Вы находитесь на странице: 1из 8

QGJ3033

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI


JENIS TUGASAN:
ARTKEL ILMAH
TAJUK:
SENI DAN KEBUDAYAAN PEMANGKIN KECERMELANGAN MURID
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: MOHAMAD FADZIL BIN AHMAD @ SANI
NO MATRIK D20112053411
KUMPULAN UPSI 20
NAMA PENSYARAH
E-LEARNNG
Puan Norsilawati binti Abdul Razak
NO. TELEFON
PELAJAR
0199741568






Seni dan Kebudayaan Pemangkin Kecemerlangan Murid
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seni didefnisikan sebagai karya
seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang merupakan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Selain itu, seni juga membawa maksud kebolehan seseorang yang mampu mencipta sesuatu
yang indah seperti lukisan dan ukiran. Jika kita melihat daripada sudut agama, Imam Muslim
menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu di mana seseorang yang mempunyai ilmu atau
pengetahuan seni akan mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran serta perasaannya
terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya seni, ataupun setidak-tidaknya mereka
akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut seandainya tidak mampu menghasilkan
karya seni. Perkataan kebudayaan berasal daripada perkataan budaya didefinsikan sebagai
kemajuan fkiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan dan lain-lain menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat. Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
Seni memainkan peranan penting dalam pendidikan bagi melihat perkembangan
kanak-kanak melalui daya persepsi, estetika dan kreativitnya. Seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang digabungkan bersama-sama dapat membantu pembentukan insan yang lebih
bersifat holistik. Penggunaan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
mampu menjadikan proses tersebut lebih seronok menarik dan berkesan. Hal ni sangat
penting bagi mewujudkan komunkasi yang lebih positif antara guru dan murid serta murid
sesama murid. Kebudayaan memainkan peranan dalam memberi pemahaman mengenai cara
dan corak kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini demkian kerana kebudayaan dapat
membeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Bukan itu sahaja, kebudayaan
juga menjadi alat penyatuan dan pengenalan identiti sesuatu bangsa.
Malahan sejak zaman dahulu lagi seni dan kebudayaan telah memainkan peranan
penting kepada masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan ini telah menjadi salah
satu medium riadah bagi masyarakat di Negara kita. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga
berfungsi sebagai agen bagi memupuk amalan keagamaan dalam masyarakat. Selain itu,
aktiviti ini telah membentuk satu identiti bangsa Malaysia yang amat unik. Identiti ini
seterusnya menjadi pegangan dan amalan dalam kehidupan masyarakat sehari-hari. Keunikan
ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia yang
mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni serta kebudayaan.

Masyarakat memainkan peranan penting dalam penglibatan seni dan kebudayaan. Hal
ini kerana penglibatan masyarakat dapat meningkatkan kecergasan fzikal, perpaduan kaum
dan ekonomi masyarakat di Malaysia. Penglibatan masyarakat dalam program-program yang
dilaksanakan oleh kerajaan seperti Senamseni 1 Malaysia dapat meningkatkan kecerdasan
fizikal. Senamseni 1 Malaysia merupakan satu aktiviti senaman yang merangkumi semua
tarian tradisi masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Negara kita termasuk etnik Sabah,
Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang terdapat dalam senaman ini merangkumi
aspek pemanasan badan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan
singkat.
Objektif utama senamseni ini ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih
menyayangi serta lebih dekat lagi kepada seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalu
elemen senanan. Selain dapat mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dalam kehidupan
masyarakat yang sibuk pada hari ini, program ni juga dapat mengharmonikan masyarakat
Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum. Oleh itu, senaman ini bertindak sebagai
serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya. Aktiviti fizikal
berdasarkan seni dan tarian rakyat in memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan
penghayatan seni budaya tempatan. Senamseni 1Malaysia ini membuktikan kepada kita
bahawa kesenian tradisional rakyat oleh diguna dalam apa jua perkara. Modul Senam Seni
Malaysia yang dihasilkan daripada gabungan pelbagai seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum
di negara ini diadunkan menjadi elemen senaman selama 30 minit.
Bagi mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia, program Rumah Terbuka
Malaysia merupakan aktiviti yang amat bertepatan dengan matlamat ini. Pada tahun 2000,
kerajaan Malaysia telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama telah
diiktiraf sebagai perayaan utama di Negara kita. Program ini dikenali sebagai Rumah Terbuka
Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan yang merupakan anjuran bersama kerajaan
pusat dan kerajaan negeri. Objektif utama program ini ialah untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang
aman dan harmoni. Perpaduan yang terjalin dapat memudahkan pencapaian matlamat Negara
dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa. Bukan itu sahaja,
amalan ini dapat mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum.


