Вы находитесь на странице: 1из 18

1

1.0 PENGENALAN

Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan
prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan
adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika
Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah
kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien,
kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .
Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya
yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri
adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua
hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta
interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba
memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan
reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan
yang dihadapinya.







2

2.0 TRANSKRIP PROSES MEMBANTU MURID

Proses membantu murid ini saya bahagikan kepada 3 sesi iaitu sesi perkenalan,
sesi kenalpasti masalah dan sesi penutup. Ketiga-tiga sesi ini saya telah mendapatkan
rujukan daripada kaunselor sekolah secara lisan dengan beliau bagi membantu
melancarkan proses rakaman audio bersama peserta kaijan kes ini.

SESI 1(SESI PERKENALAN)
GURU/MURID PERBUALAN KEMAHIRAN
Guru Assalamualaikum
Murid Waalaikumussalam
Guru Ni adik mohd Ammar?






Membina hubungan
Murid Ya
Guru adik kenal tak ustaz ni siapa?
Murid tak, tak kenal
Guru Oh, adik tak pernah nampak ye ustaz kt
sini. Ustaz baru kat sekolah ni, ustaz dari
ipg kampus sultan abdul halim datang
untuk buat praktikum di sekolah. adik
darjah berapa?
Murid Darjah 6A1
Guru Adik kt sekolah ni daripada darjah 1
ataupun pernah pindah sekolah mana-
mana?
Murid Dari darjah 1
Guru Mak & Ayah adik kerja apa?
Murid Cikgu, dua-dua cikgu
Guru Sekolah kat mana tu?
3

Murid kat SK Semeling
Guru Adik-beradik berapa orang?
Murid 5 orang
Guru Antara adik beradik awak, yang mana
paling rapat?


Menyoal soalan tertutup Murid Kak yang kedua
Guru sebab pe, selalu belanja awak makan?
Murid hmmm...
Guru Hahaha..
Murid Hahaha..
Guru hobi awak ape?
Murid bermain
Guru main ape?
Murid tak taula
Guru kat sekolah ni ade main pape tak?
Murid tak ade..oooh, ade-ade, hoki
Guru hari tu ustaz ade nampak awak kat
padang masa latihan hoki.






Menyemak persepsi
Guru kat sini pergaulan awak dengan kawan-
kawan ok tak?
Murid Ok je., saya suka kawan nagan depa
Guru ape cita-cita awak?
Murid nak jadi doktor
Guru sebab pe nak jadi doktor?
Murid sebab nak bantu orang.
Guru ok, sekarang ape pandangan awak kat
sekolah ni?
Murid sekolah ni ok,
Guru kat mana awak suka jumpa kawan-
kawan?
4

Murid kat kantin
Guru subjek ape yang awak suka?
Murid bahasa melayu, sebab ia mudah
Guru yang awak tak suka?
Murid bahasa inggeris, sebab banyak perkara
yang kita tak tau

Guru pening kepala ye belajar b.inggeris..haha
Guru kawasan tempat tinggal awak macam
mana?

Murid ok je
Guru awak main ngan sape kt umah?
Murid main ngan anak jiran
Guru ok, sekarang ustaz nak tanya apa
pandangan awak terhadap diri awak?
Kelakar ke? Pendiam ke?



Meminta penjelasan Murid saya jenis yang tak banyak bercakap.
Guru aik? Dengan ustaz ok je..
Murid malulah!
Guru oh, tak suka bercakap dengan orang
yang tak kenal ye
Murid ya
Guru nak balik dah ke? Sebab pe
Murid mak saya dah mai dah
Guru ustaz nak bagitau yang kita kita kena
rahsiakan perbualan ni, boleh?

Murid ok, boleh ustaz
Guru ok, terima kasih
Murid sama-sama


5

SESI 2 (KENALPASTI MASALAH)
GURU/MURID PERBUALAN KEMAHIRAN
Guru Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum

Murid waalaikumussalam
Guru ammar dah sihat arini? Bersedia tak nak
sambung sesi kedua ni?

