Вы находитесь на странице: 1из 17

PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH

SEMESTER 2 SESI 2013/2014



SME 6044
TUGASAN 2


DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
LAVINA NAIR A/P MADAWAN NAIR M20131000369
AGNES NGU YU CHING M20131000374
FRANKIE ANAK PETER LANGAN M20131000383
CLLY BIN GULIMIT M20131000367
FADZLI BIN ALI KARIM M20131000368


KUMPULAN : A
PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA PUTEH
TARIKH SERAH : 6 JUN 2014

SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

2

ISI KANDUNGAN




1.0 TAJUK ISU 3

2.0 PENGENALAN 4

3.0 ISI

3.1 ISU POLISI /DASAR 4

3.2 ISU TENAGA PENGAJAR 10

3.3 ISU JENIS SEKOLAH 13

3.4 ISU PELAJAR 15

4.0 PENUTUP 16

5.0 RUJUKAN 17








SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

3

1.0 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ISU BAHASA PENGANTAR








SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

4

2.0 PENGENALAN

Bahasa pengantar adalah bahasa yang digunakan sebagai medium untuk menyampaikan
maklumat dalam proses pengajaran dam pembelajaran di sekolah-sekolah dan di institusi-
institusi pengajian tinggi. Dalam pendidikan matematik, bahasa merupakan alat yang digunakan
untuk berkomunikasi, menerangkan maksud istilah-istilah, serta sebagai rakaman fakta dan
pengantar teori. Dalam erti kata lain, bahasa merupakan alat untuk menyampaikan isi dan ilmu.

Terdapat beberapa isu yang boleh dirungkaikan dalam perbincangan kami tentang isu
bahasa pengantar dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah isu polisi atau dasar, di mana
kami akan memfokus kepada isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) dan isu Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI), isu tenaga pengajar, isu jenis sekolah dan isu pelajar.



3.1 ISU POLISI / DASAR

3.1.1 PENGAJARAN DAM PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM
BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Isu pertama yang ingin kumpulan kami ketengahkan adalah isu polisi atau dasar yang digubal
dalam pendidikan di Malaysia yang sentiasa berubah-ubah. Kumpulan kami membahagikan
polisi yang sentiasa berubah ini kepada dua sub tajuk lagi iaitu polisi yang sudah berlalu dan
sedang dijalankan. Kami mengambil contoh PPSMI sebagai polisi yang sudah berlalu dan
MBMMBI sebagai polisi yang sedang berlangsung.

Apa itu PPSMI?. PPSMI adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang
menetapkan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa
perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI ini
SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

5

dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003 dan telah
termaktub sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada mesyuarat Khas Jemaah
Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun
2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan
Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh
PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah
Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional pelaksanaan PPSMI adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap
pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari
peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris
adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan
ilmu dalam bidang ini.
Sekarang kita lihat kronologi PPSMI dari tahun 2002 2009:
Tahun Perkara yang berlaku
19 Julai 2002

PPSMI termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil
daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah
pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir B.
Mohamad

2003 Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara
berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan
perintisnya ialah semua murid tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan
Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat sekolah Menengah.

2007 Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Menengah.
Kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI
mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi
SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

6

memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan
ilmu sains dan matematik.

2008 Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat Sekolah Rendah.
518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan sains dan
matematik dalam bahasa Malaysia,Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari
satu bahasa tersebut. Seramai 159,234 orang murid (31% daripada
keseluruhan pelajar) menjawab kertas sains dalam bahasa Inggeris
sementara untuk kertas matematik, bilangannya adalah 238,153 orang
(46%).
Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd
Arshad mempertikaikan keputusan ini dan mendakwa sebanyak 31.1%
murid-murid yang menguasai pembelajaran itu dari kalangan mereka yang
tinggal di bandar.
April 2008

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DSAI telah menyatakan tidak akan
bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan.
Sekitar akhir tahun 2008 dan awal 2009, Gerakan Mansuhkan PPSMI
(GMP) ditubuhkan dan dipimpin oleh Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

31 Jan 2009 GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, pusat
membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Dato' Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman
berkata PPSMI tidak sah di sisi undang-undang kerana bertentangan
dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan
sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan
152(6) Perlembagaan Malaysia.


SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

7

Tarikh 31 Jan 2009 merupakan tarikh di mana dasar PPSMI ini telah menemui jalan
buntu kerana terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan dipersetujui oleh semua pihak.
Ini sekali lagi membawa kepada perubahan dalam dasar pendidikan kita.

