Вы находитесь на странице: 1из 35

BAB 1

PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Menurut David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics (1986) bahawa kajian
tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik, emperikal dan objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu
bahasa itu adalah berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar bahasa,
malah kajian tentang sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa
tersebut.
Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai pengkaji bahasa untuk memecahkan
beberapa persoalan tentang keberkesanan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi di
kalangan kanak-kanak prasekolah. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik dan psikologi
berhubung pengajaran bahasa di kalangan kanak-kanak.

1.1 Latar Belakang Kajian
Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin,
berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam pelbagai bidang.
Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen perubahan dan pemasyarakatan ke arah
menjadikan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu kurikulum kebangsaan
prasekolah yang menitikberatkan enam komponen asas yang meliputi komponen bahasa dan
komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen pendidikan kerohanian dan moral, komponen
perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika.
Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika seharusnya mengetahui dan
memahami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan supaya mereka boleh
mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid.
Dengan perkataan lainnya kemahiran guru dalam mengurus pedagogi pengajaran di pusat prasekolah
dianggap sebagai satu yang amat vital.

Untuk keberkesanan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, guru prasekolah perlu meneliti
kurikulum kebangsaan prasekolah secara menyeluruh dan kemudian menstrukturkannya semula
mengikut:-
a) titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut perkara yang mereka tahu dan boleh buat;
b) bahan / kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap serta keperluan kanak-
kanak; dan
c) merancang (pedagogi) aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada
pengajaran dan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah.

Perkara-perkara tersebut di atas adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah:
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk
ke sekolah rendah
( Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, 1993 )

Adalah sangat malang, sekiranya guru-guru prasekolah yang diharapkan untuk mendidik dan
memperkembangkan potensi kanak-kanak, tidak mampu serta kurang berkemahiran untuk melaksana,
memikul dan menyempurnakan tugas tersebut. Jika keadaan ini berlaku, siapakah yang patut
dipersalahkan? Oleh itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

1.2 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa perkara berhubung amalan pedagogi pengajaran
perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak.
Masalah yang akan dikaji ialah melihat tahap amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa
dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan
kemahiran membaca.

1.3 Pernyataan Masalah
Pengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu
bapa, guru dan semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat membantu menghuraikan masalah berhubung
tingkah laku kanak-kanak yang berada dalam transisi kemahiran menulis dan membaca. Ramai dalam
kalangan ibu bapa dan guru prasekolah kebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-anak
mereka yang sudah melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan membaca dengan baik
berbanding kanak-kanak prasekolah swasta.

Dari sudut yang lainnya pula terdapat ibu bapa menjadi rungsing dan cemas apabila mendapati kanak-
kanak yang telah mencapai usia 5 tahun tetapi tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna.
Lebih mencemaskan lagi ialah apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai umur 6 tahun tetapi belum
menguasai kemahiran menulis huruf (abjad) dan menyebutnya (membaca) dengan sempurna.

Sepatutnya ibu bapa dan guru prasekolah tidak harus bimbang dan cemas kerana dari segi fisikologi
kanak-kanak pada peringkat umur tersebut tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Pada
peringkat perkembangan yang sedang dialami oleh kanak-kanak tersebut , kordinasi motor mereka
belum lagi mantap untuk menulis dengan baik. Peranan orang dewasa ialah memberi motivasi dan
peneguhan kepada sebarang perlakuan bahasa yang baik dilakukan oleh kanak-kanak tersebut
(Vygotsky, 1978).

Berdasarkan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa dan guru prasekolah tersebut maka pengkaji
beranggapan terdapat dua masalah dalam amalan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan
Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah. Sebagai kesimpulannya, masalah-
masalah tersebut dapat dirumuskan seperti berikut :-
i. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
ii. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

Dengan ini, penyelidik melihat dua masalah yang dialami oleh guru-guru permulaan prasekolah sebagai
satu permasalahan dalam amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa di pusat-pusat
prasekolah yang perlu diselidiki.
(a) Soalan-soalan kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran
perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di Pusat-pusat Prasekolah di Daerah Sibu,
Sarawak. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:-
i. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
ii. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

1.4 Kesignifikan Kajian
Dari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan :
i. dapat meningkatkan kesedaran dan amalan belajar melalui bermain dalam kalangan guru-guru
permulaan berhubung pengajaran di bilik darjah;
ii. akan memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang tahap amalan guru-guru
permulaan terhadap pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa
dan Komunikasi;
iii. memberikankan maklumat kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran merangka satu
pelan bertindak untuk memastikan amalan pedagogi belajar melalui bermain diamalkan dalam
pengajaran perkembangan bahasa; dan
iv. hasil kajian ini juga membantu BPG KPM dalam mendapatkan maklumat ke arah membuat satu
perancangan yang berstruktur ke arah mempertingkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan amalan
pedagogi pengajaran perkembangan bahasa berasaskan pendekatan belajar melalui bermain di
kalangan guru-guru prasekolah.

1.5 Definisi operasi
1.5.1 Amalan
Satu perbuatan yang biasa dilakukan secara berulang-ulang atau satu kebiasaan.
1.5.2 Pedagogi
Merujuk kepada pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru permulaan
prasekolah dalam slot komponen perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Pendekatan yang
difokuskan ialah pendekatan belajar melalui bermain.
1.5.3 Pendekatan Belajar melalui bermain
Satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid-murid belajar
dalam suasana yang bebas dan selamat, mengembirakan dan bermakna. Ia meliputi main sosioemosi
(main pondok, afektif), main kognitif (main bongkah / binaan, manipulatif, bahan maujud), main bebas
(psikomotor, permainan luar), dan main sosiodrama (main peranan / simulasi / hasil ciptaan).
1.5.4 Pengajaran
Merujuk kepada tingkah laku guru mengajar murid-murid prasekolah.
1.5.5 Perkembangan Bahasa
Merujuk kepada komponen Bahasa dan Komunikasi seperti yang terkandung dalam Huraian Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah yang meliputi lisan, menulis dan membaca.
1.6.6 Kemahiran Menulis
Merujuk kepada kemahiran mekanis menghasilkan contengan, lakaran dan tulisan yang kemas melalui
aktiviti yang menyeronokkan seperti mengecat menggunakan berus cat, menconteng, membuat corak,
menekap dan membentuk huruf.
1.7.7 Kemahiran Membaca
Merujuk kebolehan mengecam bunyi huruf-huruf, menyebut, membaca perkataan dan rangkaikata yang
bermakna.
1.7.8 Guru-guru Permulaan
Guru-guru yang berkhidmat dalam tempoh masa antara 1 tahun hingga 3 tahun di sekolah-sekolah
kebangsaan di Daerah Sibu.
1.8 Batasan kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kekerapan amalan pedagogi pengajaran
perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah kebangsaan dalam
Daerah Sibu, Sarawak sahaja. Selain itu kejituan dapatan kajian bergantung kepada kejujuran tindak
balas respondan kepada soal selidik yang diberikan. Oleh itu dapatan kajian ini hanya boleh digunapakai
oleh semua institusi yang berkenaan di lokasi lain yang mempunyai situasi, latar belakang dan tahap
penyebatian amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa yang sama seperti dalam daerah
kajian ini.

Batasan kajian ini boleh dirumuskan sebagai berikut :
1.8.1 amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa (perkembangan bahasa dan komunikasi)
1.8.2 dalam kalangan guru-guru permulaan
1.8.3 di sekolah-sekolah rendah kebangsaan Daerah Sibu,

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan
Bab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan kemudiannya menyatakan kerangka
teoritis yang dijadikan panduan bagi mengkaji masalah perkembangan dan pengajaran dan pembelajaran
bahasa kanak-kanak prasekolah.

