Вы находитесь на странице: 1из 43

1

TESIS MINI
PROGRAM PENGAYAAN SEM
MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUKAH , SARAWAK
2014

AL-KHAWARIZMI DAN SUMBANGANNYA
(KAJIAN DESKRIPTIF)

KUMPULAN: MITE LOCK

AFIQ AIMAN BIN JAMALUDDIN 131038
MOHD HARIZ SYAHIR BIN ABD. RAHIM 131024
DINA AQMA DANIAL BIN MOHAMAD FITHERIE 131073
LUQMAN IMRAN HAKIM BIN UNUS 131057

FASILITATOR
CIK SHAMIMI BINTI SHAMSUDDIN

2014
2

PENGAKUAN PENULIS


Kami akui laporan projek ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya



Pelajar : _________________________
(AFIQ AIMAN BIN JAMALUDDIN)
No. Maktab : ________________________
Tarikh : ________________________




Pelajar : _________________________
(MOHD HARIZ SYAHIR BIN ABD. RAHIM)
No. Maktab : ________________________
Tarikh : ________________________




3




Pelajar : _________________________
(DINA AQMA DANIAL BIN MOHAMAD FITHERIE)
No. Maktab : ________________________
Tarikh : ________________________




Pelajar : _________________________
(LUQMAN IMRAN HAKIM BIN UNUS)
No. Maktab : ________________________
Tarikh : ________________________









4

PENGAKUAN FASILITATOR


Saya mengesahkan bahawa tesis mini ini adalah hasil usaha pelajar-pelajar dan berkat ilmu dan
usaha untuk memenuhi syarat graduasi mereka.





Fasilitator : ____________________________
(CIK SHAMIMI BINTI SHAMSUDDIN)
Tarikh : ____________________________











5



PENGHARGAAN


Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan fasilitator iaitu Cik
Shamimi binti Shamsuddin kerana sudi membantu kami dalam usaha
untuk menyiapkan tesis mini ini dengan jayanya. Tidak lupa kepada
ibu bapa kami yang sering memberi semangat dan idea untuk kami
menyiapkan tesis mini ini. Kami tidak lupa akan bantuan yang diberi
oleh Allah S.W.T untuk menyaipkan tesis mini ini. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru dan rakan-rakan
yang sentiasa memberi sokongan pada kepada kami sepanjang proses
menyiapkan tesis ini berjalan.

Wassalam ^_^








6

DAFTAR ISI KANDUNGAN
BAB 1 : LATAR BELAKANG MASALAH
1.1 Penyataan masalah
1.2 Objektif kajian
1.3 Kepentingan kajian
1.4 Batasan kajian
1.5 Definisi istilah

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Kajian lampau

BAB 3 : METODOLOGI
3.1 Rekabentuk kajian
3.2 Populasi dan pemilihan sampel kajian
3.3 Alat kajian
3.4 Kaedah pengumpulan data
3.5 Analisis data
3.6 Tafsiran skor item-item soal selidik



7

Bab 4 : Hasil Perbahasan/ Keputusan kajian
4.1 Pembentangan hasil perbahasan
4.2 Persembahan hasil perbahasan

Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan
5.1 Rumusan kajian
5.2 Perbincangan
5.3 Implikasi kajian
5.4 Cadangan penyelidikan akan dating

Bibliografi
Lampiran A. Kebenaran rasmi menjalankan kajian
B. Set boring soal selidik yang digunakan
C. Lain-lain lampiran yang sangat berkaitan sahaja







8


DAFTAR GRAF , JADUAL , CARTA DAN LAMPIRAN




GRAF ANALISIS DATA ( 6 )
LAMPIRAN ( 42 )
















