Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Bagi golongan muda, mereka lebih mudah tertarik dengan bidang kesenian
berbanding yang lain dalam konteks kebudayaan. Kesenian ini meliputi seni suara, seni
lukis, seni tari, dan sebagainya.
Unsur-unsur yang diterapkan dalam sesuatu seni itu seharusnya difahami mereka
agar dapat membina jatidiri bangsa. Seni ini mempunyai beberapa aspek seperti pernyataan
dan simbolik.
Aspek pernyataan ini berfungsi. Ia jelas dilihat dalam budaya tradisional Melayu.
Muzik, drama dan sebagainya mempunyai fungsi atau peranannya dalam kehidupan
manusia. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi ekspresi diri selepas bercucuk tanam.
Keramaian diadakan selepas musim menuai. Pada waktu inilah, pernyataan budaya
itu dinyatakan penuh keghairahan. Antara contohnya ialah dikir barat yang menceritakan
tentang cara hidup kaum petani. Ekspresi rasa susah, penat, gembira dan sebaganya
diceritakan dalam dikir yang dinyanyikan.
Aspek simbolik pula menyampaikan maksud secara tidak langsung iaitu seperti
tarian, lakonan dan permainan. Cerita yang ditarikan dan didramakan membawa mesej yang
memberi kesedaran dan kepuasan.
Berbeza dengan aspek pernyataan tadi, seni ini perlu diperhatikan perlambangan di
sebalik gerak-geri yang dipersembahkan kerana simbol ini menyatakan nilai hidup budaya
itu.
Simbol ini tidak dipersembahkan secara ekspresif bagi mengelakkan audiens lekas
jemu dan keindahan serta ciri-ciri inteleknya hilang. Peraturan sering dicipta berbentuk
ekspresif untuk menyatakan sesuatu tetapi kadangkala masih dilanggar. Maka, budaya
berperanan mengadakan cara-cara atau denda-denda untuk mengatasi pelanggaran itu.
Sebagai contoh, anak-anak kecil perlu diajar solat dan dipukul sekiraya tidak bersolat
apabila berumur 10 tahun. Tindakan memukul ini merupakan budaya seni yang simbolik
untuk menyatakan kewajipan solat. Ini lebih memberikan kesan berbanding dinyatakan
kewajipan itu secara lisan kerana tahap pemahaman mereka yang masih rendah sewaktu
berumur 10 tahun.
Begitu juga dengan perlakuan solat. Tidak ada hadis yang menyatakan perihal gerak
solat. Gerak geri dalam solat yang kita lakukan adalah mengikut budaya seni yang simbolik
berdasarkan penglihatan para sahabat kepada gerak geri Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin
jika gerak geri solat itu dinyatakan secara lisan, pemahaman para sahabat atas apa yang
dimaksudkan nabi boleh jadi berbeza.
Namun, seni yang berbentuk ekspresif atau simbolik pada hari ini mungkin boleh
berubah mengikut peredaran masa. Saya berpendapat banyak perkara hari ini perlu
diterangkan dalam bentuk ekspresif kerana mesej yang hendak disampaikan melalui seni
yang simbolik tidak difahami sesetengah golongan muda. Walaubagaimanapun, ekspresi
pernyataan itu perlulah dengan cara berhikmah.
Saya ingin mengambil contoh sebuah drama Melayu bertajuk Sehelai Selendang
Putih terbitan Rosyam Noor yang ditayangkan pada malam Aidilfitri pada tahun 2005.
Penerbitnya menyatakan bahawa drama itu bertujuan menunjukkan golongan muda masa
kini telah lupa diri kerana sanggup mengorbankan hidup hanya kerana seorang wanita.
Namun, respon yang diperolehi menyatakan bahawa drama itu bertujuan menunjukkan
kesetiaan cinta yang perlu dipegang oleh pasangan yang bercinta.
Seni yang simbolik terdapat dalam drama tersebut tidak dapat membentuk budaya
cintakan Tuhan yang sepatutnya akibat salah faham mesej yang sebenarnya ingin
disampaikan. Maka, dalam keadaaan sebegini seni itu perlubersifat ekspresif.
CADANGAN-CADANGAN MEMBINA KEBUDAYAAN GENERASI MUDA MELAYU
Pertama, semua pihak harus memainkan peranan memupuk pandangan hidup dan nilai
sosial dalam generasi muda. Lukisan yang dihasilkan seorang seniman tidak bermakna
hanya dia yang berperanan memupuk pandangan hidup dan nilai sosial berkenaan. Begitu
juga degan pengarang yang menghasilkan novel atau sajak. Pelakon pun tidak dapat
memainkan banyak peranan dalam drama dan filem yang dilakonkan. Penyanyi dan
penggubah juga begitu terhadap lagu dan muzik ciptaan mereka.