2.1 Pandangan umum tentang kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak
Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan kemahiran membaca dalam
kalangan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh
kanak-kanak, bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan yang
menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu peraturan mudah
untuk membantu diri mereka sendiri menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian tersebut
telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai perkembangan mereka
dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.
Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar peranan guru prasekolah
kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan keperluan seperti mana yang terungkap dalam
kurikulum prasekolah kebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan
pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah dari aspek kemahiran menulis, guru prasekolah telah
disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap
dan juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple
et.al (1993;2), beliau mengatakan bahawa kanak-kanak belajar menulis melalui pengalaman dan
penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini semacam dihimpit dengan dilema apakah
perbuatan mengajar kanak-kanak menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi.

2.2 Pandangan Ahli Psikolinguistik Berhubung Kemahiran Menulis dan Membaca di Kalangan Kanak-
Kanak
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang
individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak
dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan
melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang
mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini bahawa
apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya
melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar
bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa
pengajaran bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula pandai
bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin et.al, 1986,2).

Saracho (1990) mendapati bahawa terdapat beberapa peringkat tulisan kanak-kanak:-
a) Contengan tanpa tujuan (aimless scribbling),
b) Pergerakan secara horizontal (horizontal movement),
c) Simbol unit secara terpisah-pisah (Separated symbol unit),
d) Kesalahan tulisan huruf-huruf (Incorrect written letters), dan
e) Mengeja perkataan pertama dengan tepat (correct spelling of first name).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa dari aspek menulis dan
membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk contengan, corengan dan
kemudiannya bentuk-bentuk lakaran dan bentuk-bentuk yang dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang
lainnya pula, perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak juga dikatakan mempunyai
perkaitan yang rapat dengan aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Ada di kalangan bijak
pandai mengatakan bahawa mengajar kanak-kanak menulis dan membaca sepatutnya dilakukan
sewaktu kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Apakah pandangan tersebut masih relevan?
Jawapan kepada anggapan tersebut adalah jauh berbeza pada hari ini dengan pengalaman dalam
lingkungan lima belas atau dua puluh tahun yang lampau.

Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak prasekolah bermula dengan perkembangan kemahiran
motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari
dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon (1997) kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah meliputi
kebolehan kanak-kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat
untuk membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak
adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-perubahan pada contengan
secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan bentuk-bentuk huruf. Contengan yang
dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi percubaan kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk
membuat ilustrasi cerita. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta
huruf-huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of letters),
mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang bermakna (distinguishable
words).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah merupakan satu perkara yang
mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 6 tahun. Ini kerana
kemahiran tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat khususnya dalam konteks pengalaman
bahasa secara total. Terdapat banyak faktor perkembangan tertentu yang mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara lain faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah faktor
fizikal, faktor persepsi, faktor kognitif, faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau
pengalaman seseorang individu .

Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik tetapi sebagai satu proses
pemikiran yang membina. Berdasarkan pandangan Pumfrey tersebut maka kemahiran membaca dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah haruslah dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik
apa yang dibaca dengan tepat dan memahami kehendak situasi.

Ferreiro dan Teberosky dalan buku mereka Literacy Before Schooling (1982) menyebut
In childrens own first spontaneously produced graphic representations, drawing and writing are
undifferentiated. Gradually some lines acquire forms like drawings, while others evolve towards imitation
of the most salient characteristics of written language. (ms. 52)
Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui penerokaan kendiri dan
penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka sebenarnya telah membina pandangan
kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak
adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri. Pandangan tersebut diperkukuhkan
lagi oleh Schrader et.al (1987) dengan mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri peraturan dan
sistem pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa tulisan melalui pengaruh
persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah kita boleh menegaskan di
sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca.

Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi, sosial dan motor
diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan mereka melalui permainan penerokaan dan
eksperimen mereka ke atas bahan-bahan di persekitaran (Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut
bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana perkembangan
menulis dan membaca dalam kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Kanak-kanak memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh digunakan
mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan percubaan menulis adalah
penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan pratulis dan dan prabaca seperti mana mereka
melakukan latihan-latihan untuk berlari dan bercakap dengan bantuan orang dewasa.

Tanpa alat-alat untuk menulis sedia ada di rumah, kanak-kanak prasekolah tidak mendapat peluang
menikmati menggunakannya tetapi hanya melakukan latihan tersebut melalui menulis di udara dan di
atas debu pasir. Tanpa buku untuk diperhatian, kanak-kanak prasekolah mempunyai kurang daya
dorongan untuk membaca. Peranan ibu bapa dan guru prasekolah dengan menunjukkan satu model
minat membaca buku dan tingkah laku menulis menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka juga ingin
melakukan aktiviti bacaan dan tulisan.

Berdasarkan pandangan tersebut di atas maka bukanlah bermakna guru terpaksa duduk sepanjang hari
dan mengajar kanak-kanak prasekolah membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah
konvensyenal. Menurut Schrader dan Hoffman (1987,3) kanak-kanak akan menjadi bosan dan tertekan
sekira guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara
tersebut telah menyebabkan kana-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk
menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk (self-constructed knowledge) dengan cara
yang bermakna (meaningful ways).

2.3 Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan dan Prabacaan di Kalangan
Kanak-kanak

Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh mengenalpasti perbezaan
antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa
kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat
perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh
bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun.

Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan
tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti
membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan
untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak
prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan,
rangkai kata dan ayat.

Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan membaca bukanlah
ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic
language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu
ulung kesediaan membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor
kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan
perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa apabila
wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar
dengan pandangan sarjana
..... that sounds are how language is put together
(Nurss, 1980)

Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan perkara yang
disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).

Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk memupuk minat
kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah (Beaty, J.J., 1998).




Antara cara-cara tersebut adalah :-
2.3.1 Menyediakan Sudut Tulisan
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran
menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku.
Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat
tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip
kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak.
Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti
menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku
menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu
di sudut ini.
2.3.2 Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan
Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang
menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah
seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-
iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan
bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan
bacaan.

2.3.3 Menyediakan Sudut Bacaan
Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti buku-buku
bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di sudut ini.
2.3.4 Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari
Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di
sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di
atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-
bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk
menulis semula huruf dan sebaginya.
2.3.5 Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan
Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis
pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan
kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka.
Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat
tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat
tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik
inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.
2.3.6 Pengesahan Setelah Mendapat Giliran
Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock writing) dalam buku
catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti
bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut
supaya kanak-kanak tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut.
2.3.7 Mengenali Nama Dengan Abjad
Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna, menyeronokkan dan berkait rapat dengan
dirinya. Guru prasekolah atau orang dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama
tentang namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang
diperbuat dari benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak
kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama dengannya.
2.3.8 Kad-kad Abjad
Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari dengannya. Cara
begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan persekitran yang selari dengannya.
2.3.9 Membaca Buku Abjad
Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang atau dua orang kanak-
kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan
sedang dilakukan oleh guru agar mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut
dan bentuk huruf yang berkenaan.
2.3.10 Peti Surat Peribadi
Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan menggunakan kotak-kotak buangan yang
sesuai. Kanak-kanak akan menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka masing-
masing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan
memberi galakkan kepada mereka untuk membalas pesanan tersebut.
2.3.11 Permainan Abjad Komputar
Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan komputer. Kanak-kanak amat
meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka
untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan
kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer.

