Вы находитесь на странице: 1из 22

thats to be expected.

kalau betul nak tunjukkan kesungguhan dan kemampuan


(membayar balik). datang sendiri ke bank. jangan datang ke cawangan kecil sebab
officer yg melulus mempunyai kuasa lulus yang kecil(eg. rm50k and below). datang
sekali dengan dokumen sokongan(gran tapak tanah, kontraktor profile dan reputasi, slip
gaji 3 bulan, gran harta yang ingin dicagarkan, surat sokongan veteriner dsb). bank
malas nak layan orang yang cakap kosong. apatah lagi kalau cakap kat telefon.

jangan patah semangat. tunjukkan usaha.

TEMUJANJI & KHIDMAT PERUNDINGAN PEMBINAAN RBW : 013-5846101 (SHAM)
Berikut dinyatakan sebutharga terkini pembinaan RBW berdasarkan keluasan dan
tinggi bangunan tidak termasuk kos penyediaan tapak & lain2 kos.

20' x 50' x 2 tgkt ---- RM130k - RM140k
20' x 60' x 2 tgkt ---- RM150k - RM160k
20' x 60' x 3 tgkt ---- RM240k - RM250k
30' x 60' x 3 tgkt ---- RM340k - RM360k
** Harga sebenar tertakluk kepada perubahan iaitu setelah lawatan tapak dibuat.
** Pihak saya juga bersedia membina rumah burung walet bergantung kepada bajet.
** Tinggi setiap tingkat adalah 10' dan rekabentuk bangunan bergantung kepada
lokasi.. tq

Kos Pembinaan Rumah Burung Walit
Pakej 1
Kos pembinaan untuk pakej 1 adalah dibina diatas tanah milik persendirian milik anda.

Jenis Saiz Kos Pembinaan
Jangkaan Pendapatan
Bulanan
1 Setingkat 20 x 80 kaki RM 140,000.00 RM 15,000.00
2 Dua Tingkat 20 x 80 kaki RM 280,000.00 RM 30,000.00
3 Tiga Tingkat 20 x 80 kaki RM 420,000.00 RM 45,000.00
4 Empat Tingkat 20 x 80 kaki RM 600,000.00 RM 60,000.00
Sekiranya anda tidak mempunyai tanah untuk membina RBW pihak kami boleh membantu
untuk mendapatkan tanah bagi pihak anda. Lokasi tanah dicadangkan adalah di Teluk Intan,
Bagan Datok, Perak Tengah, Setiawan dan sekitar Sabak Bernam. Ini kerana populasi walit adalah
terbukti dikawasan ini. Harga tanah dianggarkan disekitar RM 50 - RM 80 ribu seekar. Ia juga
bergantung juga kepada status, keadaan dan lokasi tanah.

Pakej 2
Kos pembinaan untuk pakej 3 adalah dibina diatas tanah milik persendirian milik anda.
Harga RBW yang tertera dibawah adalah menggunakan teknologi Insultek. Harganya agak
murah sedikit kerana menggunakan bahan binaan yang berbeza dangan cara pembinaan
yang konvensional. Tempoh masa untuk pembinaan RBW juga adalah cepat dari kadar
yang biasa.

Jenis Saiz Kos Pembinaan
Jangkaan Pendapatan
Bulanan
1 Setingkat 20 x 80 kaki RM 98,000.00 RM 15,000.00
2 Dua Tingkat 20 x 80 kaki RM 198,400.00 RM 30,000.00
3 Tiga Tingkat 20 x 80 kaki RM 297,600.00 RM 45,000.00
4 Empat Tingkat 20 x 80 kaki RM 396,800.00 RM 60,000.00
Sekiranya anda tidak mempunyai tanah untuk membina RBW pihak kami boleh membantu
untuk mendapatkan tanah bagi pihak anda. Lokasi tanah dicadangkan adalah di Teluk Intan,
Bagan Datok, Perak Tengah, Setiawan dan sekitar Sabak Bernam. Ini kerana populasi walit adalah
terbukti dikawasan ini. Harga tanah dianggarkan disekitar RM 50 - RM 80 ribu seekar. Ia juga
bergantung juga kepada status, keadaan dan lokasi tanah.

Pastikan juga tapak untuk pembinaan RBW mempunyai jalan
yang sesuai untuk kenderaan lori menghantar barang binaan
dan mempunyai bekalan elektrik dan air. Adalah menjadi
tanggungjawab tuan tanah untuk menyediakan tapak yang
telah diratakan dan menyediakan bekalan elektrik dan air.

ubungi Kami
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki RBW bolehlah terus
menghubungi kami di talian hotline:
019 4804468 / 017 5756498 Halim
019 2294781 Megad
ataupun emailkan ke burungwalit@ymail.com
Perkara Asas Perlu Tahu Sebelum Buat RBW.


Untuk newbies2 seperti saya dan rakan2 yg belum ade rbw...ini adalah
perkara2 yg perlu tahu sebelum buat RBW.
~petikan ini dari blog foxcaveswiftlet blogspot~


1.Di mana nak buat RBW ni? ....maksudnya pemilihan lokasi tu perlu
tepat. Kalau perlu buat cek lokasi dulu....jangan main hentam kromo
je.....tengok org buat RBW kita pun nak buat jugak.

