You are on page 1of 13

SULIT 1 011

Lihat halaman sebelah


SULIT


Soalan 1 hingga soalan 30
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 __________________ sekeluarga akan bercuti ke Pulau Redang pada cuti sekolah yang akan
datang , kata Hanisah kepada Zakiyah.
A Mereka
B Kalian
C Kami
D Kita

Soalan 2 berdasarkan gambar 1



Gambar 1

2 Pameran alat-alat muzik tradisional diadakan di_______________ selama sebulan.
A Arkib Negara
B Muzium Negara
C Balai Seni Negara
D Tugu Peringatan Negara






SULIT 2 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


3 Haidar _____________ untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa majlis
pertunangannya.
A mata keranjang
B rambang mata
C mata duitan
D berat mata

4 Pak Manaf dan isterinya duduk berehat di dalam sebuah _______________ yang terletak di
tepi sawah.
A dangau
B bangsal
C gedung
D balai

5 ____________________ kamu berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR! ucap Kumar
kepada Ah Lau.
A Amboi
B Wahai
C Tahniah
D Cis

6 Usahlah kamu berasa __________________ akan kejujuran dan keikhlasannya kepada kamu .
A was-was
B gentar
C gelisah
D sedih

7 _________________ perhatian tuan-tuan dan puan-puan ,Yang Amat Berhormat Dato Amin
akan tiba sebentar sahaja lagi.
A Jemput
B Tolong
C Minta
D Harap




SULIT 3 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


Soalan 8 berdasarkan gambar 2


Gambar 2

8 Adik tidak mahu makan ________________ dia sangat lapar ______________ ibu menyuapkan
makanan kepadanya.
A walaupun...kecuali
B jika... sementara
C sementara...kecuali
D ketika... hingga

9 Kari ikan haruan yang dimasak oleh kakak rasanya agak ________________ kerana tidak
dicuci dengan limau nipis.
A hamis
B hapak
C hanyir
D hancing

10 _________________ peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili
sekolah ke peringkat daerah.
A Mana-mana
B Siapa-siapa
C Bila-bila
D Apa-apa




SULIT 4 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


11 Norziah selalu pulang bercuti ___________________ kampung apabila tiba musim cuti
sekolah.
A dari
B pada
C di
D ke

12 Peserta yang _______________ dalam pertandingan itu telah membuat persembahan yang
mencuit hati para penonton.
A kedua
B berdua
C berdua-dua
D dua

Soalan 13 berdasarkan gambar 3



Gambar 3

13 Setiap hari kerja Pak Mustafa di kilang adalah ______________ guni beras ke dalam lori.
A mengandar
B menggelek
C menyandang
D memikul



SULIT 5 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


14 Junid mengambil sebatang kayu ________________ dilontarkannya kayu tersebut ke arah
anjing yang mengejarnya.
A lalu
B hingga
C sambil
D hingga

Soalan 15 dan soalan 16 berdasarkan gambar 4




Gambar 4
15 Marsha memetik se______________ bunga mawar di halaman rumahnya.
A untai
B kuntum
C jambak
D batang

16 Bau bunga mawar itu sungguh _______________.
A harum
B wangi
C semerbak
D menggerbak




SULIT 6 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


17 Se________________ polis sedang membuat latihan menembak di Pusat Latihan Polis.
A gerombolan
B kumpulan
C angkatan
D pasukan

18 Setelah sampai, mereka meletakkan basikal ____________________ pagar kerana pintu pagar
rumah itu berkunci.
A di pinggir
B di dalam
C di luar
D di sisi

19 Selepas urusan di bank selesai, Nazman menyimpan ____________________ di dalam beg.
A penyata
B pernyataan
C kenyataan
D penyataan

20 Hakim itu telah __________________ hukuman penjara kepada penjenayah itu.
A menjatuhi
B dijatuhkan
C menjatuhkan
D dijatuhi

21 Kotak yang berat itu tidak ________________ oleh Cikgu Hasnani.
A berangkat
B terangkat
C diangkat
D mengangkat







SULIT 7 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


Soalan 21 berdasarkan gambar 5



Gambar 5
22 Danish menyuapkan adiknya beberapa _______________ limau.
A ulas
B biji
C butir
D tongkol

23 Selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____________ keluar
dari Stadium Bukit Jalil.
A lalu-lalang
B berturut-turut
C bertolak-tolak
D berpusu-pusu

Soalan 24
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
24 Asmah turut membuat nota ringkas sewaktu guru mengajar untuk lebih memahami fakta-fakta
penting.
A lakaran
B catatan
C lakaran
D karangan


SULIT 8 011


Lihat halaman sebelah
SULIT



Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
25 Pemandu ekspedisi mencadangkan agar kami berehat sebentar sementara menunggu hujan
teduh.
A Sementara menunggu hujan teduh, kami mencadangkan agar pemandu ekspedisi berehat
sebentar.
B Sementara menunggu hujan teduh, pemandu ekspedisi mencadangkan agar kami berehat
sebentar.
C Sementara menunggu hujan teduh, pemandu ekspedisi mencadangkan agar kami berhenti
daripada berehat sebentar.
D Sementara berehat sebentar, kami dicadangkan oleh pemandu ekspedisi agar menunggu
hingga hujan teduh.