9




BAB 1


LATAR
BELAKANG
KAJIAN




10


PENYATAAN MASALAH

Latar belakang masalah kepada kajian kami adalah kerana kekurangan buku-buku
yang mengisahkan tentang Al-Khawarizmi dan Sumbangannya . Masalah ini
terjadi apabila kebanyakan masyarakat yang mahu mengetahui kisah beliau sukar
untuk mencari kisah hidup beliau selain mencarinya di laman sesawang ataupun
internet . Perkara ini amat merumitkan masyarakat yang berminat dengan
pencapaian beliau setakat ini .
Selain itu , punca masalah yang kami ingin selesaikan berdasarkan kajian ini
adalah kerana nama beliau kurang diketahui oleh masyarakat dunia . Oleh kerana
itu , mereka dapat menjejak langkah beliau sebagai motivasi dalam melakukan
pelbagai lagi perkara luar biasa yang dapat mencipta sejarah dunia .
Akhir sekali , kajian ini dijalankan adalah kerana kebanyakan orang tidak
menghargai apa yang telah dilakukan oleh beliau kerana tidak mengetahui kisah
hidup dan pencapaian beliau selama ini . Perkara inilah yang kami ingin selesaikan
melalui kajian ini .
Oleh itu , masalah-masalah di atas ingin kami selesaikan dengan menjalankan
kajian ini . Kami berharap dengan kajian ini kami dpat menarik minat masyarakat
dunia terhadap Al- Khawarizmi iaitu saintis Islam yang terunggul di dunia . Kami
juga berharap agar mereka menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk
merealisasikan lebih banyak ilmu matematik yang luar biasa dan boleh membuka
mata khalayak ramai di dunia .
11


OBJEKTIF KAJIAN


1. Kami melakukan kajian ini untuk melayakkan diri kami mengambil sijil
graduasi sekaligus memasuki tingkatan empat di Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM).
2. Kami juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Al-Khawarizmi dan
Sumbangannya dalam pendidikan .
3. Menarik minat orang ramai untuk mengikut jejak langkah Al-Khawarizmi
sebagai Saintis Islam dunia .
4. Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang sesuatu perkara boleh
dilakukan dengan usaha dan semangat yang kuat serta gigih .











12

KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini penting untuk memperkenalkan Al-Khawarizmi kepada
masyarakat . Ramai orang di luar sana tidak mengenali Al-Khawarizmi walaupun
beliau Saintis Islam yang unggul . Manakala kajian ini juga penting untuk
menambah pengetahuan segelintir masyarakat yang mengenali beliau .
Selain itu , kajian ini juga penting kerana belum ada buku yang diterbitkan
mengenai Al-Khawarizmi . Dengan adanya kajian ini , masyarakat di luar sana
boleh menjadikan tesis ini sebagai bahan bacaan atau rujukan mengenai Al-
Khawarizmi .
Kajian ini juga penting sebagai tanda penghargaan kepada Al-Khawarizmi
yang telah membanggakan orang Islam sebagai saintis Islam yang unggul . Beliau
telah mencipta satu kaedah atau ilmu pengetahuan yang baru iaitu Geometri ,
Algebra dan banyak lagi . Orang Islam sepatutnya berbangga dengan kejayaan
yang telah dikecapi oleh Al-Khawarizmi .








13

BATASAN KAJIAN


Antara batasan kajian yang telah membataskan kami bagi melakukan kajian
ini ialah kami susah untuk menggunakan computer di Pusat Sumber Pembelajaran
(PSP) kerana ramai orang ingin menggunakannya untuk tujuan tertentu .
Seterusnya , buku berkenaan tentang Al-Khawarizmi tidak terdapat di PSP
untuk dibuat rujukan bagi menyiapkan kajian ini . Akhir sekali , disebabkan
kesibukan kerja telah membataskan pertemuan kami bertemu fasilitator .















14

ABSTRAK


Kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Al-Khawarizmi dan
Sumbangannya kepada khalayak ramai . Objektif kajian adalah untuk melayakkan
kami diri kami mengambil sijil graduasi sekaligus memasuki tingkatan empat di
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) . Kaedah yang kami gunakan untuk menilai
sejauh mana pengetahuan pelajar MRSM Mukah tentang Al-Khawarizmi ialah soal
selidik . Daripada kajian yang kami telah lakukan ialah kami telah dapati bahawa
majoriti pelajar-pelajar di MRSM Mukah tidak mengenali beliau , tidak
mengetahui kerjayanya dan tidak mengetahui sumbangannya dalam pendidikan .
Akhir sekali , kami ingin memperkenalkan Al-Khawarizmi iaitu tokoh atau saintis
Islam ini di mata-mata pelajar MRSM Mukah mahupun di persada dunia .











15




BAB 2


TINJAUAN
LITERATUR




16

Kajian Lampau


BIODATA AL-
KHAWARIZMI
Nama : Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.
Tempat Lahir : Bukhara
Tarikh Lahir : 194H/780M
Gelaran : al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-
Goritmi, al-Gorismi
Kerjaya : i) Ahli Saintis
ii) Ahli Astronomi




17


Sejarah


PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja
meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan
pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam
usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt
al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar
matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan
khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan
India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai
Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar
dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik
dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan
pada zaman sekarang.





18


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-
karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism.
Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh
persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian
daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian
dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam
penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua
masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya
agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun
Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero
Indorum.
2. Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai
bidang.
19

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia
mengenai algebra.
5. Al-Amal bi Usturlab
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi
dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang
matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia
melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan
hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun
Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor
adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.
Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem
segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan
bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor
juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-
khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman
tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang
bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran
serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].


20

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang
salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh
besar ke atas Muslim dan orang Spanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit
dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad
kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-
Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam
dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan
pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....
Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar.
Menurut Wiedmann pula berkata.... al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh
dan seorang yang bergeliga sains. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah
terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus
disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu,
ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-
tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang
mengikut undang-undang Islam.

1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu
Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah
iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud
sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains
matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.
21


2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.
Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli
matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum
syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk
memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang
selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut
syariah.


3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu
dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai
murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini
adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut
oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan syaiyah itu dapat
memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra,
aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan
dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-
Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada
perkataan yunani iaitu geo bererti bumi dan metri bererti sukatan. Dari segi ilmunya
pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan
sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian
Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi
dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains
dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.
22


Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh
Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.
sebelum munculnya karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis
oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.


[Sunting]
http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html















23


BAB 3


METODOLOGI








24

REKA BENTUK KAJIAN



Rekabentuk kajian yang kami telah jalankan ialah berbentuk soal
selidik . Kami menggunkan kaedah ini adalah untuk mengetahui sejauh
mana pengetahuan pelajar-pelajar MRSM Mukah tentang Al-
Khawarizmi dan Sumbangannya . Kami tidak menggunakan kaedah
prototype kerana kami membuat kajian berbentuk deskriptif .














25

POPULASI DAN PEMILIHAN SAMPEL

Populasi yang kami sasarkan untuk pengedaran boring soal selidik tersebut
ialah dua orang wakil dari setiap kelas bermula daripada tingkatan 1 sehingga
tingkatan 2 . Kami memilih untuk mengedarkan boring soal selidik tersebut 10
kelas untuk mengenal pasti sejauh mana mereka mengenali Al-Khawarizmi . Kami
yakin sebilangan pelajar di MRSM Mukah ini mengenali siapakah Al-Khawarizmi .
Kami telah memilih borang dengan jawapan terbaik untuk dimasukkan ke dalam
tesis kami .














26

ALAT KAJIAN


Alat kajian yang kami gunakan dalam menjalankan kajian Al-Khawarizmi ini
ialah seperti borang soal selidik , internet , pemerhatian dan pengetahuan am
responden . Kami mengedarkan borang ini kepada beberapa pelajar MRSM
Mukah . Selain itu , kami telah melayari dan merujuk internet untuk mendapatkan
maklumat tambahan tentang Al-Khawarizmi .
















27

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah yang kami gunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini adalah
dengan mengedarkan borang soal selidik tentang Al-Khawarizmi . Di dalam
borang tersebut , kami telah menyediakan sebanyak enam soalan yang berkaitan
dengan diri Al-Khawarizmi . Kami juga telah meyediakan 20 helai borang soal
selidik untuk diedarkan kepada :

10 orang pelajar tingkatan 1
10 orang pelajar tingkatan 2










28

ANALISIS DATA

Terdapat 30% responden yang mengenali Al-Khawarizmi dan 70% responden tidak mengenali Al-
Khawarizmi .

Terdapat 60% responden yang mengetahui kerjaya Al-Khawarizmi berbanding 40% yang tidak
mengenalinya .
30%
70%
0% 0%
Mengenali Al-Khawarizmi
Ya
Tidak
60%
40%
0%
0%
Mengetahui Kerjaya
Ya Tidak
29


Terdapat 20% responden yang mengetahui sumbangan Al-Khawarizmi dan 80% responden yang tidak
mengetahui sumbangan beliau .


Terdapat 13% responden yang pernah mendengar kisah tentang Al-Khawarizmi dan 87% responden
yang tidak pernah mendengar tentang kisah Al-Khawarizmi .
20%
80%
0%
0%
Mengetahui Sebarang Sumbangan
Ya Tidak
13%
87%
0%
0%
Mendengar Kisah Al-Khawarizmi
Ya Tidak
30



Terdapat 80% responden yang ingin mengatuhi dengan lebih lanjut tentang kisah Al-Khawarizmi dan
selebihnya tidak ingin .

Terdapat 87% responden yang berpendapat positif dan 13% responden yang berpendapat negatif .

80%
20%
0%
0%
Berminat ingin mengetahui
Ya Tidak
87%
13%
0%
0%
Pendapat
Positif Negatif
31




BAB 4

HASIL
PERBAHASAN




32

PEMBENTANGAN / PERSEMBAHAN HASIL PERBAHASAN


Berdasarkan kajian ini , Kami mendapat pelbagai jenis jawapan
daripada responden . Kebanyakan responden tidak mengenali beliau berbanding
yang mengenali beliau . Rata-rata responden yang mengenali beliau pula
mengenali Al-Khawarizmi daripada keluarga dan guru-guru . Hanya sedikit sahaja
responden yang mengetahui kerjaya , kejayaan dan pernah mendengar kejayaan
beliau . Namun begitu , kebanyakan responden berminat untuk mengetahui kisah
beliau dengan lebih mendalam . Responden yang tidak berminat menjadikan
beliau sumber inspirasi lebih ramai berbanding yang berminat . Seterusnya ,
kebanyakan responden pernah terfikir untuk melakukan perkara-perkara yang
luar biasa . Akhir sekali , majority responden memberikan pandangan yang positif
di atas kejayaan beliau tetapi tidak ada yang memberikan pandangan yang negatif
tentang beliau dan segelintir lagi responden tidak memberikan sebarang
pandangan di atas kejayaan yang beliau kecapi . Kesimpulannya , rata-rata
responden memberikan respon yang positif atas kejayaan beliau mencipta kaedah
yang baru untuk menyelesaikan masalah matematik .




33

BAB 5

KESIMPULAN
DAN
CADANGAN



34

RUMUSAN KAJIAN

Melalui kajian ini , dapat kami rumuskan bahawa sebilangan besar pelajar
MRSM Mukah yang sebelum ini tidak mengenali Al-Khawarizmi sudah mulai
mempunyai minat untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam . Ini bermakna
usaha kami untuk meningkat nama tokoh Islam ini iaitu Al-Khawarizmi
membuahkan hasil .












35

PERBINCANGAN

Kami melakukan perbincangan dengan melibatkan perbincangan bersama
fasilitator dan merujuk di laman sesawang . Kami telah berjumpa dengan
fasilitator dan bertanya serba sedikit tentang cara untuk melakukan beberapa bab
yang kami tidak ketahui . Manakala , rujukan di internet pula kami lakukan dengan
mencari di blog-blog yang memaparkan kisah kejayaan , sejarah dan pengorbanan
atau keperitan yang beliau hadapi sebelum mencipta kaedah baru untuk
menyelesaikan masalah matematik .











36

IMPLIKASI KAJIAN

Kajian ini telah meningkatkan nama Al-Khawarizmi dalam kalangan pelajar
MRSM Mukah . Bilangan pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai beliau semakin bertambah . Ini kerana kami juga menggalakkan
mereka melihat atau meneroka cara-cara bagaimana tokoh Islam yang unggul ini
mencipta kaedah yang baru untuk menyelesaikan masalah tentang soalan dalam
matematik .











