Вы находитесь на странице: 1из 8

1.

0 Konsep, matlamat, keperluan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di


sekolah.
1.1 Pengertian Kaunseling
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diwujudkan di sekolah untuk
membantu murid-murid memahami diri sendiri, mengawal emosi serta mengatasi cabaran
dan tekanan yang dihadapi. Pelbagai definisi tentang kaunseling telah diberikan oleh
beberapa orang tokoh dalam bidang ini.
Shertzer dan Stone (1974) menyatakan kaunseling sebagai proses interaksi yang
membolehkan individu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini dapat membantu individu
menetapkan matlamat dan nilai yang bakal menjadi asas kepada tingkah lakunya kelak.
George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) berpendapat bahawa kaunseling merupakan
suatu perhubungan dan proses yang menolong orang membuat pilihan dan menyelesaikan
masalah. Manakala McLeod. J (2007) menjelaskan kaunseling sebagai satu aktiviti di mana
individu yang bermasalah mendatangi seorang individu lain untuk membina hubungan
istimewa dengannya. Ia bertujuan untuk membolehkan dirinya menceritakan masalah,
meneroka dan belajar mendapatkan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Secara tuntas, kaunseling ialah proses pembelajaran seseorang individu untuk
belajar tentang diri sendiri, hubungannya antara perseorangan, juga berkaitan tingkah laku
yang boleh merangsang perkembangan peribadi mereka. Kaunseling bukanlah seperti sesi
temu duga atau proses mempengaruhi tingkah laku melalui ugutan, desakan atau amaran.
Kaunseling adalah perkhidmatan profesional yang menawarkan kefahaman jitu tentang
manusia dan tingkah laku masyarakat. Ianya memerlukan kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang tertentu.

1.2 Pengertian Bimbingan
Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang berterusan,
tersusun dan sistematik. Ia membantu seseorang individu dalam mengembangkan
kebolehan dan menyesuaikan diri dengan masyarakat melalui usahanya sendiri. Oleh itu,
bimbingan boleh ditakrifkan sebagai suatu langkah yang dirancang di sekolah untuk
membantu murid melakukan penyesuaian dalam semua aspek hidup.
Murid-murid di sekolah berasal dari latar belakang yang berlainan dan mereka
memiliki kebolehan, minat, bakat dan sahsiah yang tidak sama. Misalnya, ada murid yang
periang dan ada juga yang pendiam. Terdapat murid yang datang dari keluarga yang
bahagia dan tidak kurang yang hidup dengan keluarga yang porak peranda. Sehubungan
dengan itu, perkhidmatan bimbingan amat diperlukan bagi membantu murid berkembang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Sementara itu, menurut Belkin, bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputi
orientasi, inventori individu, kaunseling, penempatan dan perkhidmatan susulan. Bimbingan
juga merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber yang menyeluruh seperti
nasihat, kaunseling, ujian, lawatan, ujian bakat dan perbincangan di bilik darjah.

1.3 Konsep Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan atau guidance dalam bahasa Inggeris bermakna memberi panduan atau
nasihat kepada seseorang.
Menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan mengikut konteks pendidikan merujuk
kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang
bermasalah. Masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya tergolong dalam dua
kategori utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Sewaktu bimbingan
dijalankan, murid dipandu supaya mereka dapat melihat sendiri punca masalah lalu
mengatasinya.
Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan
perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha
mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan
bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara
bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor,
dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau
akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.


1.4 Objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling
Objektif utama Bimbingan dan Kaunseling ialah menolong pelajar menyelesaikan
masalah, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, yang dihadapinya. Di antara objektif
yang lain ialah :
1. Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku
yang sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.
2. Melayan keperluan-keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi mereka
secara optimum.
3. Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka
dapat menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta memilih dan merancang
masa depan dengan berkesan.
4. Mendorong pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha
menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.
5. Menyedarkan pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
6. Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai
pada masa depan.
7. Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk
tingkahlaku yang diingini.
8. Menolong pelajar membentuk konsep kendiri positif.
9. Memberi tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan
seterusnya meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai
lemah.
10. Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif
atau jurusan yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.
11. Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah
untuk belajar.





