Вы находитесь на странице: 1из 9

Pengenalan

Teori kognitif diasaskan oleh seorang tokoh psikologi iaitu Jean Piaget pada tahun 1952. Teori
kognitif piaget merupakan salah satu teori perkembangan yang menjelaskan bagaimana kanak-
kanak beradaptasi dengan persekitaran dan menginterpretasikan objek serta peristiwa-peristiwa
yang berlaku di persekitarannya. Teori perkembangan kognitif juga menjelaskan tentang
bagaimana kanak-kanak untuk mempelajari ciri-ciri dan fungsi daripada objek-objek, seperti
permainan, alat-alat perabot, makanan, serta objek-objek sosial seperti diri sendiri, orang tua dan
rakan sebaya.
Pada pandangan Piaget (1952), kemampuan atau perkembangan kognitif kanak-kanak
adalah hasil daripada hubungan perkembangan otak dan nervous system serta pengalaman-
pengalaman yang membantu seseorang individu untuk beradaptasi dengan lingkungan
persekitarannya. Piaget (1964) juga berpendapat, bahawa manusia secara genetik adalah sama
dan mempunyai pengalaman yang hampir sama, mereka dapat diharapkan mempunyai
kesunguhan untuk memperlihatkan keseragaman dalam perkembangan kognitif mereka.
Teori Piaget juga dianggap sebagai salah satu teori perkembangan kognitif yang lebih
menyeluruh walaupun ada yang masih mempersoalkan dan tidak menyetujuinya.Teori ini adalah
pada dasarnya telah menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang
seterusnya. Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan
kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut
kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan konsisten. Melalui
pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemerhatian beliau
terhadap kesilapan tingkah laku kanak-kanak itu sendiri, maka beliau merumuskan bahawa
wujud suatu sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak.
Menurut Piaget, sistem tersebut adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang
digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan kanak-kanak sistem-sistem ini
seharusnya didefinisikan dan dibahagikan mengikut ciri-cirinya yang tersendiri. Piaget juga
percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-kanak
terhadap persekitaran sosial di sekelilingnya.

Konsep Asas Teori Kognitif Piaget
Skema (Schema)
Skema menurut Piaget model tingkah laku merupakan asas individu yang ditonjolkan semasa
proses pengubasuaian diri dalam persekitaran. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau
pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi.
Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea
yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu. Maka, skema
individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Didalam
peringkat perkembangan kanak-kanak skema tingka laku mereka berubah dari semasa ke semasa.
Kebiasanya dari kasar kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Contohnya,kanak-
kanak memegang sesuatu benda adalah skema pegangangnya. Hal ini menyebabkan teknik
memegangnya semakin beransur-ansur maju apabila perubahan skema kanak-kanak kini
sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.

Adaptasi (adaptation) dan Keseimbangan (equilibration)
Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait
dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema
sebagai asas tindakan dia antara mereka. Kehidupan individu di dalam persekitaran, sekiranya
skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan
keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi
pengalaman baru, dan pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Dalam situasi ini, ia
bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah. Oleh itu perhubungan
dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan.
Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk
mengadaptasikan keperluan persekitaran, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan
alam sekitarnya akan hilang dan lenyap. Dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan
sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai
motivasi pembelajaran. Adalah ditegaskan bahawa, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai
motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar
dan bukan seperti teori rangsangan.

Asimilasi (assimilation) dan Akomodasi (accommodation)
Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana motivisi, individu
terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Dalam proses adaptasi ini, skema individu
beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut
pandangan Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, antaranya ialah asimilasi dan akomodasi,
kedua-dua konsep ini saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan proses
pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses
adaptasi adalah dikenali sebagai proses akomodasi. Dengan huraian ini, didapati bahawa
akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu
berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi
keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Ringkas kata, mengikut Piaget, murid belajar
melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi,
mentransformnya dalam struktur kognitif (skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada
dapat diperkukuh serta ditambah. Bagi ilmu atau maklumat yang tidak seimbang dengan
skemanya, mereka menggunakan proses akomodasi untuk merorganisasi dan menyesuaikannya
dalam struktur kognitif dan dengan proses yang sedemkian, ilmu pengetahuan murid dapat
diperkembangkan dan dipertingkat kepada tahap yang lebih tinggi.

