Вы находитесь на странице: 1из 11

AMALI 3

TEORI EVOLUSI DAN PENGELASAN BERDASARKAN ANALISIS DNA


BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN

Teori evolusi telah menjadi satu topik yang hangat yang mana berkaitan dengan sejarah
asal usul makhluk yang hidup serta mempunyai kaitan yang rapat dengan genetik antara
makhluk hidup dengan makhluk yang lain. Pada asasnya, revolusi merupakan satu proses
perubahan dalam jangka waktu yang tertentu. Selain itu juga, evolusi merupakan satu
perubahan pada sifat-sifat yang diwarisi oleh sesutau populasi organisma daripada satu
generasi kepada generasi yang berikutnya sejak sekian lama lagi sehinggalah sekarang.
Terdapat dua jenis evolusi yang berlaku iaitu makroevolusi dan mikroevolusi.
Makroevolusi merupakan satu perubahan secara berperingkat yang menyebabkan
terbentuknya satu kelompok taksonomi seperti spesies baru, keluarga baru, bahkan juga
kelompok baru. Makroevolusi dapat dikelaskan kepada yang berikut:
1) Pembentukan organisma baru,
2) Arah evolusi,
3) Jenis-jenis organisma baru serta habitatnya dan,
4) Kemusnahan yang berlaku.
Berbeza dengan mikroevolusi yang mana merupakan satu perubahan secara berperingkat
yang terjadi pada peringkat genetik atau gen (lebih kecil) yang dapat menimbulkan
perubahan fenotipe organisma dan seterusnya akan membawa kepada pembentukan
makroevolusi.
Tugasan ini akan membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan teori evolusi.
Perbincangan dibuat dengan memberikan pendapat yang berkaitan dengan evolusi
melalui pembacaan dan rujukan daripada pelbagai sumber berdasarkan kepada kefahaman
diri sendiri. Perbincangan juga dibuat berkaitan dengan langkah atau cara untuk memberi
keyakinan kepada murid berkaitan dengan teori evolusi yang telah banyak mendatangkan
kontroversi sebelum ini. perbincangan diteruskan lagi dengan teknik-teknik pengelasan
organisma iaitu melalui teknik system molekul dan juga bioinformatik. Berikut
merupakan perbincangan berdasarkan kepada kefahaman saya berkaitan dengan teori
evolusi.
2.0 PENDAPAT BERKAITAN TEORI EVOLUSI

Teori evolusi yang telah dicetuskan oleh Charles Darwin telah membuka mata dan
mendapat perhatian daripada semua pihak. Namun demikian, teori berkaitan dengan
evolusi ini sebenarnya telah wujud sebelum itu lagi iaitu melalui Erasmus Darwin (abang
kepada Charles Darwin), Buffon, Lamarck, dan Alfred R. Wallace. Teori Darwin menjadi
terkenal dan mendapat perhatian disebabkan oleh fakta-fakta yang diberikan yang
menjadi pendokong kepada teori beliau. Selain itu juga, fakta yang diberikan juga
sistematik dan boleh dikatakan lengkap yang telah membawa kepada gelaran Bapa Teori
Evolusi.
Terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan teori evolusi ini iaitu:

2.1 Jean Baptiste de Lamark (1744-1828)

Beliau berpendapat bahawa perubahan terhadap sesuatu makhluk hidup adalah
berdasarkan kepada cara makluk tersebut beradaptasi dengan persekitarannya dan
perubahan tersebut bersifat menurun. Teori ini biasa dipanggil sebagai teori
Lamarckisme. Contoh yang jelas berkaitan dengan teori ini adalah melihat kepada
rupa bentuk zirafah yang berleher panjang. Menurut beliau, pada mulanya, zirafah
mempunyai leher yang pendek, namun disebabkan oleh makanan mereka (zirafah)
yang berada pada kedudukan tinggi atau keadaan pokok yang meninggi, maka,
zirafah bertindak memanjangkan lehernya untuk mendapatkann daun-daun pokok
tersebut. Gambar 1 di bawah menunjukkan proses evolusi menurut Lamarck.


