Вы находитесь на странице: 1из 18

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
1

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D.
Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan
kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Mengapakah tuan puteri bersedih ? Katakanlah kepada ________, kata Mak Inang Suri kepada
Tuan Puteri Mayang Sari.

A. beta C. hamba
B. patik D. tuan hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.










Gambar 1

2. Terdapat dua batang pokok kelapa yang ditanam di __________ rumah.

A. belakang C. penjuru
B. tepi D. depan


3. Sejak kebelakangan ini badannya semakin __________ kerana hilang selera makan.

A. kecil C. nipis
B. susut D. kempis

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
2


Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 2


4. __________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal, kata Nabilah kepada rakan-
rakannya.

A. Sila C. Tolong
B. Jangan D. Usah

5. Kamu __________ melakukan senaman __________ menurunkan berat badan.

A. mesti untuk C. harussupaya
B. boleh.agar D. dapat .. semoga

6. Pegawai itu ___________ supaya mangsa banjir dipindahkan ke balai raya dengan segera.

A. cadangan C. bercadang
B. dicadangkan D. mencadangkan


7. Zainal tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan pameran itu. ___________ , dia tetap
berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak penganjur.

A. Oleh itu C. Selain itu
B. Di samping itu D. Namun begitu


Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
3


Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 3

8. Semua jemputan yang hendak ke majlis rumah terbuka itu perlu meneliti peta kerana jalannya
________________.

A. bersimpang-siur C. berlekak-lekuk
B. berbolak-balik D. bersesat-barat

9. Peminat-peminat bola sepak berebut-rebut membeli tiket ____________ mereka percaya
pertandingan itu sangat hebat__________________ pertandingan itu akan diadakan sekali
sahaja.

A. sungguhpun / kerana C. walaupun / juga
B. kerana / dan D. kerana / serta


10. Sebelum meninggalkan majlis itu, para jemputan dihadiahkan _____bunga rampai
dan_______ nasi kunyit.

A. secubit . sesuap C. segenggam .. sebungkus
B. sekepal . sebutir D. sejemput .. secubit



Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
4

Soalan 11 hingga soalan 12
Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuaI.
11. Sultan Mahmud menjadi ____________ apabila melihat kejelitaan Tuan Puteri Gunung Ledang.

A. gundah-gulana C. membuta tuli
B. mabuk kepayang D. tawar hati

12 Pak Mail hanya _________________ mengatakan Amir yang mencuri buah-buahan di dusunnya
tanpa menyiasat terlebih dahulu.

A. tangkap muat C. tangkap basah
B. serkap jarang D. hentam keromo


Soalan 13 hingga soalan 14

Pilih perkataan seerti dengan perkataan bergaris

13. Kereta mainan yang baru dibeli oleh ayah sudah rosak kerana adik menghumbannya ke lantai
beberapa kali.

A. menyeret C. menghempas
C. menghentak D. menolak

14. Pihak kerajaan telah menggubal semula Kanun Tanah Negara.

A. menggubah C. menubuh
B. mereka D. membuat







Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
5

Soalan 15 hingga soalan 16

Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris

15. Ayah mengizinkan saya menyertai lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada cuti nanti.

A. melarang C. menyuruh
B. mendesak D. membantah

16. Encik Wong menaikkan gaji semua pekerjanya kerana syarikatnya memperoleh laba yang
berlipat ganda tahun lepas.

A. keuntungan C. kekayaan
B. kerugian D. kemewahan

Soalan 17 hingga soalan 19

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.

17. Apakah pengajaran yang kita perolehi daripada cerita ini?

A. Kita memang banyak menerima pengajaran daripada cerita ini.
B. Saya tidak banyak memperolehi pengajaran daripada cerita ini.
C. Pengajarannya ialah kita jangan mementingkan diri sendiri sahaja.
D. Jika dikaji,banyak pengajaran yang kita perolehi daripada cerita ini.