2.3.12 Buku Besar / Big Books
Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku biasa, buku besar
mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid untuk membaca. Buku besar ini
digunakan oleh guru untuk membaca cerita atau ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan.
Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan
jelas.
2.3.13 Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran
Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut pembelajaran.Contohnya di sudut blok
diletakkan buku Building a Bridge , sudut permainan dramatik diletakkan buku If I Ran The Family, sudut
Sains diletakkan buku Planting a Rainbow, sudut matematik / manipulatif diletakkan buku Moving from
One to Ten, dan sudut motor kasar diletakkan buku No Jumping on the Bed dan sebagainya.
2.3.14 Hidangan Sup Abjad
Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad
yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanak-kanak boleh membanding dan membuat perbezaan
kandungan hidangan sup abjadnya dengan rakan-rakannya.
2.3.15 Menyediakan Mesin Taip Manual
Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk meningkatkan minat kanak-kanak
mengenali abjad dan membaca abjad. Kanak-kanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-
perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai
dan mempelajari secara sendiri bagaimana mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di
manakah papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki.

3.0 Rumusan.
Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan dan prabacaan pada kadar masa yang sama
seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita sedar bahawa guru prasekolah semacam tidak memberi
tekanan kepada aspek perkembangan semulajadi mereka dalam aspek tersebut. Oleh yang demikian
mungkin terdapat kanak-kanak yang dapat membuat tulisan olok-olok (mock writing) tetapi tidak pernah
melakukannya di prasekolah. Mungkin juga terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang telah menyedari
tentang kewujudaan huruf-huruf (print) dan cuba untuk membacanya tetapi telah diabaikan oleh guru-
guru prasekolah dan orang dewasa.

(i) BAB III

(ii) METODOLOGI

3.0 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini. Antara
kaedah tersebut ialah proses pengumpulan data, pemilihan sample, tempat kajian, kajian rintis, alat
pengukuran kajian dan kedah penganalisisan data. Kajian ini secara umumnya adalah jenis kuantitatif
dalam bentuk deskriptif yang mengukur keberkesanan amalan penggunaan pendekatan belajar melalui
bermain, bersepadu dan bertema dalam pengajaran oleh guru tersebut.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dan juga pemerhatian yang akan dijalankan melalui set senarai
semak untuk mengumpul dapatan dari maklumat guru-guru permulaan yang baru berkhidmat sebagai
guru pra-sekolah di sekolah-sekolah yang terlibat. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada
kekerapan amalan pedagogi pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dalam pengajaran harian,
perancangan pengajaran, perlakuan-perlakuan pengajaran dan pemaparan imej dan personaliti guru
terlibat.
(iii) 3.2 Prosedur Pengumpulan Data
(iv) 3.2.1 Penentuan Subjek kajian
Populasi dan responden kajian ini adalah meliputi semua guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu,
Sarawak yang telah berkhidmat dalam tempoh masa 1 hingga 3 tahun. Terdapat seramai 15 orang guru
permulaan prasekolah di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak. Oleh kerana jumlah
populasi di daerah tersebut adalah kecil, maka semua populasi tersebut telah diambil sebagai sample
kajian untuk mendapatkan data.
(v) 3.2.2. Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan Daerah
Seramai 15 orang guru-guru permulaan akan terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Bilangan ini
merupakan 100 % daripada keseluruhan populasi. Mereka terdiri daripada guru-guru prasekolah di
sekolah kebangsaan yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Gabungan Sibu.
(vii) 3.2.3 Metod Yang Digunakan
Untuk memperoleh data bagi menjawab semua soalah kajian, penyelidik menggunakan 2 kaedah iaitu
pertama kaedah tinjauan dan kedua ialah kaedah kedua ialah amalan pemerhatian.

Untuk kaedah tinjauan, penyelidik akan mengedarkan satu set borang soal selidik yang menggunakan
Sekala Likert 5 mata. Ia bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap aspek perancangan dan
pelaksanaan amalan pedagogi pengajaran guru permulaan. Soal selidik yang dihantar kepada subjek
kajian mengandungi tiga bahagian iaitu:-
f) Bahagian A : demografi responden ;
g) Bahagian B: Aspek perancangan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar
melalui bermain, bersepadu dan bertema
h) Bahagian C: Aspek pelaksanaan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar
melalui bermain, bersepadu dan bertema.

Penggunaan soalselidik sebagai alat pengukuran yang sesuai adalah kerana mengikut Rubin dan Babie
(1993), bagi mengukur responden yang besar atau keseluruhan daripada populasi yang dipilih,
penggunaan soalselidik adalah lebih tepat dari segi kebolehpercayaan. Soalselidik juga memudahkan
responden memberikan reaksi sebenar terhadap apa juga pertanyaan yang dikemukakan. Ia memberikan
masa kepada responden untuk berfikir sebelum menjawabnya. Di samping itu, soalselidik juga dapat
ditujukan kepada banyak responden pada masa yang sama di samping membolehkan keseragaman
dalam situasi pengukuran kerana setiap responden memberi tindakbalas kepada soalan yang sama.
Secara kesimpulannya, data yang diperolehi nanti akan lebih tekal semasa dianalisis dan ditafsir.

Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung pengajaran guru permulaan
prasekolah dalam bilik darjah. Satu senarai semak pengajaran slot pengajaran Bahasa dan Komunikasi
akan digunakan untuk mendapat data yang berkaitan dengan amalan pedagogi pengajaran guru dalam
bilik darjah selain dari data-data yang diperoleh melalui soal selidik yang diberikan kepada subjek kajian.
Set senarai semak ini akan dibina berpandukan kajian-kajian terdahulu dan ditambah dengan aspek-
aspek baru yang difikirkan perlu.

Senarai semak pengajaran di bilik darjah ini meliputi dua bahagian iaitu:-
a) perancangan pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan; dan
b) amalan pelaksanaan pedagogi pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan.

3.3 Pentadbiran Alat Kajian
3.3.1 Untuk melicinkan perjalanan kajian ini, penyelidik akan berjumpa terus subjek kajian yang dipilih
dan menerangkan tujuan kajian tersebut dibuat. Perjumpaan secara langsung dengan semua subjek
kajian akan dapat mengurangkan rasa syak wasangka dan tahap kebimbangan tinggi di kalangan subjek.
3.3.2 Penyelidik juga akan mengamalkan satu prosedur untuk memasuki kawasan kajian. Oleh kerana
subjek kajian adalah di kalangan guru-guru permulaan prasekolah, maka penyelidik akan membuat satu
temu janji untuk membuat satu sesi pertemuan untuk mengedar borang-borang soal selidik dan untuk
menentukan tarikh-tarikh untuk sesi pemerhatian.
3.3.3 Set soal selidik yang telah tekal kebolehpercayaannya, akan diedarkan kepada semua responden
dan dipungut sendiri oleh penyelidik pada hari berkenaan atau beberapa hari selepas itu.
3.3.4 Senarai semak pula akan ditadbir sendiri oleh penyelidikan melalui sesi pemerhatian terhadap
pelaksanaan pengajaran guru mengikut slot-slot pilihan dalam pengajaran-pembelajaran guru-murid.

3.4 Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik ke atas 28 orang guru permulaan di sekolah pilihan yang
bukan termasuk dalam sample kajian. Sample untuk tujuan kajian rintis ini mempunyai persamaan dari
segi sifat dan cirri daripada sample sebenar. Penyelidik menggunakan 28 sampel dalam kajian rintis
kerana Sarrilla (1998) pernah menggunakannya terhadap 20 sampel sahaja.