Murid sihat, ok saya sedia
Guru ustaz nak tanya apa matlamat ammar
dalam masa terdekat




Memberi perhatian
Murid nak dapat 5A dalam UPSR
Guru jadi setakat ni ammar yakin boleh dapat
5A?
Murid tak., boleh dapat 4A je.
Guru sebab pe ammar tak yakin boleh dapat
5A?
Murid sebab saya rasa tu je yang saya boleh
dapat.
Guru ok, ape amalan rutin ammar kat umah?
Bape lama ammar study? Pi
Tuisyen ke x?






Menyoal soalan terbuka
Murid pagi saya pi sekolah, petang saya
tuisyen, malam saya ulangkaji
Guru tuisyen bape jam?
Murid pukul 4 5.30 petang
Guru ulangkaji malam tu bape jam?
Murid 1 jam setengah
Guru masa tuisyen tu fokus tak?
Murid tak, saya tak fokus pun
Guru masa ulangkaji tu?
6

Murid kadang-kadang belajar kadang-kadang
tak
Guru Awak rasa sebab awak tak fokus tu boleh
tak capai 5A?

Murid Tak, saya rasa tak boleh
Guru ok, ustaz nampak perancangan ammar
belajar tu dh ok, ibu ammar dah susun
jadual ammar tu elok dah. Tapi cumanya
sebab ammar tak fokus. Apa yang perlu
ammar buat?






Menggunakan Bahasa
Yang Sesuai
Murid perlu fokus
Guru lagi?
Murid kesungguhan, hormat ibu bapa &
sembahyang
Guru nampaknya ammar tahu apa yang perlu
dilakukan oleh seseorang pelajar tu untuk
berjaya. Ustaz nak ajak ammar replan
balik jadual ammar dan ikut betul. Subjek
ape yang kamu suka?
Murid subjek sains
Guru ustaz nak nasihat kat ammar, jangan
study subjek yang kita minat saja sebab
UPSR bukan subjek sains je.

Murid ye ustaz
Guru ok, boleh kita tamatkan sesi kita ni?
Murid boleh ustaz
Guru insyaAllah. Nanti kita kita jumpa lagi


7

SESI 3(PENUTUP)
GURU/MURID PERBUALAN KEMAHIRAN
Guru Assalamualaikum
Murid waalaikumussalam
Guru ok, kita dah sampai sesi yang ketiga.
Awak ok?

Murid ok je ustaz
Guru aritu, ustaz dah bagi masa untuk kamu
berubah dan ikut jadual waktu betul-
betul., sekarang bagitau ustaz, ape yang
kamu dapat?

Murid saya rasa lebih yakin untuk dapat 5A
sebab saya lebih banyak belajar

Guru untuk pengetahuan ammar, sepanjang
tempoh masa yang ustaz bagi kat ammar
untuk berubah ni, ustaz dh tengok result
ammar kt guru kelas dan guru subjek
UPSR. Nmpaknya ammar dah banyak
peningakatan.





Merumus
Murid terima kasih ustaz
Guru ape yang ammar lakukan sepanjang
ustaz bagi tempoh masa tu?
Murid saya lebihkan masa belajar, sembahyang
dan banyak berdoa
kepada Allah
Guru nampaknya ammar boleh berjaya dalam
hidup jika ammar buat apa yan g ammar
rancang tu. Ammar rasa boleh tak nak
dapat cita-cita sebagai doktor tu?

8

Murid boleh, inshaAllah ustaz.
Guru ok, setakat ni saja sesi kita, ustaz harap
ammar berjaya dalam hidup dan dapat
menyambung ke peringkat yang lebih
tinggi pada masa akan datang.

