Вы находитесь на странице: 1из 51

PENYELIAAN

PENGAJARAN KLINIKAL
DI MRSM ZON UTARA
MOHD RADZI BIN TAIB

KERTAS KAJIAN MASTER KEPENGETUAAN
INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN (IKP) UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
OLEH:
PENGENALAN
Penyeliaan klinikal adalah komponen
tipikal dan tertua dalam kaedah
penyeliaan pengajaran. Fokusnya lebih
terhad di dalam kelas dan waktu
pengajaran pembelajaran berlangsung.

(Goldhammer, et al. 1993 dalam Abdul Rahman Abdul Majid Khan,
2011:53)
Kajian ini adalah kajian tinjauan, iaitu
meninjau aspek-aspek pelaksanaan,
proses dan tahap penyeliaan
pengajaran klinikal yang diamalkan
oleh penyelia pengajaran yang terdiri
daripada Pengetua,Timbalan-timbalan
Pengetua dan Ketua-ketua Jabatan di
lima buah MRSM Zon Utara.
Terdapat lima langkah dalam
penyeliaan pengajaran klinikal iaitu:
1.konferensi pra penyeliaan atau pra
pemerhatian,
2.pemerhatian pengajaran di dalam bilik
darjah,
3.analisis pemerhatian pengajaran
ataupun strategi maklumbalas,
4.konferensi penyeliaan dan
5.analisis pasca konferensi penyeliaan.
Istilah klinikal diguna pakai kerana
pendekatannya merangkumi konsep
dianogsis dan pemulihan yang mengambil
contoh dari sudut perubatan apabila
pesakit mendapat pemerhatian pakar
perubatan sebelum rawatan dimulakan.
Dalam pendekatan ini, dari segi
instruksional guru menganggap
penyelia/pengetua sebagai ahli
professional/doktor pakar yang dapat
membantu menambahbaik proses
pengajaran (Abdul Rahman Abdul Majid
Khan, 2011 :52).
PERNYATAAN MASALAH
Penyeliaan pengajaran klinikal perlu dijalankan di
MRSM untuk memperbaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran.Penyeliaan pengajaran yang bersifat
memulih dan membimbing perlu diperhebatkan,
bukan penyeliaan yang sekadar mencari kesalahan
dan kekurangan guru semata-mata. Kolaborasi
antara guru dan pentadbir adalah penting untuk
memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran secara lebih terancang.
KERANGKA KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti proses
pelaksanaan dan tahap perlaksanaan penyeliaan pengajaran
yang dilakukan oleh penyelia pengajaran yang terdiri dari
Pengetua, Timbalan-timbalan Pengetua dan Ketua-ketua
Jabatan di lima buah Maktab Rendah Sains MARA Zon
Utara berdasarkan persepsi guru dalam Lima Peringkat
Penyeliaan Klinikal Goldhammer.
TUJUAN KAJIAN
Berdasarkan tujuan kajian, objektif
kajian yang telah dijalankan ini ialah
untuk:
i)Mengenal pasti proses penyeliaan
pengajaran oleh penyelia pengajaran
berdasarkan Lima Peringkat
Penyeliaan Klinikal;
OBJEKTIF KAJIAN
ii)Menentukan tahap pelaksanaan
penyeliaan pengajaran berdasarkan Lima
Peringkat Penyeliaan Klinikal dalam
kalangan Pengetua, Timbalan-timbalan
pengetua dan ketua jabatan MRSM Zon
Utara mengikut persepsi guru-guru di
MRSM Zon Utara.
iii)Mengenalpasti pada peringkat
manakah penambahbaikan perlu
dilakukan bagi meningkatkan
keberkesanan penyeliaan klinikal dan
keberkesanan pengajaran guru dalam
bilik darjah.
iv) Menentukan apakah tahap
pelaksanaan penyeliaan pengajaran
oleh penyelia pengajaran berdasarkan
Lima Peringkat Penyeliaan Klinikal;
iaitu; konferensi sebelum
pemerhatian, pemerhatian, analisis
dan strategi, konferensi penyeliaan
dan analisis selepas konferensi?
Kajian ini dilihat sebagai berupaya
memenuhi Misi dan Objektif
penubuhan MARA serta menjadi input
kepada Unit Naziran dan Kualiti
Pendidikan MARA (UNQ) dan Bahagian
Pendidikan dan Latihan Menengah
MARA (BPLM) dalam meningkatkan
kreadibiliti pengetua dan potensi guru-
guru MRSM sebagai pemimpin dan
penyampai pengajaran.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada persepsi
guru-guru di lima buah MRSM Zon
Utara sahaja dan kajian ini juga
mengambil kira batasan masa, iaitu
kesesuaian masa persekolahan semasa
soal selidik diedarkan dan kewangan
penyelidik.
BATASAN KAJIAN
Acheson dan Gall (2003) telah
mengemukakan model penyeliaan
klinikal dalam tiga peringkat atau
fasa, iaitu fasa konferensi sebelum
penyeliaan pengajaran, fasa
penyeliaan pengajaran di dalam
bilik darjah dan fasa sesi konferensi
selepas penyeliaan.
TINJAUAN LITERATUR
Model penyeliaan klinikal (lima fasa)
telah dikemukakan oleh Goldhammer
dan Cogan (1973) yang telah
diubahsuai mengikut konteks dan
keperluan sesebuah sekolah dan
organisasi (Pajak,2008) dalam
(Shamsudin Mohammad dan Kamarul
Azmi Jasmi,2011:46).
Peringkat 1:
Konferensi sebelum penyeliaan

