Вы находитесь на странице: 1из 6

1.

0 Konsep Baju Melayu


Baju Melayu (bahasa Arab: ) ialah pakaian tradisional dan kebangsaan
lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan
panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju
Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju
Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk
bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.
Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura oleh orang-
orang Melayu, walaupun penggunaannya di Singapura biasanya terhad kepada hari
Jumaat di masjid, dan Aidil-fitri. Lelaki Brunei dan Malaysia biasanya memakai baju
untuk majlis-majlis keagamaan yang umum, seperti melawat masjid atau untuk
perhimpunan agama. Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di
acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan. Sesetengah syarikat
membenarkan pekerja lelaki mereka untuk memakai baju Melayu pada hari Jumaat,
sedangkan yang lain telah ia sebagai satu dasar.[perlu rujukan] Pada keseluruhan
Singapura sering merujuk kepada sebagai sebuah baju Kurung, walaupun istilah ini di
Malaysia biasanya hanya merujuk kepada pakaian yang sama bagi wanita.
Di Indonesia, kedua-dua Baju Melayu dalam kedua-dua gaya kolar (dan lain-lain
pakaian Melayu seperti baju Kurung) adalah popular di wilayah besar dengan penduduk
Melayu seperti Riau, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan wilayah beberapa yang
lain. Baru-baru ini, baju Melayu telah menjadi lebih popular dan dipakai bukan sahaja di
acara-acara tradisional, tetapi juga di majlis-majlis rasmi.[perlu rujukan] Pegawai
kerajaan yang memakai baju Melayu dengan bangganya semasa acara-acara rasmi
(acara kebangsaan). Ia juga dipakai sebagai pakaian seragam dalam Silat, seni
mempertahankan diri tradisional Melayu.
Baju Melayu bewarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan
benang emas dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan
semasa acara-acara rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti
sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong rasmi.
2.0 Sejarah Pemakaian Baju Melayu
Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan
Muhammad Shah, Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu
Melaka. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang
Melayu memakai cara atas angin (Arab, India & Eropah) serta cara bawah angin (China
& Khmer).[perlu rujukan] Pada hari jumaat juga semua lelaki Melayu dikehendaki pergi
ke masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan
wangian kasturi. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam
masjid sahaja.
Baju Melayu, baju Sikap atau baju Layang adalah berlengan pendek (3 suku).
Ada juga baju Melayu yang dibuat tidak berlengan. Baju Melayu asalnya semua dicipta
dengan gaya leher teluk belanga dan gaya leher cekak musang hanya boleh dipakai
oleh Raja atau Sultan sahaja.[perlu rujukan] Seluar juga adalah pendek paras betis kaki
semasa zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil atau Sultan Abdul Jalil IV diangkat
menjadi Sultan Johor. Setelah mangkatnya Sultan Mahmud Shah II (mangkat dijulang)
pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan
memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali
(seluar). [perlu rujukan] Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan
berpesak. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau
campuran yang selesa dipakai.
Gambar 1 : Pemakaian baju Melayu pada zaman kini
3.0 Ciri-ciri Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa
pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk
Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali
Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah
punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua manakala baju
perempuan pula labuhnya hingga bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak
berkocek. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan pada bahagian leher
seperti mata lalat, tulang belut dan insang pari.
Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pakaian
tersebut telah diubah mengikut cadangan Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad,
Menteri Besar Johor Pertama, kocek pada baju lelaki ditambah menjadi tiga dan alas
lehernya halus seperti baju perempuan dan diadakan satu kocek pada baju perempuan.
Seluar yang dipakai disebut 'seluar kabul' yang bertongkah atau bertakak seperti seluar
Cina dan kakinya lebih luas dari seluar yang dipakai dengan pakaian barat. Pada masa
itu terdapat beberapa jenis seluar yang dipakai oleh orang lelaki iaitu;
seluar sampak ( paras peha )
seluar katok ( paras lutut )
seluar Acheh ( paras betis )
seluar panjang iaitu seluar pakaian orang barat.
Bagi menseragamkan pakaian, seluar Cina telah ditetapkan yang mana ianya
bertongkah atau bertakak iaitu terdapat sambungan kain dibahagian atas seluar bagi
membolehkan diikat tanpa menggunakan tali pinggang. Pakaian tersebut dilengkapkan
dengan kain Samping yang dipakai secara dagang dalam samada dari kain pelikat, kain
Bugis, kain mastuli atau kain sutera. Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai
selabuh paras lutut atau kebawah lutut. Kain dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak
Raja dan Tuan Sayed.

Almarhum Sultan Abu Bakar juga menetapkan supaya songkok dipakai bersama
Pakaian Melayu. Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar, Jaafar bin Haji Muhammad menetapkan supaya songkok dijadikan pakaian
Melayu Johor. Sepatu seperti yang dipakai dengan pakaian barat atau selipar yang
bertekat dengan manik atau kelingan atau benang sutera dipakai bersama pakaian
Melayu.







Gambar 1 : Pemakaian Baju Teluk Belanga oleh kerabat DIraja Johor







Gambar 2 : Ciri utama Baju Teluk Belanga



4.0 Fungsi Baju Melayu
Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya
terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak
Musang. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia
sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan
tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai
bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan,
kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga
amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu
kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan songket. Pada acara-acara
biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain
pelekat atau kain tenun sutera.






Gambar 1 : Baju Teluk Belanga diperaga sewaktu menghadiri majlis kenduri
Baju Kurung Teluk Belanga merupakan pakaian adat Negeri Johor dari songket
jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan sampin bunga penuh dan tengkolok
ikatan Dendam Tak Sudah. Ianya juga turut dilengkapi dengan tenunan sutera dan
songket sarat ikatan pembesar.


5.0 Pakaian Yang Diperaga Semasa Pameran














Gambar 1 : Baju Teluk Belanga yang diperaga

Вам также может понравиться