Вы находитесь на странице: 1из 4

IPG KAMPUS DARUL AMAN

LAPORAN PERKHEMAHAN 1
PROGRAM BINA INSAN GURU
TAHUN 2012

NAMA PELAJAR : FARAZETTI ISMI BINTI MOHD AZRI
AMBILAN : JUN 2011
SEMESTER : SEMESTER 3
OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS UMUM
PERINGKAT : I - PERKHEMAHAN
TARIKH : 10 NOVEMBER 2012
TEMPAT : SK SERI TUNJUNG, PERLIS
KUMPULAN : 29
KEHADIRAN MURID : 20 ORANG
(Bil. Murid Lelaki = 13 ORANG; Bil. Murid Perempuan = 7 ORANG)
MURID TIDAK HADIR : -TIADA-

LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK : PERKHEMAHAN I

(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Sila sertakan gambar sebagai lampiran)

Hari Pertama

Program ini bermula dengan pendaftaran peserta di tapak perhimpunan.
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 5
orang. Pelajar diberi tugas untuk melantik ketua beserta dengan nama
kumpulan. Setiap kumpulan diberi tema haiwan peliharaan.
Peserta menyanyikan lagu Negaraku serta lagu Negeri Perlis.
Aktiviti Malaysia Cergas iaitu senaman pagi dan pergerakan berirama.
Peserta mendirikan khemah di tapak perhimpunan serta dibimbing oleh 2
orang guru.
LDK 1- Pengembangan Idea. Peserta diberikan satu bentuk asas dan paserta
diminta untuk membentuk satu lukisan dalam 10 pergerakan. Disini kita dapat
melihat kreativiti setiap kumpulan.
LDK 2- Peserta diberikan roti, mentega, limau nipis, tin sardin serta mayonis.
Peserta diminta untuk membuat sandwich mengikut kreativiti masing-masing.
Markah akan diberikan berdasarkan kekemasan, kebersihan dan kreativiti
setiap kumpulan.
LDK 3- Kembara Orientering. Dimana pelajar diberi clue atau pembayang.
Peserta diberikan 6 check point. Di setiap check point pelajar perlu menjawab
soalan yang diberikan dan diisi kedalam borang yang telah disediakan. Disini
guru dapat menilai kerjasama murid dalam kumpulan.
LDK 4- Persembahan Kumpulan. Aktiviti Nyanyian peserta diberi masa 20
minit untuk memilih lagu serta berlatih. Peserta diminta untuk
mempersembahkan nyanyian mereka. Markah akan diberikan berdasarkan
kerjasama kumpulan serta persembahan yang di persembahan.
Penyampaian Hadiah lebih meriah lagi dengan kehadiran Guru Besar SK Seri
Tunjong iaitu Pn. Rosnany binti Mohamad.


ISU / MASALAH (Jika ada)
TIADA

(B) Analisis SWOT
(i) KEKUATAN

1. Kerjasama dalam kumpulan dapat dilihat. Sikap tolong-menolong sentiasa
ada dalam diri peserta.
2. Kesepakatan antara guru juga menjadikan Perkhemahan Jati Diri ini berjalan
dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
3. Peserta juga menepati masa yang ditetapkan. Semua aktivti berjalan dengan
lancar pada tepat masa yang dirancangkan.



(ii) KELEMAHAN

1. Peserta yang terdiri dari pelajar masalah pembelajaran ini menghadapi
masalah dalam LDK 3 iaitu kembara orienteering. Iaitu mereka perlu diberikan
ruang untuk mencari clue di kawasan yang kecil sedikit. Ini kerana apabila
kawasan yang luas diberikan peserta ini memerlukan bantuan guru.
2. Peserta ini lebih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru
pembimbing. Termasuk juga semasa mengambil wuduk.
3. Peserta ini juga sentiasa memerlukan idea guru untuk melaksanakan aktiviti
yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti.

(iii) PELUANG

1. Memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakat yang sedia ada.
2. Memberi peluang kepada paserta dalam menunjukkan kreativiti mereka
walaupun memerlukan tunjuk ajar serta bantuan dari guru.
3. Memberikan keyakinan diri peserta dalam melakukan aktiviti terutamanya
dalam LDK 4 iaitu persembahan pelajar.

(iv) ANCAMAN
1. Aktitviti berjalan dengan teratur dan lancar tanpa ada sebarang masalah serta
ancaman dari pihak dalaman mahupun dari pihak luaran.

(1) REFLEKSI KENDIRI:

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti perkhemahan
yang dilaksanakan guru.
2. Murid diberi peluang terutamanya murid khas untuk membina khemah. Ini
kerana bukan semua pelajar dapat merasai pengalaman membina khemah.
3. Dapat membina keyakinan diri peserta serta dapat memupuk nilai-nilai murni
peserta seperti semangat kerjasama dan sikap tolong-menolong sesama ahli
kumpulan.
4. Peserta diberi pendedahan tentang perkhemahan.
5. Memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan aktiviti perkhemahan
kepada murid terutamanya murid khas.


(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. Jika diberi peluang saya ingin melaksanakan aktiviti yang lebih lagi. Ini kerana
peserta seronok dengan aktiviti yang diberikan. Disebabkan kekangan masa
peserta seolah-olah belum puas dengan aktiviti yang diberikan.




Tandatangan Pelapor: Disahkan oleh Penilai:


..
(NAMA: FARAZETTI ISMI )

Вам также может понравиться