Pelbagai isu telah timbul dengan pembentukkan PPSMI dan telah berakhir pada tahun
2009 secara tidak rasmi. Sekarang kita lihat pula isu yang timbul sepanjang perlaksanaan PPSMI
dalam dunia pendidikan kita.
Isu-isu Penjelasan
Isu pelajar dan PPSMI

Tahap penguasaan bahasa inggeris yang rendah dalam kalangan
pelajar.
Persepsi pelajar terhadap subjek matematik dan sains.
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Jurang pencapaian
Malaysia dalam
TIMSS

Tahun Bil.negara yang
menyertai
Kedudukan
Malaysia
1999 38 16
2003 46 10
2007 48 20

Jurang pencapaian
pelajar sekolah bandar
dan luar bandar
Guru di sekolah luar bandar kurang berpengalaman.
Kurang insfrastruktur yang lengkap
Kurang motivasi daripada ibubapa
Ketidaksediaan guru
dengan pelaksanaan
PPSMI

Kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di
242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan
bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Hanya 54.7% guru Sains dan 62.2% guru Matematik mampu
menerangkan konsep Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris.
SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

8

Segala isu-isu ini membawa kepada pemansuhan PPSMI. Beberapa faktor yang turut
mempengaruhi adalah seperti:

Kajian terhadap 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa
Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing.
Tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi
bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.
Hanya 8 % guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Sekolah berhadapan masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar
kedua-dua mata pelajaran itu.
Hanya 58 % masa yang diperuntukkan untuk PPSMI telah digunakan oleh guru dalam
mata pelajaran sains dan matematik. Selebihnya guru tetap / terpaksa menggunakan
bahasa Melayu



3.1.2 MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)

Dengan pemansuhan dasar PPSMI ini maka kerajaan telah berusaha untuk mengubal dasar yang
baharu iaitu MBMMBI bagi memenuhi kehendak semua pihak. MBMMBI adalah singkatan bagi
memperkasakan bahasa Malaysia memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan
sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.

Dasar PPSMI sebelum ini telah menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Kini, dasar MBMMBI menetapkan penggunaan
SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

9

bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis
kebngsaan Tamil.

Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan
bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi
kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan
serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.

Mengapa MBMMBI dilaksanakan?. Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak
mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga
mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di
bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita
tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus
ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan
p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun
2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Dengan pendekatan soft landing ini, PdP matematik dan sains
di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016.
Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada tahun 2021.




SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

10

3.2 ISU TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar juga merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan dalam
perbincangan isu berkaitan bahasa pengantar dalam pendidikan ini. Di samping bahasa
kebangsaan dan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan, pihak
sekolah terutamanya sekolah rendah juga digalakkan supaya mengajar dalam bahasa ibunda
megikut jenis sekolah masing-masing.

Dengan ini, guru yang mempunyai kelayakan dwibahasa termasuk Bahasa Cina atau
Tamil amat diperlukan di sekolah jenis kebangsaan. Hal ini sedemikian kerana murid-murid
biasanya bertutur dan berkomunikasi dengan bahasa ibunda mereka dan akibatnya penguasaan
bahasa kedua dan ketiga mereka menjadi lemah. Prestasi mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Inggeris kurang memuaskan terutamanya murid dari sekolah luar bandar. Jadi,
murid-murid ini memerlukan guru yang dapat bertutur dalam bahasa ibunda mereka untuk
menyampaikan isi pelajaran dalam dua bahasa. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah jenis
kebangsaan sering menghadapi masalah kekurangan guru dan punca utama berlakunya
kekurangan adalah bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa ibunda
tidak mencukupi (Atasi guru kurang, 2012).

Selain daripada itu, pada peringkat sekolah menengah, kelas Bahasa Cina merupakan
saluran penting bagi murid-murid sekolah menengah kebangsaan, khasnya mereka yang
berketurunan Cina untuk mempelajari Bahasa Cina. Namun demikian, kelas Bahasa Cina di
sekolah menengah kebangsaan selama ini telah menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan
tenaga pengajar Bahasa Cina, kelas Bahasa Cina dijadualkan di luar waktu persekolahan, pihak
sekolah tidak mengadakan kelas Bahasa Cina dan sebagainya. Sekiranya masalah-masalah
tersebut tidak ditangani dengan segera, ia akan terus mendatangkan kesan negatif kepada
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina, di mana jumlah murid yang mengambil mata
pelajaran tersebut dalam peperiksaan awam akan semakin berkurangan, seterusnya menjejaskan
bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan Bahasa Cina pada masa yang akan datang.

SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

11

Dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan matematik di sekolah-
sekolah jenis kebangsaan, program pemulihan telah diwujudkan. Isu yang dihadapi oleh mereka
adalah kadang-kala guru yang mengajar dalam kelas pemulihan adalah bukan seorang guru yang
mengetahui dwibahasa. Hal ini telah menyukarkan para murid yang tidak tahu berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu dan guru pemulihan yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa ibunda
murid. Pengajaran dan penjelasan guru tidak dapat disampaikan kepada murid secara berkesan
dalam bahasa yang boleh difahami murid. Keadaan ini akan menyebabkan program pemulihan
gagal mencapai objektif pelaksanaannya.

Selain itu, isu guru terpaksa mengajar mata pelajaran bukan opsyen juga perlu diberi
perhatian. Seperti yang kita sedia maklum, subjek-subjek seperti matematik dan sains
mementingkan konsep dan istilah dengan huraian yang tepat. Seseorang guru yang belum pernah
dilatih untuk mengajar mata pelajaran tersebut akan menghadapi masalah seperti tidak faham
maksud istilah-istilah tertentu atau tidak tahu cara yang sesuai untuk menyampaikan isi
kandungan tertentu semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Azizi,
Shahrin dan Farah (2010), kurangnya pengetahuan guru terhadap mata pelajaran yang diajar
akan menimbulkan rasa tidak yakin kepada diri guru itu sendiri seterusnya mendatangkan rasa
bimbang dan menghilangkan kepercayaan murid kepada guru. Jika guru tidak dapat
melaksanakan kurikulum tersebut dengan baik, maka matlamat kurikulum yang ingin
diketengahkan tidak akan tercapai.

Kelemahan guru dalam menyampaikan isi pembelajaran juga mungkin disebabkan oleh
guru kurang yakin dalam bahasa yang digunakannya dalam pengajaran. Guru perlu mempunyai
kesediaan yang cukup dari segi keyakinan, kemampuan dan emosinya semasa menyampaikan
pengajaran di dalam kelas. Penguasaan bahasa pengantar yang lemah akan menyebabkan
seseorang guru itu gagal menghurai atau mengolah isi pengajaran dengan baik dan berkesan.
Pemahaman murid terhadap bahasa yang digunakan oleh guru menentukan kefahaman mereka
dalam menguasai konsep yang disampaikan oleh guru. Jadi, penggunaan bahasa yang bercampur
aduk juga akan mengelirukan murid dan lama-kelamaan mereka akan hilang minat terhadap mata
peajaran tersebut.

SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

12

Selain itu, pengetahuan mengenai matematik yang ada pada seseorang guru perlu
disampaikan dengan pelbagai kemahiran mengajar. Salah satu kaedah pengajaran yang efektif
dalam pengajaran matematik adalah kaedah penyoalan. Soalan yang dikemukakan guru
seharusnya dapat menggalakkan murid mengambil bahagian dalam perbincangan dan aktiviti dan
pada masa yang sama memastikan murid dapat menguasai konsep dan kemahiran yang telah
diajar. Penyoalan yang sesuai dan berkesan akan dapat meransang pemikiran murid serta
membuat penilaian dalam proses pembelajaran. Justeru itu, guru yang gagal menguasai bahasa
pengantar tidak akan dapat melaksanakan kaedah penyoalan dengan berkesan.

Guru perlu melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Murid juga digalakkan supaya sentiasa mengemukakan pendapatnya atau berani bertanya jika
mengalami sebarang masalah. Guru-guru mempunyai kewajipan untuk mengawal sistem
komunikasi dalam bilik darjah. Bukan sahaja kemahiran berkomunikasi atau bertutur merupakan
aspek penting bagi memastikan pengajaran yang disampaikan dapat diterima baik oleh murid,
tetapi pendengaran guru terhadap maklum balas daripada pelajar juga merupakan satu teknik
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana komunikasi
merupakan perkongsian maklumat dengan seseorang dan ia melibatkan aspek mendengar dan
memberi maklum balas bagi membolehkan kedua-dua pihak faham mengenai perkara yang
disampaikan (Azizi et al. 2010). Jadi, guru-guru perlu menguasai bahasa pengantara untuk
memahami apa yang ditanya dan dikemukakan oleh pelajar untuk mewujudkan komunikasi
berkesan.