Pandangan hidup dan nilai sosial itu kebanyakannya berlaku dalam proses sosialisasi di
sekolah. Golongan muda ini akan belajar daripada apa yang diperolehi dalam kelas dan apa
yang mereka alami dalam persekitaran mereka melalui penglihatan, pendengaran dan
percakapan.
Media massa harus mempunyai tanggungjawab yang tinggi kerana suratkhabar, buku-buku
popular, radio dan televisyen merupakan penghubung antara individu dengan masyarakat
umum dan masyarakat kecil dengan masyarakat besar.
Tidak salah jika diberikan ruang untuk bahan hiburan kepada penyanyi dan bintang-bintang
filem. Tetapi selain daripada melayani selera penonton atau pembaca, kita juga
bertanggungjawab membentuk selera tersebut.
Kedua, masjid perlu dijadikan pusat kegiatan masyarakat. Masjid sudah dikenali sebagai
pusat ibadah, namun hasil daripada ibadah tadi jarang dilihat umat Islam. Masjid adalah
pusat ibadah, ibadah melahirkan takwaaa, takwa tunjang segala amalan, amalam
membentuk kebudayaan Islam (Sidi Gazalba, 1962).
Persamaan dan persaudaraan umat manusia dipraktikkan di masjid. Setiap orang akan
berdiri, rukuk, sujud, dan duduk bersama-sama. Mereka saling bahu-membahu, menteri
bersebelahan penarik beca, orang Malaysia bersebelahan orang Amerika. Mereka diikat oleh
tali persaudaraan Islam (ukhuwwah islamiyyah).
Solat berjemaah paling sempurna yang membangkitkan semangat perkenalan, keakraban,
ikatan silaturrahim dan kenangan apabila sama sikap, gerak, ucapan, dan alam fikiran dan
dan perasaan. Masing-masing menuju ke masjid atas maksud yang sama iaitu untuk
membentuk takwa. Mereka saling bercakap, berbincang dan bertanya susah senang.
Ikatan jemaah yang terjalin dalam masjid kemudiannya dibawa ke luar. Ini mampu menjana
semangat bekerjasama dan tolong-menolong sesama jiran tetangga. Ikatan batin yang
tumbuh disambungkan oleh takwaa dalam kehidupan sosial dapat menjadikan negara ini
negara yang sejahtera da dirahmati Tuhan (baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafur).
Apabila persamaan status antara semua muslim, masjid yang tenang, hubungan mesra
sesama mereka, penuh dengan ucapan memuji Allah, ini merangsangkan kepada manusia
untuk melihat dan muhasabah diri sendiri. Maka, masjid adalah tempat terbaik untuk
wmengawal diri dan perbaiki diri seterusnya menanam takwa dalam diri.
Sidi Gazalba membahagikan kesatuan sosial melalui masjid kepada tiga peringkat. Peringkat
prtama ialah masjid kecil atau surau yang terdapat di kompleks kerajaan atau di taman-
taman perumahan dan sebagainya. Muslim berdekatan harus setiap hari menunaikan solat
berjemaah di sini yang boleh dianggarkan dalam ruang lingkup pekan.
Peringkat kedua ialah masjid sederhana di mana muslim mengadakan solat Jumaat. Ruang
lingkupnya lebih besar umpama negeri.
Pertemuan sesama ahli mungkin berlaku sekali seminggu.
Peringkat ketiga pula adalah masjid terbesar iaitu Masjidil Haram yang megumpulkan muslim
seluruh dunia sekali setahun.
Peringkat pertama itulah peringkat perbincangan dan pelaksanaan yang praktikal dalam
masyarakat manakal peringkat kedua merupakan tempat mereka mendapatkan pesanan
dan maklumat berkaitan keadaan negeri. Setelah itu, mereka perlu kembali ke peringkat
pertama untuk perbincangan dan pelaksanaan. Begitu juga dengan peringkat ketiga yang
menyampaikan perkara yang sama membabitkan umat Islam sedunia dan diperincikan
dalam peringkat kedua sebelum diperbincangkan dengan lebih teratur dalam
melaksanakannya dengan berkesan.
Maka, bagi menarik perhatian golongan muda, program-program kesenian juga patut
diadakan di masjid-masjid. Selain itu, masjid juga boleh menjadi tempat perkumpulan
golongan muda dengan mewujudkan kafe internet. Kelas-kelas komputer dan tuisyen pun
boleh dianjurkan. Ketiga, menekankan pendidikan Islam kepada golongan muda ini
terutamanya pembacaan al-Quran dan solat lima kali sehari.
