Вы находитесь на странице: 1из 3

Malam ini saya nak cerita pasal perkataan MUNAFIK, Sebab perkara ini antara perkara besar yang

sering orang buat macam perkara kecil. Sebab apa, tanpa kita sedari kita mungkin sedang tergolong
dalam golongan yang munafik. Sebagai contoh, apabila situasi seperti kita sedang online pada waktu
Zohor, kemudian kita buat status dalam facebook, Jom kita solat Zohor. Kemudian kita pun Offline tapi
kita tak pergi solat pun. Kita pergi makan, lepas tu tidur dan meninggalkan solat tanpa sebab yang
dibenarkan. Itu sebenarnya salah satu contoh orang munafik atau menghampiri sifat munafik.
Sebabnya, dia seakan-akan menunjukkan dia seorang yang melaksanakan suruhan Allah tapi sebenarnya
dia tidak ingin pun melakukannya. Perbuatan itu seakan-akan memperlekehkan suruhan Allah, kerana
tahu ianya satu kewajipan tetapi kita tidak mahu melakukannya dan mengambil perkara itu seperti
tidak mempunyai nilai. Perbuatan mengajak orang ke arah kebaikan itu satu perkara yang amat baik dan
lebih cantik lagi kalau apa yang kita ajak tu, kita pun buat.
Di dalam Al-Quran, Allah telah menceritakan tentang perkara ini dengan cukup jelas. Sebagai contoh
dalam Surah al-Baqarah ayat 8 hingga 20 yang bermaksud :
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat";
padahal mereka sebenarnya tidak beriman (8). Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang
yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya
(9). Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka
Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran) (10). Dan apabila
dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka
menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan" (11). Ketahuilah!
Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan
kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya (12). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah
kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman
sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang
yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) ( 13). Dan apabila mereka
bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala
mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap
bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)" (14). Allah
(membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang
melampaui batas itu) (15). Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan
petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah
(16). Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan
api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi)
mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun) (17). Mereka
(seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada
kebenaran) (18). Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,
bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga
masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh
terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu (19). Kilat itu
pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi
mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi
mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki,
nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu (20).

Panjang sungguh nak baca dari ayat 8-20 kan ?. Dan saya percaya, ada yang baca tak habis. Sebab malas.
Dan tahniah bagi mereka yang meneruskan bacaan, kerana hanya orang yang ingin mencari ilmu, akan
berminat untuk membaca dan terus membaca. Daripada ayat di atas, Allah menjelaskan kepada kita
mengenai perbuatan orang yang munafik itu sering bermuka-muka. Mereka menipu dengan mengakui
mereka beriman padahal di belakang sebenarnya mereka memperlekehkan orang-orang yang beriman.
Jika kita merujuk hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad
SAW bersabda yang bermaksud :
Tiga petanda orang munafik adalah apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia
memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.
Ini bermakna, munafik ini lebih sesuai dipanggil sebagai seorang yang bermuka-muka atau
perumpamaan melayu di panggil Talam dua muka. Iaitu memperlihatkan sifat yang baik namun
dibelakang dia cukup berbahaya. Allah memberi amaran tentang azab yang akan dibalas kepada orang-
orang yang munafik dalam surah An-Nisaa ayat 138 yang bermaksud :
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk
mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Allah melarang kita mendekati orang-orang yang munafik kerana kita mungkin akan turut mempercayai
mereka dan turut sama melakukan hal yang sama seperti mereka kerana perbuatan mereka yang suka
berbohong tetapi mengaku beriman. Dalam surah An-nisaa, ayat 140 Allah SWT berfirman yang
bermaksud;
Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran),
iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir
dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada
memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah
kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan
orang kafir di dalam neraka jahannam.

Bukan sahaja larangan mendekati mereka, bahkan dalam surah yang sama (Surah an-Nisaa), Allah
melarang kita untuk menjadikan golongan munafik ini sebagai kawan rapat. Allah SWT berfirman pada
ayat 144 yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang
kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak
mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?. Dan sekali lagi pada ayat
seterusnya iaitu ayat 145, Allah memberi amaran tentang hukuman orang-orang yang munafik,
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari
(lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh
menolong mereka.
Di dalam surah Al-Maidah ayat 61-64 serta Surat At-Taubah Ayat 66-69 juga ada membahaskan tentang
sifat dan golongan munafik. Lihatlah, dari perkara yang kita anggap kecil sebenarnya amat besar
kesannya. Walaubagaimana pun, Allah itu Maha Pengampun, DIA sentiasa memberi kita peluang untuk
bertaubat. Oleh itu, kita perlu sentiasa bertaubat, kerana kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah
masuk dalam zon dosa yang menjadi tiket ke neraka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari
(lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh
menolong mereka (145). Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan
memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah,
serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu
ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan
orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar (146). Apa gunanya Allah menyeksa kamu
sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah
sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha
Mengetahui (akan hal keadaan mereka) (147). Surah an-Nisaa ayat 145-147.

Вам также может понравиться