Вы находитесь на странице: 1из 18

1

1.0 Pengenalan
Pendidikan Seni di dalam sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program
pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan
daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping
mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di
sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka
bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang
berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di
dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni,
membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu,
pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang
original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea
semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2

Transformasi kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan
dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun
hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui
trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh
serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan
Januari 2011 bertujuan meningkatkan minat murid terhadap setiap mata pelajaran.
KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.Pengajaran
dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku
teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ini juga melibatkan mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pendekatan tersebut menjadikan teknik P&P menjadi
lebih menarik.
Murid-murid yang kini telah mengaplikasikan KSSR kini berada di tahap satu, iaitu
darjah satu dan dua. Mereka merupakan salah satu langkah kerajaan bagi
meningkatkan prestasi pendidikan di Malaysia. Namun begitu, KBSR kini masih
digunapakai oleh darjah tiga hingga enam.






3

2.0 Banding beza KSSR dan KBSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)

Matlamat
Murid dapat menguasai dan menghargai
bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan sebagai alat perpaduan
dengan baik dan memuaskan
Murid seharusnya boleh menulis karangan
dan surat kiriman yang tepat dengan
maksud dan tajuk serta memahami dan
boleh mengisi borang- borang yang sesuai
dengan keperluan seharian.

Isi kandungan
KBSR merangkumi 3 bidang iaitu
komunikasi, manusia dan alam sekeliling
dan perkembangan individu. Pendidikan
Seni Visual termasuk dalam bidang
perkembangan diri individu dalam
komponen kesenian dan kesihatan.








Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)

Matlamat
Meningkatkan penguasaan murid- murid
sekolah rendah khususnya dalam bahasa
melayu dan bahasa inggeris.
Tertumpu kepada penguasaan kemahiran
asas teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai



Isi kandungan
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah
rendah mengambarkan, membuat corak
dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan serta mengenal kraf tradisional.
Organisasi kandungan dalam 4 bidang
tersebut disusun berasaskan kepada
standard kandungan persepsi estetik,
aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan
apresiasi seni.
Reka bentuk kurikulum berasaskan
enam tunjang iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, perkembangan fizikal dan
estetika, sains dan teknologi,
4



Pendekatan
Dari segi susunan fizikal, kerusi dan
meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan
Lebih bersifat berpusatkan pelajar dan
pengelibatan mereka secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
amat digalakkan
Bahan pengajaran dan hasil pembelajaran
juga diletakkan di ruang belajar-
timbulkan suasana bili k darjah yang
menarik dan merangsang proses
pengajaran dan pembelajaran

Membuat corak dan rekaan
Capan
Gosokan
Tekapan
Kolaj
Gurisan
Titisan
Lakaran
Cetakan
Lipatan/Guntingan

Reka bentuk kurikulum:
Linear

ketrampilan diri

Pendekatan
Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua
aspek kehidupan







Membuat corak dan rekaan
Terancang :
1. Capan
2. Lukisan
Tidak Terancang :
1. Renjisan dan percikan
2. Titisan

Reka bentuk kurikulum:
Modular

5

membentuk dan membuat binaan
1. Binaan mudah
2. Topeng muka
3. Origami mudah

Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis
dan Kreatif Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)




membentuk dan membuat binaan
1. Model
2. Origami

Elemen Kreativiti dan inovasi,
keusahawanan serta teknologi Maklumat
dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus:
4M (Membaca, menulis, mengira dan
menaakul)



Jadual di atas menunjukkan perbezaan antara kedua-dua kurikulum iaitu KSSR
dan KBSR. Kedua-dua sukatan ini sememangnya menjadi salah satu panduan kepada
guru-guru untuk sesi P&P yang lebih menari, berkesan dan mencapai matamatnya.
Namun begitu, apabila diteliti dengan lebih mendalam perbezaan antara KSSR dan
KBSR ini tidaklah terlalu jauh. Rangkaan yang dilaksanakan mempunyai perkaitan dan
berkesinambungan.
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sememangnya menjadi salah satu
subjek yang penting di sekolah rendah. Dalam KSSR, mata pelajaran ini dijenamakan
semula dan diberi sedikit nafas baru. Ia dikenali sebagai dunia seni visual yang kini
diajar kepada darjah satu dan dua di sekolah rendah. Boleh dikatakan kurikulum baru
yang diperkenalkan oleh pihak kementerian pelajaran lebih memudahkan guru dan
murid. Terdapat empat tumpuan utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yag
kritisan dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
6