1.5 Matlamat Bimbingan dan Kaunseling
Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka
matlamat utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar
dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk
menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melaui
usaha diri sendiri.
Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu sesi
digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca
kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut
cara penyelesaian yang dicadangkan kaunselor.
Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu
mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya
memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami
pelbagai cara yang boleh dipilh untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau
kerjaya yang dihadapinya.
Ringkas kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan
menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran
asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai
sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.
Berdasarkan pemahaman dan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang
dihuraikan, maka matlamat utmanya ialah memberi bimbingan dan cara penyelesaian
supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil sarana perbincangan dengan guru
atau kaunselor untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang
dihadapi oleh mereka.
Kedua, semasa bimbingan dan kaunseling dijalankan, guru atau kaunselor hanya
perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membimbingnya
memikir masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara
yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang
dihadapinya.
Secara kesimpulannya, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk
kebolehannya menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar menguasai pelbagai
kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta menggunakan pelbagai sumber yang sedi
ada untuk mencapai kesejahteraan hiduo.


1.6.1 Lima matlamat Bimbingan dan Kaunseling
Kaunseling bermatlamat untuk;
1 Memudahkan perubahan individu.
2 Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.
3 Membantu keberkesanan klien mengurus diri.
4 Menggalak proses membuat keputusan.
5 Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.

Memudahkan perubahan tingkah laku klien
Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan
tingkah laku yang membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang lebih produktif dan
memuaskan. Contoh: Ahmad selalu memberi respond yang negatif kepada guru semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi ini akan menimbulkan masalah dan
menganggu keberkesanan pengajaran. Semasa sesi kaunseling kaunselor mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh Ahmad dan selepas itu kaunselor akan membantu Ahamad
mengubah tingkah lakunya supaya tidak menganggu keberkesanan pengajaran.

Meningkatkan keupyaan klien memula dan meneruskan perhubungan.
Dalam kehidupan kini, terdapat juga pelajar yang bersifat pendiam disebabkan latar
belakang keluarga jadi kadang-kala akan menghadapi masalah komunikasi . Jadi matlamat
kaunselor ialah mencari jalan supaya pelajar tersebut dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi. Sebagai contohnya: Mei Ling berasal dari keluarga yang porak peranda maka
dia setiasa mendiamkan diri dan jauhkan diri daripada bergaul dengan kawan. Maka
sebagai sorang kaunselor akan meluangkan masa berbual dengan dia supaya dia dapat
bergaul edngan rakan yang lain.

Membantu klien mengurus diri
Tingkah laku negatif yang dipelajari masa kecil akan memberi kesan yang tidak
dijangka dan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah padanya. Jadi dalam
keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih pelajar mengurus diri dengan berkesan
terutama apabilan menghadapi masalah atau situasi baru.

Menggalakkan proses membuat keputusan
Dalam kehidupan harian setiap orang juga akan membuat sesuatu keputusan yang
penting dan amat menyukarkan. Jadi matlamat dalam kaunseling adalah untuk
membantunya membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidupnya. Ini tidak
bermaksud bahawa kaunselor akan membuat keputusan untuk pelajar tersebut . Keputusan
muktamad diambil oleh pelajar sendiri.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi pelajar
Matlamat ini adalah memberi peluang dan mengembangkan potensi yang sedia ada
pada pelajar ke tahap yang maksimum. Selain itu, ia mengurangkan atau mengatasi apa
sahaja yang menyekat perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorag.



1.6 Keperluan dan kepentingan Bimbingan dan Kaunseling
Bimbingan dan Kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan
untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang
maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran.
Kepentingan bimbingan dan kaunseling ialah :
1. Ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga
membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia
di sekeliling mereka.
2. Ia mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.
3. Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan
kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.
4. Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal
dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam
masyarakat.
Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan
berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism,
ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan
dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.
Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri
dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza
maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya
melihat dari satu sudut jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan
menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku
yang sesuai semasa menyelesaikan masalah.
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling kaunselor akan memberikan khidmat
pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah
laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan ini
adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau
nasihat kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial
yang tidak baik.
Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling ia akan membantu pelajar melihat
siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri
agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu
dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh
kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan
sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.

Вам также может понравиться