Kajian rintis dibuat adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan / realibiliti instrument bagi menentukan
tahap ketekalan dalaman melalui nilai pekali cronbach alpha. Hasil kajian rintis tersebut dinyatakan
seperti jadual 1 berikut:

Jadual 1: Keputusan Kajian Rintis
No. Item Item Variable
Nilai Alpha () Pilot Test
Jumlah

1-6
Demografi var 1 var 6 - .9101
B1 B10
Bahagian B: Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
var1 var 10 .8992
C1 C8
Bahagian C; Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
var 1 var 8 .7926

Berdasarkan Jadual 1 di atas, dari kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan indeks nilai
kebolehpercayaan berada pada cronbach . 7926(stability coefficients) dan .8992 (sufficient realibility)
dan ditafsirkan sebagai acceptable standardised test for internal consistency (Walter R. Borg & Meredith
Maien Gall, 1979. Dari satu aspek yang lainnya pula nilai pekali cronbach keseluruhan item berada pada
nilai . 91 yang ditafsirkan sebagai very good realibility ( Vierra, A., & Pollock, J., 1992).

3.5 Prosedur Pemerosesan Dan Analisis Data
(vi) Untuk pepemprosesan data yang diperolehi, bentuk statistik yang akan digunakan ialah statistik
Deskriptif. Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian `Statistical For The
Sosial Science ( SPSS ) version 10.0 .





BAB IV
DAPATAN / ANALISIS DAN PERBINCANGAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN SLOT PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM
KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN PRASEKOLAH.

4.0 Pendahuluan
Bab ini bertujuan untuk menentukan amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan
komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak . Tumpuan
khusus dalam bab ini adalah untuk menjawab soalan-soalan kajian dalam Bab I.

Hasil kajian akan dinyatakan dalam beberapa iaitu fasal 4.1, fasal 4.2, dan fasal 4.3. Dalam fasal 4.1
perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui
bermain dalam perancangan pengajaran guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan
bahasa dan komunikasi. Selian dari itu dalam fasal 4.1 juga akan dihuraikan ialah analisis kajian
berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran guru-guru
permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Fasal 4.2 adalah berhubung
perbincangan hasil kajian dan fasal 4.3 ialah mengenai rumusan dapatan kajian.

4.1 Hasil Kajian
Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi bagi guru-
guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak akan dibincangkan dalam fasal-fasal yang
berkenaan. Fasal 4.1.1 akan membincangkan analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan
belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi.
Fasal 4.1.2 akan membincangkan analisi kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui
bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi oleh guru-guru
permulaan prasekolah.

4.1.1 Analisis pengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam merancang pengajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi

Berdasarkan data yang dikutip, terdapat seramai 28 orang respondan telah menyatakan pandangan
mereka melalui soal selidik yang dihantar secara langsung kepada mereka. Respondad tersebut adalah
terdiri daripada 28 orang guru-guru permulaan di pusat prasekolah di Daerah (Bahagian )Sibu. Jadual 1
berikut menunjukkan latar belakang respondan.

Jadual 2: Latar belakang Respondan Mengikut Jantina, Pengalaman Mengajar, Kelulusan Akademik,
Pengkhususan Di Maktab / Universiti dan Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang.

Pembolehubah

Kekerapan
Jantina Lelaki 4 (14.3%)
Perempuan 24 (85.7%)
Pengalaman Mengajar Tahun Pertama 6 (21.4%
Tahun Kedua 9 (32.1%
Tahun Ketiga 13 (46.4%)
Kelulusan Akademik SPM 17 (60.7%)
STPM 10 (35.7%)
Diploma 0 (0.0%)
Ijazah 1 (3.6%)
Pengkhususan Di Maktab / Universiti Pengajian Prasekolah 26 (92.9%)
Pengajian Melayu 0 (0.0%)
Pengajian Inggeris 0 (0.0%)
Am 2 (7.1)
Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang Prasekolah 28 (100.0%)
Jadual 3: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Slot
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi.

Item
(N=28) STS TS S SS Min Sisihan Piawai
Sentiasa merancang kategori belajar melalui bermain yang sesuai dalam pendakatan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 17
(60.7%) 9
(32.1%) 3.250 .5853
Sentiasa mencatatkan kategori main yang perlu/hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan
pengajaran. 0
(0.0%) 4
(14.3) 21
(75.0%) 3
(10.7) 2.964 .5079
Sentiasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan murid-murid 0
(0.0%) 0
(0.0%) 19
(67.9%) 9
(32.1%) 3.321 .4756
Sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak
gunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas. 0
(0.0%) 3
(10.7%) 13
(46.4%) 12
(42.9%) 3.321 .6696
Sentiasa merancangan beberapa soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa muird-murid
melalui aktiviti bermain. 0
(0.0%) 1
(3.6%) 17
(60.7%) 10
(35.7%) 3.321 .5480
Sentiasa merancang supaya unsur kesepaduan pendekatan main sambil belajar dan pendekatan
bertema dan bersepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 0
(0.0%) 1
(3.6%) 18
(64.3%) 9
(32.1%) 3.285 .5345
Sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui
pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 17
(60.7%) 11
(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang untuk menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam P & P melalui
pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 14
(50.0%) 12
(42.9%) 3.357 .6215
Sentiasa memilih stretegi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 17
(60.7%) 11
(39.3%) 3.392 .4973
Sentiasa merancang supaya kategori main yang dipilih bersesuaian dengan objektif pelajaran hendak
yang dicapai. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 14
(50.0%) 12
(42.9%) 3.357 .6215

Purata
0% 5.35% 59.66% 35.0% 3.296
(Realibility : .8992)

Dari Jadual 3 di atas, secara keseluruhannya 59.66% dan 35.0% guru-guru permulaan memberi
pandangan bahawa mereka mengambil kira pendekatan belajar melalui bermain apabila merancang
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan bahawa
aspek menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar
melalui bermain (60.7% dan 39.3%) dan memilih strategi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan
nilai-nilai murni (60.7% dan 39.3%) adalah sepenuhnya dibuat dalam menyediakan perancangan
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kelas prasekolah. Selain dari itu guru-
guru permulaan prsekolah juga bersetuju bahawa mereka senitasa merancang aktiviti bermain yang
bersesuaian dengan perkembangan murid.

Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa aspek mencatat kategori main
yang perlu / hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan pengajaran mendapat skor kurang
setuju yang paling tinggi. 14.3% guru-guru permulaan prasekolah tidak bersetuju dengan kenyataan
tersebut. Ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan hanya merancang aktiviti bermain tanpa
mengkategorikan jenis main yang hendak digunakan dalam pendekatan yang dikenal pasti. Begitu
jugalah terdapat 10.7% guru-guru permulaan kurang bersetuju sentiasa merancang penggunaan bahan
sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak digunapakai dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas prasekolah. Data ini menunjukkan bahawa guru-guru
permulaan ada merancang bahan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi
mereka tidak menitikberatkan kelasifikasi bahan tersebut dengan kategori main yang hendak digunapaka
oleh mereka.

4.1.2: Analisis mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain pelaksanaan pengajaran dalam slot
perkembangan bahasa dan komunikasi.

Analisis berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran
slot perkembangan bahasa dan komunikasi dapat diperoleh dari Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Slot
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Item
(N=28) STS TS S SS Min Sisihan Piawai
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran 0
(0.0%) 3
(10.7%) 20
(71.4%) 5
(17.9%) 3.071 .5394
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan pelajaran. 0
(0.0%) 2
(7.1%) 17
(60.7%) 9
(32.1%) 3.250 .5853
Menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran 0
(0.0%) 5
(17.9%) 19
(67.9%) 4
(14.3%) 2.964 .5762
Selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. 0
(0.0%) 0
(0.0%) 12
(42.9%) 16
(57.1%) 3.571 .5040
Mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran perkembangan
bahasa. 1
(3.6%) 4
(14.3%) 14
(50.0%) 9
(32.1%) 3.107 .7860
Selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan
murid menulis dengan baik. 3
(10.7%) 10
(35.7%) 10
(35.7%) 5
(17.9%) 2.607 .9165


Selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan . 0
(0.0%) 2
(7.1%) 18
(64.3%) 8
(28.6%) 3.214 .5681
Selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan
bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan. 0
(0.0%) 3
(10.7%) 15
(53.6%) 10
(35.7%) 3.250 .6455

Purata

0.0%
12.93%
55.81%
29.46%
3.129
(Realibility : .7926)


Secara keseluruhannya, 55.81% dan 29.46% guru-guru permulaan memberi pandangan bahawa mereka
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Guru-guru permulaan juga memberi pandangan bahawa mereka selalu menyebatikan nilai-nilai murni
melalui pendekatan belajar melalui bermain (42.29% dan 57.1%).

Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa guru-guru permulaan kurang
bersetuju bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui bermain air
dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik (10.7% sangat tidak bersetuju dan 35.7% tidak
bersetuju). Ini menunjukkan bahawa penggunaan sudut main pasir dan main air kurang dimanfaatkan
oleh guru-guru permulaan untuk menyubur perkembangan fizikal (motor halus) bagi membolehkan murid-
murid prasekolah menulis dengan baik.



4.2 Perbincangan Hasil /Analisis Kajian
Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran guru-guru permulaan prasekolah
seperti yang dinyatakan dalam fasal 4.1.1, dan fasal 4.1.2, akan dibincangkan dalam bahagian ini dalam
fasal-fasal berikut:-

4.2.1 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dan hasil kajian ini telah mendapati bahawa hampir semua
semua guru permulaan (71.4% dan 17.9%) sentiasa menyediaan rancangan kategori bermain yang
sesuai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Daripada 28 orang respondan
hanya 3 orang respondan (10.7%) yang tidak bersetuju mengatakan bahawa mereka menyediakan
rancangan kategori bermain yang sesuai dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini
mengukuhkan lagi pandangan Spodek & Saracho (1988) bahawa guru perlu membuat perancangan yang
rapi sebelum memulakan pengajarannya di bilik darjah. Perancangan yang teliti adalah satu rancangan
yang mengambilkira antara kategori main yang bersifat kependidikan (educational play) dan kategori
main yang bukan bersifat kependidikan (noneducational play).


Bukti-bukti daripada kajian ini juga memberi satu gambaran kepada kita bahawa guru-guru permulaan
prasekolah sentiasa merancang aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (67.9%
dan 32.1%). Menurut Doris Bergen (1988, 169-180) sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru adalah
perlu menitik beratkan kesesuaian antara kategori dan jenis main dengan aspek pembelajaran atau
perkembangan kanak-kanak.

Dariapada soal selidik kajian ini ia juga jelas menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah
sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak
diguna pakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (46.4 % dan 42.9%).
Maklum balas ini mengukuhkan lagi pandangan yang dibuat oleh Margaret Lay-Dopyera dan John
Dopyera (1993) bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah menuntut guru
merancang sumber yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru permulaan sentiasa merancang soalan-soalan
bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa murid-murid melalui aktiviti bermain. 60.7% dan 35.7%
respondan memberi pandangan bahawa mereka merancang soalan-soalan yang berkaitan dalam
persediaan mengajar mereka. Kajian Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) ke atas
pengajaran guru yang bernama Kate membuktikan bahawa guru tersebut menggunakan persediaan
mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Guru yang dikaji (Kate) oleh
Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera melakukan soalan dan penyoalan dalam bilik darjah
berlandaskan soalan-soalan yang telah dirancangkannya. Dengan adanya satu rancangan soalan-soalan
bertujuan untuk menyuburkan perkembangan bahasa kanak-kanak, seseorang guru berupaya untuk
membawa murid-muridnya melepasi tahap perkembangan proximal(Vygotsky, 1988).

Berdasarkan soal selidik dari respondan, adalah didapati bahawa guru-guru permulaaan sentiasa
merancang untuk memasukkan unsur-unsur kesepaduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah (64.3% dan 32.1%). Data ini menjelaskan bahawa amalan pedekatan bersepadu dalam
kalangan guru-guru permulaan di Daerah Sibu amat menggalakkan. Dapatan kajian yang dibuat oleh
Shatz dan Gelman (1977, 189-198) ke atas murid-murid prasekolah menunjukkan bahawa unsur
kesepaduan kemahiran dalam perkembangan bahasa perlu dirancang sama ada kemahiran mendengar
dan kemahiran bercakap atau kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Sehubungan dengan itu
Morrison (1995, 367), menyarankan unsur kesepaduan dalam pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan
untuk membantu murid-murid membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari mereka di bilik
darjah.


Dari soal selidik adalah didapti bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang untuk
menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui belajar melalui bermain.
Dapatan dari soal selidik ini selaras dengan satu kajian yang dibuat oleh Warren-Leubecker dan
Bohannon (1989) berhubung nilai dalam berkomunikasi. Nilai dalam komunikasi perlu dibimbing
(rancang) untuk membantu kanak-kanak menyedari tentang perbezaan nilai dalam komunikasi.
Terdapatnya perbezaan nilai semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya dan dengan orang lebih
dewasa. Pernyataan yang diperoleh dari soal selidik ini mengukuhkan amalan pedagogi pengajaran dan
pembelajaran yang diharapkan dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.

Unsur kemahiran berfikir adalah satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran di pusat
prasekolah. Data yang diperoleh dari soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah
sentiasa merancang unsur penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah (50.0% dan 42.1%). Hanya 2 (7.1%) dari 28 orang respondan menyatakan mereka kurang
bersetuju ada merancang penyebatikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Seifert dan Hoffnung (1991), perkembangan kognitif kanak-kanak amat mempengaruhi pemikiran kanak-
kanak, perasaan dan juga tingkah laku mereka. Memandangkan bacaan adalah satu tingkah laku berfikir
dan memahami, dan belajar membaca adalah satu proses konstrukif dalam penyelesaian masalah,
Mason (1986, 48-66), mencadangkan mengajar bacaan hendaklah dirancang dan difokuskan kepada
cara kanak-kanak berfikir. Hal yang sama pernah diingatkan oleh Marrison (1995, 357) agar guru-guru
pendidikan prasekolah perlu memasukkan kemahiran berfikir melalui soalan dan penyoalan dalam bilik
darjah. Dengan adanya membuat rancangan secara sistematik ini kanak-kanak dapat dibantu untuk
membuat perkaitan antara makna dan fungsi dengan baik.
Dari data soal selidik adalah didapati bahawa 60.7% dan 39.3% guru-guru permulaan prasekolah
sentiasa memilih strategi yang sesuai untuk menyebatikan nilai-nilai murni. 50.0% dan 42.9% respondan
memberi pandangan bahawa mereka sentiasa merancang kategori main yang dipilih sesuai dengan
objektif pelajaran yang hendak dicapai. Data ini memberi makluman bahawa guru-guru permulaan
prasekolah masih mengamalkan nsur-unsur yang ditekankan semasa dalam latihan di maktab perguruan.

Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara
langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-
sekolah yang terbabit. Satu senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat
maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 6 .
Jadual 6: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan


Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek 2.20
16
(57.1% 4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari Doh 1.75
1
(3.6%) 3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa 4.0
1
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Menulis Dalam Air 2.0
2
(7.1%) 1
(3.6%)

Berdasar Jadual 6 di atas, guru-guru permulaan lebih gemar memilih kategori Main Sosioemosi / Main
Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain dalam menyediakan rancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dari
pemerhatian ini juga dapat dirumuskan bahawa guru-guru permulaan kurang menggunakan kategori
Main Sosiodrama / Main Peranan dalam merancangan pengajaran mereka.