18. Bagaimanakah keadaan nenek kamu sekarang?

A. Ya,beliau sihat.
B. Neneknya memang sihat sekarang.
C. Saya belum pernah mengunjunginya sejak akhir-akhir ini.
D. Keadaannya pada masa ini agak baik.




Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
6


19. Kamukah yang memenangi pertandingan pidato itu?

A. Ya, saya memang memenangi pertandingan pidato itu.
B. Ya, saya yakin saya akan memenangi pertandingan pidato itu.
C. Ya, sayalah yang telah memenangi pertandingan pidato itu.
D. Ya, sayalah yang telah dipilih oleh hakim pertandingan pidato itu.

Soalan 20 hingga soalan 22
Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat bergaris.

20. Para penonton menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan negara dengan bertepuk kuat-
kuat.

A. Siapakah yang menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan negara?
B. Apakah yang dibuat oleh para penonton yang sedang bertepuk tangan itu?
C. Apakah yang dibuat oleh para penonton untuk menunjukkan sokongan mereka kepada
pasukan negara?
. D. Mengapakah para penonton bertepuk kuat-kuat?


21. Saya hendak ke rumah Rubiah dahulu, kemudian barulah ke rumah Rohani.

A. Bilakah kamu hendak ke rumah Rubiah dan Rohani?
B. Siapakah yang hendak ke rumah Rubiah dan Rohani?
C. Kamu hendak ke rumah Rubiahkah atau ke rumah Rohani dahulu?
D. Kemanakah kamu hendak pergi selepas ke rumah Rubiah?

22. Persatuan Bahasa Melayu akan melawat Muzium Negara pada hari Sabtu ini.

A. Apakah tujuan Persatuan Bahasa Melayu melawat Muzium Negara?
B. Bagaimanakah anggota Persatuan Bahasa Melayu melawat Muzium Negara?
C. Bilakah Persatuan Bahasa Melayu akan melawat Muzium Negara?
D. Mengapakah Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan lawatan ke Muzium Negara?


Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
7


Soalan 23 hingga soalan 26

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul

23. I Emak sedang membancuh air limau nipis untuk tetamu.
II Buku cerita yang Azura baca semalam nipis sahaja.
III Mentimun itu dihiris nipis oleh Puan Ani.
IV Air dalam telaga itu nipis sahaja

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja


24. I Punca pendapatannya ialah daripada perniagaannya
II Tiada siapa mengetahui apakah punca pergaduhan itu.
III Punca tali itu diikat pada sebatang pokok.
IV Kemalangan itu punca daripada kelalaian pemandu lori itu.

A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja


25. I Nelayan itu menyelam untuk melepaskan jalanya yang tersangkut.
II Mereka menyelam dicelah-celah orang ramai yang beratur untuk membeli tiket.
III Aku mesti menyelam isi hati anak yatim itu.
IV Tugas saya ialah membaca surat dan menyelam maksud kandungannya.

A. I dan II B. I dan III
C. I, III dan IV D. II, III dan IV


Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
8

26. I Aliran sungai itu menuju ke laut.
II Rakyat negara ini menolak politik aliran komunis.
III Bapa saya berpendidikan sekolah menengah aliran Inggeris.
IV Pemuda yang malang itu telah tersentuh aliran tenaga elektrik secara tidak sengaja.

A. I dan II B. I dan III
C. I,II dan III D. I,II,III dan IV


Soalan 27 hingga soalan 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris

27. Makanan yang tamat tempoh akan menghasilkan racun yang mendatangkan mudarat kepada
penggunanya.

A. Racun yang terdapat di dalam makanan yang telah luput tempohnya akan membahayakan
sesiapa yang memakannya.
B. Pengguna yang makan makanan yang mengandungi racun akan membahayakan dirinya
sendiri.
C. Setelah tamat tempohnya, racun yang terdapat di dalam makanan itu akan menjadi mudarat
kepada makanan tersebut.
D. Kemudaratan racun, setelah habis tempohnya, akan menjadikan makanan itu merbahaya
untuk dimakan.

28. Ketika matahari menegak, Mak Limah memanggil anaknya yang masih berada di tengah
bendang untuk sama-sama makan bekalan yang dibawa.