Perbezaan pertama yang dapat dilihat dalam KSSR dan KBSR ialah mengenai
matlamat KSSR dan KBSR itu sendiri. Matlamat bagi KBSR ialah agar Murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Hal ini bermaksud KBSR adalah lebih
berfokus kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
digunakan secara meluas di sekolah rendah dan sekolah menengah. Melalui KBSR,
murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan
maksud dan tajuk serta memahami dan boleh mengisi borang- borang yang sesuai
dengan keperluan seharian. Hal ini bermaksud murid- murid dapat berdikari dalam
penulisan karangan dan memahami kehendak soalan. Hal ini akan melahirkan murid
yang yakin dalam menjawab soalan semasa ujian kerana mereka sudah biasa dengan
karangan yang mereka bina. Manakala matlamat KSSR pula ialah meningkatkan
penguasaan murid- murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa melayu dan
bahasa inggeris. hal ini bermaksud murid sekolah rendah lagi sudah didedahkan
dengan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa melayu agar mereka lebih mahir
menggunakan kedua- dua bahasa ini. Berbanding dengan KBSR, bahasa Inggeris tidak
diketepikan dan kedua bahasa ini wajib dipelajari di sekolah rendah. Penggunaan
bahasa lnggeris ini adalah untuk memastikan murid- murid dapat berpeluang belajar
bahasa dunia dan tidak ketinggalan dengan murid daripada negara lain. Selain itu,
KSSR juga tertumpu kepada penguasaan kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
KSSR juga menekankan agar murid- murid menjadi celik IT dan mempunyai sahsiah
yang tinggi. Hal ini selaras dengan JERI iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang
dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi. Matlamat KSSR juga ingin memupuk nilai
yang baik terhadap murid- murid di sekolah.

Selain itu, perbezaan KBSR dan KSSR juga dapat dilihat melalui isi kandungan
kurikulum tersebut. KBSR merangkumi 3 bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
sekeliling dan perkembangan individu. Pendidikan Seni Visual termasuk dalam bidang
perkembangan diri individu dalam komponen kesenian dan kesihatan. Komunikasi
bermaksud alat perhubungan antara seorang manusia dengan manusia yang lain.
7

Komunikasi ini sangat penting untuk menyampaikan maklumat dan berita. Dalam
bidang KBSR, aspek komunikasi ini sangat penting untuk menyampaikan maklumat
yang ingin disampaikan oleh guru terhadap murid- murid. Guru perlu mempunyai
komunikasi yang baik supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh
murid. Bidang yang kedua pula ialah manusia dan alam sekeliling. Melalui KBSR, murid
disarankan untuk memahami manusia seperti rakan dan ibu bapa dan alam sekeliling
bermaksud alam sekitar murid tersebut. Sebagai contoh persekitaran bilik darjah, murid
seharusnya tahu apa yang boleh dilakukan di bilik darjah dan apa yag tidak boleh
dilakukan di bilik darjah. Bidang yang seterusnya ialah perkembangan individu.
Perkembangan individu bermaksud perkembangan seseorang tersebut meningkat
dewasa. Melalui KBSR ini murid diminta memahami dan mengetahui perkembangan
individu seseorang insan yang lain. Manakala KSSR pula isi kandunganya ialah
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengambarkan, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi
kandungan dalam 4 bidang tersebut disusun berasaskan kepada standard kandungan
persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Hal ini bermaksud
melalui KSSR, murid didedahkan dengan hasil- hasil kraf tangan dan cara- cara untuk
membinanya seperti membina dan melakar kraf tangan tersebut. Selain itu, Reka
bentuk KSSR kurikulum berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap
dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi,
ketrampilan diri. Nilai- nilai kerohanian dan sikap yang baik haruslah turut sama
membangun bersama- sama kemajuan intelek murid- murid. Nilai kerohanian
seharusnya wujud agar murid tidak akan mengalami kerosakan akhlak dan moral.