Tahap Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget
Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria motornya untuk memahami dan
berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh
membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan
telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu
tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun,
kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia
hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang
yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara
deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek
yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan
tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya.
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan
deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya
dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan
untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational
learning) Mussen dan Kagan, (1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub
tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang
tertentu.

a. 0 hinggn 1 bulan (Reflex)
Bayi hanya akan melakukan gerakan pantulan dan gerakan tersebut dilakukan melalui
tingkah laku pendengaran penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya),
penyesuaian, penglihatan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan yang dilakukan masih
belum dapat dikenalpasti perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini ialah
dilakukan untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai herakan pantulan sahaja.

b. 1 bulan hingga 4 bulan (reaksi asas sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula
mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman
memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku
kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang
tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan
dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.

c. 4 bulan hingga 8 bulan (reaksi sekular kedua)
Pada tahap ini, bayi sudah mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan
pemerhatian yang lebih fokus. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu
proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil
sesuatu barang atau objek lalu menggerakkanya. Pada waktu ini, bayi sudah bolah membuat
tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang
mainan ke dalam mulut dengan tujuan mengetahui atau mengenali objek tersebut.

d. 8 bulan hingga 12 bulan (reaksi kordinasi)
Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan
di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan
sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada
bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku.

e. 12 bulan hingga 18 bulan (reaksi secular ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku
secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian
tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan
kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai
konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi
dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan
tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f. 18 bulan hingga 2 tahun (gambaran pemikiran awal)
Berlakunya kombinasi mental dimana, kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada waktu ini kanak-kanak sudah dapat
mengatasi masalah kaedah cuba daya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga sudah mengetahui tentang peranan jantina
dan fungsi individu dalam rumahtangga.

Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan
sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanak sudah boleh bertutur dengan fasih
dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran
kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan
pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa,
oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh
berfikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja.
Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secaradeduktif (daripada umum kepada contoh
khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini,
mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh
mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)
Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun.Kanak-kanak
dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai
pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot dan
benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-
kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam
bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi
segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk
peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya,
menggunakan skema dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran
sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman
objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit
untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi
logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget,
tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip
yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

Operasi Formal (selepas 12 Tahun)
Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental
pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan
konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka
tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan
mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logik.
Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-
tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahp baru,
kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenalpasti dalam tahap berkenaan dengan
nyata dan berkesan. Pada peringkat remaja, mereka sudah boleh memikir secara abstrak dan
boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif
atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.




i. Sokongan Dan Kritikan Terhadap Teori Kognitif Piaget
a. Impak teori piaget dalam pendidikan
Piaget memberikan tumpuan dalam perkembangan kualitatif di mana ianya memberikan
impak yang penting dalam bidang pendidikan. Piaget bukan hanya mengaplikasikan teori
beliau dalam perkembangan kanak-kanak semata-mata tetapi banyak program pendidikan
percaya dan merujuk bahawa kanak-kanak boleh berfikir pada pelbagai peringkat
perkembangan. Tambahan pula, arahan-arahan startegi yang terkandung dalam teori
piaget sangat membantu khususnya dalam bidang pendidikan. Startegi tersebut termasuk
penyediaan sokongan persekitaran, memaksimakan interaksi social dan pengaruh rakan
sebaya serta membantu kanak-kanak melihat kemampuan dan membantu kanak-kanak
untuk berfikir lebih konsisten Driscoll (1994) dalam Ain (2013).

ii. Kritikan Terhadap Teori Piaget
a. Kelemahan Kaedah Kajian yang digunakan
Ramai ahli psikologi yang mengkrtitk hebat teori Piaget terutamanya mengenai
kaedah kajian yang digunakannya. Sumber utama inspirasi dalam pemerhatian Piaget
adalah menggunakan anaknya sendiri iaitu seramai 3 orang. Piaget hanya
menggunakan sampel yang kecil dan. Selain itu, pengkritik juga mempertikaikan
kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget dimana kajian dengan kaedah
klinikal sukar untuk diulang, maka dengan itu kesahihnya adalah diragui. Pengkritik
juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-simpel yang terlalu
kecil. Dan tidak menepati piawaian.

b. Memandang rendah terhadap kebolehan kanak-kanak
Ramai pengkritik bersetuju bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan pada usia
yang lebih awal berbanding apa yang disyaki oleh Piaget. Teori penyelidikan sejak
kebelakangan ini mendapati bahawa kanak-kanak pada usia 4 hingga 5 tahun
mempunyai proses mental dan kefahaman yang agak tinggi dan memahami antara
satu sama lain. Sebagai contoh, kanak-kanak pada peringkat umur ini mempunyai
keupayaan untuk memahami prespektif orang lain, ini bermakna kanak-kanak lebih
kurang egosentrik daripada perkara yang piget percaya.
c. Masalah dalam opeasi formal
Teori perkembangan kognitif Piaget mendapat perhatian yang meluas sejak kajiannya
dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
dan proses perkembangan berasaskan skema. Selain itu, piaget juga mengemukakan
bahawa kanak-kanak akan berkembang ke tahap seterusnya secara automatic
sedangkan factor persekitaran juga memainkan peranan dalam perkembangan operasi
formal.

Вам также может понравиться