Вы находитесь на странице: 1из 9

Pengaruh luar dalam masyarakat Melayu

Abad ini, dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya yang


dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Gelombang ini melanda
masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan
teknologi. Di Malaysia, gelombang ini turut berkembang pesat sehingga masyarakat di
Negara ini semakin maju bersama arus kemodenan.

"Sesungguhnyalah, budaya Melayu hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan
ancaman pada zaman global yang begitu pesat bergelora akibat pengaruh kuat media
massa, akibat serangan hebat budaya moden asing dalam segala bidang termasuk seni
budaya, perilaku manusia, bahasa dan lain-lain.
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya. (2007).

Menurut Ahmad Azizi (2010) di dalam penulisannya di laman sebuah laman
sesawang gelombang kepesatan perkembangan budaya ini juga dapat dikenali sebagai
fenomena budaya popular. Menurutnya lagi, fenomena budaya popular yang berkembang
secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi
pengaruh budaya, malahan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat
moden kini. Fenomena ini yang dikatakan dapat mempengaruhi pembinaan peradaban
manusia tidak dapat dinafikan. Secara sedar atau tidak, sebenarnya gelombang kepesatan
perkembangan budaya ini telah menjadi cabaran dan ancaman dalam melestarikan
kebudayaan melayu.

Secara khususnya, boleh disimpulkan bahawa kepesatan fenomena budaya popular
ini telah menjadi cabaran dan ancaman yang paling hebat dalam melestarikan kebudayaan
melayu yang semakin lama semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini. Fenomena ini telah
mempengaruhi banyak aspek dalam kebudayaan melayu terutamanya dari sudut, ekonomi,
sosial, serta kesenian dan kesusasteraan.

Sikap orang Melayu yang ghairah meniru dan mudah terpengaruh mencelarukan lagi
suasana.
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya. (2007).

Pertanyaan oleh Tokoh Budaya 2007 ini membuktikkan bahawa sikap orang Melayu
sendiri yang terikut-ikut dengan pengaruh budaya asing sebenarnya punca utama
kebudayaan melayu sukar untuk dilestarikan.
Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Ekonomi

Secara sedar atau tidak, pembangunan ekonomi banyak memberi cabaran dan
ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu. Hal ini demikian kerana, terdapat begitu
banyak cabang ekonomi yang telah dikembangkan di Malaysia yang pada dasarnya dibawa
masuk dari negara-negara luar terutamanya Negara barat seperti Amerika Syarikat serta
negara-negara asia seperti Korea dan China untuk tujuan mengikut trend masa kini. Tetapi
hakikatnya, trend tersebut sebenarnya telah menghakis sedikit demi sedikit budaya melayu
yang ada dalam masyarakat di Malaysia ini.

Dalam masyarakat moden kini, kita dapati keperluan-keperluan asas semakin
bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian
sebagai keperluan asas. Pada hari ini, orang ramai yang memilih pakaian mereka, tidak lagi
menitikberatkan tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu iaitu
pakaian yang sopan atau secara khususnya menutup aurat. Tetapi kini orang ramai
berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan
kecantikan.

Pengaruh-pengaruh dari barat dan Korea terutamanya menjadi kegilaan dalam
fesyen masyarakat melayu hari ini. Jika dibandingkan dengan pemakaian dalam budaya
melayu, hal ini sebenarnya telah banyak terpesong dari cara orang melayu berpakaian. Oleh
sebab citarasa masyarakat pada hari ini lebih mementingkan fesyen yang terikut-ikut dengan
fesyen dari barat dan Korea, hal ini telah menyebabkan pengusaha-pengusaha kedai
mahupun butik pakaian yang menjual pakaian yang mengikut trend ini semakin banyak
seperti cendawan yang tumbuh selepa hujan. Oleh hal yang demikian, budaya pemakaian
masyarakat melayu yang dahulunya lebih menkenakan kesopanan sedikit sebanyak akan
terhapus akibat pembangunan ekonomi yang tercetus akibat citarasa masyarakat melayu itu
sendiri.Di samping itu, pengamalan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah
atau riba sebagai asasnya juga menjadi satu cabaran dan ancaman dalam melestarikan
budaya melayu.

Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral
tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau
antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa
mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.
Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari.

Berdasarkan kata-kata Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir
Islam Hadhari di dalam satu laman sesawang, ini membuktikan bahawa pengaruh ekonomi
kapitalis yang dibawa masuk oleh penjajah pada suatu masa dahulu sedikit sebanyak
mempengaruhi perubahan cara kebudayaan melayu terutama dalam aspek ekonomi. Jika
pada dahulunya, masyarakat melayu lebih ditekankan dengan sistem perniagaan yang lebih
telus contohnya sistem barter yang menggalakkan sistem tukar barang suka sama suka dan
biasanya barang tersebut mempunyai nilai yang hamper sama, tetapi kini ekonomi yang
dijalankan lebih dipengaruhi oleh sistem ekonomi luar, ekonomi yang menekankan faedah ini
diberi keutamaan.

Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa
peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah
yang dikenakan. Walhal dalam Islam, berhutang bukanlah bertujuan untuk mengambil
keuntungan, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan semata-
mata. Sebenarnya, sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh barat ini telah banyak
menghapuskan norma-norma Islamik dalam masyarakat melayu sehingga hari ini. Namun,
sekarang masyarakat melayu sudah mempunyai pilihan untuk berurusan secara Islamik
ataupun bukan. Hal ini kerana, kerajaan telah mula memperkenalkan sistem urusniaga
secara Islamik yang berlandaskan syariat-syariat Islam.

Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Sosial

Secara keseluruhannya, cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan
melayu dapat dilihat dengan jelasnya dari aspek sosial. Antara cabaran dan ancaman sosial
yang menyebabkan kebudayaan melayu sukar untuk dilestarikan adalah dalam pengamalan
adat istiadat dan kepercayaan masyarakat melayu kini, pendidikan, dan sisitem
kekeluargaan pada hari ini.

Adat Istiadat dan Kepercayaan

Masyarakat hari ini lebih terpengaruh kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu
berfikiran terbuka. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan
masyarakat kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-
lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat
Melayu yang wajib dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh
seseorang sekiranya melanggar pantang larang itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula
berubah sejak kedatangan barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih kepada
karut. Masyarakat hari ini, terutamanya golongan belia sudah tidak mahu mengikut adat
atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu kerana
dianggap akan dipandang kolot oleh rakan-rakan sebaya mereka.

Pendidikan

Pada hari ini, pendidikan adalah satu perkara yang paling diutamakan oleh semua
individu kerana tanpa pendidikan seseorang sukar untuk menonjolkan diri dalam kehidupan
sebenar dan mungkin sukar untuk menyara kehidupannya sendiri. Oleh itu, masyarakat hari
ini bertungkus lumus mencari pendidikan yang sempurna untuk tujuan tersebut. Namun
begitu, tanpa kita sedar, sebenarnya masyarakat hari ini kurang menekankan pendidikan
yang memfokuskan terhadpa kebudayaan melayu. Hal ini sedikit sebanyak dapat
menenggelamkan kebudayaan melayu yang semakin hari semakin kurang difahami dan
dikenali oleh golongan muda pada hari ini terutamanya.

Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada
kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu
kemanusiaan dan kemasyarakat.
Chandra Muzaffar.

Menurut Chandra Muzaffar, institut pengajian tinggi pada masa kini lebih cenderung
untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik berbanding
kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat. Justeru, tidak hairanlah pada hari ini
golongan belia lebih fokus untuk mengejar karier mereka berbanding memilih jurusan yang
berkaitan tentang kemanusiaan dan kemasyarakat. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan
golongan yang lemah dalam pelajaran tidak mendapat peluang untuk menuruskan pengajian
mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana tiadanya kursus yang menekankan tentang
ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat. Sebenarnya, jika kursus sebegini diperkenalkan,
sudah pasti Negara dapat melahirkan golongan belia yang mahir tentang kebudayaan
melayu sekali gus dapat memperkembangkan budaya melayu pada generasi yang
berikutnya. Jika hal ini berlaku, kita boleh menarik nafas lega jika suatu hari nanti kita
kehilangan golongan yang telah banyak mempertahankan budaya melayu di Negara ini.

Selain daripada itu, pendidikan daripada teknologi juga adalah satu sumber
pendidikan yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat pada hari ini. Internet,
umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan
maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali
maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya
dan etika umat beragama. Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa
kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan
sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya. Begitu
mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman adult berada di depan mata untuk
menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada
papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan dosa di hujung jari.

Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak
Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah
kepada 1.5 juta laman web lucah. Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta
laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh dunia.
Abd. Basit Bin Samat dan Mohd Rajiee Bin Idris, Fakulti Pendidikan Sains Sukan Universiti
Teknologi Malaysia.

Berdasarkan bukti yang dinyatakan oleh Abd. Basit bin Samat dan Mohd Rajiee bin
Idris, jelaslah bahawa pendidikan juga dapat menjadi ancaman dan cabaran dalam
melestarikan kebudayan Melayu jika masyarakat hari ini tidak bijak
menggunakannya. Pendidikan yang sebenarnya sangat bernilai kepada individu akan
menjadi satu titik hitam yang paling hebat jika kita tidak pandai mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian.

