Вы находитесь на странице: 1из 10

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

11

APLIKASI KARTUN DALAM MENINGKATKAN INGATAN
MURID TAHUN 4 DALAM BIDANG SIRAH
Rosdiana Madiah binti Ngah & Mohd Nor bin Jusoh
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato Razali Ismail
charlie_wardah89@yahoo.com & smnor@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan aplikasi kartun dalm bidang sirah ini dijalankan
untuk meningkatkan daya ingatan murid dalam bidang sirah. Tajuk yang
difokuskan ialah Peristiwa di Gua Hira. Responden yang dipilih terdiri
daripada 10 orang murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas,
Kuala Terengganu. Mereka merupakan murid berkategori sederhana dan
lemah, iaitu 6 orang perempuan serta 4 orang lelaki. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan metodologi Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
dengan melakukan sebanyak dua gelung. Instrumen-instrumen yang
digunakan untuk melaksanakan kajian ini adalah dengan menggunakan
Ujian Pra dan Ujian Pos, borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
Dapatan keseluruhan yang diperolehi daripada kajian ini ialah terdapat
peningkatan min markah keseluruhan daripada Ujian Pra iaitu sebanyak
50.0% kepada 85.6% setelah Ujian Pos dijalankan. Kesimpulannya,
aplikasi kartun ini berjaya meningkatkan ingatan murid dalam bidang
sirah.
Kata kunci: Aplikasi Kartun, Mengingat, Sirah, Peristiwa di Gua Hira
PENDAHULUAN
Pada 18 Februari 2013, pengkaji telah menjalankan satu sesi pengajaran dan
pembelajaran (pdp) bagi tajuk Peristiwa di Gua Hira bagi murid-murid tahun 4
Cendikiawan. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengadakan
sesi soal jawab dengan murid-murid. Pada mulanya, murid dibenarkan menjawab soalan
pengkaji secara berkumpulan dan dibenarkan untuk merujuk buku teks. Alhamdulillah,
setiap kumpulan boleh menjawab soalan yang diajukan oleh pengkaji dengan betul.
Kemudian, pengkaji menyoal murid secara individu pula tanpa membenarkan murid
merujuk buku teks. 33 daripada 35 orang murid yang ada dalam kelas tersebut tidak dapat
menjawab soalan yang diberi oleh pengkaji dengan betul sambil menggeleng-gelengkan
kepala serta mengatakan, lupe la, ustazah.
Kemudian, pengkaji telah mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi lima soalan
objektif kepada murid. Setelah menyemak hasil kerja murid, keputusannya amat
mengecewakan pengkaji. Berikut merupakan keputusan analisis markah lembaran kerja
murid:




SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

12

Jadual 1 : Analisis Soalan Lembaran Kerja
Jumlah Soalan Yang Dijawab
Dengan Betul
Jumlah murid (Orang) Peratus (%)
0 7 20.0
1 3 8.6
2 20 57.1
3 1 2.9
4 2 5.7
5 2 5.7
Dalam satu perbualan secara tidak langsung antara pengkaji dengan guru Pendidikan
Islam 4 Cendikiawan, iaitu Puan Azizah binti Daud, beliau mengatakan bahawa,
kebanyakan murid tidak dapat menguasai bidang sirah dengan baik kerana sirah adalah
fakta yang tidak boleh direka dan mahu atau tidak, untuk menguasai bidang ini, murid
perlu mengingati fakta itu dengan baik. Perbualan secara ringkas dan tidak langsung ini
semakin membangkitkan rasa dalam diri pengkaji untuk mengkaji masalah ini. Tambahan
lagi, pengkaji turut menganalisis rekod markah murid bagi Ujian TOV (Take of Value)
dan Ujian OTI 1 (Operational Target Increament). Keputusan analisis bagi kedua-dua
ujian ini menunjukkan tiada seorang murid pun yang dapat menjawab kesemua soalan
sirah dengan tepat. Merujuk kepada permasalahan yang berlaku serta refleksi kendiri
yang telah dilakukan, pengkaji telah berfikir dan bertekad untuk menyelesaikan masalah
mengingati fakta sirah dalam kalangan murid Tahun 4 dengan kaedah ataupun
menggunakan bahan bantu yang lebih baik dan menarik.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada:
- Murid tidak dapat mengingati fakta sirah yang diajar oleh guru.
Ketika melaksanakan tinjauan masalah, pengkaji telah menggunakan instrumen analisis
dokumen (lembaran kerja dan rekod keputusan Ujian TOV dan OTI 1), pemerhatian, dan
temu bual.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah untuk membantu
murid mengingati fakta dalam pengajaran sirah dengan lebih mudah dan efektif. Berikut
merupakan objektif khusus yang akan difokuskan dalam kajian ini :
i. Meningkatkan daya ingatan murid dalam pengajaran sirah dengan
menggunakan aplikasi kartun dalam proses pengajaran dan pembelajaran sirah.
ii. Mengkaji keberkesanan aplikasi kartun dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mengingati fakta yang diajar oleh guru dalam bidang sirah.
Persoalan-persoalan kajian yang akan dirungkaikan dalam kajian ini ialah:
i. Adakah aplikasi kartun dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu dalam meningkatkan daya ingatan murid dalam pengajaran sirah?
ii. Sejauh manakah keberkesanan aplikasi kartun dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sirah?
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