Konferensi sebelum penyeliaan juga
dikenali dengan istilah perbincangan
sebelum pemerhatian. Ia adalah satu
proses awal komunikasi dan interaksi
antara guru dengan penyelia.
Peringkat 2: Pemerhatian-Penyeliaan di
dalam bilik darjah.

Pemerhatian dalam bilik darjah adalah
proses mengumpul data berkenaan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang bagi melihat kekuatan dan
kelemahan dan seterusnya sama-sama
membantu ke arah pencapaian piawai
pengajaran.
Peringkat 3: Analisis dan strategi
(Analisis pasca penyeliaan)

Selepas penyeliaan selesai, akan dilihat
semula nota yang diperbincangkan
pada peringkat pra pemerhatian dan
catatan ketika pemerhatian. Analisis
nota itu berasaskan pencapaian dan
persetujuan bersama.
Peringkat 4 : Konferensi selepas
penyeliaan (Konferensi pasca
pemerhatian/penyeliaan)

Peringkat ini juga dikenali dengan
istilah perbincangan maklum balas
ataupun perbincangan selepas
pemerhatian. Sesi pasca pemerhatian
adalah sesi yang perlu dilaksanakan
penyelia bersama guru selepas sesi
penyeliaan di dalam kelas.
Peringkat 5:
Analisis selepas konferensi (pasca
konferensi)
Peringkat ini adalah bahagian terakhir
kitaran yang juga dikenali sebagai
analisis post mortem. Selepas tamat
perbincangan pasca pemerhatian,
penyelia perlu fikirkan refleksi
perlakuan profesional berkenaan
keseluruhan proses penyeliaan yang
dilaksanakan.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan yang
menggunakan kaedah kuantitatif bagi
memberi maklumat kepada penyelidik
untuk menjawab persoalan kajian.
Kaedah ini dipilih kerana ia sesuai
untuk memperolehi maklumat yang
diperlukan secara objektif.
Reka bentuk kajian tinjauan adalah
bertujuan untuk mengenalpasti
pendapat individu berkaitan
sesuatu isu dan melibatkan polisi.
Selain itu kajian tinjauan juga
dapat menghuraikan aliran atau
fenomena yang melibatkan
komuniti, negeri dan peringkat
kebangsaan (Creswell , 2005).
Populasi kajian adalah terdiri daripada
guru-guru di lima buah MRSM Zon
Utara, iaitu seramai 285 orang terdiri
daripada guru biasa, guru kanan,
ketua jabatan dan guru cemerlang.
POPULASI KAJIAN

SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian ini lima (5) buah MRSM di Zon
Utara telah dipilih secara sampelan bertujuan
dari enam belas (16) buah MRSM di Zon Utara.
Sampel MRSM dipilih secara purposive
(bertujuan) sama ada MRSM biasa dan MRSM
program khas. Kaedah sampelan ini digunakan
untuk memilih sampel kajian kerana penyelidik
dengan sengaja memilih sampel yang mewakili
populasi iaitu sampel kajian melibatkan tiga
puluh (30) orang guru bagi setiap MRSM Zon
Utara tersebut.
Bil. MRSM Zon Utara yang terpilih Bil.Guru
1. MRSM Kepala Batas(Ulul-Albab)-program
khas
30
2. MRSM Baling(MRSM program IGCSE-
program khas)
30
3. MRSM Balik Pulau 30
4. MRSM PDRM Kulim 30
5. MRSM Pendang 30
JUMLAH 150

Pemilihan Sampel Mengikut
MRSM di Zon Utara (5 buah)

