Вы находитесь на странице: 1из 3

Refleksi keseluruhan

Pertama-tamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya


dapat menyiapkan tugasan EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini. Kerja
kursus ini memerlukan saya menulis esei mengenai konsep, matlamat, keperluan dan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, serta membincangkan tentang
kemahiran-kemahiran dan teori-teori kaunseling yang dapat membantu pembentukan murid-
murid yang seimbang. Selain itu, saya juga diminta untuk menyatakan satu kes masalah
disiplin murid dan menghuraikan cara-cara untuk membimbing murid berikut.
Tugasan ini sememangnya bukan satu benda yang baru kepada saya kerana saya
pernah belajar dan membuat tugasan yang hampir sama sewaktu di semester 2 iaitu untuk
subjek Murid dan Alam Belajar. Namun, ini tidak bermakna saya tidak menghadapi sebarang
masalah di sepanjang proses menyiapkan tugasan. Contoh masalah terbesar saya adalah
kekangan dari segi masa di mana saya harus membahagikan masa saya di antara kerja
kursus dan praktikum. Mujur saya membuat jadual kerja sendiri dan dapat menyelesaikan
kerja-kerja dengan merujuk jadual tersebut. Masalah lain yang timbul adalah talian internet
yang perlahan, virus dari pendrive rakan yang melembapkan laptop dan mesin pencetak
yang kerap jammed. Saya bernasib baik kerana rakan-rakan saya sudi berkongsi maklumat
yang mereka peroleh jadi saya tidak perlu melayari internet setiap masa dan mereka turut
meminjamkan mesin pencetak mereka untuk kegunaan saya.
Pada masa yang sama, saya telah belajar banyak perkara ketika membuat tugasan
Bimbingan dan Kaunseling ini. Antaranya ialah:
1. Refleksi tindakan saya terhadap tingkah laku murid yang tidak diingini semasa PBS dan
praktikum yang lepas.
Saya seorang yang kekok dengan budak-budak. Oleh itu, saya selalu buntu idea
yang boleh saya lakukan dengan murid yang menangis, bergaduh, mengajuk kata-kata saya
dan sebagainya di dalam kelas. Saya khuatir jika saya terlalu melayan murid-murid sebegini,
mereka akan menjadi manja tetapi saya juga risau mereka menganggap saya tidak
sayangkan mereka apabila saya tidak mempedulikan mereka. Walaupun begitu, apa yang
saya sering buat ialah saya hanya membiarkan murid yang bermasalah sendiri kerana saya
fikir mereka akan berubah lama-kelamaan. Kini, setelah menyiapkan tugasan ini, barulah
saya sedar bahawa saya sepatutnya berusaha untuk mendekati murid-murid saya terlebih
dahulu.bagi membantu menyelesaikan masalah yang mereka lalui.

2. Mengetahui cara-cara yang sesuai untuk membantu murid yang memerlukan khidmat
Bimbingan dan Kaunseling.
Seorang guru atau kaunselor tidak boleh terburu-buru untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi murid. Kadangkala, jika kita lihat di drama atau filem tempatan, watak guru itu
sekadar mendenda muridnya yang membuat salah tanpa usul periksa. Terdapat segelintir
guru yang memberikan penyelesaian yang kurang sesuai untuk murid mereka juga.
Akibatnya, masalah yang murid lalui bukan sahaja tidak dapat diatasi malah ia semakin
memburukkan keadaan. Daripada tugasan ini, saya belajar tentang tujuh peringkat
kaunseling yang harus dipatuhi. Saya berpendapat bahawa sekiranya guru mengamalkan
peringkat-peringkat tersebut, murid akan lebih bersikap terbuka dan bersedia untuk
menerima pertolongan daripada guru.
3. Mengetahui jawapan dan penyelesaian yang tepat bagi setiap permasalahan yang
dihadapi oleh murid.
Saya mendapati bahawa masalah-masalah murid ini berbeza-beza. Justeru, mereka
tidak boleh diberikan ubat yang sama setiap masa. Hal ini kerana, ada murid yang
bermasalah tingkah laku, ada yang mengalami tekanan emosi dan ada juga yang
mempunyai pemikiran yang tidak rasional terhadap sesuatu perkara. Meskipun pendekatan
yang sama dilakukan oleh guru berulang-kali ke atas murid-muridnya masih dapat
membantu, ia sebenarnya lebih sesuai jika guru menggunakan penyelesaian atau ubat
yang tepat untuk menangani masalah murid ini. Sebagai contoh, teori behavioris bagi
mengatasi masalah tingkah laku dan teori PCC untuk masalah berkaitan emosi murid.
Sementara itu, dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling juga dilihat sebagai satu langkah bagi menanam dan menyuburkan nilai, sikap
dan kemahiran dalam perkembangan murid. Hal ini bermakna, murid perlu dibantu daripada
menghadapi sebarang halangan untuk mengenali diri dan potensinya yang sebenar.
Sehubungan dengan itu, pelbagai program boleh diatur tidak mengira aspek pemulihan,
pencegahan dan perkembangan murid melalui unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Misalnya, program motivasi, Hari Kerjaya, solat hajat dan lain-lain lagi.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga
kepada pensyarah kami, Pn. Haslinda di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau
kepada kami. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang
berguna apabila saya ditempatkan di sekolah kelak.

Sekian, terima kasih.

.......................................................
(Faikha Munirah binti Mohd Taher)

Вам также может понравиться