Вы находитесь на странице: 1из 2

Cara Mengesan

A Pemerhatian

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru
boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut,
bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah,
guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara
berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.


B Penafsiran rekod prestasi

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid,
khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat
pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk
membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid
dalam kelas.


C Rekod profil

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-murid dalam semua
mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah
dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya
catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester.
Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod
profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat , bakat
dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid
haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan
secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara
formal juga dilaksanakan.


D Ujian kertas dan pensel

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan
bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini
bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti,
mengkaji dan menulis jawapan.


E Temu bual dengan guru darjah

Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yang
hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaranm kita
boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian
kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam
kalangan murid-murid yang lain. Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat
membantu guru mengesan masalah pembelajaran murid.


F Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberi maklumat tentang masalah
pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru
dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan,
pemakanan, kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah, Dengan adanya
maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat
merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah.

Вам также может понравиться