Soalan 26 hingga Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Tukang kayu itu memotong pensel menggunakan tangan.
II Orang ramai turut memotong tangan budak itu hingga lebam.
III Abang gemar memotong rambut di kedai gunting Pak Mikail.
IV Faris bekerja mengambil upah memotong getah kepunyaan orang kampung.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

27 I Safinas menghirup sup ayam itu sehingga habis.
II Adik berbaring di atas katil sambil menghirup susu.
III Datuk akan menghirup pil darah tinggi sebelum ke kebun.
IV Akibat haus, Daud menghirup ais krim itu bersungguh-sungguh.
A I sahaja
B I dan II sahaja
C II , III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja



SULIT 9 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


Soalan 28 hingga 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

28 A Baja itu mempercepatkan pertumbuhan pokok betik.
B Sebelum berpisah, kami saling bersalaman-salaman.
C Anak-anak kucing peliharaan Wan comel-comel belaka.
D Ramai murid menyertai acara Larian Merdeka 2010 itu.


29 A Baju yang kotor itu telah saya cuci semalam.
B Fahmi adalah pensyarah di Universiti Malaya.
C Mereka berdua-dua bersahabat baik sejak kecil lagi.
D Buku-buku latihan itu dibawa oleh kami ke bilik guru.


30 A Takziah , atas kematian datuk awak semalam !.
B Rakyat perlu bekerja keras demi untuk pembangunan negara.
C Juraimi akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara pada minggu lepas.
D Cis, sakitnya kaki kiri saya !.




















SULIT 10 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


Soalan 31 hingga 35
Baca petikan dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Hidup kami sekeluarga bagaikan terumbang-ambing sejak pemergian ibu ayah dan ibu. Ayah dan
ibu meninggalkan kami akibat kecuaian seorang pemandu yang mabuk. Kalau dulu, sekurang-kurangnya
kami masih ada tempat mengadu dan bermanja. Akan tetapi , segalanya telah tiada. Hanya abang dan
kakaklah menjadi tempat aku dan adik menumpahkan segalanya. Kini hidup kami semakin dihimpit
kepayahan. Setelah ibu dan ayah pergi, abang mula mengambil alih segala tugas dan tanggung jawab.
Meskipun masih mentah memikul tanggung jawab ini, tetapi abang seorang yang cekal. Siang dan malam
kini tiada makna buatnya. Cita-cita hendak memasuki universiti terpaksa dilupakan. Yang bermain di
benak fikirannya hanyalah ingin mencari wang perbelanjaan untuk kami. Desakan hidup memaksa abang
membuat keputusan yang amat sukar dan berat dilakukan Abang terpaksa meninggalkan kami dan
kampung halaman demi mencari sesuap nasi.
Di bandar, abang bekerja sebagai pencuci kereta. Namun upah yang diterimanya sentiasa tidak
mencukupi. Hal ini kerana perbelanjaan harian yang ditampung semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Lebih-lebih lagi kami masih bersekolah. Memikirkan hal itu, abang memutuskan untuk berhenti menjadi
pencuci kereta dan mencari pekerjaan lain untuk menyara keluarga. Abang mula mencari pekerjaan dari
satu tempat ke satu tempat .Akhirnya dia diterima bekerja sebagai kerani di sebuah kilang besar dengan
pendapatan RM800 sebulan. Sejak abang bekerja di bandar, kakaklah yang menjaga kami. Pendek kata,
hampir setiap perkara daripada makan, pakai dan urusan seharian dilakukan oleh kakak. Kakak bagaikan
ibu kepada kami. Tiap-tiap hari seawal pukul 3.00 pagi kakak sudah bangun dan menyiapkan nasi lemak
dan kuih untuk dijual.Kakak tidak pernah mengeluh dan amat tabah mengharungi segala susah payah
kehidupan.
Kecekalan abang dan ketabahan kakak kusimpulkan menjadi satu inspirasi . Kini, abang tidak
perlu lagi ke bandar dan kakak tidak perlu lagi bangun seawal jam tiga pagi. Adiknya ini sudah berjaya
hasil kehebatan dua insan yang mulia ini. Terima kasih untuk kakak dan abang. Pengorbanan kalian
membesarkan aku cukup menginsafkan . Kini, peluang aku pula untuk membalas jasa mereka. Aku
tersenyum puas dan bangga . Tanpaku sedari air mataku meleleh tatkala meninggalkan abang dan kakak
bersama keluarga mereka ke bumi salji di KLIA.