2.Brape bajet RBW kita?

3.Apa bahan yg akan digunakan bata merah, bata pasir, bata ringan,
zinklum, plywood, simenboard atau papan?

4.Berapa saiz bangunan.....berapa tinggi antara lantai.....berapa banyak
lubang ventilasi diperlukan.....dan design dalamannya macam mana?

5.Kena tahu cara walet terbang kat situ....ikut arah jam ke lawan arah
jam?... laluan terbang walet (flying path), arah matahari turun naik, arah
angin, arah sumber air (jika ada)......semua ni penting kerana membantu
dalam penentuan dan jenis Lubang Masuk Burung (entry hole).

6.Bagaimana nak menentukan lubang antara lantai (LAL)......silap locate
burung tak turun ke bawah?

7.Tentang papan sirip (nesting plank) kene tahu apa jenis bahan yg nak
pakai? Camna design nak pasang papan sirip tu? Penjagaan papan sirip
dari kulat? Penggunaan sarang tiruan pada papan sirip?

8.Kadar cahaya berapa.......bagaimana nak mengawal cahaya masuk cth
buat partition?

9.Berapa suhu sepatutnya?......camna cara nak ukur (alat)?.....kalau suhu
lebih bagaimana cara nak mengatasi?

10.Berapa tahap kelembapan?.....apa alat untuk mengawal
kelembapan?.......berapa banyak alat perlu pakai?

11.Apa keperluan dari aspek sound sistem?......berapa banyak tweeter
luar & dalam nak pakai? Perlu pakai hexagon/ bazooka ke tak RBW
kita?.........apa jenisnya?.....dimana nak pasang?.....cara nak pasang
camna?.....power amp berapa banyak perlu ada?......apa jenisnya?

12.Camna nak setting tahap suara pada amp?Berapa kuat suara di pasang
(sound level)?
Belajar lah sikit tentang suara walet ni.....mana satu suara luar dan mana
satu suara dalam?.....kalau nak mendalam lagi, kenal jenis2 suara
walet.....koloni, ibu, anak, kahwin, meloloh.....macam2 lagilah.

13.Bila dah siap RBW kita nanti.......berapa kerap kita perlu
masuk?.......bila time yg sesuai nak masuk?......apa pantang larang bila
nak masuk BH ni?

14.Apakah musuh2 bg walet atau RBW?.....cara mengatasi?
Apakah tahap keselamatan yg perlu kita sediakan?

15.Bagaimana nak menyediakan makanan bg walet (serangga)......

16.Teknik atau cara penuaian (harvest) ?.......ini penting bagi populasi
walet. Apa tools2 yg perlu ada untuk penuaian?
Bila dah dapat hasil nanti.......ambil tahu pasal harga dan market?

17.Kena taulah sikit tentang undang2 & akta berkaitan industri ni......apa
itu 1Gp?.....undang2 PBT......dll.......knape saya letak UU ni yg
terakhir......sbbnya kita harap org Melayu ni buat je dulu RBW tu....jgn
kisah sgt pasal UU tu (ni saya quote kata2 peg Veterinar dlm kursus).
Kalau kaum lain boleh buat RBW dgn membakulsampahkan UU
ni......knape kita perlu takut-takut untuk menceburi industri ini dibumi
sendiri.

Semoga dapat membantu newbies2 dan diri saya sendiri... ;D

marilah kita sama-sama membantu Tuan Hj Badrul dalam merealisasikan impian
beliau sudilah kiranya anda member komen terhadap rekabentuk RBW Hj
Badrul yang dikirim kepada saya sepertimana dibawah.

rung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur.
Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki
sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan
jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di
gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan
langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak. Klasifikasi
burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : CollacaliafuciphagaHasil dari peternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari
air liurnya (saliva). Sarang walet ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat
bagi duni kesehatan. Sarang walet berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam,
melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Perladangan Burung Layang-Layang.
Bermula sedekat yang lalu apabila burung layang-layang berhijrah dari gua ke bandar
menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua
sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam
kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan burung layang-layang.Pengubahsuaian
premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan
lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-
Penutupan pintu dan tingkap
Pembinaan lubang pengudaraan
Penyediaan pintu masuk
Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
Memasang sistem audio
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25
hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1
lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan
kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai
dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
Pembinaan Rumah Burung Layang-Layang
Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan
Perumahannya terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah
pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu
kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.Reka bentuk bangunan perlulah
berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap
dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki
bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke
sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan
membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan
dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam
bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-
Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
Penyediaan beluti untuk burung bersarang
Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
Pemasangan sistem audio
Notis amaran di lokasi sesuai.
Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke
bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir,
kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.Tempat burung
layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta
dilekatkan di bahagian siling bangunan.Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian
bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa
rendah dan kelembapan tinggi.Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina
dibahagian atas bangunan.
Pemasangan Sistem Audio
Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi
memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan
pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung ,
membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah
tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam
bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada
bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam
bangunan.Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding,
kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga
bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju
kearah sumber suara.
Pemilihan Lokasi
Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:
Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan
masyarakat.
Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa
merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu.
Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat
pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian
diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan
rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian
kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak
semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung
walett.
MATERIAL SOKONGAN
Mp3 Cd Suara Burung Layang-Layang
Satu set mengandungi 3 MP3 CD yang masing-masing berfungsi untuk menarik wallet masuk
kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran.
Audio Cd
Suara Burung Layang-Layang Satu set mengandungi 3 CD yang masing-masing berfungsi untuk
menarik walet masuk kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan
pengeluaran
Player Mp3 dan Amplifier
Satu set mengandungi MP3/CD plyer dan amplifier yang masing-masing berfungsi untuk
memasang lagu bagi menarik Walet kedalam rumah baru, mendiami dan membuat sarang serta
meningkatkan pengeluaran.
Water Spry
Water spry perlu untuk menarik minat wallet.
Penyukat Suhu & Kelembapan
Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menyukat suhu dan
kelembapan dalam rumah burung layang-layang dan unit yang lebih besar diletak dalam bilik
kawalan tanpa wayar, untuk bacaan suhu dan kelembapan. Amat berguna untuk memantau suhu
dan kelembapan rumah burung.
Sarang Tiruan
Perlu untuk peringkat awal menarik minat walet datang bersarang
Speaker Utama