Institusi Kekeluargaan

Budaya Melayu sangat mementingkan institusi kekeluargaan. Sejak dahulu lagi,
orang melayu sangat menjaga perkara ini sehinggakan ada yang meletakkan institusi
kekeluargaan adalah sesuatu yang bernilai dalam kehidupan. Oleh hal yang demikian,
sangat sinonim dengan orang melayu jika disebutkan setiap individu perlu menjaga maruah
keluarga daripada tercemar. Hal ini sebenarnya sedikit sebanyak menyebabkan masyarakat
melayu berusaha untuk menjada nama baik keluarga masing-masing agar tidak tercemar
dengan gejala sosial yang negatif. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Negara sering
dihujani dengan berita negatif tentang isu pembuangan bayi dan seumpanya
dengannya. Hal ini sebenarnya terjadi akibat pengaruh kuat daripada barat yang telah
banyak mengubah sistem institusi kekeluargaan di negara mereka. Beberapa bulan yang
lalu, barat mula menggantikan institusi kekeluargaan dan mengiktiraf bersekedudukan tanpa
nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak
secara professional. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat melayu yang
rata-rata beragama Islam di Malaysia.

Walaupun perkara ini masih belum berleluasa di Malaysia, namun masyarakat sudah
mula terdedah dengan perkara yang tidak sewajarnya berlaku di dunia ini. Hal ini sedikit
sebanyak menyebabkan perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat Melayu
seperti pengguguran, kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi. Namun, perkara yang
membimbangkan adalah kesan pengaruh ini terhadap masyarakat kita seperti kemerosotan
nilai-nilai kekeluargaan dalam kalangan generasi muda. Jika perkara ini terus menjadi barah
dalam masyakat melayu hari ini, kebudayaan melayu yang pada asalnya dikenali sebagai
masyarakat yang bersopan santun serta bermaruah tinggi akan dipandang serong.


Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Kesenian
dan Kesusasteraan

Selain politik dan sosial, kesenian dan kesusateraan juga aspek yang penting yang
perlu dititikberatkan dalam melestarikan kebudayaan melayu. Di Malaysia, antara ancaman
dan cabaran yang dilihat menyukarkan kelestarian kebudayaan melayu adalah seperti
bahasa melayu yang semakin kurang ditekankan dalam penggunaan seharian selain
daripada tarian dan nyanyian, serta seni bina dan reka bentuk.

Bahasa

Sekiranya kita setuju dengan frasa bahasa melambangkan bangsa kita pasti peka
dengan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa yang telah
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.
Fudzail, Pelita Bahasa (2/99).

Pernyataan di atas membuktikan bahawa bahasa adalah perkara yang paling utama
dalam memartabatkan bangsa melayu. Sekiranya bangsa melayu dapat dimartabatkan,
sekali gus secara tidak langsung budaya melayu dapat dikekalkan dan diperkukuhkan. Di
Malaysia, penggunaan bahasa Melayu masih digunapakai oleh masyarakat di Negara ini
namun penggunaanya tidaklah seperti mana masyarakat melayu pada suatu masa dahulu
menggunakannya. Hal ini disebabkan oleh wujudnya 'trend' penggunaan bahasa yang
seolah-olah berasaskan 'stratifikasi sosial' di mana bahasa melayu seolah-olah digunakan
oleh kelompok berpendidikan rendah dan rakyat biasa, manakala kelompok atasan, elit,
profesional, komuniti korporat dan mereka yang berpendidikan tinggi dari luar negara lebih
mesra menggunakan bahasa Inggeris.

Hal ini menyebabkan masyarakat terikut-ikut dengan gaya percakapan orang barat
sehingga melupakan budaya melayu yang sering menggunakan bahasa yang lembut dan
suka berkias. Jika kita dengar percakapan remaja hari ini sangat merisaukan kerana mereka
banyak menggunakan bahasa-bahasa yang kasar sehingga mungkin menyebabkan budaya
luar yang mendengarnya memandang serong terhadap budaya melayu yang pada asalnya
dikenali dengan budaya yang baik serta sopan percakapannya. Masyarakat hari ini lebih
gemar menggunakan bahasa rojak yakni mencampuradukkan bahasa melayu dengan
bahasa inggeris sehingga memeningkan golongan yang baru mempelajari bahasa Melayu
untuk memahaminya.

Tarian dan Nyanyian

Selain daripada bahasa, tarian dan nyanyian juga satu aspek lain yang menjadi
ancaman dan cabaran dalam sudut kesenian yang telah menyukarkan kebudayaan melayu
untuk dilestarikan. Hal ini demikian kerana, fenomena budaya popular yang telah
mempengaruhi masyarakat melayu hari ini membawa kesan kepada kelemahan kedudukan
budaya Melayu tradisional. Minat orang ramai, terutama golongan muda terhadap warisan
tradisi itu semakin berkurang. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah
Malaysia. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari
ini.