Murid terima kasih ustaz
Guru sama-sama
















9

3.0 ANALISIS MASALAH MURID

Biodata Peserta Kajian Kes
Nama penuh ialah Muhammad Ammar B. Mohd Noor. Berumur 12 tahun dan
tinggal di Taman Desa Permai, Bedong, Kedah Darul Aman. Ammar bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah. Ammar
mempunyai 5 orang adik-beradik dan merupakan anak bongsu dalam keluarganya.
Kedua-dua ibu bapa Ammar bekerja sebagai guru di sekolah berdekatan dengan
tempay tinggalnya.
Ammar melibatkan diri dalam sukan di sekolah dalam permainan hoki dan
merupakan penjaga gol kedua dalam skuad sekolah. Dia juga melibatkan diri sebagai
ahli biasa unit beruniform Pengakap dalam akitiviti kokorikulum di sekolahnya. Selain
itu, Ammar juga menjawat jawatan sebagai pengawas sekolah dan menjalankan tugas
dengan baik.
Pencapaian akademik terkini Ammar dalam subjek yang akan diambil semasa
UPSR ialah :
Bil. Subjek Pencapaian
1 B. Melayu Pemahaman A
2 B. Melayu Penulisan B
3 B. Inggeris B
4 Matematik A
5 Sains A

Saya telah memilih seorang murid lelaki bernama Ammar ini sebagai peserta
dalam kajian kes ini. Pemilihan peserta kajian kes ini dibuat setelah mendapat
cadangan dan rujukan daripada guru kaunselor di sekolah. Ini disebabkan masalah
yang dihadapi oleh Ammar saya kira amat bersesuaian dan menarik untuk saya bantu
menyelesaikannya.
10

Setelah menjalankan beberapa sesi perjumpaan bersama Ammar dan
mendapatkan beberapa maklumat daripada keunselor sekolah, saya telah menganalisis
beberapa masalah yang dihadapi oleh Ammar seperti :
1. Malas menyiapkan kerja sekolah
2. Pengurusan masa belajar yang tidak effisien
3. Kurang yakin terhadap cita-cita/matlamat hidup
4. Tidak mahu keluar daripada zon selesa

I. Malas Menyiapkan Kerja Sekolah
Ammar seorang murid yang pandai dalam bidang akedemik dan akan
menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Ammar juga menjawat jawatan
pengawas di sekolah. Di sekolah, Ammar melaksanakan amanah dan
tanggungjawabnya dengan baik namun dia pernah dimarahi oleh gurunya kerana tidak
menyiapkan kerja sekolah. Ia berikutan kerana ia akan menjejaskan pencapaian
akedemiknya di mana akan dinilai pada peperiksaan UPSR nanti.
Sebenarnya Ammar mampu menyiapkan kerja sekolah tersebut tetapi selalu
bersikap sambil lewa terhadap perkara tersebut menyebabkan ianya tidak sempat
disiapkan untuk dihantar. Keadaan ini kerap berlaku terutama dalam matapelajaran
bahasa inggeris kerana ia merupakan subjek yang kurang diminatinya.
II. Pengurusan Masa Belajar Yang Tidak Effisien
Di rumah, Ammar mempunyai jadual rutin harian belajar dimana dia akan pergi
ke kelas tambahan pada setiap petang dan mengulangkaji matapelajaran lain pada
waktu malam. Walaupunbegitu, Ammar hanya melebihkan masa mengulangkaji hanya
pada matapelajaran yang diminatinya sahaja bukan pada semua matapelajaran. Ia
mnyebabkan Ammar sering ketinggalan dalam matapelajaran - matapelajaran tertentu.
Pengurusan masa belajar Ammar seringkali tidak diikuti dengan baik dan ia
memerlukan pengawalan dan pemerhatian bagi membimbingnya ke arah
kecermerlangan UPSR.
11

III. Kurang Yakin Terhadap Cita-Cita/Matlamat Hidup
Setiap murid sekolah pasti ada cita-cita, berlainan pula dengan Ammar. Apabila
ditanya tentang cita-cita, dia seperti tidak pasti tentang apa yang ingin dicapainya pada
masa akan datang. Perkara ini menjadi salah satu punca Ammar tidak bersungguh-
sungguh dalam pelajarannya. Dia tidak mengambil berat tentang halatuju hidupnya
untuk menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat. Keadaan itu juga menyebabkan
Ammar tidak memandang kejayaan dalam peperiksaan itu satu perkara yang serius dan
perlu diambil perhatian.