13


REFLEKSI
PERANCANGAN
TINDAKAN
PEMERHATIAN
REFLEKSI
PERANCANGAN
TINDAKAN
PEMERHATIAN
KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini adalah seramai sepuluh orang responden, 4 orang lelaki dan 6 orang
perempuan, yang merupakan murid Tahun 4 Cendikiawan, Sekolah Kebangsaan Gong
Kapas, Kuala Terengganu. Secara keseluruhannya, jumlah murid yang berada dalam
kelas ini adalah seramai 35 orang. Kesemua responden yang dipilih merupakan murid
yang mempunyai tahap kecerdasan kognitif yang sederhana dan lemah.

TINDAKAN
Model Kajian Tindakan Kemmis dan Taggart (1988) merupakan model kajian yang akan
dilaksanakan untuk menjayakan kajian ini.











Rajah 1: Lingkaran Penyelidikan Tindakan yang dijalankan (Model Penyelidikan
Tindakan Kemmis dan Mc Taggart)
Lingkaran 1
a) Mereflek (reflect)
Pengkaji telah mereflek hasil pengajaran dan pembelajaran yang lepas berkenaan tajuk
Peristiwa di Gua Hira bagi murid-murid Kelas 4 Cendikiawan. Dengan menggunakan
kaedah tradisional dalam proses pdp, didapati murid tidak dapat mengingati fakta dengan
baik. Ini kerana, murid-murid tidak dapat menjawab lembaran kerja dan soalan-soalan
yang dikemukakan oleh guru selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selain itu, hasil analisis rekod markah bagi Ujian TOV dan OTI 1 menunjukkan murid
gagal menjawab kesemua soalan sirah dengan tepat. Oleh yang demikian, untuk
mengatasi masalah ini, pengkaji perlu menyediakan satu intervensi yang boleh
dimanfaatkan untuk membantu murid mengingati fakta sirah yang telah dipelajari.

b) Merancang (plan)
Untuk menyelesaikan masalah ini, pengkaji telah menyusun perancangan dan langkah
penyelesaian yang sistematik sepanjang tempoh kajian ini dilaksanakan. Objektif dan
Lingkaran
kedua
Lingkaran
pertama
(Ke Lingkaran Kedua)
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

14

persoalan kajian juga ditetapkan agar ianya tidak tersasar dari matlamat yang ingin
dicapai. Pengkaji turut meneliti dan telah membuat pembacaan yang berterusan tentang
metodologi dan juga kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Melalui
pembacaan dan maklumat yang diperolehi, pengkaji telah bertekad untuk
mengaplikasikan penggunaan kartun dalam penyampaian isi pelajaran bagi membantu
meningkatkan daya ingatan murid untuk mengingati fakta sirah. Pengaplikasian kartun ini
adalah melalui tayangan slaid menggunakan perisian powerpoint yang akan disediakan
oleh pengkaji. Ia merupakan bahan bantu mengajar yang dihasilkan untuk
dipersembahkan dalam bentuk yang sangat menarik.

Pemilihan responden pula dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual tidak berstruktur
dan analisis dokumen iaitu lembaran kerja, ujian Pengesanan TOV dan OTI 1. Seramai
sepuluh orang murid yang beraras sederhana dan lemah telah dipilih dan disenaraikan
sebagai responden dalam kajian ini. Bagi mengukur keberkesanan intervensi yang
dijalankan, pengkaji telah membina beberapa instrumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos,
borang soal selidik, temu bual separa berstruktur serta borang pemerhatian.

c) Bertindak (act)
Pengkaji telah menggunakan tempoh selama dua hari untuk melaksanakan intervensi.