Walau bagaimanapun dapatan dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ini
menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui
bermain ketika merancang pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam bilik darjah.
4.2.2 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran
Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

Berdasar Jadual 4, secara keseluruhannya respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan
Bahasa dan Komunikasi (55.81% bersetuju dan 29.46% sangat bersetuju). Skor yang paling tinggi dari
segi pandangan mengenai pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain ialah penyebatian nilai
murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. Semua respondan memberi pandangan bahawa
mereka menerapan nilai murni melalui aktiviti belajar melalui bermain. 42.9% respondan bersetuju dan
57.1% respondan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut.

64.3% dan 28.6% respondan menyatakan bahawa mereka selalu menggunakan situasi bermain yang
bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Bermain yang bermakna
dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah adalah yang merujuk kepada
educational play (Spodek & Saracho, 1988, 9-22). Permainan yang bersifat kependidikan dalam konteks
pengajaran bagi murid-murid prasekolah memerlukan satu perancangan strategi yang sesuai dan rapi.

Dari aspek menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan pelajaran 60.7%
dan 32.1% respondan memberi pandangan bahawa mereka melaksanakannya dalam amalan
pengajaran di bilik darjah. Jenis main yang digunapakai dalam pelaksanaan amalan pengajaran dan
pembelajaran adalah yang meliputi permainan yang dirancang dengan teliti dan memasukkan beberapa
unsur berkaitan dengan peraturan-peraturan dalam pelaksanaanya. Murid-murid hendaklah diajar
tentang strategi permainan terlebih dahulu bagi memungkinkan pelaksanaannya berjalan dengan baik.
Kajian Hawkin (1965) mendapati permainan dramatik adalah amat berguna dalam perkembangan sosial
dan sekali gus membantu pembelajaran bahasa dalam kalangan murid-murid prasekolah.

53.6% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu menekankan pengamalan
pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main
peranan, bercerita dan lawatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengamal pusat prasekolah
menerima secara positif bahawa pendekatan belajar melalui bermain adalah suatu pendekatan teras.
Aktiviti menulis dan membaca di pusat prasekolah dapat dicapai dengan berkesan apabila murid-murid
menerokanya sendiri melalui penerokaan yang menyeronokkan (main) dengan bahan-bahan
dipersekitarannya mereka (Janice J.Beaty, 1998,294). Dapatan ini juga sejajar dengan dapatan kajian-
kajian yang dibuat oleh Gentile & Hoot, 1983; Pellegrini, 1980; Wofgang & Sanders, 1981 yang
mengatakan bahawa permainan dramatik adalah aktiviti simbolik yang menyeronokkan seperti dalam
tulisan dan bacaan yang ada unsur-unsur yang bersifat simbolik.

71.4% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa menggunakan pendekatan
belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran. Pandangan yang diberikan oleh respondan seperti
ini memperlihatkan kepekaan mereka tentang peri pentingnya permulaan pengajaran yang
menyeronokkan. Menurut J. Piaget bahawa murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun
masih berada dalam peringkat perkembangan praoperasi konkrit. Unsur bermain sebagai pencetus
berfikir adalah sesuai dan berkesan.

67.9% dan 14.3% respondan memberi pandangan mereka sentiasa menggunakan unsur belajar melalui
bermain dalam penutup pengajaran. Dari data yang dikutip ia jelas menunjukkan bahawa guru-guru
permulaan bersetuju bahawa penutup bagi setiap aktiviti di bilik kelas prasekolah akan lebih menarik
dengan adanya penutup yang menyeronokkan. Penggunaann teknik nyanyian dan pergerakan kreatif
selalunya mengakhiri sesuatu sesi slot pengajaran di bilik prasekolah. Dapatan dari data ini ada
kaitannya dengan kajian yang dibuat oleh M.Greenberg (1979, 110-111) ke atas Jimmy, seorang murid
prasekolah. Kajiannya memperlihatkan bahawa nyanyian yang dipilih oleh guru perlulah mengambil kira
nyanyian yang pernah dalam pengalaman murid. Nyanyian-nyanyian yang di luar pengalaman murid atau
di luar konteks budaya murid akan menyebabkan ia tidak diminati oleh mereka.

50.0% dan 32.1% respondan memberi pandangan mereka mengamalkan belajar melalui bermain dalam
setiap kali pengajaran dan pembelajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 35.7% dan 17.9%
respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor
halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik. Latihan motor halus
dengan menggunakan unsur bermain air memang dianggap sesuai dijalankan oleh guru-guru dalam bilik
darjah. Dapatan dari maklum balas soal selidik mendapati hanya sebilangan kecil sahaja guru-guru
permulaan menggunakan unsur main air dalam membantu perkembangan bahasa murid-murid walaupun
permainan air adalah merupakan salah satu permainan manipulatif dan juga boleh diklasifikasikan
sebagai main bebas membantu perkembangan motor dan perkembangan afektif bagi murid-murid
prasekolah. Menurut Dorothy Cohen (1972) dengan menyediakan permainan air dan pasir, murid-murid
prasekolah dapat berpeluang untuk meneroka dan membentuk makna mereka sendiri.

Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara
langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-
sekolah yang terbabit. Satu senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat
maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 7 .

Jadual 7: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan


Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll Menulis Huruf Objek Menulis Nama Objek 2.20
16
(57.1% 4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll Membentu Huruf Dari Bongkah Membentuk Huruf Dari Doh 1.75
1
(3.6%) 3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa 4.0
1
(3.6%)
Permainan Luar / Bebas dll Menconteng Atas Pasir Baca dan Tulis Dalam Air 2.0
2
(7.1%) 1
(3.6%)

Berdasar Jadual 7 di atas, guru-guru permulaan lebih memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok /
Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk dilaksanakan dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa
dan Komunikasi. Menurut Beaty, J.J ( 1998,268), bahawa kanak-kanak pada peringkat prasekolah
apabila disediakan dengan persekitaran yang kondusif contohnya melalui suasana yang menyeronokkan,
akan memberi galakkan kepada mereka untuk meneroka dan menulis huruf secara bebas. Cara yang
dilakukan oleh guru-guru permulaan ini adalah sejajar dengan pandangan Goodman (1986)
......if both teacher and children attempt to understand written language. In this way, the children will
greater reading power.

Selain dari itu pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik juga menunjukkan bahawa kategori Main
Sosiodrama / Main Peranan kurang dilaksanakan oleh guru-guru permula dalam pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya hasil dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik
semasa pelaksanaan pengajaran dilakukan oleh guru, ia dapat mengukuhkan dapatan kajian ini bahawa
guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam aktiviti
pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi.


Berdasarkan analisis data dari soal selidik dan senarai semak pemerhatian yang dijalankan oleh
penyelidik, maka bolehlah disimpulkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran
slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Rumusan ini adalah bersandar kepada maklumat yang
diberikan oleh guru-guru permulaan melalui soal selidik (Jadual 3, dan Jadual 4) serta pemerhatian
secara langsung pengajaran guru dalam bilik darjah oleh kumpulan penyelidik (Jadual 6 dan Jadual 7).

4.2.3 Kekangan dalam kajian
Secara amnya penyelidik menghadapi beberapa kekangan untuk menganalisiskan data dalam bentuk
kuantitatif secara deskriptif. Masalah menyebatikan prinsip triangulation dalam kajian deskriptif
mengalami satu kesukaran. Penyelidik sedar tentang keperluan membuat triangulation dalam kajian
bercorak deskriptif. Namun unsur yang dikaji ialah amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru-guru permulaan prasekolah. Perkara utama yang menjadi kekangan penyelidik ialah
apabila penyelidik tiada keupayaan melaksanakan triangulation melalui sesi temu bual untuk
mengesahkan antara data yang ditulis sendiri oleh respondan dan perkara yang diperhatikan oleh
penyelidik. Faktor kesuntukan masa dan kewangan yang ketat menyebabkan penyelidik mengambil
keputusan untuk mengabaikan sesi temu bual dengan respondan.
Perkara yang kedua menjadi kekangan penyelidik ialah dari segi masa kajian ini dibuat. Kajian ini hanya
melalui masa yang agak pendek yakni hanya dalam tempoh dua bulan sahaja. Kekangan masa yang
dialami oleh penyelidik adalah ekoran dari kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berwajib agak
lewat diterima.

