Вы находитесь на странице: 1из 7

Murid

Murid ialah pelanggan bagi setiap guru dalam


bilik darjah.
Faktor ini mendesak guru menggunakan
kemahiran secara optimum dalam pengurusan
bilik darjah, dan adalah penting kepada guru
untuk memahami tingkahlaku dan Budaya murid
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Murid-murid berinteraksi tanpa mengira kelas
sosial.

Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah
melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan
guru dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa
lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan
cara berhemah, di samping menggunakan segala
sifat mahmudah akan mempercepat proses
kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya.
Kemahiran Komunikasi memainkan peranan ke
arah pembentukan budaya penyayang.
Dapat membentuk akhlak dan penerapan
kemahiran-kemahiran tertentu dapat dilakukan
dengan lebih mudah.

Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan
secara berhemah.
Cth: Guru harus menghadiahkan senyuman,
memberikan penghargaan apabila murid
mempamerkan sesuatu yang baik daripada sebelum.
Murid terpengaruh kepada tindakan guru yang
menunjukkan teladan sebagai seorang profesional.
Guru mesti membentuk program yang bertujuan
untuk membangunkan murid dengan peraturan
yang jelas, bagi mengurang segala tingkah laku
negatif.
Guru harus mengelak diri daripada menggunakan
pendekatan yang bertentangan dengan norma
kemanusiaan yang menghalang murid menghargai
pertumbuhan dan kemahiran diri.


Murid juga suka akan budaya belajar ceria,
menyeronokkan serta meningkatkan
kecergasan mental, kreatif, inovatif,
penyertaan yang aktif, pembelajaran yang
berobjektif dan bermatlamat.
Guru perlu membentuk budaya bilik darjah
yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai
murni, hubungan yang mesra sesama murid
dan murid dengan guru.
Murid yang sentiasa mendapat dorongan
serta bimbingan guru dapat mengembangkan
potensi mereka ke arah pembentukan modal
insan yang berkualiti.
Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh
guru.
Dengan ini, guru dapat mengurangkan kadar
ponteng dan permasalahan disiplin melalui
pengurusan bilik darjah berkesan.
Kadar bilangan murid yang terlalu banyak
dalam seebuah bilik darjah bukan satu ukuran
yang subjektif untuk dibuat kesimpulan
bahawa kelas tersebut tidak dapat
dibangunkan.
Keadaan ini merupakan satu cabaran kepada
guru bagi menjayakan visi dan misi sekolah.

Kemahiran mengawal kelas apabila guru
melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi
penting kerana seorang guru tidak boleh
melaksanakan pengajaran serta pembelajaran
dengan berkesan sekiranya murid-murid dalam
kelas berkenaan tidak dapat dikawal.
Murid-murid yang menimbulkan masalah
dalam kelas harus dikenal pasti.
Ketegasan terhadap disiplin murid ketika
pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan
pendekatan berhemah sebagai satu pengajaran.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan
diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.
Guru dicadangkan melaksanakan P&P yang
menarik bagi menghilangkan rasa kebosanan.

Вам также может понравиться