Al-Quran adalah sumber takwa yang isinya mempunyai rasa agam dan pernyataan isinya
adalah bunyi yang berseni. Pembacaan al-Quran itu dianjurkan dalam keadaan berlagu. Ini
memerlukan kerjasama ibubapa yang komited ingin mendidik anak mereka agar mampu
membaca al-Quran dan menjaga solat lima kali sehari. Teladan daripada ibubapa sangat
penting.
Menghantar anak-anak muda ini ke masjid atau mana-mana tempat yang mengajarkan seni
suara melagukan bacaan al-Quran mampu menarik minat mereka. Unsur-unsur kesenian itu
tidak lari dengan pembudayaan yang dibawa oleh agama Islam. Sekiranya masjid menjadi
tempat belajar mereka, hendak atau tidak mereka pasti akan bersolat sama-sama dan tidak
meninggalkan solat.
Keempat, alunan azan di masjid-masjid dan surau-surau perlu diperbaiki. Ini boleh dilakukan
dengan memberikan ruang kepada golongan muda untuk melaungkan azan. Kadangkala
sudah menjadi kelaziman di Malaysia bahawa hanya muazzin bertugas yang dibenarkan
azan.
Unsur kesenian yang tergabung dalam keindahan laungan azan yang merdu membawa
kepada keindahan isinya. Perkara yang sebaliknya berlaku kepada lagu black metal yang
cukup keras yang membawa kepada keburukan isinya.
Memperingatkan kepada solat menggunakan unsur seni untuk memanggil. Bilal bin Rabah
pernah pergi berjihad menyertai Abu Ubaidah ke Syria dan sekembalinya ke Madinaha,
beliau azan di masjid. Suaranya cukup merdu ditambah dengan tangisan kerana teringatkan
Rasulullah telah membawa orang bergegas ke masjid.
Irama dan suasana mengharukan hati, menggetarkan jiwa dan memperkuatkan iman. Maka,
apabila bertemu rasa agama dan rasa seni, ia membentuk tenaga rohani yang dapat
melahirkan kemahuan yang menggerakkan langkah ke masjid.Perkara yang sama
kadangkala berlaku dalam sesetengah lagu dendangan Ramli Sarip, P Ramlee, M. Nasir dan
Raihan yang mampu membuat orang menangis dan mengingati Allah.
Keempat, lanjutan daripada ketiga tadi, maka perlu diperbanyakkan konsert yang
menyanyikan lagu-lagu puisi bercirikan ketuhanan dan keagamaan. Ini adalah contoh seni
untuk Tuhan. Seni suara yanga berpangkal daripada taqwa dan bergerak kepada suatu
tujuan iaitu mendatangkan kesan nilai pada diri sendiri dan masyarakat.
Apabila program sebegini diperhebatkan berbanding lagu-lagu yang tidak membawa unsur
nilai-nilai moral, pasti kita dapat membawa golongan muda ke arah yang lebih baik. Orang
dapat mencapai apapun yang mereka inginkan, sama ada ianya baik atau jahat, asalkan
jumlah yang menginginkannya benar-benar cukup banyak (Maryam Jameelah, 1985). Jadi,
seandainya ramai ingin membina kebudayaan ini dengan baik, ia akan jadi baik dan
begitulah sebaliknya.
Kelima, seminar-seminar berkenaan kesenian dan Islam perlu digiatkan bagi menanam
pemahaman yang betul terhadap ajaran Islam sebenar. Apabila kesenian diputuskan
hubungannya daripada Islam, ia akan menyeleweng mencari jalan-jalan dan sifat-sifatnya
sendiri, yang akan merugikan atau merosakkan, sehingga wujud hal-hal bertentangan
dengan tujuannya. Maka, tujuan kesenian untuk kesenangan itu akhirnya membawa kepada
kerosakan (Sidi Gazalba,1962).
Keenam, rekreasi bersama keluarga atau kawan juga turut membantu pembinaan
kebudayaan. Apabila rekreasi yang berbentuk kesenangan-kesenangan seperti duduk di
taman sambil menikmati aroma harum bunga-bungaan dan bersiar-siar bersama isteri dan
anak-anak. Bercakap dengan kawan akrab sejenis mengenai persoalan harian, cerita
pembacaan puisi, dan sebagainya. Ini mampu mengelakkan mereka terjebak dengan
perkara yang luar batasan pengetahuan ibubapa di samping perkongsian masalah dan
perasaan yang dapat mewujudkan persefahaman dan kesatuan.
Begitulah seharusnya kita menggembeleng tenaga untuk membina kebudayaan Melayu
mengikut teras asasnya yang sama sekali tidak asing dengan ajaran agama Islam.
Pendapat ini telah dinyatakan oleh :
MUHAMMAD SUHAIL BIN AHMAD
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)