji kemakmuran Melaka, kebijaksanaan raja-raja Melaka.
Oleh sebab itu, karya yang dihasilkan adalah tentang kehidupan raja dan
kebaikan mereka. Hal ini dapat ditunjukkan melalui pepatah:
dahulu kala supaya akan menyukakan duli hadhrat baginda
Sejarawan mencatatkan sesuatu yang berkaitan dengan keturunan raja-raja, adat
istiadat, kebudayaan dan penghidupan di istana dalam Sejarah Melayu kerana
motif penulisan sejarah adalah untuk menggembirakan raja-raja.
TAFSIRAN FAKTA

26
Muhammad Yusof Ibrahim, Sejarah dan Pensejarahan, hlm 14
27
Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Melayu, hlm. 31.
28
Muhammad Yusoff Hashim, Sejarah Melayu, hlm. 13
29
Muhammad Haji Salleh, Sulalat al Salatin ya ni Perteturun Segala Raja-raja, hlm. 3.
Tafsiran Fakta digunakan untuk memahami makna sumber dan dokumen dengan
mengaplikasikan satu atau lebih daripada cara pentafsiran fakta yang lain. Sejarawan
dapat menentukan secara terus makna atau signifikan data-data yang terdapat dalam
sumber dan dokumen. Hal ini berkaitan dengan proses menilai fakta secara individu
atau berkumpulan bagi menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku. Ahli
sejarah bukan hanya merujuk kepada fakta tetapi mereka berusaha menterjemahkan
fakta secara tepat.
Sejarah Melayu memaparkan fakta bahawa kemunculan Melaka sebagai bandar
pelabuhan dagang dalam abad ke-15 telah menunjukkan bahawa masyarakat dan
golongan pemerintah mula melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan seperti
dalam petikan yang berikut:
Maka negeri Melaka pun terlalu besarlah dan segala dagang pun berkampung,
dan jajahan Melaka pun semakin banyaklah.
30

Hal ini menunjukkan sejarawan menggunakan fakta yang tepat kerana Pelabuhan
Melaka terletak antara laluan ke timur dan barat.

5.0 KESIMPULAN
Kritikan sumber dan pentafsiran sumber bukan sahaja penting untuk memastikan
kebenaran bukti tetapi melalui kaedah ini sejarawan juga dapat mencari maklumat
tambahan yang tidak disediakan secara nyata oleh saksi-saksi. Namun, terdapat
batasan yang tidak dapat diatasi oleh sejarawan dan mereka perlu mengakuinya. Hal ini
demikian kerana, sejarawan mengkaji mengenai kejadian pada masa dahulu dan bukti
yang diperoleh sukar untuk ditentukan kebenarannya.
Selain itu, hasil kajian ditentukan ditentukan oleh ahli sejarah dan bukan oleh
sumber-sumber. Hal ini demikian kerana, sumber-sumber yang diperoleh tidak dijamin
kesahihannya. Oleh itu, ahli sejarah melakukan kajian terhadap sumber-sumber yang

30
Muhammad Haji Salleh, Sulalat-al Salatin ya ni Perteturun Segala Raja-raja, hlm. 65.
diperoleh bagi membuktikan kesahihannya. Selain itu, ahli sejarah berhak menolak
sumber-sumber tersebut jika sumber tersebut meragukan dan tidak sahih.
Kesimpulannya, kritikan dan pentafsiran sumber merupakan kaedah yang penting
dalam proses penghasilan penulisan sejarah. Hal ini demikian kerana, melalui kaedah
tersebut ahli sejarah perlu melakukan kajian tentang sesuatu sumber sebelum
melakukan kritikan. Selain itu, melalui kaedah ini sumber-sumber tersebut dapat
dibuktikan kesahihannya. Hal ini, dapat memastikan hasil penulisan sejarah yang
bermutu dapat dihasilkan di samping dapat mengelakkan daripada hasil penulisan yang
bersifat palsu.













6.0 RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid. (1998). Ilmu Sejarah: Teori dan Amalan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah. Kertas Sempena Simposium Kebangsaan Ilmu Sejarah, Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Abdul Rahman Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka bersama Pusat Pengajian Luar Kampus USM.
Abdul Rahman Haji Ismail. (2008). Sulalat-us-Salatin (Sejarah Melayu) Cerakinan
Sejarah. Budaya Bahasa: Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Arba'iyah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Haji Salleh. (1997). Sulalat-al Salatin ya ni Perteturun Segala Raja-raja.
Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Dan Dewan Bahasa Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim. (1986). Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori &
Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim. (1997). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Maricans.
R. Suntharalingam (1987). Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Вам также может понравиться