Hari pertama :

Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada semua responden. Keputusan ujian ini direkod.

Hari kedua :

Pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan kartun dalam proses pdp sirah melalui
tayangan slaid powerpoint. Langkah-langkah rawatan menggunakan intervensi
dilaksanakan sebagaimana berikut jadual berikut :

Jadual 2 : Langkah Pelaksanaan Intervensi (Lingkaran Pertama)
Langkah Keterangan
Langkah 1 Guru memulakan pengajaran dengan set induksi.
Langkah 2 Kemudian, guru menayangkan slaid powerpoint yang memaparkan satu
persatu rentetan peristiwa yang berlaku ketika Nabi Muhammad berada di
Gua Hira. Dalam slaid tersebut terdapat watak-watak kartun yang
berbicara tentang peristiwa tersebut.
Langkah 3 Murid dikehendaki membaca dialog-dialog yang diperkatakan oleh watak-
watak kartun yang ditayangkan. Bacaan dialog tersebut perlulah disertai
dengan intonasi yang sesuai.
Langkah 4 Setelah selesai, guru akan meminta murid mengulang dialog-dialog yang
telah dibaca. Guru juga akan bersoal jawab dengan murid secara rawak
untuk menguji fakta yang telah diingati oleh murid.
Langkah 5 Guru mengedarkan satu set ujian (Ujian Pos) yang perlu dijawab oleh
murid pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyiapkan
ujian tersebut, masa yang diberikan kepada murid adalah selama 30 minit.

Setelah murid menjawab set soalan (Ujian Pos) di akhir sesi, pengkaji akan menganalisis
keputusan tersebut untuk dibandingkan dengan keputusan ujian pra yang telah dijalankan
sebelum rawatan menggunakan intervensi diuji ke atas responden.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

15

d) Memerhati (observe)
Data dianalisis daripada instrumen-instrumen yang digunakan. Hasilnya, pencapaian 7
orang responden menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan, namun terdapat 3
orang responden menunjukkan peningkatan prestasi yang kurang memuaskan.

Lingkaran 2
a) Mereflek (reflect)
Pengkaji meneliti keputusan analisis yang diperolehi. Pengkaji tidak berpuas hati dengan
pencapaian tiga orang responden yang masih kurang meningkat prestasinya. Selain itu,
pengkaji turut yakin prestasi tujuh responden yang selebihnya itu masih boleh
dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang. Oleh yang demikian, satu perbincangan
telah dijalankan bersama dengan pensyarah penyelia, iaitu Ustaz Mohd Nor bin Jusoh
untuk proses penambahbaikan pada intervensi yang dijalankan sebelum ini. Hasilnya,
pengkaji telah menambah elemen audio dalam intervensi tersebut.

b) Merancang (plan)
Setelah intervensi telah diubahsuai, pengkaji kembali merangka dan menyusun
perancangan untuk menjalankan langkah-langkah kajian untuk mengimplementasikan
interversi berversi baru.

c) Bertindak (act)
Setelah seminggu menjalankan intervensi ke atas responden, pengkaji telah melaksanakan
sekali lagi intervensi berversi baru yang telah diubahsuai ke atas semua responden.
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjalankan intervensi hanya sehari sahaja.

Pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan kartun dalam proses pdp sirah melalui
tayangan slaid powerpoint kartun yang bersuara (audio). Langkah-langkah rawatan
menggunakan intervensi tersebut dilaksanakan sebagaimana berikut jadual berikut :
Jadual 3 : Langkah Pelaksanaan Intervensi (Lingkaran 2)
Langkah Keterangan

Langkah 1

Guru memulakan pengajaran dengan set induksi
Langkah 2 Kemudian, guru menayangkan slaid powerpoint yang memaparkan satu
persatu rentetan peristiwa yang berlaku ketika Nabi Muhammad berada di Gua
Hira. Dalam slaid tersebut terdapat watak-watak kartun yang berbicara
tentang peristiwa tersebut dengan bantuan audio yang bercerita tentang slaid
yang dipaparkan.
Langkah 3 Kemudian, dua orang murid akan dipilih untuk melakonkan watak kartun
yang bercerita sebagaimana slaid yang telah ditunjukkan oleh guru. Mereka
perlulah membaca dialog-dialog yang diberi intonasi yang sesuai.
Langkah 4 Setelah selesai, guru akan bersoal jawab dengan murid secara rawak untuk
menguji fakta yang telah diingati oleh murid.
Langkah 5 Guru mengedarkan satu set ujian (Ujian Pos 2) yang perlu dijawab oleh murid
pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyiapkan ujian
tersebut, masa yang diberikan kepada murid adalah selama 30 minit.

