Вы находитесь на странице: 1из 4

Kata Bilangan

1) Kata bilangan digunakan untuk mengira atau menghitung sesuatu


Kata Bilangan Kegunaan Contoh
Tentu Mengira sesuatu yang tentu Satu, dua, seratus, seribu,
lima juta
Tak Tentu Mengagak sesuatu yang tidak
pasti
Beberapa, sesetengah,
semua, separuh, segala,
sekalian, para
Pecahan Mengira sesuatu yang dipotong
kepada beberapa bahagian atau
air
Satu per empat, setengah,
separuh, suku,
Pisahan Mengira sesuatu yang
diasingkan
Setiap, masing-masing,
tiap-tiap
Himpunan Mengira sesuatu yang disimpan
atau dikumpul
Berminggu-minggu,
bertahun-tahun, ribuan,
ketiga-tiga
Tingkat Mengira perbezaan darjat Pertama, kedua, ketiga,
Tanya Untuk menanya harga berapa


1.) Pak Ali membela ______________ ekor lembu.

2.) Makcik Lee menjual _______________jenis sayur di gerainya.

3.) ______________ hari Isnin, sekolah saya akan mengadakan perhimpunan
sekolah.

4.) _____________ hadirin dijemput masuk ke dewan serta mengambil tempat
masing-masing.

5.) Setelah ______________ hari bercuti di kampung nelayan, kami pun bertolak
pulang.

6.) Abang hanya minum ______________ daripada susu itu.


Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung kata nama atau
frasa nama.

1. di -- tempat, arah
contoh : a.) Tong sampah itu terletak di belakang rumah.
b.) Murid- murid berkumpul di dewan sekolah.

2. ke -- tempat, arah, waktu / masa
contoh : a.) Rahman berjalan menuju ke arah ibu.
b.) Kami sekeluarga melancong ke luar negara pada hujung tahun ini.

3. dari -- tempat, arah, waktu / masa
contoh : a.) Ali baru pulang dari pejabat.
b.) Bapa bekerja dari pagi hingga petang.

4. daripada -- orang, punca / sumber, perbandingan
contoh : a.) Saya menerima hadiah daripada Cikgu Lee.
b.) Tikar itu diperbuat daripada daun mengkuang.
c.) Ahmad lebih tinggi daripada Abu.

5. kepada -- orang, haiwan, pecahan
contoh : a.) Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Cikgu Lee yang akan bersara.
b.) Ali menghulurkan seketul tulang kepada anjing kesayangannya.
c.) Murid- murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
6. pada-- masa, tempat, orang, haiwan
contoh : a.) Acara sukan akan bermula pada pukul 8.00 pagi.
b.) Gambar itu digantung pada dinding ruang tamu.
c.) Buku cerita adik ada pada Siti.
d.) Keupayaan untuk terbang ada pada burung.

7. oleh-- digunakan dalam ayat pasif
contoh : a.) Bangunan yang unik itu direka oleh seorang arkitek yang terkenal.

8. untuk-- orang, menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan
contoh : a.) Susu dikenal pasti sebagai makanan terbaik untuk bayi.
b.) Kutipan derma itu adalah untuk pembiayaan kos perbelanjaan rawatan
orang cacat.
Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif. Ia hadir sebelum
atau selepas kata adjektif.

2) Perhatikan ayat-ayat di bawah. Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata
adjektif pula dicetak tebal.
a) Kasut joging itu terlalu mahal.
b) Buku cerita kanak-kanak ini agak baru.
c) Jalan kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
d) Hari ini panas sekali.
e) Suara penyanyi itu merdu nian.
f) Air sirap ini manis benar.
g) Zaki amat fasih berbahasa Inggeris.
h) Sekolah kami sangat dekat dengan perhentian bas.
i) Ayah bangga sungguh dengan keputusan ujian saya.

3) Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang, dan
penguat bebas. Lihat jadual di bawah.
Jenis Kata Penguat Contoh
Penguat hadapan Paling; terlalu; agak
Penguat belakang Sekali; benar; nian; betul
Penguat bebas Amat; sangat; sung

Вам также может понравиться