Perbezaan KSSR dan KBSR yang ketiga ialah melalui pendekatan yang
digunakan. Melalui KBSR, dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun
mengikut kaedah kumpulan. Hal ini akan memudahkan murid untuk melakukan kerja
secara berkumpulan dan memudahkan mereka untuk berbincang. KBSR juga lebih
bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat digalakan. Hal ini bermaksud KBSR ini
menggalakan murid untuk berfikir dan sering mengajukan soalan kepada guru. Ini akan
8

menghasilkan perhubungan secara dua hala dengan guru tersebut. Dengan itu
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menghiburkan kerana murid akan
turut serta dalam pembelajaran tersebut. Guru harus memberikan galakan kepada
murid untuk bertanya. Selain itu, Bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga
diletakkan di ruang belajar- timbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan
merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid akan lebih
mudah untuk melihat dan meningat tentang bahan pembelajaran yang dihasilkan oleh
mereka. Biasanya guru akan menyediakan ruang di belakang untuk meletakan bahan
pembelajaran bagi memudahkan mereka melihat. Melalui KSSR pula, pendekatan
pemerhatian secara aktif digunakan. Pendekatan pemerhatian secara aktif ini
bermaksud pemerhatian tingkah laku murid tersebut sambil guru menganalisis tindakan
murid tersebut dan mencatatkannya. Seterusnya guru boleh mencari jalan penyelesaian
untuk mengatasi masalah murid tersebut. Selain itu, KSSR juga menggalakan murid
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Murid boleh menghasilkan
bahan mereka sendiri tanpa mengharapkan guru akan memberikan alatan kepada
mereka. KSSR juga menggalakan murid apresiasi seni visual secara mudah dan
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Perbezaan KSSR dan KBSR yang seterusnya ialah membuat corak dan rekaan.
KBSR telah menggunakan banyak aktiviti dalam kegiatan membuat corak dan rekaan.
Antaranya ialah, capan, gosokan, tekapan., kolaj, gurisan, titisan, lakaran, cetakan,
lipatan dan guntingan. Sukaran KSSR pula boleh dibahagikan kepada dua aktiviti iaitu
terancang dan tidak terancang. Terancang ini bermaksud aktiviti terancang merupakan
sesuatu P&P yang telah diberikan panduan dan murid-murid harus mengikuti spesifikasi
hasil yang dikehendaki. Sebagai contohnya hari ini guru ingin mengajar tentang aktiviti
mewarna, guru haruslah memastikan murid mengikuti aktiviti mewarna burung yang
disediakan oleh guru dan tiada murid yang melakukan kerja lain seperti melukis atau
sebagainya. Manakala tidak terancang adalah lebih bebas, di mana tiada spesifikasi
yang dikehendaki guru. Hasil seni yang dilakukan murid adalah lebih bebas dan tidak
terikat dengan kehendak guru. Murid boleh melakukan aktiviti yang berbeza mengikut
kegemaran mereka.
9

Perbezaan yang seterusnya ialah membentuk dan membuat binaan. Melalui
KBSR, murid lebih berfokus untuk membina binaan mudah, topeng muka dan origami
mudah. Binaan mudah ini bermaksud binaan yang tidak memerlukan murid untuk
memerah akal mereka untuk berfikir cara mereka membina bahan yang ingin dibina.
Sebagai contoh melukis gambar buah menggunakan pensil. Murid juga didedahkan
dengan pembuatan topeng muka da origami yang mudah. Manakala KSSR pula murid
didedahkan dengan model dan origami yang lebih kompleks. Sebagai contoh
pembinaan burung dalam bentuk 3 dimensi. Namun sebelum itu, guru haruslah
mengajar murid tersebut cara untuk membina origami tersebut. Model pula merujuk
kepada bahan yang dibina untuk mengambarkan benda sebenar. Sebagai contoh guru
menyuruh murid untuk membina acuan tanah liat untuk membentuk mangkuk dan labu
air. Perbezaan yang seterusnya ialah reka bentuk kurikulum. KBSR berbentuk linear
manakala KSSR bersifat modular. KBSR juga lebih tertumpu kepada 3M iaitu mengira,
membaca dan menulis. 3M ini merupakan asas untuk murid- murid memahami
pembelajaran dalam kelas. Manakala KSSR pula lebih berfokus kepada 4M. Maksud
4M ini ialah mengira, menulis, membaca dan menaakul.