IV. Tidak Mahu Keluar Daripada Zon Selesa
Ammar begitu selesa dengan rutin hariannya iaitu bermain game playstation 2
di rumah. Tambahan pula, di rumah dia kurang mendapat tekanan kerana Ammar
merupakan anak bongsu dalam keluarganya menyebabkan dia tidak mahu berubah
menjadi murid yang rajin mengulangkaji. Dalam hal ini, Ammar kurang mendapat
semangat dan cabaran untuk mencapai sasarannya dalam peperiksaan UPSR dan
untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

4.0 JUSTIFIKASI TEORI YANG DIPILIH

Berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh peserta kajian kes, saya telah
memilih teori REBT daripada seorang tokoh terkenal iaitu Dr. Albert Ellis yang dilahirkan
di pittsbirgh, USA. Pemilihan ini dibuat kerana saya berpendapat teori ini mudah dan
sesuai untuk digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.
Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang
dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak
saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan,
fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET).
12

Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori
tingkah laku kognitif.
Dari sudut positif, manusia mempunyai suatu kecenderungan semulajadi untuk
memelihara dirinya untuk mencapai kebahagiaan, untuk berfikir dan menyampaikan
buah fikirannya, untuk mengasihi dan juga untuk berkomunikasi dengan orang lain,
serta untuk berkembang menuju kearah penyempurnaan kendiri.
Sebahagian daripada pandangan teori REBT terhadap manusia.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang
tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat
mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia
merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat
semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan
menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan
dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang
signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain
dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.
Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut
perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi
kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang
guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif
dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang
berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk
tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami
gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.


13

Dalam sesi pertama, saya menggunakan konsep membina hubungan dengan
peserta kajian kes supaya dia lebih rapat dan tidak kekok bersama orang yang tidak
dikenalinya. Sesi pertama ini penting kerana hubungan profesional yang dibina
membantu peserta selesa untuk berkomunikasi.
Semasa menjalankan sesi kaunseling yang kedua bersama peserta kajian, saya
telah menggunakan beberapa langkah mengikut konsep teori REBT ini bermula dengan
:
W : want (aim)
D : Doing (daily life)
E: Evaluable (list a way to get)
P : Planning (homework/advice)
Pada permulaan sesi kedua saya bersama peserta kajian, saya telah mngumpul
maklumat tentang apa matlamat (WANT) yang ingin dicapainya dalam masa terdekat ini
dan mengapa dia ingin mencapainya. Proses pertama ini membantu saya
mengenalpasti apa yang terdapat dalam fikiran peserta kajian dan adakah ia seiring
dengan perbuatan yang menjurus ke arah matlamat yang difikirkannya itu semasa
proses kedua.
Proses seterusnya, saya menyelidik maklumat tentang rutin harian (DOING)
peserta kajian di rumah bagi mengetahui perbuatan atau tingkahlaku yang
diamalkannya seharian mendorongnya mencapai matlamat atau tidak. Pada peringkat
ini, barulah saya dapat mencungkil beberapa masalah yang menyebabkan
tingkahlakunya di sekolah tidak seperti murid normal lain.
Ketiga, saya menyoal semula kepada peserta kajian adakah amalan rutin
hariannya itu membantunya mencapai matlamat atau tidak. Dia sendiri akan
memikirnya sama ada tingkah lakunya itu rasional atau tidak dan saya hanya sebagai
pencetusnya sahaja. Kemudia, saya meminta peserta menyenaraikan (LIST A WAY TO
GET) apa keperluan keperluan yang perlu bagi mencapai matlamatnya itu.
14

Sehubungan dengan itu, sebagai langkah terakhir dalam sesi kedua, saya
memberi nasihat dan memberi cadangan/perancangan baru(PLANNING) kepada
peserta supaya dia dapat mengubah tingkah lakunya.
Sesi yang terakhir, saya mengambil respon peserta kajian terhadap apa yang
dirancang dalam sesi kedua. Saya juga mengambil tahu perkembangan semasa
peserta kajia daripada guru matapelajaran, guru kelas dan rakan rakannya.

5.0 KEBERKESANAN TEORI YANG DIPILIH

Teori yang telah dipilih berjaya mengubah peserta kajian kes saya daripada tingkah
lakunya yang lama kepada tingkah laku yang baru dalam masa yang dicadangkan oleh
pihak kaunselor di sekolah. Perubahan yang terdapat pada peserta kajian kes saya
dapat dilihat selepas dia kembali yakin terhadap apa yang ingin dicapainya dalam
matlamat jangka masa pendeknya.
Dengan beberapa sesi kaunseling yang dijalankan kepada peserta kajian, ia sudah
memadai untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Dia juga
boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku
yang normal atau biasa dilakukannya di rumah.
Teori ini dapat diaplikasikan kerana ia berlandaskan kepada prinsip RET yang
berfokuskan kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Oleh itu,
peserta kajian kes lebih mudah dibentuk tingkahlakunya yang baru kerana dia diberi
pilihan untuk memilih jalan yang menuju kepada matlamat asalnya. Jadi dia bersedia
untuk mengubah tingkah lakunya ke arah pemikiran yang difikirkannya sesuai dengan
penyelesaian masalahnya.
Apabila peserta kajian kes diberi soalan untuk mengetahui sama ada dia sudah
berjaya mengatasi masalahnya, dia menjawab dengan penuh kesungguhan bagi
menggambarkan keyakinannya perbualan tersebut.
15

6.0 PENUTUP

Kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-
kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari
dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia
mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan
masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.
Contoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur,
menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan
oleh klien apabila berinteraksi dengan klien.
Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada
pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga harus
berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya
mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan
menghayati permasalahan klien.








16

7.0 RUJUKAN

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P (1977). Human
relations development: A manual for educators (2
nd
ed). Boston: Allyn & Bacon.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras
Mega (M). Sdn. Bhd.
Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications. London
Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and Psychotherapy (2
nd
ed). New York:
Harper & Row. Pub.
Wolberg, L.R. (1954). The technique of psychotherapy. American Journal of
psychotherapy. 4, 525-558.
Kemahiran Asas Kaunseling. (2010, Jun 16). kemahiran asas kaunseling. Diakses pada
Februari 5, 2014, from
http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-
kaunseling.html
Teori Rasional Emotif Behavioral Terapi. (2010, Feb 10). teori rasional emotif behavioral
terapi Diakses pada Februari 6, 2014, from
http://mazitakaunselor.blogspot.com/2010/02/teori-rasional-emotif-behavioral-
terapi.html



17

8.0 REFLEKSI

Bismillahhirrahmanirrahim.,Assalamualaikum w.b.t
Setinggi kesyukuran saya lafazkan dan niatkannya kehadrat Ilahi, sekalung
selawat saya hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga
baginda, para sahabat, teman seperjuangan, seterusnya muslimin dan muslimah
saudara seagama yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulillah, saya luahkan kerana dapat menyiapkan kerja kursus di bawah
tajuk Bimbingan Dan Kaunseling dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah yang saya sayangi, ustaz Syukarmi B. Zakaria kerana
telah banyak memberikan tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu yang berguna tanpa
sedikitpun rasa jemu. Pengorbanan beliau dalam menyampaikan tidak dapat dibalas
dengan nilai-nilai keduniaan. Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada ustaz.
InsyaAllah.
Melalui tugasan yang telah diberikan saya dapat menjelaskan betapa pentingnya
kita perlu tahu tentang ilmu kaunseling supaya dapat membantu orang lain untuk
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Semasa saya melaksanakan tugasan ini,
saya dapat satu pengalaman baru semasa menjalankan kajian kes. Saya perlu
mendapatkan maklumat yang banyak dalam pembacaan supaya lebih mudah dalam
mejalankan kajian kes tersebut.
Setelah menganalisis setiap tajuk tugasan ini ia dapat membantu saya untuk
bersedia berhadapan denagn murid-murid apabila berada di sekolah kelak. Tugasan ini
juga secara tidak langsung memudahkan saya untuk lebih bersedia dalam mengelola
setiap pengajaran dengan berkesan dan menarik. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih


18



9.0
LAMPIRAN

Вам также может понравиться