Вы находитесь на странице: 1из 1

MOHD JAYLALUDIN BIN BORHAN

910414-13-6585
Bersyukur kepada tuhan kerana limpah dan kurnia-Nya, Karnival Permainan
Tradisional anjuran semester 5 2013 trelah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Pertama sekali, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pengarah Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak kerana telah memberi sokongan yang
padu bagi memastikan karnival yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.
Selain itu, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pendidikan
jasmani kerana telah memberi bimbingan dalam proses perancangan dan
perlaksanaan karnival ini. Tidak saya lupakan juga kepada semua guru pelatih
semester 5 yang telah berkerja keras menyumbang idea dan tenaga dalam
menjayakan karnival ini. Kerjasama yang diberikan telah melancarkan setiap
perincian tugasa yang telah diagihkan.
Tujuan karnival ini diadakan bagi memastiakan kelangsungan permainan
tradisional terus dimartabatkan agar tidak lapuk ditelan zaman. Usaha seumpama ini,
dapat memberi gambaran atau maklumat kepada generasi masa kini mengenai jenis
permainan tradisional yang terdapat di dalam negara kita. Antara permainan
tradisional yang telah dianjurkan ialah permainan layang-layang, gusti lengan, sepak
raga ratus, sumpit dan tarik upih. Penglibatan dalam aktiviti ini seterusnya dapat
mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan
pelajar.
Antara cabaran yang telah kami tempuhi dalam melaksanakan karnival ini
ialah masa. Kekangan masa jelas terasa oleh pelajar semester 5 kerana, sebaik
sahaja praktikum fasa 1 tamat, kami terus bergegas untuk menyiapkan keperluan
untuk mengadakan karnival ini. Kekangan masa ini bukanlah merupakan masalah
besar bagi kami untuk gagal melaksanakan aktiviti ini. Hal ini kerana, dengan adanya
semangat berkerjasama dan tolong menolong dalam sesuatu organisasi dapat
menghadapi segala cabaran dengan baik.
Akhir sekali, saya berharap Karnival Permainan Tradisional ini terus
dilaksanakan pada masa akan datang supaya permainan tradisonal terus dipelihara
agar tidak lapuk ditelan dek zaman yang semakin maju.