Вы находитесь на странице: 1из 2

Faktor penyumbang pengukuhan perpaduan kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum di Malaysia ialah


peristiwa hitam 13 Mei 1969. Ia merupakan rusuhan kaum yang berlaku akibat pilihan raya
umum pada tahun yang sama dan kemuncak bagi masalah perpaduan di negara kita. Ketika
itu, negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969, di mana Perlembagaan
Persekutuan telah digantung dan pentadbiran negara diambil alih secara terus oleh Yang
DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Sepanjang tempoh darurat, Majlis
Gerakan Negara (Mageran) telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan
penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah
membina satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan
negara. Dasar Ekonomi Baru juga dilancarkan untuk menghapuskan pengenalan kaum
dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar serta membentuk Barisan
Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.
Selain itu, perpaduan kaum di negara ini turut diperkukuh melalui Dasar Pendidikan
Kebangsaan (DPK). Rasional DPK dibuat bertitik tolak daripada matlamat pembangunan
rakyat yang tidak tercapai kerana sistem pendidikan terpisah. Orang Melayu bersekolah
pondok manakala kaum Cina dan India mempunyai sekolah sendiri yang menggunakan buku,
ilmu dan guru yang dibawa dari negara masing-masing sehingga tidak wujud perpaduan
dalam kalangan masyarakat tersebut. DPK bermula apabila timbul kesedaran tentang
kepentingan pembentukan sistem pendidikan baru untuk menggantikan sistem pendidikan
penjajah yang tidak mempertimbang keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsan
dan perpaduan negara. Berikutan kesedaran ini, lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961
melalui Penyata Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun ia telah disemak semula
pada 1960 dan menghasilkan laporan Rahman Talib yang termaktub dalam Aktra Pelajaran
1961.

Вам также может понравиться