Вы находитесь на странице: 1из 18

KANSER OVARI

TENTANG OVARI
Ovari adalah perkakas penting dalam
peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas
penting:-
1) Mengeluarkan telor/benih setiap bulan untuk
kesuburan wanita.
2) Mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan
progesterone yang penting untuk sifat-sifat
kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks.
Beginilah ovari yang sedang cuba
mengeluarkan benih.
Ini ovari yang sudah ketandusan benih dan
hormon (atretic)
Kanser ovari adalah salah satu kanser reproduktif
wanita yang paling merbahaya dan sukar dirawat.
Kanser ovari adalah kanser organ reproduktif yang
ketiga paling kerap berlaku di negara kita.
Di antara kanser organ reproduktif wanita, kanser
ovari merupakan kanser yang paling sukar dikesan
dan mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Ini disebabkan oleh kesukaran mengesan kanser ini
pada peringkat awal dan tidak ada kaedah
pencegahan yang berkesan.
Pesakit sering datang lewat untuk menerima rawatan
dan pada ketika itu rawatan adalah sukar dan kurang
berkesan.
Kanser Ovari
Kanser ovari sering berlaku di kalangan wanita yang
berumur lebih dari 40 tahun.
Hampir 50% daripada wanita yang menghidap kanser
ovari adalah berumur lebih dari 65 tahun.
Di negara-negara Barat, insiden kes kanser ovari
adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berumur
70-74 tahun.
Manakala di Malaysia, menurut laporan Pendaftaran
Kanser Kebangsaan 2003, kadar insiden kanser ovari
adalah paling tinggi di kalangan wanita berusia 50-59
tahun.
Walau bagaimanapun, kanser ovari boleh berlaku
pada wanita-wanita yang lebih muda, malah ada kes
kanser ovari yang berlaku pada golongan gadis
belasan tahun.
Ini ovari yang bengkak Haid
tidak teratur dan tidak subur.
Ini tumour jenis kanser.
Ini adalah ketumbuhan atau
Tumour pada ovari, tetapi
bukan kanser.
Ini tuboovarian abscess yang
mengandungi nanah.
Penyebab Kanser Ovari
Tiada siapa yang tahu apa punca sebenar kanser
ovari. Sejak dahulu lagi penggunaan bedak (talcum
powder) yang disapu pada kemaluan wanita sering
dikaitkan dengan kanser ovari. Ini timbul daripada
kajian yang dibuat di Afrika Selatan. Bedak yang
digunakan tersebut sebenarnya mengandungi
kandungan asbestos yang tinggi. Bedak-bedak yang
ada pada masa ini tidak lagi mengandungi asbestos,
maka ianya selamat digunakan.
Faktor jangkitan virus yang berkemungkinan
menyebabkan kanser ovari ada juga dikaji. Walau
bagaimanapun tiada hubung kait nyata yang dapat
dikesan antara jangkitan virus dan kanser ovari.
Tanda tanda.
Sakit perut dan ketidakselesaan pada perut.
Perut semakin membesar ataupun terasa ketulan di
perut.
Sakit ulu hati dan kerap kencing.
Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau
tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak
teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit
sedikit tetapi berpanjangan.
Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
Sakit senggugut atau sakit perut tanpa mengira masa.
Perut membesar tanpa hamil.
Putus haid pada umur yang muda.
Gangguan kencing atau air besar.
Dalam kes kanser ovari diperingkat lewat hilang
selera makan, susut berat badan, perut kembung,
sakit pinggang dan letih lesu.
Kanser ovari juga boleh berlaku
dalam saiz yang kecil
Kanser yang tumbuh pada kedua-
dua belah ovari
Cara Kanser Ovari Merebak
Kanser ovari boleh merebak keseluruh ruang
peritoneum (ruang antara pelvis ke dasar paru-paru).
Ianya merebak mengikut aliran cecair peritoneum.
Perebakan juga selalu berlaku mengikut sesalur limfa.
