Вы находитесь на странице: 1из 5

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan

zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada
pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti
udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu
pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap
alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah
menyebabkan masalah jerebu di negara kita.
Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-
bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor
di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah
masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit
kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan
menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu,
dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi
masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan
kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan
angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia
Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti
yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan
terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa
dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan
gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu


Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan
manusia yang paling ketara ahla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit
asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi
haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang
diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang
memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada
aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut
serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan
raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang
paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama
hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan
semua sekolah terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid.
Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan
tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik,
ekosistem hutan dan ekosistem muara.


Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu


Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan
secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan
masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau
syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di
negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbn dioksida, karbn monoksida dan
sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan
adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama
dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di
sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan
untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa
agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan
dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
pegenalan
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran
lain mengaburi kejelasan langit.[1]Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap
berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan
akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga
dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka
serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan.
Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya
jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah
seperti berikut:

Nilai IPUKualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Вам также может понравиться