SULIT 11 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


31 Ibu dan ayah penulis telah meninggal dunia kerana
A mabuk sewaktu memandu kereta.
B mengalami kemalangan maut.
C melanggar seorang lelaki mabuk.
D cuai sewaktu dalam perjalanan meninggalkan anak-anak.

32 Apakah yang menyebabkan hati penulis berasa bangga ?
A Abangnya pernah bekerja di bandar .
B Kakaknya pandai berniaga nasi lemak.
C Berpeluang membalas jasa abang dan kakaknya .
D Berjaya membawa abang dan kakaknya ke KLIA.

33 Sikap abang penulis yang patut dicontohi ialah
A rajin berniaga bersama adiknya.
B sentiasa tidak puas dengan kerja yang ada.
C gigih bekerja untuk menyara hidup adik-adik.
D bertanggungjawab mendidik adiknya hingga berjaya.

34 Bumi salji dalam petikan tersebut mungkin sekali negara
A India.
B Amerika.
C Arab Saudi.
D Indonesia.

35 Pernyataan di bawah ini benar tentang abang kecuali .
A terpaksa ke bandar untuk belajar.
B pangkat yang sulung dalam adik-beradik.
C gaji di kedai cuci kereta tidak mencukupi.
D sanggup melupakan cita-citanya demi adik-adik.








SULIT 12 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


Soalan 36 hingga 40
Baca petikan dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Persatuan Pengurusan dan penyelidikan Alam Sekitar Malaysia ( ENSEARCH ) ingin menjemput
warga muda Malaysia yang berminat dalam bidang pengurusan alam sekitar untuk menyertai Anugerah
Pelatih Muda Alam sekitar 2006 yang telah bermula pada tahun 2004 dan akan diberi kepada seorang
warga profesional yang terpilih dan mempunyai minat dalam pengurusan alam sekitar.
Penerima anugerah akan menjalani latihan di sebuah pusat pengurusan alam sekitar di luar negara
untuk jangka masa tidak lebih daripada dua minggu. Kesemua perbelanjaan termasuk perjalanan,
penginapan dan elaun seharian yang telah ditetapkan akan ditanggung oleh Badan Pengurusan Anugerah
KKEF.
Syarat-syarat pemilihan adalah seperti berikut :
1. Berumur bawah 35 tahun.
2. Profesional digalakkan memohon.
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang alam sekitar tidak kurang daripada 5 tahun.
4. Butiran kelayakan lengkap yang menunjukkan pencapaian dalam bidang alam sekitar.
5. Menyerahkan esei yang menerangkan aspek-aspek pengurusan alam sekitar yang ingin anda
pelajari sebagai seorang pelatih serta sebab-sebab dan cara-caranya dapat memberi kebaikan
kepada Malaysia dan pusat pengurusan alam sekitar luar negara di mana anda akan dilatih.
6. Pemohon yang berjaya dikehendaki menulis suatu laporan tentang aspek aspek pengurusan alam
sekitar yang dipelajari sebagai pelatih.

36 Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas ?
A Anugerah Pelatih Muda Alam Sekitar 2006.
B Kursus Pengurusan Alam Sekitar Malaysia.
C Laporan Badan Pengurusan Anugerah KKEF.
D Aktiviti aktiviti ENSEACRH sepanjang tahun 2006.

37 Berapa lamakah latihan tersebut akan diadakan ?
A Selama 14 hari.
B Tidak lebih daripada 14 hari.
C Selama dua bulan.
D Dalam masa sebulan.



SULIT 13 011


Lihat halaman sebelah
SULIT


38 Tujuan petikan ditulis adalah untuk .
A menerangkan kepentingan alam sekitar.
B melatih pekerja pusat pengurusan alam sekitar.
C melantik seorang yang layak dalam bidang pengurusan alam sekitar.
D menggalakkan orang ramai meminati bidang pengurusan alam sekitar.

39 Perkataan ditanggung dalam petikan di atas seerti dengan .
A diberi.
B dipelawa.
C dipikul.
D dibiayai.

40 Apakah yang dilakukan oleh calon yang berjaya ?
A Mengikut latihan yang telah disediakan di luar negara.
B Melaporkan diri di ENSEARCH mengikut tarikh ynag ditentukan.
C Menulis laporan tentang aspek-aspek alam sekitar yang telah dipelajari.
D Menulis esei tentang aspek-aspek pengurusan alam sekitar yang telah dipelajari.



KERTAS SOALAN TAMAT