Satu set mengandungi 2 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk kedalam
rumah baru. Dipasang pada lubang/pintu keluar masuk di tingkat paling atas. Minima 2 unit
dipasang pada pintu keluar masuk.
Tweeter
Satu set mengandungi 10 unit yang masing-masing berfungsi untuk menarik walet masuk
kerumah baru mendiami dan membuat sarang serta meningkatkan pengeluaran. Minima 10 buah
dipasang pada setiap ruang bersaiz 60 meter persegi.
MUSUH DAN CABARAN
Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak ,kelawar, biawak, burung hantu dan helang
yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.
Musuh dan Penyakit Cadangan Atasi
Tikus Tikus memakan telur,
anak burung walit/swallow
bahkan sarngnya. Perosak ini
juga mendatangkan suara dan
kotoran yang merosakkan
kondisi rumah walet
Cara pencegahan tikus dengan
menutup semua lubang, tidak
menimbun barang bekas dan kayu-
kayu yang akan digunakan untuk
sarang tikus.
Burung Hantu dan Helang
Memakan burung layang-layang.
Tangkap dan pindahkan
Semut - Semut api dan semut
gatal memakan anak walet dan
mengganggu burung walet yang
sedang bertelur.
Cara pemberantasan dengan memberi
umpan agar semut-semut yang ada di
luar sarang mengerumuninya. Setelah
itu semut disiram dengan air panas.
Cicak dan Tokek Cara pemberantasan dengan diusir,
Binatang ini memakan telur dan
sarang walet. Tokek dapat
memakan anak burung walet.
Kotorannya dapat mencemari
raungan dan suhu yang
ditimbulkan mengganggu
ketenangan burung walet.
ditutup.
ditangkap sedangkan penanggulangan
dengan membuat saluran air di sekitar
pagar untuk penghalang, tembok
bagian luar dibuat licin dan dicat dan
lubang-lubang yang tidak digunakan

PELABURAN DAN PULANGAN
Ini adalah anggaran modal berdasarkan bangunan baru dibina, berkeluasan 40x60 persegi
setinggi 3 tingkat:
Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 120,000
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 12,000
Eletrik dan air = RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 133,000
Anggaran Hasil Sarang burung (minima)
Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 6,000 = RM 3,000
Akhir tahun 2, 7 kg X RM 6,000 = RM 42,000
Akhir tahun 3, 14 kg X RM 6,000 = RM 84,000
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Akhir tahun 5, 20 kg X RM 6,000 = RM 120,000
Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 3,000 (RM 7,000 + RM 25,000) = (- ) RM 130,000
Tahun 2, RM 42,000 (RM 7,000 + RM 29,000) = (-)RM 88,000
Tahun 3, RM 84,000 RM 7,000 = (-)RM 4,000
Tahun 4, RM 120,000 RM 7,000 = RM 116,000
Tahun 5, RM 120,000 RM 7,000 = RM 120,000
*Dalam masa 3 tahun modal yang dilabur dapat dipungut kembali sepenuhnya.
Tuaian Hasil
Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat Walet / Swallow bertelur
diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.ara
buang telur iaitu setelah Walet / Swallow bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya
dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan
kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini
diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.Cara
penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak Walet / Swallow terbang.Ini
merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini
akan terus berkembang.
UDIDAYA BURUNG WALET SEBAGAI SATU PENGUSAHAAN
SARANG BURUNG AEORODRAMUS/COLLOCALIA FUCIPHAGUS.
Akhir-akhir ini pengusahaan burung layang-layang jenis collocalia Fuciphagus
semakin diminati masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dilihat melalui banyaknya kewujudan
rumah Aerodramus (layang-layang) yang dibangunkan di seluruh pelusuk daerah. Hampir
sebahagian besar Negeri- Negeri Tanah Melayu Seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah,
Kelantan, Terangaanu, Pahang, Selangor, Melaka dan Johor terdapat bangunan untuk
mengusahakan burung berair liur mahal ini. Iklim khatulistiwa Malaysia yang subur ini
dengan suhu maksima 32 celcius membuat populasi Aoerodramus berkembang dengan biak.
Burung ini di kenali sebagai burung walet di Indonesia. Burung rezeki dari langit ini hanya
mempunyai habitat di Tenggara Asia sahaja. Tidak di Cina, tidak di Hawaii dan tidak pula di
Afrika. Habitatnya hanya di selatan Burma, selatan Thailand, Filipina, Malysia dan Indonesia
sahaja. . Jika kawasan ini rezeki dari bumi dan lautnya adalah minyak, maka dari langitnya
adalah burung dan sarangnya yag berharga ini. (Satu kilo sarang mentah RM5,000)
Ada dua jenis bangunan yang di usahakan sebagai rumah walet: Pertama rumah kedai yang di
ubahsuai di tingkat atas untuk perumahan walet. Bentuk ini banyak kedapatan dalam bandar
seperti di Alor Star, Sg Petani, Nibong Tebal, Bandar Baharu dan lain lain bandar sepanjang
Pantai Barat Semenanjong dan beberapa bandar di Pantai Timur. Namun bantuk ini
berhadapan dengan aduan orang ramai kerana bunyi bising dan sebagainya sehingga ada
Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan merobohkan binaan tersebut. Manakala di
Malaysia Timur, Serawak dan Sabah masih mengutip hasil dari gua semula jadi.
Cara yang selamat ialah membina terus bangunan khas perumahan walet di kawasan luar
bandar dan terhindir dari aduan orang ramai. Bentuk ini makin di gemari kerana bangunan ini
senang di kawal selia dan di rawat.
Indonesia merupakan pengeksport sarang burung walet yang terbesar sekali di dunia,
kemudian diikuti Thailand,Vietnam, Singapura, Malaysia, India,dan Sri Langka. Di peringkat
atau taraf dunia, Indonesia merupakan pembekal sarang burung walet yang terbesar iaitu
disekitar 80% dari keperluan dunia. Sampai tahun 2000, Indonesia telah mengeksport lebih
400 metrik ton sarang burung walet dengan harga lebih 3 juta dollarUS per ton ! Dari jumlah
eksport tersebut 80% terdiri dari sarang burung walet yang dibudi daya (disini perkataan
penternak tidak selesa digunakan kerana pengusaha tidak payah memberi makanan kepada
burung-burung tersebut), selebihnya sebanyak 20% adalah dari habitat alam semulajadi yang
terdapat di gua-gua sekeliling Indonesia.



MENGAPA MEMILIH BUDIDAYA WALET SEBAGAI SATU USAHA ?
Ada banyak sebab, antaranya:
1. Modal yang di keluarkan hanya sekali sahaja.
2. Modal tidak terlalu tinggi dan boleh di kongsikan dua tiga orang.
3. Kemudahan pinjaman peribadi dari bank mudah di perolehi.
4. Tidak perlu menyediakan makanan dan minuman untuk burung
5. Tempoh burung bersarang yang pendek.
6. Tidak perlu penjagaan seperti ternakan lain.
7. Pelaburan ini akan berterusan keanak cucu.
8. Harga sarang burung makin meningkat tinggi (tidak pernah jatuh harga sejak dari
zaman Dinasti Ming)
9. Selain daripada ianya mempunyai nilai pemakanan yang tinggi ia juga telah menarik
minat kosmetik industri kerana bahan awet muda yang ada.

MENGAPA ANDA PERLU MENGHUBUNGI KAMI SEBELUM MEMULAKAN
PENGUSAHAAN BURUNG WALET ?
1. Kerana kami boleh mengenal pasti keujudan burung walet di tempat anda.
2. Kerana kami boleh membuat percubaan (testing) samada burung itu ada di kawasan
anda.
3. Kerana kami sudah berpengalaman mendirikan rumah walet serta sistemnya
4. Kerana kami mempunyai peralatan untuk memancing walet masuk kerumah dengan
menggunakan alat deria bunyi dan deria bau bauan.
5. Kerana kami tahu kadar kelembapan dan suhu serta cahaya yang sesuai dengan habitat
walet.
6. Kerana kami tahu di mana pasaran sarang burung itu kelak.
7. Kerana kami mempunyai teknoloji untuk membersihkan sarang.
8. Kerana kami tahu bagaimana menyusun strateji untuk mendapatkan modal
9. Kerana kami bukan sahaj membina rumah walet, kami juga berkebolehan merawat
bangunan itu sehingga di masuki walet.
10. Kerana kami berkemampuan menganjurkan kursus kursus tertentu jika perlu.
11. Kerana kos pembinaan yang kami tawarkan adalah yang sangat berpatutan.
12. Dan jika ada rumah burung tetapi tidak di huni oleh walet, kami sedia merawatnya.

PENGUSAHAAN BURUNG WALET:
1. MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR, MALAYSIA
Industri sarang burung layang-kayang adalah satu perusahaan yang bergantung sepenuhnya
kepada sumber alam semula jadi . Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama
untuk menjaga alam sekitar bagi memastikan sumber-sumber ini dapat digunakan secara
berterusan. Dalam kaitan ini pihak pengusaha rumah burung perlu lebih prihatin agar
pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja berpotensi untuk dikomersialkan tetapi
seharusnya mewujudkan pembangunan yang mesra alam dan dapat diterima masyarakat
setempat.
DATO LAW HIENG DING
MENTERI
Tuntutan global yang sering meningkat untuk sarang burung dan ini memerlukan
tumpuan penyelidikan sainstifik.Ianya harus mengenalpasti pengunaan baru dan inovatif bagi
air liur burung ini.Sekiranya berjaya ,ianya akan mengalakkan pembangunan industri ini
secara kelestarian di Malaysia. Industri ini mampu meningkatkan pendapatan.petukaran wang
asing serta menambahkan peluang perkerjaan untuk pemuda-pemudi Malaysia, terutamanya
dalam sektor pemprosesan hala bawah industri ini.
John Chen Joon Onn
Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia
Kertas kerja ini memaparkan secara umum anggaran taburan rumah sarang burung layang-
layang dari jenis Aerodramus Ficiphagus(edible-nest swiftlet) yang terdapat di Semenanjung
Malaysia. Maklumat taburan ini diperolehi melalui bancian yang dijalankan keatas premis-
premis dan juga melalui soal selidik daripada individu yang terlibat secara langsung dalam
aktiviti ini .Anggaran jumlah rumah burung di Semenanjung Malaysia adalah 719.Ianya
melibatkan sebanyak 52 bandar atau pekan. Negeri Perak telah mencatat bilangan rumah
burung tertinggi iaitu sebanyak 412 buah yang meliputi Manjung,Sitiawan dan Lumut. Ini
diikuti oleh negeri Kelantan Dan Pulau Pinang masing-masing ada Sebanyak 54 buah.
Kebanyakan rumah burung adalah terdiri daripada rumah kedai lama yang terletak di kawasan
bandar.Lebih kurang 90% kawasan bandar yang direkod di seluruh semenanjung Malaysia
berkedudukan di sepanjang persisiran laut. Sebelum Tahun 1999 bilangan rumah burung
adalah dianggarkan sebanyak 158 buah dan telah meningkat kepada 719 buah pada tahun
1999 hingga 2000 bagi seluruh semenanjung Malaysia.
Misliah bt. Mohamad Basir & Mohamad Refaee b. Abd Hamid
Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang

KOS PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALET:



1
KOS KONSULTAN
PEMBINAAN:


Kos kos ini tergantung kepada jarak di antara Alor Star dengan tempat
pembinaan

termasuk lojing/toll / makan etc.(buku pan duan mengenai walet akan di
berikan).

a. Lawatan tapak testing keujudan burung (2 kali)/ kesesuaian lokasi.


b. Lawatan tapak semasa projek pembinaan berjalan (8 kali)


c. Lawatan tapak semasa pemasangan alatan elektronik memanggil burung.( 3
kali)

d. Lawatan pemulehan dan rawatan (Jika di
perlukan)



2 KOS BINAAN


Tergantung kepada saiz bangunan dan juga samada hendak dibina sendiri atau

melalui kontrektor termasuk kos tanah/kerja tapak.


Bagi bangunan sediada, perlukan kerja kerja ubahsuai untuk tujuan
ini.


Lain lain kos berkaitan:


a. kos pembinaan pagar


b. kos bekalan air/ telaga/pendawaian letrik/ bulb/sensor light etc.


c. kos peralatan eg springkler/ water eveporetor/ alat jangka suhu



3
KOS PERALATAN ELEKTRONIK PEMANGGILAN
BURUNG


a. Dua set amp


b. Dua set CD player


c. 4 keping CD


d. Set unit speakers/tweeter


e. Pendawaian pemasangan speaker/tweeter


f. Time switch



C KOS PENYELENGGARAN


a. Jaga keselamatan


b. Bayaran bil ayer/letrik


c. Pembaikan kerosakan alatan elektronik


d. Penjagaan dari gangguan



D PASARAN


Pasaran tiada masaalah, konsultan boleh menolong jualkan sarang tersebut jika

pengusaha tidak dapat
menjualnya.




PERUSAHAAN WALET(01 Ceklis)


SENARAI CEKLIS MENGENALPASTI KEUJUDAN BURUNG WALET.


A PERSEKITARAN(Makro)



1 Berapakah keluasan tapak cadangan bangunan rumah walet anda?


(Keluasan minima 40ka X 80 ka)


2 Apakah kegunaan tanah sekitar radius 2-3 km keliling tapak tersebut?


Tandakan X dalam kotak.


Tanah sawah 2 kali setahun


Tanah sawah sekali setahun


Tanah berpaya


Tanah bertasek


Tanaman kelapa sawit


Tanaman getah


Tanaman sayur


Kolan ternakan ikan


Ladang ternakan binatang


Hutan tua


Belukar


Terdapat sungai berhampiran


Terdapat rumah burung walet berhampiran


Terdapat lapangan terbang berhampiran


Terdapat bukit bergua semulajadi berhampiran.


B PERSEKITARAN (Mikro)



1 Jarak tapak dengan rumah atau bangunan lain


2 Sekitar tapak mempunyai tumbuhan melebihi 20 ka.


3 Jarak tapak dengan taliair/sungai terdekat


4 Adakah tapak tersebut dalam Taman perumahan


5 Adakah tapak tersebut dalam kawasan perniagaan/industri


6 Nama bandar yang paling hampir dan jaraknya


7 Boleh mendapat bekalan letrik


8 Boleh mendapat bekalan air semulajadi/paip


9 Ada jalan yang boleh dimasuki kenderaan ke tapak


10 Siapakah pemilik tapak/sendiri/saudara/kawan etc


11 Biasakah anda mmbuat pemerhatian di kawasan ini samada


banyak terdapat burung layang layang ?


Tandakan X dalam kotak.



Waktu pagi


Banyak(lebih 50 ekor)


Sederhana (20-50 ekor)


Sedikit (bawah 20 ekor)



Waktu 11 pagi-3 petang.


Banyak(lebih 50 ekor)


Sederhana (20-50 ekor)


Sedikit (bawah 20 ekor)



Waktu hampir senja


Banyak(lebih 50 ekor)


Sederhana (20-50 ekor)


Sedikit (bawah 20 ekor)



12 Adakah anda fikir orang ramai akan membuat aduan jika anda dirikan


rumah walet di atas tapak itu?



NOTA:


Burung walet adalh seperti burung layang layang lain, warna choklat


hitam, dadanya bukan putih, ekornya tidak bercabang, terbang


berkawan dan gaya terbang berpusing pusing serta tidak hingga


bertenggek atau hinggap di mana mana.


C KEPERLUAN MODAL



1 Berasaskan kepada kiraan kos binaan termasok kos sistem pada RM40.00

sekaki persegi, berapakah anggaran keluasan yang anda mampu dirikan?


(Bagi bangunan 2 tingkat, keluasan lantai tingkat bawah hendaklah


dicampurkan dengan keluasan lantai tingkat atas kemudian di campurkan


dengan keluasan lantai bumbung tempat keluar masuk burung 200 kp)


Contoh:


Bagi saiz untuk kapasiti antara 10 -12kg pengeluaran sarang:


Keluasan lantai bawah 20 x 50 1,000 kp


Keluasan lantai atas 20 x 50 1,000 kp


Keluasan bumbung 10 x 20 200 kp


JUMLAH 2,200 KP



Modal yang diperlukan ialah 2,200 x 40.00 = 88,000


(Kos ini merupakan lebihkurang nilai 17.6 kg sarang walet)




2 Bilakah jangkaan anda modal mencukupi dan bermulanya kerja pembinaan?


3 Kos ini tidak termasuk kos pembersihan dan penambunan tapak kerana


kerja ini hendaklah di siapkan lebih dahulu oleh pengusaha.




















Pelan Perancangan Membina Rumah Burung
Walet

Jika anda ingin merancang dan membina rumah burung walet, anda harus mendokumen
kan setiap perkara yang anda buat dengan erti kata mudah mengadakan buku log aktiviti
rumah burung anda.
Kebaikannya adalah untuk anda sendiri dapat mengesan jika ada masalah jika anda
membuat sesuatu perkara pada rumah burung anda ataupun mendapat manfaat yang
baik setelah anda membuat sesuatu perkara yang baru.
Ini termasuk setiap perkara yang anda lakukan termasuk menguatkan suara rakaman
dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Ini semestinya sedikit sebanyak akan
memberikan kesan baik ataupun buruk pada rumah burung anda.
Pada ketika ini rata-rata mengatakan kos untuk membina rumah burung boleh mencecah
sehingga RM 250,000.00 ke RM 350,000.00.
Pada pendapat saya, untuk membina rumah burung anda perlu MEMPUNYAI ILMU
tentang burung walet walaupun anda telah memilih atau melantik sesiapa sahaja yang
ingin membangunkan rumah burung anda. Dan dengan ilmu yang anda ada, justifikasi
dapat dibuat sebelum melaksanakan nya pada rumah burung anda.
Rumusannya dengan ilmu yang anda perolehi, MUNGKIN juga kos untuk membina
rumah burung anda dapt dikurangkan mengikut budget yang anda ada.
Antara beberapa faktor untuk merancang pembinaan rumah burung anda dan ciri-ciri
yang ada pada rumah burung anda adalah seperti di bawah:
Ukuran keluasan rumah burung (4m x 10m minima).
Model rumah yang seperti dalam dewan ataupun model rumah yang mempunyai banyak bilik
kecil.
Membina rumah hanya 1 tingkat atau lebih.
Mengadakan tahap kelembapan pada kadar 80% ke 95%.
Mengadakan tahap suhu pada kadar 26 hingga 29 darjah celcius.
Rumah burung yang terasing dari bermacam-macam aktiviti manusia
Lokasi rumah burung yang dekat dengan sumber makanan burung walet seperti di kawasan
padang rumput, kawasan pengairan, kawasan sawah padi atau kawasan yang mempunyai
sumber makanan yang banyak.
Kedudukan rumah burung di lokasi dipilih dibina dengan melihat flying path burung yang ada di
kawasan itu.
Ruang/pintu masuk burung ruangan utama burung walet masuk dan keluar untuk rumah
burung anda.
Pintu masuk orang ke dalam rumah burung anda, ke ruangan bilik data.
Pintu/ruangan antara lantai ruangan burung terbang dari tingkat 3 ke 2 atau tingkat 1.
Pintu/ruangan antara bilik ke bilik ini jika anda membina rumah burung yang mempunyai
banyak bilik kecil.
Ruangan/Lubang pengudaraan rumah burung anda.
Roving Area ruang untuk burung walet berlegar apabila masuk ke dalam rumah burung.
Nesting Area ruang untuk burung walet menetap dan membuat sarang.
Equipment Area ruang untuk segala peralatan rumah burung.
Pemasangan sesirip untuk burung walet membuat sarang.
Sistem Audio Suara Luar dan Dalam.
Sistem Keselamatan Rumah Burung Walet.
Di atas adalah antara perkara yang perlu di ambil kira untuk merancang pembinaan
rumah burung di lokasi yang telah anda pilih.
Perkara di atas adalah antara yang telah di bincangkan oleh pemilik rumah burung yang
terdahulu dan telah terbukti telah menghasilkan sarang burung.
Walaubagaimana pun cabaran nya masih ada bagi memikat burung walet ini masuk dan
membuat sarang di dalam rumah burung yang telah di bina.
Apa yang saya dapat tahu dari beberapa orang yang telah menceburi industri ini, ada
rumah burung yang lengkap tetapi masih kurang berhasil dan ada juga rumah burung
yang serba serbi kekurangan tetapi masih boleh menghasilkan sarang burung.
Itu antara kegunaan buku log rumah burung untuk anda menggunakan beberapa
perkara asas ini untuk membina rumah burung anda dan pada masa yang sama
membuat kajian sendiri bagi memastikan kejayaan rumah burung anda.

yarikat Aeroventure Management Sdn. Bhd. ( AVM ) adalah syarikat milik bumiputra
sepenuhnya dengan modal berbayar RM100 000. Fungsi AVM merangkumi khidmat
perundingan bagi individu yang berkemampuan untuk mendirikan bangunan walet,
menyediakan pelan binaan dan rekabentuk, pemasangan kayu belati, baik pulih, ubah suai
dan pemasangan sistem audio. Ianya dikendalikan oleh tenaga berpengalaman melebihi 10
tahun dalam bidang ini. Selain dari itu, AVM juga telah mengorak langkah dalam penubuhan
AVM Pantai Timur Sdn Bhd dimana pejabat pengurusannya terletak di Machang
Kelantan. Syarikat melaksanakan satu projek yang dikenali sebagai Swiftlet Eco Park yang
kini dibangunkan di Serdang Kedah dan Machang Kelantan.
Matlamat AVM adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan rumah burung layang-layang di
kalangan bumiputra melalui pendekatan usahasama dengan syarikat-syarikat gabungan
peserta projek. Melalui kaedah ini industri yang dikatakan hanya dimonopoli oleh golongan
yang berada sahaja tidak lagi relevan kerana peserta turut dapat melibatkan diri bergantung
kepada kemampuan modal yang telah diminimakan. Hasil yang diperolehi adalah untuk satu
jangkamasa yang panjang sekaligus peserta boleh menyatakan hasil ini sebagai aset untuk
masa depan yang boleh diwariskan.
Misi syarikat juga adalah untuk menjadikan wadah ini bagi mencapai slogan MEMACU
KEBAHAGIAAN BERGENERASI agar dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat dalam
menghadapi ekonomi masa depan yang amat mencabar.








UMPULAN SYARIKAT AVM
NAMA SYARIKAT
NO.PENDAFTARAN
ALAMAT PEJABAT

NO TEL / FAX
Aeroventure Management Sdn. Bhd
836202-T
No.45, (1st Floor), Taman Manggis, Jalan
Kelang Lama
09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
04-4909101
NAMA SYARIKAT
NO.PENDAFTARAN
ALAMAT PEJABAT

NO TEL / FAX
AVM Pantai Timur Sdn. Bhd
891179-H
Lot 1972, Taman Desa Arif,18500 Machang,
Kelantan darul Naim
09-9757101
LAMAN WEB
EMAIL
www.aeroventure.com.my
admin@aeroventure.com.my
STATUS SYARIKAT Perkongsian (100% Bumiputera)
BAH.
PENGURUSAN
SYARIKAT

Pengarah Urusan :(Pembangunan
Perniagaan) Shamshol Kamal
Bin Che Hassan Pengarah
Esekutif: (Pentadbiran /Kewangan)
Kamarudin Bin Man
Pengurusan Projek : Hj. Marzuki Bin Che
Embi
Setiausaha Syarikat : Shafiza Binti Ghazali
Akauntan : Mohamad Arif Bin Musa
Jurutera : Ir. Hj Mohammad Khalil Bin
Ahmad
MODAL
BERBAYAR
RM100,000.00
MODAL YANG
DIBENARKAN
RM100,000.00
BANK
Public Bank Berhad, Kulim Kedah Darul Aman
Agro Bank, Kulim Kedah Darul Aman
CIMB Bank Cawangan Machang, Kelantan
AKTIVITI
PERNIAGAAN
Menyediakan Perkhidmatan Professional Dalam
Industri Burung Walet Merangkumi Pembinaan
Bangunan, Perunding Rekabentuk, Ubahsuai dan
Baik Pulih Bangunan, Pembekal Peralatan,
Sistem Audio & CCTV, Penyelenggaraan
Bangunan, Pengendali Projek Usahasama.



Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?
Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu
terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau
hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua
pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini
mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah eccholationdan membuat sarang
menggunakan air liurnya.

Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?
Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian
serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan
Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina
juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit
(GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.

Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet
yang berjaya?
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20 x 70 x 2 tingkat
adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya
selepas tahun ke-4.

Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan
pembiakan burung walet?
Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti
pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang
mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.

Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam)
sejak beroperasi?
Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi
bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi
12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang
disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB 0.1578dB
atau frekuensi 1khz 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.

Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?
Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh
binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa
kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi
mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.
Saya memiliki sebuah rumah kedai 20 x 70 x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai
rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan
berapakah anggaran kos yang diperlukan?
Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu
seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah
kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah
rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu
tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.

Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya?
Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga
yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah
bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.

Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang
penternakan burung walet?
Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri
secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu
disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat
dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.

Adakah pihak AVM bercadang untuk menternak burung walet?
Kaedah menternak akan dilaksanakan apabila perlu, kalau dilihatkan kaedah penternakan yang
dijalankan di Negara Indonesia adalah kerana bangunan rumah walet terbabit sudah mencapai
tahap kepadatan hasil yang terlalu padat sehingga menyebabkan sarang baru sukar dibuat
semula. Mereka mengeluarkan telur dan terpaksa mengutip sarang , daripada telur dibuang
begitu sahaja telur yang dikutip ditetas secara ternakan.

Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat
rumah burung walet saya?
Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi
burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam
rumah tersebut.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?
Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang
tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut
kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?
Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu,
biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.
Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan
pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk
membuat sarang?
Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi
memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima
10x10) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain
dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak
faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung
walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding foam?
Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau
dinding foam kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung
pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan
kehendak burung. Sebaliknya dinding foam (campuran simen + pasir + bahan kimia)
lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di
kawasan terbuka.

Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah
burung yang telah mempunyai hasil?
Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius
dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu
dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu
meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi
ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga
dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan
yang sering dilakukan?
Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian
mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung
walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi
tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan
berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll
adalah pada tahap maksima.

Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat
lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?
Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar
utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan
burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap
tahun.

Apakah kelebihan menyertai projek usahasama yang dianjurkan oleh AVM?
Kalau dilihatkan hari ini, telah mencecah 70 000 bangunan burung walet telah didirikan
dinegara kita akan tetapi penglibatan bumiputera sekadar 5% sahaja berikutan permasalahan
modal yang tinggi, tiada kepakaran dan lokasi binaan. Oleh yang sedemikian peluang
usahasama sebegini dapatlah memberi ruang kepada sesiapa yang ingin berkecimpung dalam
industri walet melalui pendekatan kecil-kecilan disampig dapat mendalami ilmu penternakan
walet.

Apa berlaku sekiranya burung tidak mahu masuk dan mendiami rumah burung? Bolehkah
wang pembelian PPP tersebut diambil semula?
Sebelum mendirikan rumah burung, satu kajian (feasibility study) perlu dilakukan terlebih
dahulu iaitu membuat bancian terhadap populasi burung, arah laluan, sumber makanan, arah
matahari dan angin serta faktor-faktor lain. Pihak syarikat akan memastikan risiko ini dapat
dikecilkan seminima mungkin namun sedemikian peserta haruslah faham dan menerima bahawa
penglibatan dalam perniagaan sentiasa ada risikonya, konsep yang dijalankan adalah
perkongsian hasil maka sekiranya ada hasil maka ianya dikongsi dan sekira tidak berhasil ianya
juga dikongsi.

Bagaimana caranya untuk saya menyertai projek usahasama?
Syarat penyertaan ialah peserta mestilah syarikat yang berdaftar dan pihak AVM akan
menggabungkan dengan peserta-peserta dari syarikat lain.

Saya berminat untuk mengikuti kursus tentang industri sarang burung layang-layang (walet)
dari pihak AVM. Bilakah kursus tersebut akan dijalankan?
Pihak syarikat ada menyediakan kursus kepada agen tentang industri sarang burung layang-
layang di samping memberi taklimat atas anjuran atau jemputan individu/kumpulan dan segala
maklumat boleh didapati melalui laman web www.aeroventure.com.my dari masa ke semasa.

Apakah yang berlaku selepas 30 tahun dan adakah hasil peserta boleh diwarisi?
Peserta atau waris perlu menandatangani satu perjanjian baru 2 bulan sebelum tamat tempoh
30 tahun tersebut di mana nama dan maklumat pewaris perlu dinyatakan pada borang
permohonan sebagai waris kepada hasil rumah burung yang dimiliki sekiranya berlaku kematian
kepada peserta.
Apakah akan terjadi sekiranya tamat tempoh perjanjian?
Mengikut terma dalam surat perjanjian dalam masa 60 hari sebelum tamat tempoh peserta
atau pewaris peserta ( sekiranya peserta sudah meninggal ) perlu hadir dipejabat untuk
menyambung semula perjanjian dengan hanya perlu membayar kos perjanjian dan kos
pengurusan sahaja tanpa perlu membeli unit PPP semula dan seterusnya layak menikmati
potensi hasil untuk pusingan berikutnya .

Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?
Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan
yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.

Вам также может понравиться