Antara perayaaan yang disambut di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri, Gong Xi Fa
Cai, Deepavali, Gawak Dayak, Tadau Keaamatan dan Hari Natal. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam selepas sebulan berpuasa
di Bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi
pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, TahunBaru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan
perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum
India yang beragama Hindu pula meraikan Deepavali yang turut dikenali sebagai pesta
cahaya. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak, mereka meraikan Gawai Dayak sebagai
perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Kaum Kadazan Dusun di Sabah pula merayakan
Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim
menuai. Bagi penganut Kristian, perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan
meriahnya di seluruh Negara pada tanggal 25 Disember setiap tahun.
Penglibatan masyarakat dalam seni dan kebudayaan juga dapat meningkatkan
ekonomi Negara. Terdapat pelbagai jens seni yang boleh menyumbang kepada peningkatan
ekonomi di Negara kita. Antaranya, seni ukir, seni tembikar, seni fabrik, seni tembaga dan
juga seni kraftangan. Oleh itu, Kraftangan Malaysia telah menjalankan pelbagai program
secara berterusan untuk membawa usahawan kraf tempatan ke tahap yang lebih berdaya
saing, berdaya maju dan berdaya tahan. Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Kraftangan
Malaysia ialah Satu daerah Satu Industri. Melalui projek ini, Kraftangan Malaysia setakat ini
membangunkan ini membangunkan 69 projek berbanding 16 ketika projek ini dimulakan pada
2003.
Projek ini terdiri daripada bidang hasil logam, hasil rimba, seramik dan tekstil. Antara
projek yang dibangunkan ialah tenunan di daerah Pekan, Pahang, batik di Kota Bharu,
Kelantan, hasil rimba atau ukiran kayu di Temerloh, Pahang dan kraf buluh dan bemban di
Serian, Sarawak. Seramai 691 usahawan kraf berjaya dibangunkan melalui projek SDSI ini
dan ia juga memberi peluang pekerjaan kepada 3,165 orang. Projek seperti ini menyediakan
banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat sekaligus dapat meningkatkan ekonomi Negara
secara tidak langsung. Hasil kraftangan ini juga merupakan salah satu tarikan kepada para
pelancong luar tentang keunikan yang terdapat di Malaysia. Justeru, penglibatan masyarakat
dalam seni dan kebudayaan ini memberi banyak impak positif kepada pembangunan ekonomi
Negara.

Pada pendapat saya, penglibatan murid dalam permainan serta tarian tradisional ini
dapat mewujudkan persefahaman sesama murid walaupun mereka terdiri daripada kaum atau
etnik yang berlainan. Persefahaman yang jitu amat penting dalam menjadikan Malaysia
sebagai sebuah Negara yang aman serta harmoni. Penglibatan murid dalam aktiviti seni dan
kebudayaan juga amat penting agar kita dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
akademik dan kokurikulum. Kita sedia maklum setiap sekolah pasti akan mempunyai kelab
kebudayaan masing-masing. Penglibatan murid-murid dalam kelab seperti ini dapat
meningkatkan lagi pemahaman mereka mengenai seni dan kebudayaan sesebuah negeri yang
terdapat di negeri kita. Sebagai contoh, para guru boleh melibatkan para pelajar untuk
melakukan tarian tradisional sesebuah negeri pada majlis-majlis formal. Hal ini akan dapat
menarik minat pelajar tersebut untuk lebih memahami dan melibatkan diri.
Selain itu, penglibatan murid dalam seni tari di sekolah rendah dapat membentuk
keperibadian Generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum mampu serta
berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahaan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang
ke arah pembagunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Bukan itu sahaja, saya turut berpendapat bahawa penglibatan para pelajar dalam
permainan tradisonal juga amat penting supaya mereka tidak akan sesekali melupakan
warisan peninggalan nenek moyang mereka. Permainan tradisonal dapat digiatkan dengan
adanya peranan daripada pihak sekolah yang memainkan peranan dengan menganjurkan kelab
permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar sekolah perlu diberi galakkan untuk
menyertai kelab ini kerana dapat didedahkan dengan pelbagai jenis permainan tradisional
yang boleh menjadi salah satu hobi mereka. Sebagai contoh, permainan congkak,permainan
gasing dan permainan batu seremban. Bahkan, pelajar juga dapat mendominasi teknik
bermain permainan warisan ini dengan tepat dan betul.
Penglibatan murid dalam aktiviti seni dan kebudayaan khususnya seni tari dan
permainan tradisional sangat penting bagi memastikan keseimbangan terhadap perkembangan
domain psikomotor, kognitif dan afektif dalam diri pelajar. Seni tarian dalam pendidikan
sekolah rendah yang diintegrasikan daripada tiga komponan akan melengkapkan pembinaan
otak kanan dan otak kiri . Bertitik tolak daripada pengintegrasian ini, perkembagan

menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku. Hal ini kerana
kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-
kanak.
Jika kita lihat daripada aspek psikomotor, penglibatan murid dalam seni tari dapat
meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ketahanan mereka. Penggunaan tubuh badan dalam
aktiviti tarian ini memerlukan kekuatan fizikal seseorang murid itu. Elemen tubuh badan
merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki dan tangan. Tarian juga
menggunakan muzik latar dan pergerakan anggota tubuh badan setiap kanak-kanak. Kanak-
kanak perlu membuat pergerakan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Setiap rentak
muzik mempunyai lenggok tarian yang tersendiri. Melalui tarian juga kanak-kanak dapat
meningkatkan kemahiran psikomotor serta menggalakkan koordinasi tubuh badan seperti
kaki, tangan, mata, bahu dan jari. Tubuh badan kanak-kanak yang aktif dalam tarian biasanya
akan menjadi lebih sihat berbanding kanak-kanak yang tidak aktif.
Penglibatan murid dalam aktiviti seni dan budaya juga penting dalam aspek kognitif
pelajar tersebut. Aktiviti seni dan budaya dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan
estetika kanak-kanak. Sebagai contoh, wau bulan yang terkenal di negeri Kelantan
mempunyai seni lukis yang sangat unik dan menarik. Murid boleh meningkatkan daya
kreativiti mereka apabila mereka didedahkan dengan pelbagai corak yang dihasilkan pada
wau tersebut. Bukan itu sahaja, penglibatan murid dalam seni tari juga dapat meningkatkan
tahap imaginasi dan kreativiti seseorang murid itu. Proses pergerakan kreatif yang
menggunakan elemen ruang dapat melatih imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap
elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual
secara kreatif.
Dari segi afektif atau emosi, seni dan budaya sangat mempengaruhi perkembangan
seseorang kanak-kanak itu. Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira,
takut, kecewa, marah,dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam
dua jenis iaitu seronok dan tenang dan kurang seronok dan cemas. Tarian merupkan salah satu
cara untuk menyediakan suasana riang terhadap kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang
ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak menghidupkan suasana aktif pembelajaran. Tarian
menggalakkan interaksi di antara murid dan guru menyebabkan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Tarian juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan dalam diri mereka. Di samping itu dengan

mendengar dan terlibat dalam aktiviti tarian dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.
Kanak-kanak akan berasa sungguh terhibur dan hal ini dapat mengurangkan tekanan ketika
belajar. Apabila kanak-kanak menari, mereka akan berasa lega dan perasaan bimbang serta
cemas akan berkurangan kerana alunan muzik dan lenggok tarian tersebut mampu memberi
ketenangan menghiburkan.
Sebagai konklusinya, seni dan kebudayaan sangat penting untuk difahami dan dihayati
oleh semua lapisan masyarakat. Kefahaman yang jitu akan mewujudkan satu perasaan bangga
dengan seni dan kebudayaan yang dimiliki oleh pelbagai penduduk di Negara kita. Namun
begitu, penerapan seni dan kebudayaan ini perlu diterapkan dalam diri murid-murid kerana
mereka merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan. Tanpa pendekatan yang efektif
kepada generasi ini tidak mustahil suatu hari nanti seni dan kebudayaan kita hanya akan
menjadi satu sejarah sahaja. Pelbagai aktiviti perlu djalankan secara aktif agar kita dapat
melahirkan generasi yang celik ilmu yang akan sentiasa mempunyai idea-idea yang bernas
bagi mempromosikan dan memperkenalkan kepada dunia tentang seni dan kebudayaan kita.














Rujukan
1. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2005.
2. Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multimeda Malaysia,
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/22-interesthobby/433-rumah-
terbuka-malaysia-serlahkan-tanggungjawab-bersama.html
3. Academia.edu,Ciri-ciri Kuri Tersirat. Ainul Nadzirah Omey.
http://www.academia.edu/4432389/Ciri_ciri_Kuri_Tersirat
4. Tarian, Nur Khaizan binti Abu Mansur.
http://khaizan-pemulihankhas.blogspot.com/2012/05/tarian-1.html
5. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Hari Kraf Kebangsaan 2011 Kraf Menjana
Ekonomi. http://www.kraftangan.gov.my/main/content/11250/url_code=43
6. http://web10.bernama.com/kpdnhep/v2/index.php?lang=my&sid=newsdetailkbbm&id=47
6944
7. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/16/kepentingan-budaya-tradisonal-kita/
8. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/7842-senam-seni-1malaysia.html
9. http://pendidikansarawak.blogspot.com/2010/04/kepentingan-permainan-tradisional.html
10. http://psk-shima.blogspot.com/2009/04/tarian-yang-terdapat-di-malaysia.html
11. http://prezi.com/9doh8f78yddj/seni-dan-sukan-merupakan-pendekatan-yang-berkesan-
dalam-menjayakan-agenda-perpaduan-nasional-atau-1malaysia/
12. http://notagurupelatih.blogspot.com/2012/04/konsep-budaya.html

Вам также может понравиться