Вы находитесь на странице: 1из 17

1

PENDAHULUAN
Kanak-kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptaan melalui kreativiti dan mempunyai
naluri terhadap rentak dan ritma. Mereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai
kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi
(1983;11)
Kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang
tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti
bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan,
perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan
intelektual mereka.
Secara umumnya, seni dalam pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang seperti
muzik, teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Mata pelajaran yang anda
sedang ikuti ini diberi nama Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini hanya menyentuh
bidang Seni Visual, Muzik dan pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-
kanak.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat
jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu
menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru
perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang
mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.
Sehubungan itu, seseorang guru itu perlu mempelajari seni dalam pendidikan supaya
dapat mengaplikasikan pelbagai strategi bagi murid memperoleh ilmu pengetahuan melalui
2

proses pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan menerusi penerokaan, memperoleh
pengalaman dan eskpresi seni dalam pendidikan.
1.1 Bagaimana Guru Dapat Mengaplikasikan Pelbagai Strategi Bagi Murid
Memperoleh Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran Mata Pelajaran Major ?
1.1.1 Definisi Strategi
Para sarjana telah mendefinisikan strategi dengan pelbagai maksud dan pengertian. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan strategi membawa maksud rancangan yang
teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Merujuk kepada Quinn (1980) pula, perkataan strategi telah didefinisikan sebagai corak
atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi
organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai
perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa
hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana
ianya berpandukan kepada gelagat organisasi.
Strategi menurut Bowman (1897) pula ialah satu penyesuaian yang dilakukan oleh
organisasi di antara sumber-sumber yang diperolehinya atau dimilikinya dengan ancaman-
ancaman atau risiko-risiko serta kesempatan ataupun peluang yang dicipta oleh persekitaran
luaran di mana ia beroperasi.
Setelah meneliti kepada definisi-definisi yang telah dibincangkan di atas, di sini dapat
disimpulkan satu pengertian mengenai strategi. Secara keseluruhannya, strategi dapat dilihat
sebagai satu proses perancangan yang mengambilkira objektif, matlamat dan polisi bagi
sesebuah organisasi. Selain itu, perancangan yang dilakukan perlu mempertimbangkan faktor
persekitaran dan sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi yang berkaitan. Strategi tersebut
perlu dilakukan dalam usaha untuk mencapai matlamat dan kejayaan bagi sesebuah
organisasi.




3


1.1.2 Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual
Konsep Seni Visual
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan
perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka
bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual
ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi
penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang
tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun
perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan
yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau
persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual
Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu membuat
perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan
objektif pengajaran akan tercapai.Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran, ini adalah supaya ,guru-guru
dapat menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan ,manakala pelajar pula merasa
seronok belajar pendidikan seni.
Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh
digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :
1. Pembelajaran masteri
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
4


Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran,
diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran
murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap
tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan
aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha
pemulihan.

2. Kajian masa depan
Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana
dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

3. Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid
5

mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme
kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
4. Kecerdasan pelbagai
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, perceiving and
understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk
kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa.
5. Pembelajaran akses kendiri
Menggunakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Pelajar belajar sendiri menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru. Guru
perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan pelajar,
Pelajar dapat belajar sendiri atau kumpulan sendiri mengikut kemampuan mereka. Pelajar
membuat aktiviti yang disediakan guru secara bebas tanpa tekanan mengikut kemampuan
mereka dan mencari penyelesaian sendiri.
6. Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan
menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
6


Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan
beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam
proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK
secara kritis dan kreatif digunakan.
7. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:
i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif
dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. Aplikasi
ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.

ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.
Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.

iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang
berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti
dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid
7

boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan
dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi pembelajaran seperti,
murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.
8. Pembelajaran konseptual
Pengajian konseptual adalah pelajar belajar bagaimana untuk mengelolakan maklumat dalam
struktur-struktur mental secara logik. Cirinya adalah menumpukan pada prinsip-prinsip
penyusunan fakta-fakta kepada idea-idea. Ianya digunakan untuk penyelesaian masalah bagi
tahap yang lebih tinggi dan ringkasnya ia mentafsirkan maklumat-maklumat yang diberi dan
menggunakannya untuk mencari jawapan. Konsep ini menjadikan pelajar benar-benar
memahami fakta-fakta dan konsep dan boleh membuat kaitan untuk membentuk idea-idea baru
bagi penyelesaian masalah.

9. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap

Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
- Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan
harian.
- Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh
keselesaan/keindahan landskap.
- Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)
8

- Meneroka dan mendapatkan bukti.
- Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
- Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru
- Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek
- Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri
- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.
- Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.
Sehubungan itu, berdasarkan kepada strategi-strategi pengajaran di atas, antara strategi
yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran ialah ;
i) Pembelajaran Kontekstual
Strategi pembelajaran kontekstual ini bersesuaian dengan aktiviti yang terdapat dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana setiap perkara yang diajar dalam mata pelajaran
ini , akan diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya apabila
guru mengajar topik tatacara mengambil air sembahyang kepada pelajar. Topik tersebut
perlu diajar secara teori dan praktikal. Secara teorinya guru akan mengajar mengenai niat
ketika berwuduk, anggota yang terlibat apabila mengambil wuduk dan tatacara mengambil
wuduk mengikut urutan yang betul di dalam kelas. Seterusnya secara praktikal pula, guru
akan menunjukkan demonstrasi kepada pelajar tentang tatacara mengambil wuduk kepada
murid dan seterusnya akan menyuruh setiap murid untuk melakukan praktikal tatacara
mengambil wuduk. (Lihat contoh aplikasi penggunaan strategi pembelajaran kontekstual
dalam Rajah 1).
9

Contoh aktiviti : Tatacara mengambil wudhuk


Rajah 1 : Carta aliran kaedah pengajaran yang menggunakan strategi pengajaran
pembelajaran kontekstual


ii) Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK)
Penggunaan TMK di dalam strategi pengajaran pada hari ini adalah semakin meluas.
Malahan, boleh dikatakan di setiap sekolah telah disediakan Makmal Komputer bagi
memudahkan guru menggunakan TMK sebagai salah satu daripada strategi pengajaran.
Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, aplikasi TMK boleh digunakan bagi menyampaikan
ilmu kepada murid dengan lebih berkesan. Contohnya menggunakan CD-ROM, Komputer
dan LCD . Aplikasi TMK ini amat berkesan untuk mengajar murid mengenai bacaan Al-
Quran. Di mana guru boleh menayangkan atau memperdengarkan teknik bacaan Al-Quran
kepada murid dengan hanya memasangkan CD-ROM ataupun memasang bacaan ayat Al-
Quran yang boleh dimuat turun dari pelbagai laman sesawang yang sumbernya boleh
dipercayai dan iktiraf. (lihat gambar di bawah)
Langkah 1 : Guru mengajar
tatacara mengambil wudhuk
secara teori di dalam kelas
Langkah 2 : Guru menunjukkan
demonstrasi tatacara mengambil
wudhuk kepada murid
Langkah 3 : Guru menyuruh murid
membuat praktikal mengambil
wuduhuk bagi setiap murid
Langkah 4: Murid
mengaplikasikan tatacara
mengambil wudhuk ketika
mahu mendirikan solat di
rumah
10



Gambar 1 : Contoh CD-ROM yang boleh digunakan oleh Guru Pendidikan Islam

2.1 KONSEP PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN
EKSPRESI SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1.1 Penerokaan

Penerokaan membawa maksud menyelidik untuk mengetahui sesuatu yang belum
diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan cara menjelajah. Dalam erti kata lain
meneroka adalah bermaksud menggunakan pelbagai bahan dan
kaedah.Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa
proses ini berlaku guru tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang
dijalankannsebaliknya guru hanya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing
dan membimbing murid untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri
mereka. Guru digalakkan untuk meneroka dengan membuat eksperimen, menyelidik
dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk
menjadikan murid seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pembahagian
dalam penerokaan adalah seperti berikut ;
a) Meneroka Alat dan Bahan

Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti -aktiviti lantai murid juga digalakkan
untuk meneroka pengalamana peralatan. Seperti palang imbangan, palang selari,
11

peti pelana dan gelang. Sesetengah sekolah hanya menggunakan bangku panjang,
meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka rangka panjat sahaja untuk
mendapatkan pengalaman peralatan.

Murid pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat penyesuaian
menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk
bergerak di atas palang, bergayut diatas palang atau tali melompat dari atas meja
atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas
palang bertingkat. Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan barulah
digalakkan untuk memindahkan keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya.


b) Idea dan Isi Kandungan

Murid digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat di dalam
pergerakan seperti aktiviti bidang Menggambar seperti kolaj dengan menggunakan
pelbagai bahan seperti biji-bijian, plastik dan sebagainya.Murid digalakkan mencari
idea asli dengan membuat ekprementasi alat dan bahan.

c) Cara pengelolaan, olahan dan manipulasi

Murid ditahap penggunaan dan kecekapan d sudah bersedia untuk meneroka cara
pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh
melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi. Diatas
pengalaman-pengalaman yang diperolehi itu pelajar seringkali cuba untuk
mempraktikkan lagak ngeri gimnastik artistik sebagai gerak balas kepada perlakuan
gimnastik. Pelajar akan melakukan aksi-aksi seperti dirian tangan, roda kereta,
gulingan dan sebagainya. Kemungkinan ada murid yang meminta bantuan guru
untuk melaksanakan sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan yang
telah mereka tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu bimbingan guru
adalah penting pada peringkat ini.


12

2.1.2 Memperoleh Pengalaman

Pengalaman dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan akan menjana pembelajaran
kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan kognitif, kanak-kanak
menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan idea mereka.

Seni Dalam Pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam,
kepintaran menggunakan tubuh badan dan penajaman persepsi sebagai satu
pengalaman estetik. Aktiviti yang membentuk pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat
penilaian dan bijak membuat pilihan.

2.1.3 Ekspresi Seni Dalam Pendidikan

Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia
untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah:

Perasaan
Lisan
Reaksi
Emosi
Bukan Lisan
Idea

a) Meluahkan perasaan melalui ekspresi mud,idea, maklumat yang berbeza
melalui aktiviti kreatif seni visual, muzik dan pergerakan.

Perkataan perasaan merupakan satu konsep yang susah hendak dihuraikan
tetapi ia hampir sama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai
reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau
yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada
seseorang.
13


Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding
dengan orang dewasa. Jika seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah
laku kanak-kanak, dia mungkin tidak akan memahami kenapa seorang kanak-
kanak itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang
tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian.

Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu itu tidak sama
dengan individu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari
segala segi.

2.2 PERANAN GURU DALAM PDP MENERUSI PENEROKAAN, MEMPEROLEH
PENGALAMAN DAN EKSPRESI SENI DALAM PENDIDIKAN

2.2.1 Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai

Penggunaan BBM yang sesuai oleh seorang guru itu amat penting ketika
menjalankan proses PDP supaya murid lebih memahami mengenai topik yang
dipelajari. Sehubungan itu, guru perlu menggunakan BBM yang sesuai ketika
menjalankan proses PDP supaya dapat mewujudkan proses PDP yang
menyeronokkan menerusi penerokaan, dapat memberi pengalaman baru kepada
murid dan mewujudkan ekspresi seni dalam pendidikan.
Guru perlu mengetahui bahawa BBM bukan hanya terhad kepada buku teks,
papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
semua pancaindera, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para
pelajar. BBM yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan
kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu

- bahan bantu mengajar bukan elektronik
- bahan bantu mengajar elektronik
- bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

14

Namun begitu, walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang digunakan
oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya adalah untuk

a. memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat
verbalistik
b. mengatasi keterbatasan ruang
c. mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan
d. mempersamakan pengalaman
e. membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.
Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam :





15

2.2.2 Keperluan Teori dan Aplikasi
Keperluan teori dan aplikasi adalah penting bagi seorang guru. Kebiasaannya, guru akan
menerangkan teori kepada sesuatu topik pembelajaran terlebih dahulu sebelum melakukan
aplikasi teori kepada pelajar. Contohnya, bagi subjek Pendidikan Islam :
Bidang : Syariah Islamiyah
Tajuk : Solat






2.2.3 Menggunakan Strategi Pengajaran yang sesuai

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia
ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka , dengan pemilihan strategi yang sesuai,
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan
tercapai dengan mudah dan berkesan. Dengan strategi yang sesuai, pelajar-pelajar dapat
memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan dan ini tentunya akan memberi
kebaikan kepada guru dan pelajar.
TEORI
-Guru mengajar terlebih dahulu di
dalam kelas
PRAKTIKAL
- Aplikasi cara mendirikan
solat di dalam surau
16

KESIMPULAN
Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis
seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi
serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan
dalam PDP. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk
menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa
yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda kanak-kanak sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan
sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi PDP. Misalnya, dalam sesi PDP Pendidikan
Islam, guru boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu nasyid sambil melakukan pergerakan
solat. Pergerakan yang dibuat adalah mengikut kreativiti guru dan diikuti oleh. Jadi, hal ini
akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai
dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok dan gembira serta
melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik
pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.
Kesimpulannya, SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.







17

RUJUKAN

Henry Mintzberg & James Brian Quinn. (1996). The Strategy Process ; Concepts,
Contexts, Cases. Third Edition, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey.

Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New
York:Thomson Delmar Learning.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lowefeld, V. & Brittain, W. L.(1986), Creative and mental growth, New York: Macmillan

Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum Studies pp.
245-256

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/mohdjohdi
UIAMfp.pdf [15 oktober 2013]

Integrasi Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah.
https://docs.google.com/document/d/18KAn0Xom8ZjVWDfMFB9EuHm4aRA9BuB7sXac6
rOfONs/edit?hl=en_GB&pli=1 [15 Oktober 2013]

Huraian Sukatan Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2002.
http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/hsp/p_sv/hsp_pseni_kbsm.pdf [15 Oktober
2013]

Вам также может понравиться