A. Menjelang tengah hari, Mak Limah yang sedang berada di tengah bendang memanggil
anaknya untuk sama-sama makan bekalan yang dibawa.
B. Semasa masih berada di tengah sawah, pada waktu tengah hari itu, Mak Limah dan anaknya
bersama-sama menjamah bekalan yang dibawa.
C. Pada waktu tengah hari, Mak Limah meneriakkan anaknya yang sedang berada di tengah
sawah untuk sama-sama makan bekalan yang dibawa.
D. Sewaktu matahari menegak tinggi, Mak Limah diteriak oleh anaknya, yang masih berada di
tengah sawah untuk sama-sama menjamah bekalan yang dibawa.

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
9


Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul

29. I Semoga Tuhan mencucurkan kami dengan rahmat dan berkat
II Apabila tiba musim kemarau, daun-daun getah itu akan keguguran.
III Puan Hasmah gemar mengumpul pelbagai jenis bunga kertas.
IV Encik Razlan mengikuti kursus itu kerana ingin mendalami lagi bidang keusahawanan

A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja


30. I Azmanuddin merupakan pelari terpantas di sekolah itu.
II Mak Cik Zainab menamai kucing itu sebagai Si Belang.
III Pemain yang memakai jersi nombor 17 itulah yang paling terhandal.
IV Cikgu Aminah mengagumi kebolehan muridnya melukis potret itu.

A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja











Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
10




Soalan 31 hingga 35

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang adil lagi bijaksana,Guru Besar,guru-guru,
barisan para pembangkang dan rakan-rakan seperjuangan. Assalamualikum dan salam sejahtera
saya ucapkan

Sebagai pencadang ketiga,saya tetap mempertahankan hujah pasukan kami atas tajuk
Negara Pertanian Lebih Baik Daripada Negara Perindustrian.Manusia memerlukan makanan untuk
hidup.Bagi memenuhi keperluan tersebut,negara perlulah menjurus kepada kegiatan ekonomi yang
berteraskan pertanian.Sebaliknya,jika negara kita mengutamakan sektor perindustrian,lambat-laun
kita terpaksa mengimport bahan-bahan makanan dari negara lain.Tambahan pula,jika kadar
pertambahan penduduk di negara berkenaan tinggi.Ini akan mengakibatkan kadar pertukaran wang
asing yang bukan sedikit.

Sekiranya pertanian menjadi keutamaan,rakyat akan mendapat banyak faedah.Di samping
hasil-hasil pertanian itu boleh dieksport,malah kekurangan makanan tidak akan timbul,terutama
dalam keadaan darurat. Jika dibandingkan dengan negara pertanian,negara perindustrian lebih teruk
mengalami pencemaran.Hal ini berlaku kerana kilang-kilang bukan sahaja mengeluarkan asap,
malahan sisa-sisa toksid lainnya.

Saya ingin membidas hujah pembangkang kedua yang mengatakan taraf hidup rakyat di
negara perindustrian lebih baik berbanding dengan negara perindustrian.Apa gunanya mempunyai
wang yang banyak sedangkan kesihatan dan keindahan alam semula jadi tercemar?Ingatlah wang
ringgit tidak boleh membeli kesihatan dan keselesaan. Kegiatan pertanian yang terancang,bersistem
akan dapat menarik pelancong.Ini kerana pelancong luar inginkan suasana hijau yang berbeza
dengan negara mereka yang dipenuhi dengan cerobong kilang.

Berdasarkan hujah-hujah saya tadi,sekali lagi saya tegaskan bahawa Negara Pertanian
Lebih Baik Daripada Negara Perindustrian.