Gambar 1 : proses evolusi menurut Lamarck

Lamarck juga ada menulis dalam bukunya bertajuk Philosphie Zoologique yang
menyatakan bahawa:
1) Organ tubuh yang digunakan secara berterusan akan berkembang, manakala
yang tidak digunakan akan mengalami kemunduran.
2) Persekitaran atau keadaan sekeliling akan mempengaruhi ciri-ciri yang
diwariskan dan,
3) Ciri-ciri yang diperoleh dalam satu kelompok spesies diwariskan kepada
keturunannya.
Berdasarkan kepada kefahaman saya berkaitan dengan pendapat yang telah dibuat
oleh Lamarck, beliau memberikan pendapat bahawa perubahan yang berlaku
kepada makhluk yang hidup adalah disebabkan oleh persekitaran dan juga cara
hidup seseuatu makhluk tersebut. Beliau percaya bahawa leher zirafah panjang
disebabkan oleh keadaan pokok semakin meninggi yang mana jelas diketahui
bahawa tumbuhan (pucuk pokok) merupakan makanan kepada zirafah. Oleh yang
demikian, disebabkan usaha zirafah untuk mendapatkan makanannya yang berada
pada kedudukan yang tinggi, itulah yang menyebabkan leher zirafah menjadi
panjang seperti yang kita lihat sekarang.

2.2 Thomas Robert Malthus (1766-1834)

Thomas Robert Malthus merupakan orang yang pertama yang mengemukakan
teori berkaitan dengan penduduk. Terdapat dua perkara penting yang dinayatakan
oleh beliau di dalam buku Essay on Population pada tahun 1798 iaitu:
1) Makanan adalah penting untuk kehidupan manusia, dan
2) Nafsu manusia tidak dapat dikawal oleh sesiapa.
Beliau juga turut menyatakan bahawa kemelaratan yang menimpa penduduk
adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan antara pertumbuhan penduduk dengan
makanan.
Dalam teorinya itu, Malthus cuba untuk menunjukkan bagaimana pertumbuhan
penduduk dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Pendapat ini kemudiannya
dikemukakan dalam bukunya Enguiry Concercing Political and Its Influence on
General Virture and Happiness. Berdasarkan pengalamannya, Malthus
berpendapat bahawa usaha untuk memperbaiki keseluruhan hidup manusia sukar
diteruskan selagi peningkatan pengeluaran makanan disaing hebat oleh
pertambahan bilangan penduduk.

2.3 Charles Robert Darwin (1809-1882)

Teori yang paling popular diperkatakan berhubung kejadian manusia adalah teori
evolusi Charles Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari
England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi). Beliau
menegaskan, kesemua makhluk hidup, sama ada manusia ataupun haiwan, berasal
daripada keturunan yang sama (common ancestor). Keturunan yang awal ini
kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri
dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Hasil daripada perubahan
- perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang
kompleks yang bernama manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya di dalam
bukunya yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada
tahun 1859.

Secara umumnya, Teori evolusi Darwin mendapat banyak tentangan dari pelbagai pihak.
Dengan itu, pihak yang tidak setuju dengan teori yang dinyatakan oleh Darwin . Oleh itu,
pihak yang menentang tersebut telah mengemukakan teori penciptaan (creationism), iaitu
dimana makhluk / organisma hidup tercipta seperti keadaan yang ada seperti saat ini.
Salah satu teori penciptaan adalah teori Intelligent Design yang menyatakan bahawa
semua makhluk/organisma hidup dan alam semesta diciptakan secara terencana dan bukan
dengan ketidaksengajaan.

