Вы находитесь на странице: 1из 20

KRITIKAN SENI

Terdapat tiga jenis pendekatan, iaitu :


1. Logikal
2. Psikologikal
3. Sejarah
1. Logikal
Pendekatan ini dianggap sebagai bersifat
tradisional berlandaskan logik akal dan
intelektual.
Hal ini banyak bergantung kepada sejauh mana
seseorang memiliki :
a) Maklumat :
Boleh didapati melalui pembacaan, kajian dan
penerokaan mengenai masa, tempat, teknik,
proses serta pengaruh sesuatu aliran / period
seni.

b) Pemerhatian :
Hubungan langsung dengan karya seni melalui
lawatan ke galeri seni, menonton tayangan slaid,
video, fotograf dan sebagainya, memberikan
banyak pengalaman dan pengetahuan untuk dapat
berbicara seni.
c) Kajian Perbandingan :
Memberi banyak peluang untuk seseorang berfikir
secara kritis, menganalisa dan membuat sintesis
antara satu karya yang lain, antara media, alat,
proses dan teknik.
Memahami banyak pengetahuan tentang sejarah,
nilai seni berasaskan bangsa dan daerah.
d) Penghasilan :
Seseorang akan dapat berbicara seni dengan lebih
sempurna dan berkesan, andainya ia mempunyai
pengetahuan yang tinggi dan meluas serta
mempunyai pengalaman secara langsung dalam
aktiviti penghasilan karya seni.
2. Psikologikal
Ia berkait rapat dengan cara seseorang melihat dan
menghargai seni yang bersifat individu atau
personal.
Keupayaan seseorang berbicara dan menghargai
seni banyak bergantung kepada sejauh mana ia
memiliki:

a) Pengalaman Kendiri :
Pengalaman lampau seseorang, walaupun tidak
terlalu bersifat ilmiah, dapat membantu
seseorang memahami, menghargai dan berbicara
seni.
Keupayaan berbicara seni dapat diukur dengan
sebanyak mana pengalaman yang ada pada
seseorang.

b) Pandangan Orang Lain :
Lazimnya apabila kita kekurangan pengetahuan dan
pengalaman mengetahui sesuatu perkara, kita akan
bersandar kepada pendapat orang lain yang
dianggap pakar atau ahli.
Oleh itu, seseorang akan dapat memahami,
menghargai dan berbicara seni dengan lebih
berkesan apabila kita bersedia mendengar atau
menerima apa orang lain kata.

c) Pengaruh Persekitaran :
Persekitaran, tempat, masa dan situasi boleh
mengubah kesan dan nilai sesuatu karya seni.
Impak persekitaran dapat membantu seseorang
menilai dan memperkatakan tentang seni.
3. Sejarah
Pendekatan ini banyak bersandarkan kepada aspek
sejarah sebagai cara menilai, memahami dan
menghargai seni.
Aspek-aspek berikut merupakan aspek yang paling
ketara menjadi teras perbincangan:
a) Produk seni :
Penumpuan terhadap idea, motif, teknik, dan
proses bahan dan alat serta gayaan.
Ia membawa kepada diskusi tentang aplikasi Asas-
Asas Senireka, struktur dan gubahan.

b) Tokoh / Artis :
Melihat cara artis mendapatkan sumber, budaya
kerja dan pandangan mereka.
c) Masyarakat :
Melihat kesan seni terhadap masyarakat dan
pengaruh masyarakat terhadap tamadun seni.
d) Konsep dan Falsafah :
Kejelasan ikinografi menjelaskan manifestasi
peradaban bangsa.


Terdapat lima jenis peringkat melihat seni,
iaitu :
1. Hedonistik
2. Kontekstualistik
3. Organistik
4. Normistik
5. Eklektik


1. Hedonistik
Merupakan satu luahan perasaan secara spontan seperti
kesukaan, penyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.
Penilaian dibuat secara serta merta iaitu :
1. Suka / tidak
2. Tertarik/ tidak
3. Penytaan spontan
Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli
psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemah oleh
otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.
Ianya tidak dapat diukur bilangan sebenar dan terdapat
pelbagai citarasa.
2. kontekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal dimana pemerhatian dibuat secara lebih
ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan.
Berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan
Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan
fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi,
hujah dan penilai karya.
Menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya,
kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi
suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

3. Organistik

Menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang
teratur dan terancang.
Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara
harmoni , menyentuh intuisi dan menyenangkan.
Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur,
ruang dan penataan cahaya.
Dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya
dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan ,
perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.
4. Normistik
Merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari
aspek nilai masyarakat, agama dan budaya.
Seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri keada
Allah , rasa takwa, tidak ada unsur sensasi.
Contoh : lukisan agama kristian yang berkaitan unsur
ikonografi,naratif, dan nilai-nilai akhlak.
Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis
telah melampaui batas yang dibenarkan dalam budaya
dan agama.
5. Elektik
Lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya
adlah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan
positif dan negatif.
Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip,
struktur organisasi serta alat dan bahan.
Kaedah ini membuat pemerhatian secara rawak, tidak
menjurus kepada aspek kronologinya.
Wajaran hanya secara baik. Sederhana dan kurang baik.
Mazlan Bin Mohamad, 1997, Pendidikan Seni 2
Kurikulum Pendidikan Seni, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Вам также может понравиться