10

3.0 Kepentingan proses pengajaran dan pembelajaran dalam konsep 5P
Terdapat lima strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Strategi yang ditekankan itu ialah penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,
pemulihan dan pengayaan. Sebenarnya, konsep 5P ini merupakan salah satu aspek
penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang
bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan pelajar berasa bosan dalam sesi
pembelajaran dalam kelas.
Konsep 5P yang pertama ialah penggabungjalinan. Pengabungjalinan
bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang
bersepadu dan menyeluruh. Strategi ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara
satu sama lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu
pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji
Husin, 1990). Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang
berlainan (inter bidang) atau bidang yang sama (intra bidang).
Pertama, aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan
menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi pelajaran dalam
satu pengajaran, Raminah Sarban dan Rahim Syam (1987:67). Kemahiran-kemahiran
akan digabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Kedua iaitu aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan
tersusun semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan melahirkan
murid yang berdisiplin, kerana mereka akan mengikut peraturan tatabahasa.
Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan dengan
aktiviti kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan atau perbahasan,
membaca teks yang mengandungi peribahasa dan kosa kata (sama ada umum atau
istilah), atau melalui latihan penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam
pelbagai genre penulisan.
11

Penggabungjalinan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pengabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran lain, penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam
satu mata pelajaran, dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

Pendidikan Seni Visual dalam penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam
satu mata pelajaran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis,
mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Kesemua kemahiran ini haruslah ada dalam
sesi pembelajaran dalam kelas. Sebagai contoh pengaplikasian penggabungjalinan ini
ialah, cikgu akan menyuruh murid-murid melukis sebuah kenderaan yang mereka ingin
minati kemudian mewarna kenderaan tersebut. Pada masa yang sama, guru akan
menterapkan murid-murid dengan kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran
yang utama cikgu tersebut ingin terapkan ialah kemahiran berfikir dan melukis. Guru
memberikan galakan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis untuk memikirkan
kenderaan yang mereka minati. Murid akan dapat berfikir dengan mendalam cara
mereka melukis kenderaan yang mereka minati tersebut. Kemahiran sampingan ialah
kemahiran yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna.

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya dalam Pendidikan Seni Visual ialah
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Dalam meningkatkan
kemahiran dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual,
penting bagi murid untuk mengatahui dan didedahkan dengan penggabungjalinan
antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Sebagai contohnya, kemahiran
daripada Pendidikan Seni Visual boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Sains.
Bagi mata pelajaran Sains, pelajar perlu mengenal pasti bagaimana kejadian kitaran
hidup seekor haiwan berlaku. Murid-murid perlu melukis carta aliran dan mewarna
proses-proses kejadian kitaran hidup seekor haiwan tersebut. Sebagai contoh guru
memilih haiwan katak untuk dilukis kitaran hidupnya. Murid akan melukis dan
mewarnakan kitaran hidup katak yang telah murid bina. Oleh itu, kemahiran dalam
Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dengan mata
pelajaran Sains secara tidak langsung.

12

Penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan merentas kurikulum.
Penggabungjalinan jenis ini melibatkan kemahiran-kemahiran belajar untuk belajar,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran
pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik. Manakala yang dimaksudkan dengan
penggabungjalinan merentas kurikulum ialah kemahiran di luar pembelajaran.
Contohnya dalam menghasilkan catan, pelajar haruslah berfikir secara kreatif
bagaimana hendak menghasilkan catan yang unik dan menarik. Guru juga haruslah
menggalakan murid mencipta catan mereka sendiri tanpa bantuan dan pertolongan
daripada guru mereka.