Maka dengan itu, Teori penciptaan cenderung berkembang dengan adanya fakta-fakta
seperti Penemuan Model DNA oleh Watson dan Crick . Daripada penemuan ini, dapat
diketahui bahawa sel tidak mungkin akan berubah menjadi makhluk/organisma hidup
yang lebih kompleks dan seleksi alam bukanlah pendorong terjadinya evolusi. Selain itu
juga, Hukum Penurunan Sifat Menurut Mendel juga ada menyatakan bahawa komposisi
gen ditentukan separuh oleh induk jantan (spermatozoa) dan separuh oleh induk betina
(ovum). Maka dengan itu, pewarisan sifat dari induk ke keturunannya berjalan secara
terus-menerus dan teratur. Dengan itu, pewarisan genetik daripada induk kepada
keturunannya dijamin sama.

3.0 CARA MEYAKINKAN MURID BERKAITAN TEORI EVOLUSI

Ramai orang berpendapat teori evolusi adalah amat bercanggah dengan kepercayaan
agama atau anutan manusia. Mereka beranggapan, dengan menerima teori tersebut ianya
seakan akan menolak kewujudan Tuhan serta beranggapan jika teori evolusi ini diterima
maka sepertinya tidak wujud sifat kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Keagungan dan
kekuasaan Tuhan lebih besar dari apa yang kita mampu fikirkan dan bayangkan. Justeru
itu, kadangkala kita membuat tafsiran dalam konsep yang sempit agar boleh di fahami
oleh pemikiran dengkal kita. Ini adalah sebab kenapa berlakunya konflik. Apabila
membuka perbincangan tentang Evolusi, rata-rata respon yang diterima adalah bersifat
negative dan amat tidak bersetuju dengan pandangan dan hasil kajian yang telah dibuat
oleh Charles Darwin. Lebih mendukacitakan apabila perbincangan tersebut menjadi
terlebih emosi dari rasional. Memang tidak dinafikan mungkin sebahagian daripada
pandangan atau pendapat tersebut tidak harus diterima secara terus, namun menolak
keseluruhannya tanpa membuat kajian yang lebih mendalam adalah tidak bertetapan.
Charles Darwin bukanlah orang yang mula mula memperkenalkan teori evolusi. Konsep
evolusi telah lama wujud sebelumnya lagi. Al Quran sebagi rujukan umat Islam sendiri
banyak menyebut tentang evolusi atau perubahan beransur ansur seperti mana yang
telah di catatkan dalam buku penulisan Ibnu Khaldun.Idea tentang konsep peralihan
secara beransur ansur juga ada di sebut oleh ahli teologi Kristian iaitu pengasas gerakan
Methodist seabad lebih awal dari Charles Darwin.
Apa yang difahami, teori evolusi adalah bersandarkan kepada proses perubahan
sesuatu organisma sama ada dari segi sifat luaran atau perubahan dari sudut genetik
dalam tempoh jangkamasa tertentu yang melibatkan ribuan atau jutaan tahun. Evolusi
organisma hidup ini adalah bertujuan untuk mengadaptasikan diri dengan keadaan semasa
sama ada ianya dipengaruhi oleh faktor persekitaran atau perkembangan aktiviti seksual
antara organisma hidup.Organisma hidup perlu berubah kerana faktor keadaan sekeliling
yang mengalami perubahan, jika organisma tersebut tidak berevolusi mungkin ia tidak
akan dapat mengekalkan spesisnya untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti yang
berlaku kepada beberapa spesis haiwan dan tumbuhan sebagaimana yang telah kita
ketahui hampir pupus atau telah lenyap dari muka bumi.
Kita meyakini dan mengetahui bahawa Tuhan Maha Pencipta, Dia yang menjadikan
sesuatu daripada tiada kepada ada, Dia jugalahg yang menjadikan alam dan segala yang
berada di dalamnya. Maka jika kita beriman dengan sifat Maha Pencipta Allah ini, adakah
kita berhak untuk kita menolak tentang evolusi yang berlaku dalam alam ini. Jika dilihat
kepada perubahan rupa bentuk juga adalah salah satu daripada proses evolusi. Sebagai
contoh berlakunya perubahan dari sperma menjadi tubuh manusia juga adalah evolusi
yang terancang. Di sini Allah menyebut bahawa Dialah yang mengevolusikan manusia
dan tiada yang dapat mengalahkan-Nya dalam evolusi kerana Allah-lah yang
mengevolusikan manusia sebelum manusia berjaya mengevolusikan haiwan dan
tumbuhan. Evolusi menjadi bukti terhadap kesempurnaan dan kebijaksanaan Allah yang
Maha Agung. Dalam Al-Quran sendiri jelas Allah SWT menerangkan tentang sifatnya
yang Maha Pengevolusi apabila Dia berfirman:
Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu
ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang
sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang
dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Q 24:45)
Kini, manusia telah berjaya melakukan evolusi terhadap pelbagai spesis haiwan dan
tumbuhan dengan teknologi cross-breed (kahwin campur).Sebagai contoh, lembu
dikahwinkan dengan seladang, melahirkan satu baka yang lain iaitu selembu. Begitu juga
dalam teknologi pertanian, beberapa spesis tumbuhan telah mengalami evolusi kepada
baka jenis baru apabila baka asal tumbuhan tersebut telah dikacukkan dengan baka dari
tumbuhan jenis yang sama atau dari tumbuhan jenis lain untuk menghasilkan tumbuhan
baru yang lebih produktif, tahan lasak serta dapat hidup pada suhu suhu yang tertentu
yang mana pada keadaan asalnya adalah mustahil. Keadaan ini menunjukkan bahawa
ilmu Allah itu sangat luas dan tidak terbatas oleh tahap pemikiran manusia biasa.

