Вы находитесь на странице: 1из 3

AKULAH MANUSIA ITU !

Agama dan Sains bersependapat mengatakan bahawa diri manusia itu terbina dari dua komponen
alam 1. Batin (Spirit) 2. Zahir (Matter).

Di dalam bahasa Melayu, komponen batin itu digelar Roh manakala komponen zahir itu dinamakan
Jasad yang meliputi Tubuh Fizikal, Minda (emosi) dan Akal.

Tubuh fizikal adalah aksesori jasad yang berperanan melakukan Pengamatan dan Tindakan. Ia
mempunyai 2 set deria. Setiap satu set deria mempunyai 5 organ pengamatan dan 5 organ
tindakan.

Organ pengamatan adalah Mata (lihat), Telinga (dengar), Hidung (bau), Lidah (rasa) dan Kulit
(sentuh).
Organ tindakan adalah Tangan (pembuatan/kuasa) Kaki (perjalanan), Mulut (bicara), Kelamin
(generasi) dan Kumuh (pembuangan kotoran).

Minda atau seringkali disebut Hati pula berperanan seumpama sebuah universiti yang khusus di
dalam bidang emosi dan perasaan. Kasih, sayang, ihsan, semangat, ghairah, benci, cemburu,
marah adalah antara beberapa disiplin ilmu yang dizahirkan dari universiti Minda.

Akal pula adalah ibarat satu fakulti di dalam universiti Minda. Fakulti Akal ini berperanan untuk
berfikir, mencari sebab musabab, menghakimi dan membuat keputusan. Akal perlu sentiasa diasah
dan digunakan bakatnya agar ia dapat berfungsi dengan betul untuk disesuaikan dengan organ
pengamatan dan organ tindakan.

Universiti MINDA dan Fakulti AKAL inilah yang membentuk komponen BATIN kita. Batin atau diri
dalaman kita itulah yang dikatakan personaliti. Personaliti inilah yang membentuk individualiti atau
diri luaran kita. Diri luaran inilah produk akhir yang menzahirkan apa yang dizahirkan oleh Minda
dan Akal (diri dalaman/diri batin). Baik Minda dan Akal, maka baik jugalah hasil yang dikeluarkan
oleh diri luaran (personaliti). Buruk Minda dan Akal, maka akan buruk jugalah personaliti yang
dizahirkan oleh jasad.

Walaubagaimanapun, komponen jasad ini hakikatnya adalah kaku dan mati. Ianya adalah aksesori
yang hanya boleh berfungsi jika ada ROH. Roh itulah yang digelar nyawa oleh manusia. Manusia
itu adalah diri KITA!
KITA menggunakan Jasad, Minda dan Akal untuk berhubung dengan alam, baik alam zahir
mahupun alam batin. Roh sekadar meng-ANIMASI-kan (menzahirkan) perbuatan Jasad, Minda dan
Akal. Ia bertindak bagai kuasa elektrik di dalam gadget (alat) elektrik. Kuasa elektrik yang
menghidupkan mentol dari gelap kepada terang, kuasa elektrik yang memanaskan cerek yang sejuk
dan yang menggerakkan kipas yang kaku. Namun perlakuan mentol yang dari gelap menjadi terang,
perlakuan cerek dari sejuk menjadi panas dan perlakuan kipas dari kaku kepada bergerak, ternyata
hanya berlaku pada diri mentol, cerek dan kipas itu sendiri. Perlakuan atau perubahan tidak pula
berlaku pada diri kuasa elektrik itu! Kuasa elektrik itu seolah hanya menyaksikan segala
perlakuan mentol, cerek dan kipas tanpa menerima akibat dan kesan apa-apapun.

Begitulah perumpamaannya terhadap diri kita. Roh itu ibarat kuasa elektrik. Mentol, cerek dan kipas
adalah ibarat perlakuan jasad, minda dan akal.

Justeru itu

Setiap diri mengetahui perihal sesuatu yang diri lain tidak mengetahuinya. Pengetahuan yang
sangat mendalam perihal diri dalaman kita sendiri itulah yang membuatkan kita menjadi Maha
Mengetahui tentang diri kita sendiri dan tidak ada diri lain yang dapat mengetahui dan memahami
tentang apa yang kita tahu dan tentang apa yang kita faham.

Diri dalaman kita yang Maha Mengetahui itu juga adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat apa
saja penglihatan dan pendengaran yang berlegar di dalam diri kita sendiri. Kita bisa melihat sesuatu
itu sebagai buruk, dan kita juga bisa melihat sesuatu itu sebagai cantik. Kita bisa faham perihal
sesuatu mengikut kefahaman kita sendiri yang orang lain tidak bisa faham sebagaimana yang kita
faham.

Dek kerana hebatnya diri dalaman kita yang Maha Mengetahui tentang diri kita sendiri ini maka,
lahirlah pelbagai personaliti manusia yang berbeda-beda.

Ada manusia yang personalitinya keras dan aktif!

Sentiasa bernafsu, sentiasa peka, sentiasa berkehendak dan sentiasa mengambil perhatian akan
setiap perkara yang berlaku. Tidak akan bertolak ansur dengan pendapat yang berbeda selain dari
pendapat dia atau pendapat kaumnya. Jika berbeda, dia bisa saja berperang demi menegakkan
kebenaran mengikut acuan pendapatnya atau pendapat kaumnya.

Ada manusia yang personalitinya lembut dan pasif!

Yang kaku, lesu atau tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku. Kurang keyakinan, tiada
keghairahan, tidak mahu terlibat dan malas memikirkan apa yang berlaku. Personaliti Lantak
engkaulah !

Ada manusia yang personalitinya sederhana, seimbang, matang, tenang, tidak suka dan tidak pula
berduka, aman, sentiasa bahagia dalam gembira dan dalam nestapa. Sentiasa aman dalam tenang
dan dalam galau.

Kesimpulannya

Nikmatilah kehidupan ini. KITA semua adalah GURU dan kita semua adalah MURID kepada diri
KITA sendiri. HIDUP adalah apa yang KITA ajar dan KEHIDUPAN adalah apa yang KITA belajar.
Makanya, jika KITA bersedia dan terbuka untuk belajar dari orang lain, pasti KITA akan mendapat
ilmu yang unik dan berbeda yang cuma ada dari setiap diri-diri KITA. Ilmu yang tidak ada BENAR
dan Ilmu yang tidak ada SALAH. Ilmu yang ada pada setiap diri KITA inilah yang membedakan KITA
manusia dengan makhluk lainnya.

Hanya manusia mampu menggunakan ilmu untuk mengenal PenciptaNya.

dan

AKU lah manusia itu !

Вам также может понравиться