Soal selidik yang telah digunakan
dalam kajian ini mempunyai soalan
berbentuk skala likert (5 skala).
INSTRUMEN KAJIAN
1 = Tidak Pernah(TP)
2 = Kadang-kadang(KK)
3 = Agak Kerap (AK)
4 = Kerap (K)
5 = Sangat Kerap (K)
TATACARA PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis dengan menggunakan
perisian aplikasi SPSS 17.0 (Statistical
Package for Social Sciences, MS Window
Release 17.0). Dua jenis statistik telah
digunakan, iaitu statistik deskriptif dan
statistik inferensi untuk menjawab semua
soalan kajian seperti yang dinyatakan dalam
Bab 1.
Jadual Pemeringkatan Skor Min

Skor Min Tahap

Min 2.33 Kurang kerap diamalkan (Rendah)
2.34 - 3.67 Agak kerap diamalkan (Sederhana)
3.68 - 5.00 Kerap diamalkan (Tinggi)


Responden Kajian dari Segi jantina
________________________________________________________________________________________________
Jantina Frekuensi Peratus (%)
________________________________________________
Lelaki 62 41.3
Perempuan 88 58.7
________________________________________________
Jumlah 150 100
________________________________________________
DAPATAN KAJIAN
Responden Kajian Dari Segi umur
___________________________________________________
Umur Frekuensi Peratus(%)
___________________________________________________
kurang dan 30 tahun 70 46.7
31 - 35 tahun 48 32.0
36 - 40 tahun 19 12.7
41 - 45 tahun 9 6.0
46 tahun ke atas 4 2.7
________________________________________________
Jumlah 150 100
________________________________________________

Responden Kajian Dari Segi Pengalaman Mengajar di
MRSM
______________________________________________
Pengalaman Mengajar Frekuensi Peratus (%)
______________________________________________
5 tahun ke bawah 74 49.3

6 15 tahun 48 32.0

16 tahun ke atas 28 18.7
______________________________________________
Jumlah 150 100
______________________________________________
Bil. Peringkat Penyeliaan Klinikal Purata Min
mengikut
tahap
Sisihan
Piawai
1. Peringkat pertama:konferensi
sebelum penyeliaan
3.45 0.962
2. Peringkat ke dua:Pemerhatian
penyeliaan dalam bilik darjah
4.21 0.577
3. Peringkat ke tiga:Analisis dan
strategi
3.98 0.704
4. Peringkat ke empat:konferensi
selepas penyeliaan
4.03 0.755
5. Peringkat ke lima:Analisis selepas
konferensi
3.62 0.878
Purata min keseluruhan lima
peringkat penyeliaan klinikal
3.86 0.775
Jadual purata min keseluruhan Lima Peringkat
penyeliaan klinikal di MRSM Zon Utara.
Berdasarkan jadual purata min keseluruhan
Lima Peringkat penyeliaan klinikal di MRSM Zon
Utara, purata min keseluruhan lima peringkat
penyeliaan klinikal ialah 3.86 dalam julat antara
min 3.68 5.00. Ini menunjukkan tahap
pelaksanaan penyeliaan klinikal di MRSM Zon
Utara pada keseluruhannya berada pada tahap
tinggi atau kerap diamalkan. Oleh yang demikian
Interprestasi Bagi Skor Min Amalan Penyeliaan
Klinikal, amalan penyeliaan penyelia terhadap
penyeliaan pengajaran klinikal adalah efektif dan
tercapai.
Jantina Bil.
Min
Skor
Sisihan
Piawai
Nilai-
t
P
Lelaki
Perempuan
62
88
3.91
3.41
0.68
0.95
3.51 0.001
Analisis ujian-t berdasarkan persepsi guru terhadap
peringkat ke lima penyeliaan klinikal mengikut jantina
Nota: p = Aras signifikan
Jawatan Bil.
Min
Skor
Sisihan
Piawai
Nilai-t P
Guru biasa
Guru Kanan
96
54
3.60
3.18
0.819
1.133
2.605 0.010
Analisis ujian-t berdasarkan persepsi responden
terhadap peringkat pertama penyeliaan klinikal
mengikut jawatan.Nota: p = Aras signifikan
Jawatan Bil.
Min
Skor
Sisihan
Piawai
Nilai-t P
Guru biasa
Guru Kanan
96
54
4.10
3.77
0.68
0.70
2.822 0.005
Analisis ujian-t berdasarkan persepsi responden
terhadap peringkat ke tiga penyeliaan klinikal
mengikut jawatan.Nota: p = Aras signifikan




Jumlah
Kuasa
Dua
Darjah
Kebebasan
Min
Kuasa
Dua
Nilai F Signifikan
Antara
Kumpulan
Dalam
Kumpulan
6.808

108.029
2

147
3.404

0.735
4.63

2
0.011
Jumlah 114.837 149
Analisis ANOVA persepsi responden mengikut pengalaman
mengajar terhadap terhadap peringkat ke lima penyeliaan klinikal