Konsep 5P yang seterusnya ialah penyerapan. Penyerapan merupakan proses
menyerapkan dan menyatukan ilmu pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke
dalam satu mata pelajaran. Terdapat beberapa jenis penyerapan merangkumi proses
menyerapkan dan menyatukan ilmu daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu
mata pelajaran. Pertama iaitu penyerapan pengetahuan atau isi pelajaran. Dalam tahap
satu, penyerapan mata Pendidikan Seni Visual seperti isi pengetahuan yang berkaitan
melukis, mewarna dan hasil kraf tangan diserapkan dalam pelajaran bahasa. Murid
akan memperoleh pengetahuan dalam isi kandungan mata Pendidikan Seni Visual, di
samping dapat menguasai kemahiran bahasa. Pengajaran akan lebih kukuh sekiranya
penyerapan pengetahuan diserapkan. Selain itu, Kelebihan penyerapan pengetahuan
dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih menarik dan murid akan lebih mudah memberikan perhatian semasa
pembelajaran. Apabila guru mewujudkan aktiviti seperti melukis dan mewarna, secara
tidak langsung aktiviti ini dapat menimbulkan minat mereka untuk belajar dan
seterusnya dapat mengelakan murid berasa bosan dan mengantuk dalam kelas. Selain
itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pastinya lebih produktif dan efektif. Seterusnya
ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain menjadikan
murid-murid lebih seronok menjalani P&P guru. Contohnya, guru boleh menambahkan
pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah seni visual
serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar
13

kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja malahan menambah pengetahuan
murid mengenai sejarah-sejarah seni visual.
Jenis penyerapan seterusnya ialah penyerapan kemahiran berfikir dan
kemahiran nilai tambah. Kemahiran berfikir perlu diserapkan dalam aktiviti pengajaran.
Contoh-contoh kemahiran berfikir yang boleh diserapkan dengan pelajaran bahasa
ialah menentukan urutan, meramalkan, menyelesaikan masalah dan lain-lain. Namun
demikian, kemahiran nilai tambah seperti kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran kontruktivisme, dan pembelajaran konteksual juga perlu diserapkan
dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan murid
serta sumber yang ada. Pemilihan bahan perlulah sesuai dan hal ini dapat
mengelakkan kebosanan di kalangan murid. Murid memperolehi pengetahuan dan
pengalaman secara tidak lansung, di samping mempelajari kemahiran bahasa
Konsep 5P yang seterusnya ialah penilaian. Penilaian bertujuan mendapat
maklumat tentang kesan dan pencapaian objektif pengajaran atau pembelajaran,
berdasarkan perlaksanaan pengajaran. Strategi penilaian terbahagi kepada dua jenis.
Pertama, penilaian formatif iaitu penilaian serta-merta untuk mengesan penguasaan
kemahiran yang baru disampaikan. Ujian digunakan untuk mengetahui tentang
seseorang. Contoh ujian yang boleh dibuat, seperti dalam bentuk lisan (termasuk
bacaan atau kuiz), pemerhatian, amali atau menjawab soalan bertulis. Guru hendaklah
mengesan kemajuan murid dalam unit pembelajaran yang diajar, di samping dapat
mengesan perkembangan pembelajaran murid-murid. Oleh itu, guru mengetahui
penguasaan murid dalam kemahiran yang diajar dan juga nilai yang ditanamkan dalam
pengajaran. Murid juga mengetahui kelemahan mereka dan berusaha untuk segera
mengatasinya.
Kedua iaitu penilaian sumatif yang bertujuan untuk mengetahui keseluruhan
tahap pencapaian murid di akhir pembelajaran. Matlamat utamanya untuk memberi
markah atau gred kepada seseorang murid dan biasanya dijalankan di akhir penggal.
Markah akan diserahkan kepada penjaga. Daripada maklumat pencapaian, guru dapat
mengenal pasti dan menilai keberkesanan bahan, teknik dan kaedah pengajaran.
14