Kekangan yang ketiga ialah kajian ini tidak melihat pemerolehan sintaksis dan semantik dari faktor sosio -
psikologi. Pengkaji memang sedar bahawa faktor sosio-psikologi mempunyai kaitan yang amat erat
dalam mempengaruhi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Faktor -faktor budaya,
politik, dan ekonomi dalam persekitaran individu itu memang mempunyai pengaruh ke atas
perkembangan bahasa. Bukti-bukti daripada kajian yang dibuat oleh Basil Bernstein (1962) dan Frank
Riessman (1962) yang mendapati bahawa faktor persekitaran seperti budaya, politik dan ekonomi
mempengaruhi pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak golongan pertengahan dan golongan
buruh di England dan kanak-kanak di kawasan setinggan atau ghetto di Amerika Syarikat. Kajian-kajian
lain seperti yang dibuat oleh Well ( 1981 ; 1985), Snow (1972), Newport dan Gleitman (1979) dan Ringler
(1978) telah membuktikan bahawa proses pembelajaran bahasa adalah akibat daripada interaksi orang
dewasa dengan kanak-kanak.




BAB V
RUMUSAN
5.0. Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan pandangan keseluruhan tentang rumusan kajian yang dijalankan dan
kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan kajian. Rumusan tentang tujuan, soalan kajian, sampel,
prosedur dan instrumen kajian akan dibincangkan dalam fasal 5.1. Fasal 5.2 adalah yang berkaitan
dengan kesimpulan dapatan kajian mana kala fasal 5.3 akan membicarakan implikasi dapatan kajian ini.

5.1 Rumusan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pedagogi pengajaran slot
perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek
kemahiran menulis dan membaca. Secara spesifiknya tumpuan kajian ialah kepada pendekatan
pengajaran belajar melalui bermain di kelas prasekolah. Di samping itu kajian ini juga ingin melihat
amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru
permulaan.

Selain daripada tujuan utama di atas kajian ini juga bertujuan untuk meninjau amalan pedagogi
pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi di pusat prasekolah dalam kalangan guru-guru
permulaan.
. Soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut:-
1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?, dan;

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
pelaksanaan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?

Sample kajian ini meliputi 28 orang guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Jumlah sample
tersebut mewakili lebih dari 70% (tujuh puluh peratus) dari 40 buah pusat prasekolah di sekolah
kebangsaan di Daerah Sibu.

Prosedur pengumpulan data yang dijalankan oleh penyelidik meliputi aspek-aspek penentuan subjek,
taburan respondan, metod pengumpulan data dan pentadbiran kajian. Secara keseluruhannya penentuan
subjek kajian adalah secara rawak dengan mengambil kira kemudahcapaian respondan. Sekolah-
sekolah yang sukar dihubungi dengan jalan raya dikecualikan. Oleh yang demikian tiada data yang
mewakili maklumat amalan pedagogi pengajaran di pusat prasekolah di kawasan pesisiran pantai dan
kawasan pedalaman di Daerah Sibu.

Taburan respondan dilakukan secara rawak. Seramai 28 orang guru permulaan prasekolah digunakan
sebagai sample. Ia meliputi 70% dari populasi guru prasekolah di Daerah Sibu. Jumlah ini dikatakan
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana hampir semua guru prasekolah diambil sebagai
sample.

Dengan menggunakan metod tinjauan dan pemerhatian, pengkaji dapat membuat triangulation. Data
yang diperoleh dari tinjuan melalui soal selidik kemudiannya dibuat tringulation melalui pemerhatian
secara langsung oleh penyelidik di sekolah-sekolah yang berkenaan. Dengan cara ini segala maklumat
dari tinjauan akan dapat disemak kebolehpercayaanya melalui data-data yang dikutip melalui
pemerhatian. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dengan cara yang sedia ada.
Penyelidikan bersifat desriptif akan lebih tinggi kebolehpercayaannya apabila triangulation secara temu
bual dapat dilakukan oleh penyelidik. Triangulation melalui temubual tidak dapat dijalankan oleh
penyelidik akibat faktor masa dan kewangan.

Dari aspek pentadbiran alat kajian terdapat beberapa kekuatan yang dilakukan oleh penyelidik. Data
tinjauan dijalankan semasa lawatan ke sekolah. Setelah data dilengkap isi oleh respondan penyelidik
mengutip semua soal selidik pada ketika itu. Pada ketika yang sama penyelidik terus membuat
pemerhatian ke atas rancangan mengajar dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru. Data-
data yang diperoleh adalah secara langsung oleh penyelidik sendiri.

5.2 Kesimpulan Kajian
Pada keseluruhannya kajian ini telah memberi jawapan kepada dua perkara pokok dalam amalan
pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi di bilik darjah prasekolah dari aspek
kemahiran membaca dan kemahiran menulis iaitu;

1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam
pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

Tegasnya daripada bukti-bukti yang terdapat dalam penyelidikan ini menunjukkan bahawa guru-guru
permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan perancangan pengajaran slot
perkembangan bahasa dan komunikasi. 59.66% dan 35.0% respondan memberi pandangan mereka
bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran
slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data
pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik iaitu 57.1% dan 14.3% respondan merancang memilih
kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih kategori Main Kognitif / Manipulatif,
7.1% dan 3.6% memilih kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih kategori Main Sosiodrama /
Main Peranan.

Guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu adalah juga mahir mengaplikasikan pendekatan belajar
melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Iaitu
58.81% dan 29.46% respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka mengaplikasikan
pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan
Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh
penyelidik. Terdapat 57.1% dan 14.3% respondan telah melaksanakan aktiviti kategori Main Sosioemosi /
Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih aktiviti kategori Main Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6%
memilih aktiviti kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih aktiviti kategori Main Sosiodrama /
Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.


5.4 Implikasi Dapatan
Dapatan-dapatan kajian yang disimpulkan di atas mempunyai beberapa implikasi terhadap pendidikan
bahasa, khususnya terhadap teori pembelajaran bahasa dan proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa dalam kalangan kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Pertama, dapatan-dapatan kajian ini memberi natijah bahawa perancangan program atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran adalah vital dalam menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa.
Menurut Cazden (1972) dan Krashen (1981) bahawa proses pembelajaran bahasa kedua sewajarnya
mesti selari dengan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak.

Kedua, dapatan-dapatan kajian ini mengukuhkan lagi pandangan Morrison (1995) bahawa penyediaan
program atau aktiviti yang berkualiti di pusat prasekolah memerlukan suatu perancangan yang teliti.
Walau bagaimanapun, dapatan dari kajian ini juga memberi gambaran kepada kita bahawa guru
prasekolah perlulah mempunyai orientasi linguistik dan psikologi untuk membantu mereka menghadapi
kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan di peringkat prasekolah.

Dapatan kajian ini juga menyokong bentuk Sukatan Prasekolah Kebangsaan bagi Pendidikan Prasekolah
Kebangsaan sekarang (Kementerian Pelajaran Malaysia,1993) kerana sukatan ini selari dengan teori
bahasa dan psikologi mutakhir. Tegasnya, sukatan pelajaran ini mempunyai unsur pengajaran slot
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang berasaskan pendekatan belajar melalui bermain adalah
sesuai dengan perkembangan kanak-kanak peringkat praoperasi.

