Вы находитесь на странице: 1из 1

BERKENAAN PERINTAH BERKURUNG

Berkenaan Perintah Berkurung di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah, YDH
Pesuruhjaya Polis Sabah telah menyatakan beberapa perkara seperti berikut:

1. Perintah Berkurung bermula 19/7/14 @ 1800hrs hingga 20/7/14 @ 0600hrs Ini adalah
berdasarkan kuasa-kuasa yang diberikan d bawah undang2 sedia ada bahawa kuasa Pesuruhjaya
Polis boleh membenarkan untuk Tempoh 24 jam.

2. Perintah berkurung akan tamat 0600hrs. Perintah Berkurung ini akan dilanjutkan untuk tempoh 14
hari lagi atas kuasa kebenaran Menteri Dalam Negeri.

3. 6 daerah terlibat Sandakan, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna n Kinabatangan.

4. Kawasan-kawasan yang terlibat dan dimaksudkan dalam perintah berkurung adalah di kawasan
perairan laut iaitu selepas 3 batu nautika dari pesisiran pantai.Untuk makluman 1 batu nautika
bersamaan dgn 1.852 km. Maksudnya 1 batu nautika x 1.852 km= 5.556km perairan dari pantai masih
boleh menjalankan aktiviti seperti biasa .Perintah berkurung selepas jarak 5.556km. Orang awam atau
nelayan-nelayan kecil masih boleh bergerak bebas menjalankan aktiviti harian seperti biasa di perairan.

5. Semua agensi keselamatan yang bertugas di perairan perintah berkurung adalah dibenarkan utk
Melepaskan Tembakan kpd mana2 vessel yang berada di kawasan larangan iaitu kawasan perintah
berkurung kerana ingkar arahan.

6.. 6 ketua polis daerah yang terlibat dkehendaki segera menghebahkan tentang Perintah Berkurung
ini sebelum jam 5 ptg hari ini dengan apa jua cara samada telefon, fax, tampal notis ataupun melalui
Jab. Penyiaran dan lain-lain.

7. Walau bagaimanapun, 6 Ketua polis daerah ini boleh mgguna budibicara jika ada mana2 nelayan
laut dalam yg ingin melalui kawasan printah brkurung pd wktu arahan printah brkurung dlaksanakn.
Namun, mereka hanya dibenarkan mlalui kwsn sahaja bukan mnjlankan aktiviti mngkap ikan. Untuk
makluman. Semoga faham makna perintah berkurung seperty yang dimaksudkan di atas.

Sumber: : INTERNET.

Aby Zeehad As
AsPark C.E.O, Sebangkat Reef Semporna.

Sila ambil Perhatian Kakitangan & Kontraktor AsPark Management Team

Вам также может понравиться