BAHAGIAN B
1.0 TEKNIK PENGELASAN ORGANISMA

1.1 Sistematik Molekul

Biologi molekul merupakan satu bidang dari cabang pengkajian biologi yang
berkaitan asas aktiviti molekul biologi. Bidang ini juga mempunyai persamaan
dengan bidang lain didalam pengajian biologi dan kimia seperti kajian genetic dan
biokimia. Pengelasan organisma hidup dengan menggunakan cara sistematik
molekul adalah dengan memahami interaksi antara pelbagai sistem sel termasuk
interaksi di antara pelbagai jenis DNA, RNA serta protein biosentesis.
Sistematik molekul adalah penggunaan genetik molekul untuk mengkaji evolusi
hubungan antara individu dan spesies. Matlamat kajian sistematik adalah untuk
menyediakan wawasan kedalam sejarah kumpulan organisma dan proses evolusi
yang mewujudkan kepelbagaian di kalangan spesies.

1.2 Bioinformatik
Bioinformatik pula adalah satu cabang sains biologi yang berurusan dengan
kajian kaedah untuk menyimpan, mendapatkan semula dan menganalisis data
biologi, seperti asid nukleik (DNA / RNA) dan urutan protein, struktur, fungsi,
laluan dan interaksi genetik. Ia menghasilkan pengetahuan baru yang berguna
dalam bidang-bidang seperti reka bentuk dadah dan pembangunan alat perisian
baru untuk mewujudkan pengetahuan itu. Bioinformatik juga memperkatakan
dengan algoritma, pangkalan data dan sistem maklumat, teknologi web,
kecerdasan buatan dan perisian pengkomputeran, maklumat dan pengiraan,
biologi struktur, perisian kejuruteraan, data perlombongan, pemprosesan imej,
pemodelan dan simulasi, matematik diskret, kawalan dan teori sistem, litarteori,
dan statistik.