Kira-kira 60 ke 70 peratus kanser tahap III akan
mempunyai perebakan hingga ke kelenjar pelvis dan
para-aortik. Perebakan melalui aliran darah adalah
sangat jarang. Walau bagaimanapun ianya boleh
berlaku pada peringkat lewat, terutamanya setelah
pesakit menjalani pelbagai rawatan. Perebakan ini
boleh menular ke tulang belakang, otak dan paru-
paru.
Rawatan
Rawatan kanser ovari umumnya memerlukan pembedahan
membuang ketumbuhan kanser ovari serta ovari yang sebelah
lagi, rahim dan lapisan lemak dalam perut.
Lain-lain organ yang di jangkiti kanser seperti usus akan di
bedah jika perlu. Ini diikuti pula dengan rawatan kemoterapi.
Sebaik sahaja diagnosis kanser ovari dibuat, pesakit hendaklah
dioptimakan bagi menjalani pembedahan secepat mungkin.
Pembedahan adalah langkah yang pertama dan paling penting
untuk memastikan diagnosis, mengetahui tahap penyakit serta
membuang sebanyak mungkin ketumbuhan yang nampak
dengan nyata.
Di akhir pembedahan diharapkan sebanyak mungkin tisu-tisu
kanser dapat dibuang dan tidak lebih daripada 1 cm sahaja tisu
yang tertinggal. Langkah-langkah rawatan susulan serta
rawatan lanjutan seperti kemoterapi atau radioterapi hendaklah
diatur dengan cepat. Sekiranya rawatan kemoterapi diberi
dengan lewat ada kemungkinan sel-sel kanser boleh tumbuh
kembali.
Kanser ovari yang besar dikeluarkan
semasa pembedahan laparotomi.
Kanser ovari yang baru dibedah.
Pembedahan laparotami untuk
membuang kanser ovari.
Rawatan Kemoterapi
Setelah selesai menjalani pembedahan, pesakit akan diberikan
suntikan ubat kemoterapi. Tujuan ubat ini diberi adalah untuk
membunuh sel-sel kanser ovari yang masih tertinggal di dalam
tubuh pesakit. Rawatan kemoterapi sudah wujud sejak lebih 30
tahun yang lalu. Kemoterapi boleh juga diberi sebelum
pembedahan.
Kemoterapi boleh di beri secara single agen atau secara multi
agen (campuran). Campuran agen-agen kemoterapi selalunya
di gunakan untuk kes kanser agresif, tahap yang lanjut, tiada
response kepada platinum atau untuk kumpulan kes kanser
yang berulang.
Rawatan Radioterapi
Rawatan radioterapi ada digunakan bagi merawat kanser ovari
jenis sel-sel germa (germ cell) di peringkat awal. Tetapi ia tidak
digunakan dengan meluas dalam kanser ovari yang lain kerana
kurang berkesan serta kesan sampingan yang teruk,
merosakkan organ-organ penting seperti hati, buah pinggang
serta usus kecil dan usus besar.
Pencegahan Kanser Ovari
Meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan kanser wanita
terutama tanda-tanda dan gejala-gejala awal kanser ovari.
Dapatkan pemeriksaan segera jika mengalami tanda-tanda dan
gejala-gejala tersebut.
Mengamalkan penyusuan ibu boleh mengurangkan risiko
mengidap kanser ovari.
Pengambilan ubat perancang keluarga boleh mengurangkan
risiko kanser ovari sebanyak 30-60%.
Wanita yang berkahwin lambat dan terlalu menghadkan
bilangan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
mengidap kanser ovari berbanding dengan wanita yang
mempunyai anak lebih ramai.
Elakkan dari mengambil ubat penyubur yang dinamakan
Clomiphene citrate untuk jangkamasa lebih dari 12 bulan. Sila
dapatkan nasihat doktor pakar sakitpuan ataupun doktor pakar
reproduktif.
Wanita-wanita dan ahli keluarga terdekat yang disyakki
mempunyai penyakit keturunan kanser perlu menemui doktor
pakar kanser untuk mengenalpasti risiko setiap ahli keluarga.
Doktor Pakar dapat mengira kemungkinan wanita-wanita ini
untuk menghidapi kanser ovari.
Buat Pemeriksaan Pap Smear dan Ujian Vaginal Ultrasound
setahun sekali.
Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться