Вы находитесь на странице: 1из 14

KHUSYUK DAN LALAI DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

Allah mewajibkan kita sembahyang atau solah lima waktu sehari semalam. Yang menentukan waktu
itu ialah Allah, dan Bilal telah diarahkan untuk melaungkan Azan bagi menandakan masuknya waktu
itu, dengan seruan Hai Ya Alas-solah yang bermaksud Marilah Sembahyang, Marilah Sembahyang.

Allah juga mengajar kita menjawab seruan itu dengan ucapan yang disebut sebagai HAUQALAH
yaitu LA HAULAWALA QUWWATA-ILLAH-BILLAH yang bermaksud TIADA DAYA UPAYA dan
KEHENDAK ( kita sebagai manusia ) MELAINKAN DENGAN DAYA UPAYA dan KEHENDAK
ALLAH. ( untuk mendirikan sembahyang itu )

DAYA UPAYA bagi Allah ialah SIFAT QUDRATNYA manakala KEHENDAK pula ialah SIFAT
IRADATNYA. Bila anda menjawab seruan Bilal itu anda sebenarnya MENGAKUI dan BERIMAN
bahawa anda sebenarnya tiada langsung mempunyai Daya Upaya dan Kehendak. Daya Upaya dan
Kehendak ini adalah SIFAT Allah bukannya Sifat anda.

Pengakuan ini hendaklah anda teruskan dan akui ketika anda berwudhu hinggalah keakhir
sembahyang yaitu ketika memberi salam. Yang terbaik ialah itulah Amalan dan Tauhid anda
sepanjang hidup anda yaitu mengakui Yang Berkuasa dan Berkehendak itu ialah Allah semata-
mata. Anda TIADA Kehendak dan Daya Upaya.

Jika ini ( pengakuan tadi ) anda tidak lakukan ketika anda berwudhu dan ketika anda sembahyang,
maka anda pasti akan mengalami gangguan berupa lintasan fikiran didalam sembahyang anda.
Untuk menjiwai perkara ini maka anda perlulah memahami akan perkara Daya Upaya dan
Kehendak ini Maka cubalah fahamkan dengan membaca huraian huraian berkaitannya didalam
Risalah Kecil ini.

KENYATAAN ALLAH BERKAITAN SOLAT

Allah Berfirman didalam Al-Quran Yang Bermaksud :-

a. CELAKALAH bagi orang orang yang LALAI didalam solatnya dan NERAKA WAIL-lah tempatnya.

b. Sesungguhnya SOLAT itu AMAT BERAT SEKALI bagi orang yang mengerti.

Maka adalah amat perlu kita memahami akan pengertian dua perkataan yaitu LALAI dan KHUSU (
lawan lalai ) dan maksud Allah dalam kalimah AMAT BERAT sekali dan maksud orang yang
mengerti itu.

MAKSUD LALAI.

Dari segi bahasa LALAI maksudnya CUAI. Cuai pula menghasilkan KESALAHAN . Biasanya
KECUAIAN berlaku akibat perkara seperti disebutkan dibawah :-

a. Melakukan sesuatu perkara tanpa ILMU atau tanpa ada kefahamam yang sebenarnya berkaitan
dengan apa yang dilakukan itu,

b. Melakukan sesuatu perkara tanpa memberi tumpuan atau perhatian yang sepenuhnya, atau
melakukan sesuatu dengan sambil lewa sahaja,http://www.blogger.com/img/blank.gif

c. Menyatakan atau mengungkapkan percakapan percakapan atau sebutan sebutan tanpa faham
akan apa yang diucapkan atau yang disebutkan itu, atau memahami akan maana apa yang
dicakapkan dan apa yang disebutkan itu . Maksudnya, orang yang bercakap atau yang menyebut
tidak faham atau tahu akan apa yang dicakapkannya.

Dari segi akal pula LALAI atau CUAI berkemungkinan besar berlaku akibat orang yang melakukan
sesuatu itu TIDAK IKHLAS dalam melakukan sesuatu itu.

Dalam hal ini maksud perkataan IKHLAS itu hendaklah benar benar difahami. Ikhlas bermaksud
melakukan sesuatu tanpa ada niat sedikitpun untuk mendapatkan BALASAN dalam apa bentuk
sekalipun dan dari sesiapapun termasuk juga dari Allah.

MAKSUD KHUSU

Khusu adalah lawan kepada perkataan Lalai. Maksudnya dari segi bahasa ialah BERTUMPU
DENGAN SEPENUH TUMPUAN kepada apa juga yang dilakukan dengan niat untuk mendapatkan
hasil ( dari apa yang dilakukan itu ) sebaik mungkin atau yang paling sempurna yang memuaskan
hati pelakunya. Atau melakukan sesuatu dengan bermutu tinggi ( kualiti )

Khusu yang berkaitan dengan solat atau sembahyang ialah semasa sembahyang tumpuan dapat
diberikan secara 100% kepada Allah tanpa ada lintasan lintasan fikiran. Atau orang yang
sembahyang itu tidak memikirkan hal lain selain dari memikirkan akan Tuhan yang sedang
disembahnya. Jadi yang dikatakan Khusu itu ialah menjiwai sepenuhnya akan sembahyang itu.

Orang yang KHUSU dalam sembahyangnya mendapat NIKMAT dari sembahyangnya itu. Apakah
yang dikatakan NIKMAT SEMBAHYANG itu ?

GANGGUAN DALAM SEMBAHYANG.

Soal-selidek yang dijalankan secara rambang oleh penulis menunjukkan bahawa LALAI dalam
sembahyang adalah berkaitan ada GANGGUAN dalam BENTUK LINTASAN FIKIRAN .

Maksud Lintasan Fikiran ialah semasa melakukan sembahyang itu secara tiba tiba sahaja teringat
akan perkara perkara lain yang tiada kaitan dengan Allah.

Kebanyakan responden memberitahu bahawa perkara lintasan fikiran ini berlaku semasa ianya
MEMBACA FATIHAH. Kadang kadang pada setiap kali pembacaan Fatihah ( pada setiap rakaat )
Ada juga berlaku lintasan semasa ianya membaca TAHYAT. ( tetapi kurang )

Yang jelas lintasan ini berlaku bukan dengan kehendak yang disengajakan oleh orang yang
sembahyang itu. Maksudnya ianya berlaku diluar kawalan orang yang sembahyang itu. Orang yang
sembahyang itu tidak dapat berbuat apa apa untuk menghalang kedatangan Lintasan itu.

KENAPA BERLAKU LINTASAN FIKIRAN.

Ada dua soalan yang bermain dikepala kita :-

Pertama kenapakah berlaku Lintasan Fikiran semasa kita sedang membaca Fatihah ?

Kedua adakah dengan berlakunya Lintasan Fikiran ini bermakna kita Lalai dalam sembahyang kita,
sedangkan Lintasan Fikiran itu bukan atas kehendak kita atau kita sengajakan ? Ianya datang tanpa
diundang dan kita tidak merelakan kedatangannya ?

Jika kedatangan Lintasan Fikiran itu menunjukkan LALAI maka berdasarkan Ayat Al-Quran yang
disebut diatas maka kita telah mendapat sumpahan Allah yaitu Celaka dan sudah pastilah kita tidak
mahu ditempatkan di Neraka Wail.

Berkaitan dengan Kedatangan Lintasan Fikiran ini hanya Allah sahaja yang mengetahui sebab
sebenarnya.

Sebagai hambanya kita hanya cuba mencari jawapan dengan ILMU yaitu cuba mencari jawapan
jawapan berdalilkan Ayat Ayat Al-Quran dan Hadith Hadith Nabi saw. Jadi terpulanglah kepada
pembaca sama-ada yakin atau tidak kepada hujah hujah penulis ( berkaitan cara untuk Khusu
dalam Solat ) yang akan dinyatakan didalam Risalah ini.

MAKSUD SOLAT ITU AMAT BERAT SEKALI
( bagi orang yang mengerti )

Yang dikatakan BERAT SEKALI itu ialah berkaitan SOLAT bukan berkaitan SEMBAHYANG. Yang
mengatakan demikian ialah ALLAH sendiri.
Jadi Solat itu tidak sama maksudnya dengan Sembahyang. Untuk mengetahui perbezaannya
kenalah kita mendalami Ilmu Agama.

Risalah ini tidak dapat menjelaskannya kerana penjelasannya adalah panjang dan lebar.

Apakah maksud BERAT SEKALI itu ? . Kalau terlalu berat sudah pastilah manusia yang lemah ini
tidak akan dapat memikulnya !!! Adakah cara untuk meringankannya ?

Ada banyak Hadith yang menganjurkan agar kita sembahyang sepertimana Nabi saw sembahyang.
Malangnya kita tidak akan dapat melihat dengan mata kepala tentang bagaimana caranya Nabi saw
sembahyang. Yang didengar ialah penceritaan ulama ulama . Ulama ialah Pewaris Nabi.

Banyak Hadith menerangkan bahawa ramai para sahabat melihat jasad Nabi BERGEGAR dan
BERGOYANG GOYANG ketika baginda bersembahyang. Bergegar dan bergoyang goyang ini
disebut sebagai GEMENTAR.

Yang perlu kita tanyakan ialah kenapa jadi begitu halnya ? Adakah Bergegar atau Bergementar itu
akibat Khusu atau akibat Berat Sekali sembahyang Nabi saw itu ? Siapakah yang boleh memberi
jawapan kepada soalan kita ini ? Kita amat memerlukan jawapan kerana kita hendak KHUSU dalam
sembahyang kita dan kita AMAT TAKUT disumpah oleh Allah dan dihumbankan ke Neraka Wail.
Tidak ada siapa yang dengan sengaja ingin hidup di Neraka. Na-u- zubillah- min-zalik !

JAWAPAN

BARANGKALI jawapan jawapan kepada soalan soalan yang dikemukakan diatas ialah seperti
berikut. Ya barangkali sahaja bukan jawapan yang sebenar-benarnya yang muktamad. Penulis
hanya CUBA menjawab. Jawapan sebenarnya Hanya Allah Yang Tahu kerana Allah itu Maha
Mengetahui. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat tafsiran dan keputusan masing masing
berkaitan jawapan jawapan ini.

Untuk menjawab soalan ini kita WAJIB merujuk kepada Dalil Dalil NAQLI yaitu Ayat Ayat Al-Quran
dan Hadith Hadith Nabi saw. Inilah yang akan dikemukakan oleh penulis.

Pertamanya penulis merujuk kepada Hadith Nabi saw yang bermaksud :

Sembahyang yang sempurna ialah dengan WUDHU yang sempurna.

Untuk faham maksud Wudhu Sempurna maka kita perlulah tahu dan faham akan tujuan berwudhu
itu. Kenapa kena berwudhu sebelum kita sembahyang ? Adakah untuk membersihkan diri kita ?
Kalau tujuannya adalah untuk membersihkan diri, kenapakah kita tidak diperintahkan untuk
membersihkan seluruh anggota badan yaitu dengan MANDI ? Kenapa hanya MENGENAKAN air
kepada anggota anggota tertentu sahaja ?

Kalau begitu tujuan berwudhu bukanlah untuk membersihkan badan. Mesti ada tujuan yang lain.
Ulama mengatakan bahawa Wudhu itu Pemisahan dan Solat itu Penyatuan. Apakah yang
dipisahkan dan apa pula yang hendak disatukan ? Tiada jawapan didalam Risalah ini.

Pada penulis Wudhu itu ialah sebahagian Rukun Sembahyang. Rukun sembahyang ada 13, jika
dimasukkan Wudhu maka ia jadi 14 dan yang pertama ialah Wudhu Yang Sempurna itu dan selepas
itu barulah rukun 13 yang lain lain itu. Ini adalah kerana tidak sah sembahyang tanpa wudhu. Kerja
sia-sia namanya. Maka tertakluklah wudhu itu kepada Hukum Sembahyang yaitu Feqli. Qauli dan
Qalbi.

Pada penulis adalah benar Wudhu itu adalah upacara Pembersihan, malah ianya upacara
Penyucian Batin yang disebut sebagai NAFI & ISBAT. Didalam wudhu kita wajib melakukan upacara
NAFI dan ISBAT. Nafi maksudnya MENIDAKKAN. Apa yang di-TIDAK-KAN ? ISBAT maksudnya
MENG-IYA-KAN. Apa pula yang di-IYAKAN ? Yang di-TIDAKKAN ialah BADAN dan yang di-
IYAKAN ialah NYAWA.

Maksud sebenarnya ialah MENGAKUI bahawa yang MELAKUKAN perbuatan berwudhu ( dan
sembahyang yang akan didirikan itu ) itu termasuk menyuarakan Lafaznya bukanlah BADAN atau
anggota Badan seperti mulut, tangan, kaki dan sebagainya TETAPI YANG BERBUAT DENGAN
SEBENAR-BENARNYA atau pada HAKIKATNYA ialah NYAWA.

Ini adalah kerana BADAN ( yang kita anggap Hidup itu ) itu adalah MATI dan YANG HIDUP lagi
MENGHIDUPKAN itu ialah NYAWA. Nyawalah yang menghidupkan Badan. Yang demikian
PELAKU SEBENAR ialah NYAWA bukan BADAN. Orang mati tidak lagi ada NYAWA.

Maksud ( Nafi & Isbat ) yang LEBIH BENAR ialah MENGAKUI bahawa NYAWA itu BERSIFAT
KETUHANAN kerana NYAWA itu MEMILIKKI SIFAT SIFAT TUHAN. ( Belajarlah tentang Sifat 20
Allah yang dimilikki oleh Nyawa anda ) Maka Tuhan Allah-lah yang menjadi PELAKU SEBENAR
bukannya kita sebagai manusia. Oleh kerana itulah kita menjawab Lafaz Bilal : Hai Ya Alas- Solah
dengan HAUQALAH yang bermaksud : Tiada Daya Upaya kita untuk Solat melainkan dengan
KUDRAT dan IRADAT ALLAH.

Jika tiada Daya Upaya kita melainkan Kudrat dan Iradat Allah !!! , jadi siapakah yang berwudhu dan
yang akan Solat itu ? Jawapannya ialah yang memilikki atau yang Bersifat dengan Kudrat dan Iradat
Allah itu yaitu NYAWA bukannya kita manusia tetapi kita juga !!! ( Fahamkanlah )

Yang demikian penulis menyarankan kepada pembaca supaya BERWUDHU dengan penuh tertib
dan berbudi bahasa agar mendapat Wudhu Yang Sempurna itu agar Solat juga Sempurna tanpa
Lintasan Fikiran tanpa Gangguan.

Jika ada juga lintasan dan gangguan, maka ianya bukan lagi bolih disabitkan kepada kita. Bila
bukan kita yang disabitkan maka bukanlah kita yang mendapat Sumpahan CELAKA dari Allah.
Maka bukanlah kita yang dihumbankan ke Neraka Wail. Setidak-tidaknya inilah yang menjadi
Keyakinan atau Iman kita yaitu keyakinan 100%.

CARA BERWUDHU YANG DISARANKAN

1 Kita pandai berwudhu kerana diajar oleh Nabi kita. Maka sewajarnyalah anda mulakan wudhu
anda dengan berselawat kepada Nabi anda,

2. Allah memberi kelebihan kepada Nabi Allah Hidir berkaitan AIR. Anda berwudhu dengan
menggunakan air, maka berilah salam kepada Sultanul Anbia itu . Katakan : Assalamu-alaika Ya
Nabi Allah Hidir Bulya Mulkan.

3. Air yang anda gunakan untuk berwudhu itu HIDUP dan MENGHIDUPKAN ( Air Al-Hayat ) air
yang SUCI lagi MENYUCIKAN ( Air Al-Kautsar ), maka berilah salam kepada air itu dan mintalah
izin untuk menggunakannya untuk berwudhu.
( Janganlah kurang ajar kepada air. Kena sumpahan air bala jadinya kerana anda itu 85% air. )

4. Selepas itu bacalah Lafaz Wudhu anda untuk menzahirkan Niat yang ghaib itu.

5. Tatkala membasuh muka kali pertama : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku ini
mati dan dihidupkan. Aku hidup dengan HAYAT mu. Zat Hayatmu-lah yang menghidupkan aku. (
Muka ialah lambang hidup )

6. Tatkala membasuh muka kali kedua lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak
bolih MELIHAT. Aku melihat dengan BASAR mu.

7. Tatkala membasuh muka buat kali ketiga : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku
tidak bolih BERKATA-KATA. Aku berkata-kata dengan KALAM mu.

8. Tatkala membasuh tangan : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak ada
KUASA dan tidak bolih bergerak . Aku berkuasa dan bergerak dengan KUDRAT mu.

9. Tatkala membasuh kepala : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku adalah bodoh
dan dungu. Aku berilmu dan tahu dengan ILMU mu.

10. Tatkala membasuh telinga : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak bolih
MENDENGAR dan aku sebenarnya pekak. Aku mendengar dengan SAMA Mu.

11. Tatkala membasuh kedua kakimu : lafazkanlah dengan keyakinan pada hati : Ya Allah aku tidak
ada KEHENDAK semuanya adalah IRADAT-Mu yang menentukan jalannya kehidupanku yaitu
Qada dan Qadarku yang telah Engkau tentukan dan aku redha Ya Allah.

Setelah selesai berwudhu : Maka ucapkanlah Dua Kalimah Syahadah : tasdiqkan dihatimu :

Ya Allah tiada yang wujud dan yang nyata didalam diriku melainkan Engkau Ya Allah : ZatMu yang
meliputi diriku adalah Zatku, Jasadku ialah SifatMu. Aku adalah Penampakan ZahirMu ( Tajalli )
untuk menunjukkan Keagungan ( Jalal ) Keindahan ( Jamal ) dan KesempurnaanMu ( Kamal ) Ya
Allah, Ya Diri Hakikiku.

Kemudian anda melangkahlah ke Sejadah anda untuk memulakan Solat anda.

Keduanya ( berkaitan sebab lalai ) penulis ingin merujuk dan mengemukakan beberapa Ayat Ayat
Al-Quran. Yang pertama ialah ayat ayat yang merujuk kepada definasi Iman seperti yang dijelaskan
oleh Allah sendiri ( didalam Al-Quran ) yang bermaksud :-

a. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan
percaya kepada Hari Akhirat.

Maksudnya orang orang yang tidak bersolat enggan menunaikan zakat dan tidak percaya kepada
Hari Akhirat ialah orang orang yang tidak beriman.

b. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang tidak takut berkurangan pahala dan tidak
pula takut bertambah dosa.

Maksudnya ialah orang orang yang bermal ibadah seperti bersolat kerana takut berdosa atau
inginkan pahala maka orang orang itu tidak beriman. Intipatinya ialah orang yang inginkan pahala
dan takut berdosa itu tidak ikhlas. Orang yang tidak ikhlas menurut Allah ialah orang yang tidak
beriman.

c. Orang orang yang beriman itu ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah maka
GEMENTAR-lah JIWAnya. ( Yang gementar itu ialah JIWA bukan badan, dan Gementar itu bukan
bermaksud takut . Takut ialah GENTAR )

Maksudnya ialah orang orang yang apabila disebut sahaja Nama Allah walaupun sampai beribu kali,
tidak merasa apa apa pun, apatah lagi Gementar belum lagi beriman atau tidak beriman ( menurut
Allah bukan menurut kata kata ulama )

Penulis juga ingin merujuk kepada beberapa lagi Ayat Ayat Al-Quran yang bermaksud :-

a. Bukanlah kehendak kamu, kesemuanya adalah Kehendak Allah jua ( belaka. )

Maksudnya ialah manusia itu walaupun kelihatan banyak kehendak atau kemahuan sebenarnya -
tidak langsung mempunyai kehendak kerana ( melalui Ayat diatas ) Allah menegaskan bahawa
kehendak kehendak kita itu pada hakikatnya bukanlah kehendak kehendak kita. Kesemuanya
adalah Kehendak Allah yang disampaikan melalui kita sebagai manusia. Kehendak atau Iradat
didalam bahasa Arab itu adalah Sifat IRADAT Allah pada hakikatnya. Berkaitan sembahyang kita
telahpun menafikan kehendak kita dan mengakui akan Kehendak Allah bila menjawab lafaz Bilal
ketika bilal menyuarakan azan itu. ( Hauqalah )

b. Allah menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.

Maksud ayat ini sangat jelas dan itulah maksudnya. Cuma kerana ianya amat jelas barangkali sebab
itulah ramai diantara kita ambil mudah sahaja dan terus berkeyakinan bahawa perbuatan perbuatan
manusia itu tiada kaitan langsung dengan Allah, kerana pada mereka Allah itu Tuhan dan mereka
sebagai manusia adalah hamba.

Perbuatan disebut juga sebagai Afal atau Fiil. Untuk melakukan sesuatu kita mestilah ada Daya
atau Kuasa. Sifat Allah yang bererti Berkuasa ialah Sifat QUDRAT-NYA. Berkaitan sembahyang kita
telah-pun mengakui bahawa tidak ada daya kita melainkan DAYA dan QUDRAT Allah jua ketika
menjawab Lafaz bilal juga . ( Hauqalah )

c. Setiap sesuatu adalah KOSONG melainkan ZATNYA ( Zat Allah )

Maksudnya ialah setiap benda termasuk kita adalah KOSONG pada hakikatnya. Semua benda
dijadikan oleh Allah. Maksud kosong ialah TIADA. Maksudnya ialah kita ini pada hakikatnya tidak
mempunyai wujud. Wujud maksudnya ADA. Yang ada pada setiap sesuatu itu pada hakikatnya atau
sebenarnya ialah Zat Allah.

Maka zat kita sebagai manusia yang kelihatan ADA itu ialah Zat Allah. Yang menanggung atau yang
mengandung Zat Allah itu ialah Badan atau jasad kita. ( Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai
AMANAH atau RAHSIA ALLAH yang kita kandung.) Maka menjadilah Badan atau Jasad kita itu
sebagai Sifat Allah.

Untuk apa dan untuk siapa ? Jawabnya ialah untuk Allah jua yaitu untuk menunjukkan akan
KeagunganNya ( Sifat Jalal ), KeindahanNya ( Sifat Jamal ) dan KesempurnaanNya ( Sifat Kamal )

Penulis ingin mengajak pembaca menghuraikan kesemua ayat ayat diatas untuk mencari sebab
sebab kenapa berlaku Lintasan Fikiran ketika membaca Fatihah ( didalam sembahyang ) hingga
menjadikan sembahyang sesaorang itu LALAI dan dikutuk / disumpah oleh Allah.

Jika orang yang menyumpah kita, kita bolih kata tak mengapa . Jika yang menyumpah itu Allah
maka ianya AMAT BERAT SEKALI. Jadi janganlah kita sekali-kali lalai dalam sembahyang kita.
Yang ganjilnya ialah Allah tidak pula menyumpah CELAKA bagi orang yang tidak sembahyang.
Orang yang kena sumpah itu orang yang sembahyang TETAPI LALAI. Fahamkanlah.

Allah menegaskan TIADA KEHENDAK KITA SEMUANYA KEHENDAK atau IRADAT ALLAH. Jadi
ingatlah Yang Hendak sembahyang itu bukanlah kita tetapi Allah. Kalau kita kata dan yakin kitalah
yang hendak sembahyang maka kita derhaka terhadap Firman Allah ditas. Orang derhaka memang
patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum
kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala .. ( Hauqalah )

Allah juga menegaskan bahawa kita ini sebagai manusia tidak ada daya upaya sehingga segala
gerak dan diam kita setiap detik dan ketika adalah Perbuatan atau Afal Allah kesemuanya. (
rujuklah Firman Allah diatas : Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu. )

Yang demikian kenapakah anda mengaku anda yang sembahyang menyembah Tuhan anda yaitu
Allah. Sekali lagi anda derhaka terhadap Firman Allah. Ingatlah : Orang derhaka memang patut
kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada kehendak sebelum kita
mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala.

Melalui Ayat No : 3 yang dirujuk diatas, Allah menegaskan atau memberitahu kita bahawa
semuanya adalah kosong melainkan ZatNYa yaitu ZAT ALLAH. Jika kita ini kosong yang bermaksud
TIADA atau TIDAK WUJUD maka bolihkah kita menjadi HAMBA untuk MENYEMBAH KHALIK atau
TUHANNYA ?. Sekali lagi kita melakukan KEDURHAKAAN TERHADAP ALLAH. Ingatlah : Orang
derhaka memang patut kena SUMPAH lebih lebih lagi kita telahpun mengaku bahawa kita tiada
kehendak sebelum kita mendirikan sembahyang itu yaitu ketika mengatakan La Haulawala
.. ( Hauqalah )

Saudaraku

Barangkali inilah sebab sebab kita LALAI. Lintasan Fikiran itu sebagai petanda Allah membatalkan
solat kita. Tetapi kita teruskan juga sembahyang kerana kalau tidak sembahyang BERDOSA dan
akan MASUK NERAKA. Ingatlah jika anda sembahyang kerana hendakkan pahala dan anda takut
tidak sembahyang kerana anda takut berdosa anda tidak beribadah kepada Allah dengan ikhlas.
Menurut Allah anda tidak beriman . Sembahyang orang yang tidak beriman tidak diterima
oleh Allah ya barangkali.

RUMUSAN

Berdasarkan penerangan penulis maka barangkali sebab lalai itu bolihlah dirumuskan seperti berikut
:-

a. Disebabkan wudhu kita tidak sempurna.

b. Disebabkan Niat anda sembahyang takut berdosa dan inginkan pahala.

c. Disebabkan anda mengertikan sembahyang itu ialah hamba MENYEMBAH Tuhannya yaitu Allah
sedangkan menurut Allah anda itu kosong. Maka tiadalah Yang Menyembah dan Yang Disembah.

d. Disebabkan oleh kejahilan anda tentang Hakikat Diri anda. Ini adalah kerana anda tidak mahu
mengikut Perintah Allah yaitu : Awal Awal Agama ialah Mengenal Allah. Anda juga enggan
mendengar apa lagi mengkaji dan mempelajari Perintah Allah yaitu : Siapa yang mengenal DIRINYA
sungguh telah Mengenal Tuhannya. Sesiapa Yang Mengenal Tuhannya BINASA-lah DIRINYA.

Namun begitu, rumusan ini hanyalah merupakan PERCUBAAN penulis untuk mencari jawapan
kepada persoalan LALAI itu. Andalah yang memberi penilaian atau markahnya. Kalau anda fikir apa
yang penulis tulis ini BETUL, maka ikutlah jika anda berpendapat penulis hanya MENGARUT maka
KARUT-lah kesemuanya ini.

APAKAH YANG BOLIH DILAKUKAN SUPAYA SOLAT TIDAK LALAI
FAHAMILAH ERTI SOLAT

Ya, saudaraku apakah yang perlu kita lakukan supaya sembahyang kita khusu dan kita tidak lagi
dikatakan LALAI ?

Sebelum itu eloklah kita perhatikan kata kata Ulama berkaitan SOLAT atau SOLAH atau apa yang
kita sebut sebagai SEMBAHYANG. Pertamanya kita rujuk pendapat Sultan Kepada Para Wali :
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani melalui Kitab beliau : SIRRUL ASRAR :-

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ada DUA JENIS SOLAT yang disebutnya sebagai :-

a. SOLAT SYARIAT : Solat lima waktu sehari semalam.
b. SOLAT WUSTHA : Solat Hati Selama-lamanya

Solat Wustha juga dirujuknya sebagai SOLAT TARIQAT. Disalin semula petikan dari Kitab Sirrul
Asrar untuk pemahaman saudara pembaca :-

Firman Allah : Al-Baqarah : Ayat 238

Hendaklah kamu menjaga solat solatmu dan solat wustha ( yang ditengah )

Solat Syariat ialah solat seluruh bdan yang zahir dengan gerakan tubuh, seperti badan berdiri, lidah
membaca, ruku sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan bacaan. Solat Syariat mempunyai
waktu tertentu didalam satu hari satu malam lima kali beserta sunatnya. Solat Syariat dilakukan
dimesjid dengan berjamaah sama sama menghadap Kabah dan mengikuti Imam, tanpa riak, ujub
dan sumah.

Adapun Solat Tarikat adalah solat hati selama-lamanya dan dirujuk oleh Allah sebagai SOLAT
WUSTHA yang bermaksud SOLAT HATI, kerana hati manusia itu berada ditengah badan, antara
kanan dan kiri antara atas dan bawah dan diantara bahagia dan celaka.

Solat Tariqat dilakukan selamanya tanpa batas waktu selama kita hidup didunia dan juga diakhirat.
Mesjidnya bukan bangunan tetapi HATI. Berjemaahnya ialah terpadunya kesucian batin dengan
selalu memperdengarkan TAUHID dengan lisan batin. Imamnya ialah Rasa Rindu didalam hati
untuk sampai kepada Allah. Kiblatnya ialah Hadrat dan Keindahan Allah. Itulah Kiblat Hakiki. Hati
dan Ruh selamanya tidak terlepas dari solat ini.

Solat Hati dilakukan dengan hidupnya hati TANPA SUARA, berdiri dan duduk : ia selalu berhadapn
dengan Allah dengan ucapan : KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami memohon
pertolongan.

Solat yang pokok ialah Solat Hati. Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya, dan bila rosak
solatnya rosak pula solat seluruh badannya.

Sabda Nabi saw:-

Tidaklah sah solat sesaorang kecuali disertai dengan hadirnya hati.

Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat ( berdialog ) dengan Tuhannya. Alat
munajat ialah hati. Bila hati lupa maka batallah solatnya dan solat badannya, kerana hati itu pokok
utama dan anggota badan yang lain mengikutinya.

Bila dua solat : solat syariat dan solat hati telah berpadu lahir dan batin maka sempurnalah solat itu
dan pahalanya pun sangat besar.

Syeikh Muhammad Ibrahim Gazur i Ilahi didalam kitabnya Ana Al-Haq menjelaskan bahawa :-

Solat atau Solah itu diambil dari perkataan WASLAT yang ertinya ialah Lekat atau Menghampiri.
Beliau juga mengatakan ada dua jenis solat yang perlu dilakukan oleh sesaorang muslim itu yaitu :-

a. Solat Lima Waktu
b. Solat Yang Berkekalan

Firman Allah : Al-Mikraj : 23

Al-lazi nahum ala solatihim daa-I muun
Mereka yang solatnya berkekalan.

Firman Allah : Al-Baqarah : 115

Fa-ai-na-maa tuwallu fa-sam-ma wajhullah
Kemana sahaja kamu menghadap muka kamu disitu ada wajah Allah

Diperturunkan petikan petikan dari Kitab Ana Al-Haq untuk renungan saudara pembaca :-

a. Sembahyang lima waktu menghadap Kaabah. Sembahyang yang berkekalan menghadap
kepada Wajah Allah.

b. Sembahyang orang yang cinta ( kepada Allah ) ialah memfanakan diri ( menganggap diri itu
kosong tiada wujud ) sembahyang orang awam ialah rukuk dan sujud.

c. Sembahyang ini ialah MIKRAJ bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya daripada
dirinya, beliau sampai kepada yang dicintai ( Allah ) Ini dikatakan sebagai Maqaman Mahmudan
oleh Allah yang bermaksud Makam Terpuji. Pada peringkat ini dia memperkatakan ucapan
sembahyangnya kepada dirinya.

d. Sembahyang mempunyi dua aspek badan dan ruh. Zahirnya berkaitan dengan peraturan
peraturan dan hukum hukum dan batinnya berkaitan dengan ruh. Jika yang berkenaan dengan
badan itu sahaja yang dipentingkan tetapi yang berkenaan dengan ruh yang memandang Allah
dan memfanakan diri tidak dicapai maka jadilah sembahyang itu badan yang tidak bernyawa. Jika
ruh sahaja dipentingkan dan badannya tidak dipedulikan maka jadilah sembahyang itu umpama
nyawa tanpa badan.

e. Sujud menghadap Kiblat adalah syirik jika tidak disertakan sujud kepada Allah dalam kesedaran
jiwa. Oleh itu simukmin hendaklah menukarkan hadapnya dari kiblat kepada Haq dan ini dilakukan
semasa berniat didalam sembahyang.

f. Menghadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan. Sembahyang yeng berkekalan
ini tidak bolih ditangguh-tangguh. Sembahyang lima waktu bolih ditangguh.

g. Lalai semasa sembahyang bermaksud LALAI KEPADA WUJUD MUTLAK yaitu Allah.

Wudhu itu ialah penceraian dan solat itu ialah penyantuman. Yang telah bersatu hendaklah
diceraikan dahulu semasa berwudhu dan disatukan semula semasa solat. Anda tidak akan bolih
melakukan solat yang kekal ini jika anda belum bolih menceraikan diri anda.

Saudara pembaca,

Petikan petikan diatas mungkin sukar untuk difahami jika anda tidak belajar Ilmu Tasauf. Namun jika
dibaca berulang-ulang Allah akan memberi anda kefahamannya. Percayalah. Janganlah bimbang
cuba lakukan solat anda seperti cara cara yang dijelaskan dibawah :-

APAKAH YANG BOLIH DILAKUKAN SUPAYA SOLAT TIDAK LALAI
BATINKANLAH SOLAT ANDA & SEMUA IBADAH ANDA.

Pertamanya anda hendaklah faham kepada apa yang disebut sebagai HATI itu. Ianya bukan sejenis
anggota didalam tubuh anda. HATI disini bermaksud NYAWA atau RUH anda. Jadi sembahyang
hati bermaksud Nyawalah yang sembahyang bukan badan. Badan hanya menjadi pengikut atau
makmumnya. Didalam sembahyang anda hatilah yang menjadi pelaku utamanya kerana hatilah
yang ada Iradat dan Kudrat bukannya badan.

OLEH ITU BATINKANLAH SOLAT ANDA yaitu semua BACAAN ANDA DALAM SOLAT ANDA
HENDAKLAH DILAFAZKAN HANYA DIDALAM HATI KERANA NYAWA ITU BERKATA-KATA
TANPA HURUF DAN TANPA SUARA.

Sebelum anda mendirikan solat anda yaitu ketika anda QIAM serahkanlah tugas solat ini kepada
Nyawa anda dengan melafazkan pengakuan dan penyerahan. Caranya adalah seperti berikut :-

1. Qiam diertikan sebagai berdiri betul. Berdiri yang betul ialah berdiri seperti ALIF. Maka berdirilah
anda SEPERTI ALIF dan hendaklah diam, maksudnya jangan bergerak gerak. Solat anda bermula
ketika anda sedang Qiam. Tutuplah mata anda ketika Solat.

Dalam QIAM ini, anda perlulah menghadapkan muka anda kearah Kaabah yaitu Kiblat Zahir anda
terlebih dahulu, eloklah anda memandang Kaabah itu dengan mata batin anda, selepas itu wajiblah
anda menukarkan Kaabah itu dengan memandang wajah anda sendiri kerana Diri Batin atau
Nyawa anda itu sesifat anda, Cuma ianya terdiri dari Lapisan Lapisan Cahaya atau Nur.

Anda disarankan oleh Ulama agar memandang Wajah Allah, tetapi perkara ini mustahil dapat anda
lakukan kerana anda belum pernah bertemu Allah. Allah memerintahkan anda mengenal diri anda
untuk MengenalNya.

2. Angkatlah kedua tangan dan minta ampunlah kepada Allah dengan ISTIGHAFAR didalam hati
tanpa huruf dan tanpa suara. Minta ampunlah kepada Allah yang DEKAT yaitu Zat Yang Meliputi diri
anda. Seterusnya BERHAUQALAH dengan membaca La Haula-wala.. .. dan seterusnya didalam
hati tanpa huruf dan tanpa suara. Akuilah dengan sepenuh dan seikhlas hati bahawa sememangnya
anda sebagai manusia TIADA MEMPUNYAI SEDIKITPUN DAYA UPAYA PUN, SEMUANYA DAYA
UPAYA ALLAH yaitu ZAT YANG MELIPUTI SELURUH JASAD dan RONGGA anda.

3. Seterusnya buatlah PENGAKUAN dengan melafazkan KALIMAH SYAHADAH didalam hati tanpa
huruf dan tanpa suara sebanyak 3 kali dengan mestasdiqkan dihati pengakuan pengakuan dibawah
:-

a. Syahadah Pertama : Aku mengaku bersaksikan diri aku sendiri bahawa Tiada Tuhan Melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.

b. Syahadah Kedua : Aku mengaku bersaksikan diri aku sendiri bahawa Tiada Yang Wujud Dan
Nyata Didalam Diri Aku Melainkan Allah Semata-mata dan Akulah Muhammad Menyampaikan Haq
Allah. ( Yang mengaku ialah Yang Bersuara itu yaitu Nyawa anda dan yang menjadi saksi ialah
Yang Menyampaikan Suara itu yaitu mulut atau Jasad anda )

c. Syahadah Ketiga : Tiada Yang Wujud Didalam diriku dan di seluruh Alam Maya ini melainkan
Allah. La Maujuda Illallah.

4. Seterusnya didalam QIAM anda anda berselawatlah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara
sebanyak 2 kali. Yang pertama tujukan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad bin Abdullah yaitu
Bapa Nyawa anda ( Bapa segala Ruh ). Yang kedua tujukan kepada Nabi Muhammad MUSTAFFA
Rasullullah yaitu Nyawa anda. ( Nyawa anda ialah Pentajallian Nabi Muhammad Aku dari Allah
kamu semua dari Cahaya Aku Hadith )

5. Selepas Selawat : Lafazkanlah niat SOLAT anda di-dalam hati ( tanpa huruf dan tanpa suara )
seperti berikut :-

Ya Allah aku solat zuhur ( contoh zuhur ) . 4 rakaat untuk mengaku, menyatakan dan bersaksi
bahawa tiada yang wujud dalam diriku ini melainkan ZatMu, Zatmu adalah Zat aku dan Jasadku
adalah SifatMu . Aku adalah Pentajallian Mu ( penampakan zahir ) untuk menunjukkan Sifat Sifat
KeagunganMu ( Jalal ) KeindahanMu ( Jamal ) dan KesempurnaanMu ( Kamal )

Dan INGATLAH bahwa perkataan LILLAH HI TAALA yang bermaksud Kerana Allah didalam Lafaz
tadi tidak membawa erti kerana Perintah Allah-lah kamu sembahyang tetapi DENGAN Allah-lah
kamu sembahyang yaitu dengan KUDRAT dan IRADATNYA seperti yang diajarkanNya kepada
kamu semasa menjawab seruanNya didalam Azan.

6. Kemudian TAKBIR ( Allah Hu Akbar ) lah ALLAH disuarakan HU dan AKBAR didalam hati tanpa
huruf dan tanpa suara : Semasa melafazkan HU tarik nafas sedalamnya, tahan nafas itu dan ketika
itu sebutlah didalam hati : Ya Allah hapuskanlah wujudku didalam WujudMu dan adalah baik jika
lafaz AKBAR itu anda lafazkan serentaknya dengan jatuhnya kedua tangan anda menutup pusat
anda.

7. Teruskanlah solat anda dengan membaca doa IFTITAH didalam hati tanpa huruf dan tanpa
suara. Ketika membaca ayat terakhir janganlah LUPA gantikan pekataan MINAL dengan AWALUL
. Yaitu La Syari-kalahu wa biza liqa umirtu- wa ana AWALUL MUSLIMIN. ( Tuhanku tidak
bersekutu, begitulah yang diperintahkan kepadaku dan akulah orang yang awal awal telah Islam
yang telah awal awal di-islamkan oleh Allah ialah Nyawa anda semasa Azali lagi . ) teruskan solat
anda seperti-mana anda biasa lakukan tetapi hedaklah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara
termasuk membaca FATUHAH , ayat dan lain lain..

8 Semasa membaca TAHYAT didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara dan ketika melafazkan :
Assalamualaika Ai- yuhan - Nabi Warahmatullah hi Wabaraa-katu ( Salam sejahtera wahai Nabi
semuga diRahmati dan di Berkati Allah ) ingatlah ucapan itu ialah ucapan Jasad anda mendoakan
Nyawa anda yaitu Rasulnya ) dan . Semasa melafazkan .. AssalamualaiNA wa ala
ibadillah hi solihin ( salam sejahtera wahai aku, akulah hamba Allah yang soleh ) ingatlah
ucapan itu ialah ucapan balasan dari Nyawa anda kepada Jasad anda sebagai SifatNya Nyawa
anda telah mengaku bahawa jasad adalah SifatNya

9. Semasa memberi Salam KEKANAN lafazkanlah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara:
Assalamualaikum Warahmatullah Hi - Wabaraakaatu : Inni Ana - Zatul Haq Innallah ( Salam
sejahtera semuga diRahmati dan diBerkati Allah Inilah Aku Zat Allah dan Akulah Allah ( Nyawa itu
mengaku dan mengistiharkan RahsiaNya yaitu Nyawa anda itulah Zat Allah : yaitu Allah yang anda
cari cari itu )

10. Semasa memberi Salam KEKIRI lafazkanlah didalam hati tanpa huruf dan tanpa suara:
Assalamualaikum Warahmatullah Hi - Wabaraa kaa - tu In-ni Ana - Sifatul Haq In - nallah
( Salam sejahtera semuga diRahmati dan diBerkati Allah : Inilah Aku Sifat Allah dan Akulah Allah :
Nyawa itu mengaku dan mengistiharkan RahsiaNya bahawa Jasad anda itu ialah SifatNya yaitu
Sifat Allah. )

Sekian, jika sekiranya masih lagi berlaku LINTASAN FIKIRAN . Janganlah anda RISAU kerana
anda telahpun menyerahkan diri anda kepada Allah sepenuhnya dan katakanlah kepada DIRI
HAKIKI anda bahawa segala lintasan itu adalah Kudrat dan IradatNya jua kerana ianya bukan
lakuan atau kemahuan anda sebagai manusia.

Allah telah Berfirman bermaksud :-
Laisa alai la huda hum wa laa kin nallah hu adii mai ya sya
Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah Yang Memberi
Petunjuk

Kerana itulah apa yang hendak diherankan kalau manusia TIDAK DIBERI PETUNJUK oleh Allah
SWT. Guru yang turun dari langit pun tidak akan dapat berbuat apa apa untuk menyatakan yang
ajaran ini dan itu salah dan yang ini betul dan yang itu salah.

Pokok pangkalnya KEIMANAN sasaorang. IMAN itu YAKIN & PERCAYA. Kalau yakin 100% Iman
namanya. Jikalau 99%, was was,syak, zhon dan waham namanya.

Firman Allah yg bermaksud " Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', ( iaitu ) orang-orang yang
meyakini, bahawa mereka akan menemui TuhanNya, dan bahwa mereka kembali kepada-Nya ". ( Al
- Baqarah: 45 - 46 )...

Sebahagian Keterangan Nabi "...seampuh-ampuh solat itu adalah apabila solatnya itu tidak dilihat
oleh sesiapa...melainkan Allah, rasul serta malaikatnya...."

Sebab itu Allah berkata lebih kurang maksudnya "...sebaik2 Solat disisi Allah itu adalah mereka
yang bangun men"diri"kan solat di tengah malam ketika org lain sedang tidur.."

Вам также может понравиться