Pada hari ini, Malaysia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang
pelbagai. Antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan
lain-lain. Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Contohnya, imej
penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza
dengan aliran rap. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah
mendatangkan kesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa
barat ini sebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat melayu termasuk di Malaysia.

Penyebaran budaya pop Amerika yang menyegarkan pancaindera dan mematikan
roh.
Chandra Muzaffar.

Berdasarkan pernyataan Chandra Muzaffar, jelas sekali bahawa budaya pop yang
dibawa oleh pengaruh barat dapat menyebabkan budaya melayu akan terus lenyap kerana
identiti serta imej yang bertentangan dengan budaya melayu itu sendiri. Sebagai contoh,
pemuzik rock biasanya akan mengekalkan imej rockers yang menggunakan seluar jeans
yang koyak, berambut panjang dan selekeh bagi lelaki. Jika dibandingkan dengan budaya
melayu, hal ini sebenarnya bercanggahan sama sekali kerana budaya melayu banyak
mengikut cirri-ciri islam yakni lebih sopan dan bersih.

Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan tarian Oppa Gangnam
Style yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan dari Korea. Tarian ini telah menyebabkan
seluruh dunia termasuklah Malaysia terikut-ikut dengan tarian tersebut. Tarian yang
dikatakan mempunyai unsur-unsur negatif seperti unsur lucah menyebabkan tarian ini tidak
sepatutnya menjadi kegilaan masyarakat melayu. Galakan dari pihak kerajaan dengan
membawa masuk tarian ini ke dalam Negara seolah-olah mengenenggahkan budaya asing
yang bukan mengikut norma-norma budaya melayu. Bukan itu sahaja, Negara juga banyak
membenarkan artis-artis dari luar Negara masuk ke Negara ini membuat persembahan
tanpa menapis terlebih dahulu corak persembahan yang bakal dipersembahkan. Hal ini juga
menjadi salah satu punca utama masyarakat hari ini terikut-ikut dengan budaya luar dan
tidak lagi mencuba untuk mempelajari tarian dan nyanyian dalam kebudayaan melayu
seperti zapin, inang, dan mak yong yang mempunyai nilai budaya yang sangat tinggi.

Seni Bina dan Seni Reka Bentuk

Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar
Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Selain
itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat di tempat kita ini juga
adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan bersenikan kebaratan boleh
dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina dengan berkonsepkan
kemodenan. Selain itu, di Bandar Sunway contohnya terdapat bangunan yang berbentuk
piramid yang menyerupai dengan unsur-unsur dari Negara Arab sudah lari daripada
keseniaan melayu. Jika semakin banyak bangunan di Negara ini dibina mengikut corak
binaan luar, sudah pasti generasi baru dan bakal berada di bumi Malaysia ini tidak kenal
akan kekayaan seni bina dan seni reka melayu yang sebenarnya.

Sepatutnya, bagi mengekalkan kebudayaan melayu, kita seharusnya membina
bangunan dengan konsep kita sendiri. Di Malaysia, seni bina dan seni reka bentuk yang
paling sesuai adalah yang bermotifkan flora dan fauna. Ukiran-ukiran boleh digunapakai di
dalam rekaan seni bina bangunan penting di Negara ini. Hal ini bukan sahaja dapat
mengekalkan budaya melayu dalam masyarakat hari ini malah dapat memperkenalkan seni
bina dan seni reka budaya melayu pada dunia. Secara tidak langsung kita telah
memperkenalkan budaya kita pada mata dunia.

Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Politik

Salah satu cabaran lain dalam pembangunan kebudayaan Negara kita ialah
pendekatan politik yang berbagai-bagai dalam menyelesaikan persoalan dasar, konsep, dan
tafsiran. Menurut A.Aziz.Deraman, dalam bukunya Asas pemikiran Kebudayaan Malaysia
pada halaman 34 dan 35, latar belakang dukungan pemimpin yang lahir daripada pelbagai-
bagai latar sosiobudaya dan pendidikan mungkin menjadi faktor utamanhal ini terjadi. Oleh
hal yang demikian, pendekatan ke arah menyelesaikan masalah kadangkala menggunakan
pendekatan perkauman atau kehendak yang cuba mempertahankan sosiobudaya masing-
masing bukannya dalam konteks kebudayaan kebangsaan. Justeru, ini adalah cabaran dan
ancaman yang paling utama dalam melestarikan kebudayaan melayu di Negara ini.

Вам также может понравиться