Sekian,terima kasih.
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
11

31. Mengimport bahan-bahan makanan dari negara lain akan berrlaku apabila

A. penduduk bertambah dengan pesatnya
B. negara mementingkan sektor perindustrian.
C. negara memerlukan pertukaran wang asing
D. negara perindustrian lebih baik daripada negara pertanian

32. Perkataan darurat dalam petikan di atas bermaksud

A. keadaan yang menyusahkan
B. keadaan penduduk bertambah
C. keadaan huru-hara dan kacau-bilau
D. keadaan kekurangan makanan yang ketara

33. Mengapakah pencemaran berlaku dengan teruknya di negara industri?

A. Kerana negara itu tidak mengutamakan pertanian.
B. Kerana pokok-pokok diganti dengan kilang-kilang.
C. Kerana pengeluaran utama kilang ialah sisa-sisa toksid
D. Kerana sisa-sisa toksid beracun yang dikeluarkan oleh kilang-kilang


34. Apakah faedah yang diperolehi sekiranya pertanian diutamakan?

A. Petani akan menjadi kaya kerana dapat menjual hasil pertanian.
B. Makanan adalah merupakan salah satu keperluan manusia.
C. Tidak berlaku pencemaran dan kesihatan penduduk terjaga
D. Masalah kekurangan makanan tidak berlaku.

35. Semua pernyataan berikut adalah benar tentang negara industri kecuali

A. taraf hidup rakyat negara industri lebih baik daripada negara pertanian.
B. negara yang mengutamakan industri terpaksa mengimport makanan.
C. berlaku pencemaran yang teruk di kebanyakan negara industri
D. kilang-kilang mengeluarkan asap dan juga sisa-sias toksid.

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
12

Soalan 36 hingga 40
Baca petikan laporan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia
Sekolah Kebangsaan Talang Dusun Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Guru Penasihat : Encik Abdullah bin Abdul Hamid
Pengerusi : Abdul Samad bin Muhammad
Setiausaha : Ahmad Radzil bin Abdul Majid
Bendahari : Raja Habibah binti Raja Shariff
Ahli Jawatankuasa : Mohd Fuad bin Alang Ahmad
: Mohd Zaman bin Haji Salleh
: Yahya Al-Mubarak bin Haji Ibrahim
: Norusnani binti Rashid

Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Talang Dusun telah ditubuhkan pada tahun
1990.Persatuan ini mempunyai ahli seramai 100 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun
Empat,Tahun Lima dan Tahun Enam.Dalam tempoh lima tahun penubuhannya,persatuan ini telah
menempuh berbagai rintangan jika dibandingkan dengan sejarah penubuhan sekolah ini.

Matlamat utama penubuhan persatuan ini ialah meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia
di kalangan pelajar.Selain daripada itu,persatuan ini ingin menaikkan mutu dan tahap prestasinya di
samping membentuk kreativiti minda pelajar dalam menguasai kemahiran syarahan,perbahasan dan
sebagainya.Persatuan juga bertanggungjawab mengeratkan perhubungan di kalangan pelajar
pelbagai kaum dan guru di sekolah ini.

Sepanjang semester pertama,persatuan telah menganjurkan berbagai-bagai aktiviti, seperti
Pertandingan Bercerita dan Kuiz Bahasa Malaysia untuk pelajar Tahun Empat dan Tahun
Lima,Pertandingan Menulis Esei dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak untuk pelajar Tahun
Enam.Semua pertandingan terbuka kepada semua ahli dan pelajar.

Seorang pelajar Tahun Enam Temenggong,Siti Hajar binti Johari telah berjaya menjadi johan
dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri.Kejayaannya itu mendapat pujian
daripada Guru Besar dan diraikan bersama-sama pelajar sekolah ini.

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
13

Pada cuti semester kedua yang lalu,Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan lawatan
untuk mendedahkan pelajar tentang fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam perkembangan
bahasa Melayu dan melihat cara-cara sesebuah buku diterbitkan.

Akhir sekali,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Talang Dusun Kuala Kangsar dan Guru Penasihat kami kerana sokongan dan tunjuk
ajar yang diberikan.Kami berharap agar persatuan akan dapat bergerak dengan lebih aktif dan dapat
mencungkil bakat-bakat baru dalam segenap bidang yang dianjurkan.