37

CADANGAN PENYELIDIKAN AKAN DATANG

Setelah melakukan kajian di atas kejayaan Al-Khawarizmi yang mencipta kaedah baru
untuk menyelesaikan masalah dalam matematik , kami bercadang untuk mencipta sesuatu yang
dapat membantu masyarakat terutamanya golongan remaja yang semakin tenggelam oleh arus
kemodenan . Oleh kerana objektif utama kami menjalankan kajian ini adalah untuk
memperkenalkan beliau kepada masyarakat serta ingin masyarakat menjadikan beliau sebagai
pengajaran agar mereka dapat membantu memotivasikan diri mereka untuk melakukan
kejayaan . Maka kami telah bersetuju untuk menghasilkan sebuah buku yang berkenaan kisah
hidup beliau serta kejayaan beliau yang telah membanggakan orang Islam di seluruh pelusuk
dunia . Buku ini akan kami sumbangkan ke perpustakaan MRSM Mukah untuk menambah ilmu
pengetahuan para pelajar MRSM MUKAH . Sekiranya kami berjaya , kami akan mencuba
menjual buku tersebut di kedai-kedai kecil di sekitar kawasan Mukah . Dengan cari ini , Al-
Khawarizmi akan lebih dikenali oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja
yang akan memimpin dunia pada masa yang akan datang . Namun begitu , penghasilan buku ini
hanyalah sekadar rancangan dan cadangan . Perancangan untuk penghasilan buku tentang
kisah Al-Khawarizmi dan Sumbangannya ini akan diusahakan agar dapat dibuktikan seperti yang
diimpikan .






38


BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN






39

Lampiran 1
BORANG SOAL SELIDIK
Sila jawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas dan tepat

1. Adakah anda mengenali Al-Khwarizmi ?

Ya ( ) Tidak ( )


2. Adakah anda mengetahui kerjaya beliau ? Jika ya , nyatakan.

Ya ( ) Tidak ( )



3. Adakah anda mengetahui sebarang sumbangan yang telah dikecapi beliau
selain Algebra ? Jika ya, nyatakan.

Ya ( ) Tidak ( )



4. Adakah anda pernah mendengar tentang kisah Al-Khawarizmi sebelum ini ?
Jika ya, nyatakan.

Ya ( ) Tidak ( )




40







Lampiran 2

5. Adakah anda berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang sumbangan
Al-Khawarizmi ?



6. Berikan pendapat anda tentang sumbangan terbesar beliau iaitu geometri ?




Nama : __________________________________________________

Kelas :___________________________________________________


SELAMAT MENJAWAB ! JAWAB
DENGAN IKHLAS DAN TEPAT



41

Lampiran 3
Dalam dunia matematik, Al-Khawarizmi lebih dikenali dengan nama Bapa Algebra.
Nama sebenar Bapa Algebra ini ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau
turut dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.
Walaubagaimanapun, orang Barat mengenalinya dengan nama al-Khawarizmi, al-Cowarizmi,
al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi. Tarikh lahir
dan kematiannya yang tepat tidak diketahui, tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790
sehingga 840 Masihi. Ada pendapat lain menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan
meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.
Dalam kalangan ahli sains, beliau lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi dan merupakan
seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang
ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.
Gelaran Al Khawarizmi diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di
Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu
sebahagian daripada daerah Khawarizm, yang kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir.
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat
tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam
dan kimia. Al-Khawarizmi merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli
matematik teragung dan jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan
pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra
begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam
pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal
dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Seterusnya, beliau turut membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu
matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga. Beliau juga turut bekerjasama dalam
pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan
lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang
cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis
buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak
hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk
dalam melakar peta dunia.
Buat pengetahuan semua, Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta
dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Subhanallahalangkah hebatnya sarjana Islam ini kan..?


42

BIBLIOGRAFI
Muhamad Fuad bin Ishak . Al-Khawarizmi dan Sumbangannya . Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor KUIS . 11 Oktober 2006 .
http://tokohislam2u.tripod.com/id3.html














43

Вам также может понравиться