Pada tahun 1758 naturalis Sweden Carolus Linnaeus telah mencipta satu sistem
klasifikasi hierarki menggunakan dua bahagian nama Latin untuk mengkategorikan
tumbuhan dan haiwan. Sistem ini masih digunakan hari ini. Linnaeus telah bertentangan
dengan teori evolusi, dan sistem itu pada asalnya berdasarkan ciri-ciri morfologi struktur
dan bentuk. Bagaimanapun, para penyokong evolusi mengguna pakai sistem Linnaean
dan membangunkan ia ke dalam klasifikasi berdasarkan phylogenetics, pembangunan
evolusi spesies. Menjelang tahun 1866, zoology Jerman Ernst Haeckel telah menerbitkan
koleksi terperinci filogeni "pokok" yang yang kemudiannya diketahui tentang sejarah
evolusi kehidupan.
Kepentingan dalam filogeni pada abad kesembilan belas telah digantikan oleh penekanan
kepada genetik, fisiologi, dan perbezaan geografi. Satu revolusi dalam biologi molekul
berlaku pada 1960-an. Kaedah untuk menentukan struktur molekul protein dan asid
amino dibenarkan biologi untuk memulakan untuk menganggarkan hubungan filogeni.
Pertumbuhan eksponen sistematik molekul dalam abad kedua puluh adalah disebabkan
oleh peningkatan kecanggihan penggunaan teknologi meningkat dalam teknik-teknik
biologi molekul, dan kemajuan komputer dalam perkakasan dan perisian yang
membolehkan saintis membina model set data yang besar dan kompleks.
Sistematik molekul menggunakan pelbagai teknik untuk mendapatkan asas filogenetik.
Tindak balas rantai polimerase (PCR) digunakan untuk menyiasat variasi DNA pada
skala yang besar. Penguatan gen juga asas kepada pendekatan baru untuk DNA. Saintis
boleh menggunakan "jam molekul" untuk meramalkan keadaan masa yang lalu dan masa
depan berdasarkan perbezaan molekul dalam gen. Teori ini mendakwa bahawa
perubahan molekul cukup berterusan untuk menentukan bagaimana keturunan genetik
semasa bercabang daripada satu keturunan dan untuk menentukan apabila berlaku
perkembangan. Penanda genetik yang digunakan untuk membuat kesimpulan tentang
hubungan antara persekitaran dan morfologi, serta fisiologi dan tingkah laku.
Kepentingan filogenetik pokok, atau anggaran sejarah evolusi, adalah bahawa mereka
membenarkan biologi untuk menjadi ramalan. Kebanyakan sebagai seorang ahli kimia
boleh menggunakan jadual berkala unsur-unsur untuk meramalkan tindak balas kimia,
biologi boleh menggunakan pokok filogeni untuk menganalisis perubahan biologi dan
membuat ramalan mengenai tingkahlaku, morfologi, dan fisiologi, serta struktur
Biomolekul dan lain-lain ciri-ciri biologi.
Aplikasi yang sistematik molekul dalam bidang perubatan adalah sangat penting.
Kemampuan untuk meramalkan perjalanan evolusi membolehkan saintis untuk
mengesan patogen wabak, virus penyelidikan zootonic (virus haiwan yang berpindah
kepada manusia), memahami evolusi farmaseutikal dan rintangan dadah, dan membuat
ramalan tentang penyakit baru muncul. Sebagai contoh, kajian filogenetik bentuk
influenza yang dipanggil influenza A tingkahlaku telah mendedahkan dipercayai evolusi
yang boleh digunakan untuk meramalkan bagaimana virus yang menyebabkan influenza
akan berkembang. Ini membolehkan saintis untuk menyediakan vaksin untuk strain pada
masa depan. Penyelidikan yang lebih mendalam berkaitan virus immunodeficiency
monyet mula dihantar kepada manusia adalah penting untuk memahami bagaimana
penghantaran berlaku dan mungkin dapat menghalang penghantaran zootonic masa
hadapan.
Filogeni juga merupakan sebahagian daripada pentafsiran mana mana hubungan
coevolutionary seperti tuan rumah dan parasit. Dalam contoh coevolution serangga dan
tumbuhan perumah mereka, tumbuh-tumbuhan berkembang dengan meningkatkan
pertahanan kimia terhadap serangga, yang kemudiannya membangunkan rintangan
terhadap bahan kimia. Kerana terdapat bilangan yang terhad pertahanan kimia yang
disediakan untuk tumbuhan, penyelidik melihat sama ada serangga adalah lebih
cenderung untuk tinggal dengan tumbuhan yang sama atau beralih kepada tumbuh-
tumbuhan yang mengandungi bahan kimia yang mereka sudah disesuaikan.
Tingkahlaku ekologi menggunakan filogeni untuk membina semula evolusi tingkahlaku.
Data Molekul boleh menjelaskan hubungan antara haiwan sebelum ini dianggap tidak
berkaitan. Sebagai contoh, musang terbang (Pteropus, juga dikenali sebagai buah
kelawar), berbeza kelawar lain, telah ditunjukkan untuk berkongsi ciri-ciri penting
organisasi otak dengan primat. Ciri-ciri yang dikongsi membawa saintis untuk
mempercayai bahawa sayap dan terbang berkembang bebas di kedua-dua keturunan.
Evolusi tidak adalah sesuatu yang hanya berlaku pada masa lalu. Ia boleh diperhatikan
pada masa kini dan digunakan untuk meramalkan masa depan, dengan menggunakan
sistematik molekul untuk membandingkan data merentasi gen, individu, populasi, dan
spesies.