Laporan disediakan oleh; 26 Januari 1996

Fadzil
(AHMAD FADZIL ABDUL HAMID)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Talang Dusun



36. Laporan di atas adalah tentang

A. sejarah penubuhan persatuan tersebut.
B. perlantikan ahli jawatankuasa persatuan tersebut.
C. laporan tahunan Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Talang Dusun Kuala
Kangsar.
D. kegiatan yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Talang
Dusun Kuala Kangsar.

37. Siapakah yang bertanggungjawab menggerakkan segala aktiviti persatuan tersebut?

A. Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia
B. Guru Penasihat Persatuan Bahasa Malaysia
C. Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Malaysia
D. Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia


Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
14


38. Berikut adalah matlamat penubuhan persatuan tersebut kecuali

A. Mengeratkan hubungan di kalangan guru di sekolah itu.
B. Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar Melayu di sekolah itu.
C. Membentuk kreativiti minda pelajar dalam kemahiran Bahasa Malaysia.
D. Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam Bahasa Malaysia.

39. Apakah matlamat utama penubuhan Persatuan Bahasa Malaysia tersebut?

A. Merangka aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada para pelajar.
B. Untuk mengisi masa lapang pelajar dengan kegoiatan yang berfaedah.
C. Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia di akalngan pelajar.
D. Untuk mengeratkan hubungan dua hala antara pelajar-pelajar dengan guru.

40. Apakah harapan pelapor di atas terhadap persatuan tersebut?

A. Agar persatuan ini mendapat tunjuk ajar daripada guru penasihat.
B. Agar persatuan ini terus berjaya dalam setiap aktiviti yang dipertandingkan.
C. Agar persatuan ini terus bergiat cergas pada masa akan datang.
D. Agar persatuan ini bertambah ahlinya.





SOALAN TAMAT














Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
15





JADUAL SPESIFIKASI ITEM BM 011 SET 2


NO.
SOALAN
TAJUK RENDAH SEDERHANA TINGGI
1 Kata Ganti Diri /
2 Kata Arah /
3 Kata Adjektif /
4 Kata Perintah /
5 Kata Hubung /
6 Pengimbuhan /
7 Penanda wacana /
8 Kata Ganda /
9 Kata Hubung /
10 Penjodoh bilangan /
11 Simpulan bahasa /
12 Simpulan Bahasa /
13 Perkataan Seerti /
14 Perkataan Seerti /
15 Perkataan Berlawan /
16 Perkataan Berlawan /
17 Soalan bagi Jawapan /
18 Soalan bagi Jawapan /
19 Soalan bagi Jawapan /
20 Jawapan bagi soalan /
21 Jawapan bagi soalan /
22 Jawapan bagi soalan /
23 Kata banyak makna /
24 Kata banyak makna /
25 Kata banyak makna /
26 Kata banyak makna /
27 Ayat yang sama maksud /
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
16

28 Ayat yang sama maksud /
29 Ayat yang betul /
30 Ayat yang betul /
31 Pemahaman (Ucapan) /
32 Pemahaman (Ucapan) /
33 Pemahaman (Ucapan) /
34 Pemahaman (Ucapan) /
35 Pemahaman (Ucapan) /
36 Pemahaman (Laporan) /
37 Pemahaman (Laporan) /
38 Pemahaman (Laporan) /
39 Pemahaman (Laporan) /
40 Pemahaman (Laporan) /
JUMLAH 12 24 4






















Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
17





SKEMA JAWAPAN BM 011 SET 2




1 C
2 A
3 B
4 C
5 A
6 D
7 D
8 A
9 B
10 C
11 B
12 B
13 C
14 D
15 A
16 B
17 C
18 D
19 C
20 C
21 C
22 C
23 C
24 B
25 B
26 C
27 A
28 C
29 C
30 B
31 B
32 C
33 D
34 C
35 A
36 C
37 B
38 B
39 C
40 C






Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang
________________________________________________________________________________

Bahasa Melayu 011 (Pemahaman Set 2
18

Вам также может понравиться