Вы находитесь на странице: 1из 7

APAKAH ANDA FAHAM TERHADAP PENDIDIKAN SENI

VISUAL

Seni merupakan satu bidang yang unik. Seni membawa maksud karya
termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau
kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa
bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Seni ialah
satu proses penghasilan seni yang menyentuh perasaan estetik dan dengan
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan tdan
kemahiran mengenai proses ,teknik dan media serta pembentukan nilai.

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak menjurus
kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, tari dan mempertahankan diri.
Pendidikan seni visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan, dan kritikan.
Dengan ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan
lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan lagi
kepekaan dengan membawa nilai murni dalam pendidikan sejagat. Kurikulum
pendidikan seni visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu
menggambar, membentuk dan membuat binaan, membuat rekaan dan corak serta
mengenal kraf tradisional.

Menggambar dalam pendidikan seni visual seperti lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.
Membuat rekaan dan corak seperti lipatan, pualaman, tiupan, ikatan dan celupan,
renjisan, titisan dan tarikan. Membentuk dan membuat binaan seperti arca timbul,
arca asemblaj, arca mabail, arca stabail, model, diorama, boneka, topeng dan
origami. Akhir sekali ialah kraf tradisional seperti alat domestic, alat permainan,
alat mempertahankan diri, batik, seni tekat, tembikar, anyaman, kelarai dan ukiran.

Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas
sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman di
atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan
mengamalkan dalam penghidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup.
Murid akan terdedah dengan mengenai ilmu dalam pendidikan seni visual dan
menerapkan budaya dalam konteks kebudayaan Malaysia. Pendidikan seni visual
KBSR lebih menekankan dalam penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Menurut Md.Nasir Ibrahim dan rakan (2003), program pendidikan yang
bersistem, terancang dan pretasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan
individu. Menurut Feldman (1996) mendefinisikan Pendidikan Seni Visual sebagai
usaha melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di
samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni dalam
konteks terdiri daripada catan, arca, seni bina, kraf, reka bentuk industri, fotografi,
filem, televisyen, dan seni komputer. Pendidikan seni merangkumi pelbagai
kaedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajari sejarah dari
antropologi seni, membezakan makna seni dan melihat nilai hasil seni individu.

Seni menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), ialah satu istilah yang
digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia
sama ada melalui penglihatan dan pendengaran. Selain itu, menurut buku M.A.J
Beg, Fine Arts In Islamic Civilization(1981:10) yang menyatakan seorang pemikir
Islam iaitu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa terdapat kecantikan dalaman
yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam
terhadap seni Islam. Menurut Ibn.Khaldun pula mengatakan bahawa seni adalah
kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri
estetika, etika dan logika.

Tambahan pula, seni ialah bertujuan untuk melahirkan seseorang individu
itu supaya bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketerampilan serta menguasai
teknologi dalam menghasilkan cita rasa dalam penciptaan. Seni juga mendidik dan
menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih saying, menghormati budaya suku
kaum, adat istiadat serta menanamkan sifat-sifat mulia terhadap diri.


Huraikan bagaimana proses pendidikan seni visual mengimbang
ke arah perkembangan kreativiti daya inovasi, imaginasi

Matlamat sebenar pendidikan seni visuali ialah bertujuan melahirkan
individu itu supaya bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta
menguasai teknologi dalam menghasilkan cita rasa dalam penciptaan. Selain itu,
pendidikan seni visual juga membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Malahan, ia juga membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. .Melihat kepada kepentingan ini,dalam bidang
pendidikan juga, seni juga boleh dianggap salah satu unsur yang dapat memupuk
kreativiti.













Kreativiti

Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptaan melalui kreativiti
dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Mereka mempunyai beberapa
ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa.
Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai
keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan.
Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung
merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan
memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya
ekprisi spontan mereka. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan.
Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang
sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka. Hal
ini disebabkan oleh faktor persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga
atau latar belakang pendidikan. Melalui proses-proses lakaran ini , tahap mental
kanak-kanak tersebut akan berkembang. Oleh itu, proses membentuk kreativiti dari
diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik.





Inovasi

Sifat semulajadi bagi seseorang ialah memerlukan perhatian tetapi kurang
kita sedari perkembangan seni tampak minda berlaku dengan begitu pesat. Apabila
mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun , tahap penguasaan ilmu akan
bertambah.Seseorang pelajar itu sudah mulai menunjukkan kecederungan untuk
mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik .Pada peringkat ini, sekiranya pelajar
diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap
kematangannya berkembang. Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya
fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang
hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan
jauh dan luar biasa.










Imaginasi

Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah
perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kreativiti kepada imaginasi. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk
menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan
pancaindera. Contohnya melalui aktiviti seni visual, guru dapat membantu murid-
muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-
murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. Selain
i t u , penget ahuan t ent ang t eori -t eori keseni an dapat membant u ki t a
mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam
pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku
seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat
dikenalpasti.






Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian
pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan.
Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Вам также может понравиться