Вы находитесь на странице: 1из 2

Bilangan Jurnal : 3/12

Minggu Praktikum : Minggu Keempat


Tarikh Peristiwa / : 10 Februari 2014 14 Februari 2014
Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa.


1 Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini saya menghadapi masalah dalam segi pengurusan masa
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini menimbulkan
masalah bagi saya untuk mencapai objektif khususnya pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran.

2 Analisis

Masalah ini berlaku kerana :
a. Organisasi kelas yang tidak terancang. Murid-murid tidak dapat beraktiviti
dengan selesa. Ini seterusnya membuat kan setiap arahan yang diberikan
susah difahami oleh murid-murid dan ambil masa yang lama.
b. Sesi kelas bermula lewat. Semasa pengajaran,disebabkan kelas bermula
agak lewat kerana perhimpunan harian terlalu lama. Ini menyebabkan
ada antara aktiviti tidak dapat dibuat
c. Masalah pengurusan untuk menyusun alatan semasa melakukan aktiviti.
Menggunakan masa terlalu lama untuk menyusun alatan pada setiap
aktiviti yang dijalankan.
3 Cadangan Tindakan Susulan

Setelah melakukan penelitian terhadap masalah dan pencarian maklumat, saya
telah melakukan pelbagai perubahan dalam masalah pengurusan masa ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
a. Perancangan yang teliti dari segi penyusunan alatan sehingga kepada
organisasi murid. Ini dapat memudahkan alatan disusun secara berjarak
supaya murid dapat beraktiviti dengan selesa dan menjimatkan masa.
b. Semua alatan yang akan digunakan disusun di satu kawasan lebih awal.
Selepas murid habis perhimpunan harian pengajaran boleh terus
dimulakan. Ini boleh menjimat masa untuk memulakan pengajaran.
c. Semasa penyusunan alatan untuk aktiviti, meminta pertolongan murid
bagi menyusun alatan. Saya menyediakan satu pelan susunan alatan bagi
memudahkan murid menyusun alatan. Ini secara tidak langsung dapat
menjimatkan masa dan juga memaksimumkan pergerakan murid semasa
beraktiviti.

4 Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba memastikan mengatasi masalah ini dalam masa seminggu.
Pengurusan masa yang baik dapat memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran seterusnya menjimatkan masa. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancang tidak
tercapai sepenuhnya.




Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Вам также может понравиться