Вы находитесь на странице: 1из 7

Dua guru ditahan miliki dadah di rumah

SHAH ALAM: Dua guru sebuah sekolah di daerah ini bakal berdepan hukuman gantung
mandatori jika didapati bersalah selepas polis yang menahan mereka menemui dadah di
sebuah rumah teres setingkat di Seksyen 15 di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, sepasukan polis Cawangan Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menerima maklumat berhubung aktiviti
pengedaran dadah menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan empat lelaki
termasuk dua guru terbabit. Hasil pemeriksaan polis merampas lapan botol ubat batuk
seberat 14.8 liter, 2,200 pil pelbagai jenis yang belum dikenal pasti dan 10 pil kuda yang
disimpan di dalam rumah itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten
Komisioner Nordin Kadir, berkata ketika serbuan, suspek terbabit enggan memberi
kerjasama dan berdiam diri walaupun anggota polis mengetuk pintu rumah itu bertalu-
talu. Dua guru sekolah kebangsaan yang ditahan berusia 39 dan 28 tahun manakala
dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori berusia 20 dan 28
tahun, katanya pada sidang media di sini, semalam. Semua suspek terbabit direman
bermula semalam hingga 9 Jun ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) Kanun Keseksaan.
Nordin berkata, hasil siasatan mendapati rumah itu milik kelindan lori dan kini
menyiasat sejauh mana aktiviti pengedaran dadah itu dan rangkaiannya.

myMetro: 4 Jun 2010

KUALA LUMPUR: Sejumlah 200 kes guru bermasalah dikenal pasti
oleh Kementerian Pelajaran bagi tempoh lima bulan pertama tahun
ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuh Noh Omar berkata, daripada
jumlah itu 37 peratus melibatkan kes tidak hadir bertugas, 17
peratus kes cabul atau gangguan seks, 15 peratus rasuah, 10.5
peratus pelanggaran tata kelakuan, tidak jujur, tidak amanah dan
ingkar perintah.
Sejumlah 9.5 peratus membabitkan kes salah guna dadah, enam
peratus terlibat dalam kes kecurian, tujuh peratus kes jenayah
syariah dan satu peratus kes keterhutangan serius, katanya.
"Daripada jumlah itu (200 kes) kita telah berjaya menyelesaikan 81
kes," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mat Yasir Ikhsan (BN-
Sabak Bernam).

Mstar, Khamis 28 Jun, 2007

Implikasi guru tidak mematuhi kod etika :
Guru telah menjatuhkan maruah sebagai seorang guru dan menimbulkan
pandangan negatif terhadap kerjaya guru dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat akan menimbulkan perasaan ketidakpercayaan terhadap guru
sebagai penganti ibubapa dalam sekolah.
Guru telah menjadi contoh yang negatif dalam kalangan murid . Ia akan
mengakibatkan murid mencontohi perbuatan tersebut dan menimbulkan
gejala sosial.
Guru tidak mementingkan tanggungjawab sendiri dalam perkhidmatan dan
perkerjaan mereka. Seperti lewat masuk kelas, menyalahgunaan masa
semasa dalam kelas murid.
Guru tidak membuat penambahbaikan terhadap keadah atau strategi
pengajaran dan pembelajaran mereka. Mereka tidak menggunakan luang
masa untuk membuatkan refleksi pengajaran mereka serta mencari cara
penyelesaian masalah sendiri atau pengajaran mereka.




Guru mementingkan diri sendiri daripada manfaat murid. Mereka
lebih mementingkan peruntungan daripada tuisyen kelas.

Вам также может понравиться