Hakikat ini menggambarkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah perlulah mempunyai orientasi
linguistik dan psikologi tertentu yang dapat membantu mereka mentafsir sukatan pelajaran serta memilih
strategi, membina dan menyusun bahan pengajaran secara berkesan. Di samping itu pembelajaran
bahasa di kelas prasekolah merupakan lanjutan dari pemerolehan bahasa di rumah (Lindfors, 1980) iaitu
melalui penerokaan.(exploratory play).

Hakikat yang ternyata di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap pengajaran bahasa di bilik kelas
prasekolah. Ia membayangkan bahawa angkubah guru sebagai model bahasa dan pengajar bahasa
mempunyai hubungan yang rapat. Dari sudut yang lainnya bahawa amalan pendekatan, prosedur dan
teknik mengajar serta bahan pengajaran yang digunakan oleh guru juga mempunyai hubungan dengan
keberkesanan pembelajaran bahasa di bilik kelas prasekolah.


5.5 Cadangan Untuk Penyelidikan Lain Pada Masa Akan Datang.
Penyelidik memang menyedari tentang beberapa batasan penyelidikan ini. Pertama penyelidikan ini
dijalankan terhadap kanak-kanak peringkat prasekolah di pusat prasekolah Daerah dan respondannya
adalah terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi yang pelbagai. Kanak-kanak
prasekolah di luar bandar dan dalam bandar , dan kanak-kanak pada peringkat umur yang sama dan
umur yang berbeza-beza. Ketiga adalah pemerhatian pengajaran slot bahasa dan komunikasi terhadap
kanak-kanak prasekolah dibuat dalam satu tempoh masa yang amat singkat. Memandangkan pemilihan
sampel dibuat oleh pengkaji dengan mengambil kira jangka masa untuk pemerhatian agak singkat
berbanding beberapa kajian yang pernah dibuat oleh Brown (1973) dan Wells (1981) yang memakan
masa selama satu tahun, maka sudah pastilah kajian ini hanya mampu membuktikan beberapa ciri umum
amalan peadagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dari bacaan dan tulisan. Penyelidikan jangka
panjang mungkin lebih memberi input yang lebih banyak . Banyak unsur lain yang akan dicungkilkan
untuk menjadi renungan kita bersama.
Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan ini amat menggalakkan dan perlu diperkemaskan lagi kaedah
kajian atau penyelidiakan yang sedia ada ini agar dapat pola-pola pengajaran slot perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penyelidikan ini yang dijalankan
secara deskriptif mungkin akan diperkemasakan menjadi kajian yang bercorak kuantitatif yang lebih
mantap.
Dengan pembatasan dan implikasi kajian ini maka pastilah ia dapat dijadikan sebagai landasan baru
untuk kajian-kajian bahasa kanak-kanak yang selanjutnya, khususnya tentang perkara-perkara seperti
berikut:-
5.5.1 Penyelidikan jangka panjang (longitudinal) terhadap amalan pedagogi pengajaran bahasa dan
komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah bandar atau luar bandar.
5.5.2 Penyelidikan terhadap faktor-faktor sosio-psikologi dalam pengajaran slot perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak prasekolah.




Bibliografi

Bergen, D. (1988). Using a schema for play and learning. In D. Bergen (Ed.), Play as a medium for
learning and development. Portmouth, NH: Heinemann.

Bernstein, B. (1962). Social Class, Linguistics Codesw and Grammatical Elements. Language and
Speech, 5, hlm 221-240.

Cazden, C. (1972). Child Language and Education. New York: Holt, Rinehart dan Winston.

Cohen,D.H. (1972). The Learning Child. New York: Pantheon.

Ferreiro, E., & Teberosky, a. (1982). Literacy before schooling. Portsmouth, NH: Heinemann.

Janice, J. Beaty, (1998). Observing Development of the Young Child.New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Gentile, L.M., & Hoot, J.L. (1983). Kindergarten play: The foundation of reading. Reading Teacher, 36,
436-439.

Goodman, Y, (1986). Children coming to know literacy. In W.H.Teale & E. Sulzby (Eds.), Emergent
literacy: Writing and reading. Norwood, NJ: Ablex

Gordon, A.M., & Browne, K.W. (1995). Beginning and Beyond: Foundation in Early Childhood Education:
Delmar Publishers Inc.

Greenberg, M. (1979), Young Children need music. Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall.

Hawkins, D. (1965). Messing about in science. Science and Children, 2(5).

Kamaruddin Hussin, (1986). Kaedah Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa. Subang Jaya, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti

Krashen, S.D. (1981). Second Language Acquisition and Secong Language Learning in the Classroom.
Oxford: Pergamon Press.

Lay-Dopyera, M. & Dopyera, J. (1993). Becoming a Teacher of Young Children. USA: McGraw-Hill, inc.

Linfors, J.W. (1980). Childrens Language and Learning. Englewood Cliffs: Prentice Hall, Inc.

Mason, J. (1986). Kindergaten reading: A proposal for a problem-solving approach. In Spodek (Ed.),
Todays kindergarten: Exploring the knowledge base, expanding the curriculum. New York: Teachers
College Press.

Morrison, G.S. (1995). Early Childhood Education Today. Englewood Cliffs, New Jersy: Prentice Hall.

Newport, E.L., Gleitmann, H dan Gleitman, L.R. (1979). Mother, Id rather Do It Myself: Some Effects and
Non-Effects of Maternal Speech Acts. Dalam P. Fletcher dan M. Garman, Language Acquisition-Studies
in First Language Development. Cambridge: Cambridge University Press.

Nurss, J.R. Research in Review: Linguistic Awareness and Learning to Read. Young Children,March
1980.

Pellegrini, A.D. (1980). The relationship between kindergartens play and achievement in pre-reading,
language and writing. Psychology in the schools, 17, 530-535.

Ringler, N. (1978). A Longitudinal Study of Mothers Language. Dalam N. Waterson dan C. Snow (Eds).
The Development of Communication. Chichester: John Wiley and Sons.

Shazts, M. dan Gelman, R. (1977). Beyond Syntax: The Influence of Coversational Constrains on
Speech Modification. Dalam Talking to Children: Language Input & Acquisition, ed.C.E. Snow dan C.A
Ferguson. Cambridge: Cambridge University Press.


Saracho, O.N. (1990). Developmental sequences in three-year-old childrens writing. Eraly Child
Development and Care.

Schrader, C.T., & Hoffman, S. (1987). Encouraging childrens early writing efforts. Day Care and Early
Education.

Seifert, K.L, & Hoffnung, R.J. (1991). Child and adolescent development. (2nd ed). Boston: Houghton
Mifflin.

Snow, C. (1972). Mothers Speech to Children Learning Language. Journal Child Developent. 43 (1972)
hlm. 549-65.

Spodek, B., & Saracho, O.N. (1988). The Challenge of education play. In D.Bergen (Ed.), Play as a
medium for learning and development. Portsmouth, NH: Heinemann.

Temple, C.A., Nathan, R.G., & Burris, N.A. (1993). The beginnings of writing. Boston: Allyn and Bacon.

Vierra, A. & Pollock,J. (1992). Readingf Education Research. Scottsdale: Gorsuch Sewishirch.

Vygotsky, L. (1978). Mind and society. Cambridge: Havard University Press.

Walter, R. Borg & Meredith Damien Gall. (1979), Educational Research : An Introduction. 3rd Edition,
New York, London: Longman.

Wells, G. (1985). Language and Development in the Pre-School Years. Cambridge: Cambridge University
Press.

Вам также может понравиться