Berdasarkan Jadual, didapati
terdapat perbezaan yang signifikan
persepsi responden mengikut
pengalaman mengajar terhadap
peringkat ke lima penyeliaan klinikal
(F(2, 147)= 4.632; p<0.05). Oleh yang
demikian ujian Post Hoc perlu
dilakukan bagi mengetahui
kumpulan manakah yang paling
rendah nilai perbezaan minnya.
Hasil ujian ANOVA dan ujian
perbezaan Post Hoc menunjukkan
bahawa penyeliaan pengajaran
peringkat ke lima (analisis selepas
konferensi) adalah kurang
berkesan terhadap kumpulan
guru yang mempunyai
pengalaman mengajar 16 tahun
ke atas.
Dapatan ini menunjukkan penyelia
kurang mencadangkan teknik-teknik
pengajaran kepada guru yang telah lama
mengajar, kurang mencadangkan latihan
dalam perkhidmatan mengenai P & P
kepada guru yang telah dikenalpasti
selepas penyeliaan pengajaran dan
penyelia kurang mencadangkan bahan
bacaan ilmiah seperti buku, artikel, jurnal
dan majalah untuk dibaca oleh guru-
guru berkenaan.
KESIMPULAN
BIL. 5 PERINGKAT PENYELIAAN
KLINIKAL
TAHAP
1 konferensi pra penyeliaan
atau pra pemerhatian
Tahap sederhana/agak
kerap diamalkan.
2 pemerhatian pengajaran di
dalam bilik darjah
Tahap tinggi/kerap
diamalkan
3 analisis pemerhatian
pengajaran ataupun strategi
maklumbalas
Tahap tinggi/kerap
diamalkan

4 konferensi penyeliaan Tahap tinggi/kerap
diamalkan
5 analisis pasca konferensi
penyeliaan(Refleksi)
Tahap sederhana/agak
kerap diamalkan.
Bil. Peringkat Penyeliaan Klinikal Purata Min
mengikut tahap
Sisihan
Piawai
1. Peringkat pertama:konferensi
sebelum penyeliaan
3.45 0.962
2. Peringkat ke dua:Pemerhatian
penyeliaan dalam bilik darjah
4.21 0.577
3. Peringkat ke tiga:Analisis dan strategi 3.98 0.704
4. Peringkat ke empat:konferensi
selepas penyeliaan
4.03 0.755
5. Peringkat ke lima:Analisis selepas
konferensi
3.62 0.878
Purata min keseluruhan lima
peringkat penyeliaan klinikal
3.86 0.775
Jadual purata min keseluruhan Lima Peringkat
penyeliaan klinikal di MRSM Zon Utara.
PEMBOLEH
UBAH BEBAS
PERINGKAT
PENYELIAAN
KLINIKAL
CATATAN
JANTINA Signifikan pada
peringkat ke 5
Guru lelaki lebih berkesan
UMUR Tidak signifikan tiada
JAWATAN Signifikan pada
peringkat pertama dan
ke 3
Guru biasa lebih berkesan
dari guru kanan
PENGALAMAN
MENGAJAR
Signifikan pada
peringkat ke 5
Tidak berkesan terhadap
guru yang mempunyai
pengalaman mengajar lebih
dari 16 tahun
RINGKASAN KAJIAN BERDASARKAN
KRITERIA PEMBOLEH UBAH BEBAS
PENUTUP
Keputusan kajian ini secara keseluruhannya
memperlihatkan tahap pelaksanaan penyeliaan
pengajaran berdasarkan lima turutan penyeliaan
klinikal dalam kalangan penyelia pengajaran
yang terdiri daripada Pengetua, Timbalan-
timbalan pengetua dan Ketua-ketua Jabatan di
MRSM Zon Utara adalah pada tahap kerap
diamalkan atau tinggi. Keadaan ini
menunjukkan keseluruhan tahap amalan
penyeliaan klinikal bagi MRSM Zon Utara
adalah efektif dan tercapai.
Namun begitu adalah diharapkan agar pengurusan
MRSM/Institusi pendidikan MARA (IPMa) dapat
memberi tumpuan yang sewajarnya kepada guru-guru
yang telah lama berkhidmat, seperti dapatan kajian guru-
guru yang berkhidmat lebih dari 16 tahun. Ini adalah
kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan
pengajaran peringkat ke lima (analisis selepas
konferensi) adalah kurang berkesan terhadap kumpulan
guru yang mempunyai pengalaman mengajar 16 tahun ke
atas. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh golongan ini
telah terlalu lama mengajar dan perlu diberi refresment
agar dapat memberikan semangat baru dan tenaga
baru/teknik baru dalam pengajaran mereka.

Вам также может понравиться