Terdapat banyak kajian berkenaan interaksi guru dengan pelajar di dalam kelas telah
dijalankan sama ada secara individu atau berkumpulan. Pencapaian murid mempunyai hubungan
yang positif dengan masa yang digunakan oleh guru untuk berinteraksi dengan seluruh murid di
dalam kelas (Weindling, 1985, dalam Azizi et al. 2010). Kenyataan ini telah membuktikan
bahawa bahasa pengantar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, sekaligus mempengaruhi pencapaian akademik murid.



SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

13

3.3 ISU JENIS SEKOLAH

Terdapat tiga jenis sekolah vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
medium pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran) iaitu Sekolah Kebangsaan (Bahasa Melayu),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Bahasa Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Bahasa
Tamil). Sebelum pelaksanaaan PPSMI pada tahun 2003, pengajaran Matematik di semua jenis
sekolah adalah mengikut bahasa ibunda masing-masing iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil.

Namun, dasar baru pendidikan yang diperkenalkan semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir
Bin Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu menetapkan bahawa Bahasa Inggeris akan
digunakan sebagai bahasa pengantara bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
disemua peringkat sekolah. Semenjak dasar baru tersebut diperkenalkan, banyak perdebatan
mengenai isu ini yang tercetus.

Sejak awal pelaksanaannya, banyak tentangan diterima daripada pelbagai pihak termasuk
ahli politik, akademik, ibu bapa dan murid sendiri. Banyak isu yang diketengahkan seperti:
1. Kesukaran murid mengikuti proses pembelajaran.
2. Guru mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa
pengantara.
3. Mempengaruhi penguasaan bahasa ibunda murid.

Selain itu, pelaksanaan dasar baru pendidikan tersebut dengan tujuan memandaikan
rakyat melalui bahasa asing adalah bertentangan dengan teori pembelajaran seperti yang
dikatakan oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan (2009). Individu dapat belajar dengan
berkesan melalui bahasa individu tetapi pelaksanaan dasar PPSMI sebenarnya telah memutar
jarum ke belakang. Dr. Ishak Haron (2009) turut menyatakan bahawa PPSMI telah menidakkan
hak murid yang tidak menguasai Bahasa Inggeris dalam menguasai ilmu berasaskan teknologi
dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

14

Banyak kesan negatif hasil daripada pelaksanaan dasar PPSMI tersebut. Kongres
Pendidikan Melayu Kedua telah memberi amaran bahawa 500 000 orang murid Melayu akan
keciciran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana lemah dalam penguasaan Bahasa
Inggeris. Murid-murid SJK (C) juga turut terjejas kerana penggunaan Bahasa Inggeris kelas
menyebabkan penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid-murid semakin merosot.
Persatuan Pendidikan Tamil juga turut meluahkan kebimbangan mereka terhadap murid-murid
India yang kebanyakannya berlatarbelakangkan sosio ekonomi yang rendah menghadapi
keciciran berikutan ketidakupayaan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Justeru, pada tahun 2009 dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya akibat banyak
perdebatan yang membawa ke arah persepsi negatif. Pengumuman pemansuhan dasar tersebut
memberikan banyak reaksi positif daripada golongan-golongan yang mempertahankan
penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah. Walaubagaimanapun, terdapat
juga pihak yang tidak berpuas hati berikutan pemansuhan tersebut terutamanya masyarakat yang
tinggal di kawasan bandar.

Namun, pada masa kini ramai yang mempersoalkan mengapa perlunya wujud sekolah
vernakular sekiranya ingin mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat
pihak yang tertentu berpendapat bahawa sistem pendidikan Malaysia sepatutnya menggunakan
bahasa rasmi negara iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama
di semua jenis sekolah. Satu petisyen telah dibuka untuk mendapatkan respon masyarakat
berkaitan cadangan pembentukan Satu Sekolah untuk Semua (SSS). Penggunaan Bahasa
Mandarin dan Bahasa Tamil kurang sesuai dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
kerana bahasa-bahasa tersebut adalah bahasa rasmi di negara asing. Memandangkan bahasa
rasmi negara kita adalah Bahasa Malaysia, segala urusan rasmi perlu menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai medium. Oleh demikian, bahasa ibunda boleh digunakan atau dipelajari
sebagai mata pelajaran elektif.




SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

15

3.4 ISU PELAJAR

Faktor pelajar juga menyumbang kepada isu bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Seperti
yang telah dibincangkan dalam faktor jenis sekolah, penggunaan bahasa sebagai medium
pengantar adalah berbeza mengikut kesesuaian sekolah. Negara kita mempunyai lokasi sekolah
yang berbeza-beza kerana terdapat sekolah yang berada di kawasan bandar dan luar bandar.
Biasanya, sekolah-sekolah yang berada di kawasan bandar lebih menggunakan Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran
matematik mengikut jenis sekolah masing-masing manakala sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar dan pedalaman pula lebih menggunakan bahasa ibunda masing-masing seperti Bahasa
Melayu dan bahasa lokal seperti Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Hal ini berlaku disebabkan guru perlu memastikan murid-murid mereka memahami isi
pengajaran yang cuba disampaikan. Penggunaan bahasa yang tidak atau kurang difahami oleh
murid tidak memberikan makna sekiranya murid tidak memahami isi pelajaran yang
disampaikan. Penggunaan bahasa ibunda sebagai medium pengajaran sebenarnya bertepatan
dengan empat tonggak pendidikan UNESCO yang diperkenalkan pada tahun 1993. Antaranya
adalah belajar untuk tahu dan menguasai ilmu (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Justeru,
pembelajaran mata pelajaran penting di sekolah amat sesuai menggunakan bahasa ibunda sejajar
dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO iaitu:
Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan
selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya
kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa
pengantar kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami dan penggunaan bahasa
ibunda akan menghapuskan kelaianan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah.
Menurut Mohd Hishamuddin (2007), setiap murid mempunyai potensi untuk mencapai
kejayaan yang diharapkan sekiranya mereka sanggup belajar dengan bersungguh-sungguh
dengan menggunakan kemahiran yang betul. Meskipun begitu, murid yang berpotensi tetapi
menghadapai masalah komunikasi juga akan menjadi bebanan kepada murid untuk memahami
isi pelajaran. Seperti yang kita ketahui, tidak semua murid menguasai Bahasa Melayu dan
SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

16

Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya murid yang berada di kawasan luar bandar yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebahagi bahasa komunikasi utama di rumah.
Kekangan bahasa ini menjejaskan prestasi murid yang berminat untuk memperoleh
prestasi cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Isu bahasa merupakan satu masalah yang
serius kerana penentu kepada sampainya maklumat itu bergantung kepada kelancaran bahasa
yang digunakan oleh penyampai (guru) dan penerima (murid). Penguasaan bahasa selain bahasa
ibunda masing-masing yang lemah mengakibatkan murid tidak berminat untuk belajar matematik
kerana kesukaran untuk memahami konsep-konsep matematik yang cuba disampaikan guru.



4.0 PENUTUP

Dalam era globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, serta kepelbagaian dan keterbukaan,
dasar-dasar pendidikan perlu disemak dan diperbaiki supaya selari dengan pembangunan
pendidikan di negara-negara maju yang lain. Oleh yang demikian, bagi mengatasi isu-isu yang
berlaku dalam sistem pendidikan sekarang, terutamanya yang berkaitan dengan isu bahasa
pengantar, langkah-langkah tertentu perlu diambil. Sebagai contoh, kerajaan perlu mamastikan
guru sains dan matematik mengajar mengikut opsyen, menyediakan guru BI yang mencukupi
yang terdiri daripada guru dari luar negara atau guru berpengalaman yang sudah bersara,
menggalakkan atau memberi latihan kepada guru untuk mengajar dengan menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan lain-lain lagi.








SME 6044 ISU-ISU CONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

17

5.0 RUJUKAN

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT. (2012, Mac 15). Utusan Online. Retrieved Jun 1, 2014, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz33OQZl5Hd

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim & Farah Asnida Che Shariff. (2010). Pengajaran Sains
Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Retrieved Jun 1, 2014, from
http://eprints.utm.my/10429/1/Bab7.pdf

Mohd Hishamuddin Md Basar.(2007).Kemahiran belajar di Kalangan Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Nan-Zhao, Z.(n.d.).Four Pillars of Learning for the Reorientation and Reorganization of
Curriculum: Reflections and Discussions.

Norliza Abdullah.(2009,Julai 10). Penggunaan bahasa keluarga memudahkan pelajar
berfikir:Berita Harian.

Sabri Ahmad et. al.(2006).Isu-isu dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur:Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Вам также может понравиться