Вы находитесь на странице: 1из 3

b.

Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru / Pensyarah Cemerlang


Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula
daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis Seperti kata mutiara
Sasterawan Negara Usman Awang, Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri
untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang
bertanggungjawab dan amanah sentiasa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid
Perlaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru
yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada
guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencaopaian kualiti P&P di
sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin
bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lebih cemerlang dan
gemilang.
Oleh itu, seorang Guru Cemerlang seharusnya mempunyai kecekapan dalam
pengurusan, kepimpinan pendidikan, menjadi sumber maklumat, sentiasa bersedia membantu
dan bijak merancang kemajuan sekolah. Matlamat itulah yang patut ada pada diri seseorang
Guru Cemerlang.
Arus pendidikan negara sentiasa mengalami perubahan bagi menjadikan sistem
pendidikan negara setaraf dengan negara maju. Lantaran itu, Guru Cemerlang perlu sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan segala perkembangan terkini seperti Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Seorang pendidik yang berjaya merupakan seorang pendidik yang dapat memberikan
ilmu dan dapat dimanfaatkan oleh murid-muridnya bagi meningkatkan nilai intelektual,
emosi, jasmani, sahsiah dan kerohanian. Apabila keputusan UPSR,PMR,SPM atau pun STPM
diumum akan adanya suara-sura yang memberikan penghargaan kepada guru yang telah
memberi galakan dan bimbingan atas kejayaan yang diperolehi. Walau bagaimanapun
kecemerlangan ini tidak dapat menggambarkan kecemerlangan sahsiah, lantaran itu di
sinilah kemampuan seorang guru cemerlang dalam membentuk kekuatan dalaman pelajarnya
selaras dengan cabaran Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Seorang guru cemerlang harus membantu dalam membina tamadun Malaysia yang
inovatif. Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan budaya kerja inovatif kerana tidak
mahu rakyat Malaysia menjadi pengguna teknologi tetapi pencetus teknologi agar kita duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain seperti Jepun dan Amerika
Syarikat. Kedua-dua negara ini merupakan negara yang berjaya menerapkan budaya
mencipta. Ini terbukti dengan terdapat beribu-ribu patent atau idea kreatif yang dapat
membantu memudahkan pengurusan hidup sehari-hari. Seorang warga yang inovatif mestilah
mempunyai daya fikir yang kritis dan kreatif. Melentur buluh biarlah dari rebungnya,
sekolah adalah medium terbaik bagi memupuk budaya inovatif di dalam diri pelajar. Dengan
harapan pada tahun 2020, kita dapat mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan.
Guru yang cemerlang perlu sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai
pemimpin yang menjadi sumber dan mempunyai kuasa rujukan pandangan serta pendapat
yang diambil kira secara serius dalam pelbagai perancangaan di sekolah mahupun
perancangan pembangunan negara. Pada akhirnya nanti akan lahirlah golongan pelajar yang
idolanya ialah guru itu sendiri yang mempunyai kapasiti sebagai pemimpin ilmu yang
cemerlang dan mampu melakar masa depan pelajarnya yang lebih gemilang dan seterusnya
memartabatkan profesyen perguruan seperti dalam bait-bait puisi Usman Awang yang
sangat mendalam pengertiannya kepada warga pendidik.
Guru merupakan agen perubahan dan pengembangan yang penting dalam
pembentukan generasi cemerlang . Guru mempunyai landasan yang baik untuk mendidik anak
bangsa menjadi modal insan yang cemerlang. Usaha mendokong Gagasan 1 Malaysia dengan
memupuk perpaduan kaum yang bertoleransi yang menerima kelebihan dan kekurangan suatu
bangsa adalah merupakan salah satu tugas seorang guru. Oleh itu, Guru Cemerlang
seharusnya bijak memainkan peranan sebagai pemangkin untuk melaksanakan agenda
nasional seperti Gagasan 1 Malaysia. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan menarik perhatian pelajar, guru boleh membuka minda pelajarnya agar matang berfikir
tentang baik atau buruk sekiranya sikap toleransi diambil mudah. Ini dapat mengelakkan
berulang kembali sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Namun, gelaran Guru Cemerlang bukanlah tiket untuk seorang guru cemerlang
mendabik dada dan berbangga dengan gelaran serta pangkat yang disandang .Sebaliknya
menggunakan kepakaran dan pengiktirafan yang diberi dengan sewajarnya. Ilmu dan
kepakaran bukan satu asset yang diperturunkan hanya kepada orang tertentu atau
sekumpulan pelajar terpilih sahaja. Dalam erti kata lain, tiada pilih kasih. Pelajar perlu
dihormati, disayangi dan seterusnya difahami kepelbagaian dan kerencaman tingkah laku,
perasaan, keinginan yang hadir dalam setiap diri pelajar. Pemahaman guru tentang
kerencaman pelajarnya digunakan sebagai alat untuk menerapkan aspek insaniah sekaligus
menjadikan pelajarnya seorang insan yang berkemahiran dalam bidang komunikasi ,sosial,
keusahawan, berketrampilan dan bermotivasi. Oleh itu, guru cemerlang adalah tenaga
pengajar yang kompeten, memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada
pembangunan kemahiran insaniah para pelajarnya. Seharusnya, guru cemerlang mestilah
menjadi teladan yang baik yang mempunyai perwatakan yang menjadi obor menerangi setiap
ruang lingkup kehidupan.

Вам также может понравиться