2.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN DNA DALAM
PENGECAMAN ORGANISMA HIDUP

Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia yang
kompleks iaitu karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nucleus
setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang
individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identity
seseorang berdasarkan kaedah saintifik.

DNA terdiri daripada unit-unit nukleotida. Setiap unit nukleotida mengandungi tiga
molekul asas iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang terangkai
bersama. Satu molekul DNA boleh mengandungi antara empat hinggalimajuta unit
nukleotida
Berdasarkan model yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick (1953),
struktur molekul DNA terdiri daripada dua baris nukleotida yang tersusun dalam bentuk
heliks ganda dua dan diikat antara satu sama lain dengan sepasang bes bernitrogen.
Struktur heliks ganda dua ini membolehkan DNA diperduakan semasa pembahagian sel.
Penduaan ini memastikan setiap gen tidak berubah semasa pembahagian sel, dan sel
zuriat adalah serupa. Jumlah DNA yang terkandung dalam satu kromosom adalah tetap.
Pada umumnya bahan-bahan yang boleh digunakan dalam analisis DNA adalah terhad
kepada bahan-bahan biologi semulajadi. Berikut adalah senarai bahan-bahan biologi
yang mana DNA telah berjaya diasingkan dan dianalisis :

1. Darah dan kesan darah
2. Air mani dan kesan air mani
3. Tisu
4. Tulang dan organ
5. Rambut / bulu yang mempunyai akar

Bahan-bahan biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh boleh juga
dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh kerana DNA adalah bahan
biologi ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber-sumber tersebut terdedah kepada
haba, kelembapan dan bakteria.
Kaedah identifikasi asid deoxyribonucleic (DNA) adalah kaedah pengecaman yang agak
tepat berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan kebarangkalian 2 individu berkongsi
DNA yang sama adalah kurang dari satu bagi setiap seratus bilion. Walau bagaimanapun,
kaedah ini sukar digunakan kerana agak kompleks serta memerlukan kemahiran yang
tinggi. Kaedah ini biasa digunakan bagi mengenal pasti identiti seseorang individu yang
tidak dapat dikenali melalui proses pengecaman secara fizikal.
2.1 Kelebihan
2.2 Kekurangan
3.0 PENUTUP
4.0 RUJUKAN
Usman Haji Yaakob (1989). Prinsip Kajian Kependudukan. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa
dan Pustaka.
http://www.penerangan.gov.my/
Katiman Rostam (2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Вам также может понравиться