Penilaian ini juga digunakan oleh guru untuk menentukan siapa yang memerlukan
aktiviti pemulihan atau penggayaan. Melalui penilaian, guru dapat mengenal pasti
masalah murid yang bermasalah dan murid yang tidak bermasalah. Seterusnya guru
dapat mencari langkah untuk membantu mereka.
Pemulihan ialah strategi untuk membantu murid yang bermasalah dalam
penguasaan sesuatu kemahiran atau aktiviti pelajaran. Guru hendaklah menyedari
perbezaan kebolehan murid yang cepat, sederhana atau lambat menguasai sesuatu
kemahiran atau menerima sesuatu isi kandungan pelajaran yang diajar. Proses ini
untuk membantu murid yang bermasalah pembelajaran atau bermasalah dalam
penguasaan kemahiran asas. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual, terdapat
murid yang tidak dapat menguasai kemahiran dalam melukis. Guru dapat mengenal
pasti kelemahan tersebut. Oleh itu, guru haruslah menggunakan teknik pemulihan
dengan mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali. Hal ini memberikan
peluang kepada murid untuk menggembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran
dan membangkitkan minat mereka untuk terus mencuba. Guru juga boleh memberikan
latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah. Guru juga boleh menggunakan tenaga
murid pintar untuk mengendalikan gerak kerja pengukuhan melalui pembelajaran rakan
sebaya.
Pengayaan merupakan strategi untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman,
di samping mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah
(1994), proses ini memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepimpinan. Namun, penekanan
yang diberikan berbeza-beza mengikut tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat
pelajar. Contoh bagi aktiviti pengayaan adalah seperti bacaan tambahan, kerja-kerja
projek, serta permainan dan rekreasi. Aktiviti bacaan tambahan yang boleh dijalankan
seperti membaca buku cerita, majalah, risalah, atau kad bacaan yang mengandungi
tema yang sesuai. Kerja-kerja projek pula seperti mengadakan lawatan, perlaksanaan
minggu bahasa, membuat laporan, menulis cerita, dan sebagainya. Guru juga boleh
melakukan aktiviti permainan dan rekreasi seperti mencari benda tersembunyi, teka
silang kata, meneka bunyi, permainan sahiba, dan lain-lain. Guru hendaklah mencipta
15

aktiviti yang boleh melahirkan pemikiran kreatif dan kritis pelajar. Peluang sama rata
kepada pelajar juga perlu diberikan, bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial yang
sedia ada. Hal ini seterusnya, akan meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri
pelajar.
Pengayaan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh diaplikasikan
dengan cara guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang
tertentu untuk meningkatkan dan menambah minat murid-murid dalam mata pelajaran
seni. Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran agar mereka
melahirkan daya kreatviti tersendiri dan sekali gus memberikan pengayaan secara tidak
langsung.


16

4.0 Kesimpulan
Tuntasnya, terdapat beberapa perbezaan dalam KBSR dan KSSR. Namun begitu,
perbezaan KBSR dan KSSR ini tidaklah begitu besar dan sebenarnya saling berkaitan
dengan satu sama lain. KSSR juga merupakan kesinambungan daripada KBSR. KSSR
ini dibina bagi menambahbaik kelemahan yang terdapat pada KBSR. Selain itu, Kedua-
duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk melahirkan murid yang dapat menjadi
modal insan yang baik untuk memimpin negara pada masa hadapan dan mempunyai
semangat patriotik yang tinggi. Sebagai guru, kerjasama dan komitmen yang tinggi
perlulah diberikan agar cita-cita negara untuk menjadi negara yang maju dapat dicapai
dengan sempurna.
Konsep 5P merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam subjek
Pendidikan Seni Visual yang menekankan lima jenis aktiviti. Aktiviti yang dimaksudkan
ialah penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Konsep ini
juga boleh digunapakai dalam subjek lain yang berkaitan dengan Pendidikan Seni ini.
Selain itu, Konsep ini sangat penting bagi mewujudkan suasana belajar dalam kelas
dan murid berasa seronok untuk belajar.
Konsep 5P ini yang diaplikasikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ini turut membantu guru dalam memastikan kemahiran dan pencapaian murid berada
pada tahap yang dikendaki serta mencapai objektif yang ditetapkan. Murid juga akan
lebih menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran apabila konsep ini dapat
diaplikasikan dalam kelas.


17

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Seni Visual
ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai
bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan,
saya mula lebih mengenali serta memahami tentang pendidikan seni yang sebelum ini
saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak
membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada
para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Pendidikan Seni Visual ini
dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan
tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan
yang sempurna.

Saya juga mula merasai kepentingan Pendidikan Seni Visual ini terhadap diri
saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan
untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya
sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan
menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini.
Melalui pembelajaran ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat
persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang
saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim
antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua
rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
18


Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-
rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan
meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk
berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki
kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa
hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang
mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama bangsa dan negara.

Вам также может понравиться