Setelah murid menjawab set soalan (Ujian Pos 2) di akhir sesi, pengkaji akan
menganalisis keputusan tersebut untuk dibandingkan dengan keputusan Ujian Pos 1 yang
telah dijalankan selepas pertama kali intervensi diuji ke atas responden. Borang soal
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

16

selidik diedar dan temu bual turut dijalankan ke atas semua responden setelah intervensi
dijalankan. Data ini diperlukan untuk dianalisis dan direkodkan.

d) Memerhati (observe)
Kesemua data diinterpretasikan. Dapatan kajian ini membantu pengkaji untuk menilai
sama ada menjawab atau tidak persoalan kajian serta mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Adakah aplikasi kartun dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu dalam meningkatkan daya ingatan murid dalam pengajaran sirah?
Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual untuk menjawab persoalan
ini.
Soal selidik
Untuk mendapatkan data, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada semua
responden setelah selesai proses pelaksanaan intervensi. Borang soal selidik ini
mengandungi 8 soalan berkaitan dengan Pendidikan Islam serta soalan khusus mengenai
intervensi serta keupayaannya membantu meningkatkan daya ingatan murid dalam bidang
sirah. Pilihan jawapan yang diberi hanya YA atau TIDAK.
Jadual berikut menunjukkan hasil analisis borang soal selidik yang telah diisi oleh
responden :
Jadual 4 : Analisis Borang Soal Selidik
Bil. Perkara Selepas Tindakan
Ya Tidak
1
Saya suka mempelajari mata pelajaran Pendidikan
Islam
10 (100%) 0 (0%)
2 Saya suka pelajari sirah Nabi. 8 (80%) 2 (20%)
3
Saya pernah mendengar kisah Peristiwa di Gua
Hira
10 (100%) 0 (0%)
4 Saya suka menonton kartun. 8 (80%) 2 (20%)
5
Saya suka jika guru mengajar sirah menggunakan
kartun yang menarik.
10 (100%) 0 (0%)
6
Penggunaan kartun yang menarik dapat
meningkatkan lagi ingatan saya tentang Peristiwa di
Gua Hira
10 (100%) 0 (0%)
7
Apabila mempelajari tajuk Peristiwa di Gua Hira
menggunakan kartun yang menarik, saya dapat
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh
guru.
10 (100%) 0 (0%)
8
Adakah kamu mahu guru menggunakan kartun
yang menarik ketika mengajar tajuk yang lain?
9 (90%) 1 (10%)

Berdasarkan analisis keseluruhan bagi soal selidik ini menunjukkan bahawa, aplikasi
kartun dapat membantu murid meningkatkan ingatan mereka dalam bidang sirah.
Persoalan ini jelas dijawab dalam perkara keenam dalam borang soal selidik iaitu
Penggunaan kartun yang menarik dapat meningkatkan lagi ingatan saya tentang
Peristiwa di Gua Hira. Peratus responden yang menjawab YA adalah 100%.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

17

Temu bual
Temu bual bersama responden turut dijalankan untuk menjawab soalan ini. Sebelum
rawatan dijalankan ke atas responden, mereka akan ditemu bual terlebih dahulu. Dalam
sesi temu bual yang diadakan, kesemua responden mengatakan mereka tidak mengingati
tajuk Peristiwa di Gua Hira yang pernah dipelajari sebelum ini.

Soalan : Adakah kamu masih ingat cerita Peristiwa di Gua Hira yang pernah kamu
pelajari sebelum ini?
Jawapan : TIDAK..

Selain itu, pengkaji turut bertanya faktor atau sebab mereka tidak dapat mengingati cerita
tentang Peristiwa di Gua Hira. Antara jawapan yang diberikan oleh responden adalah
seperti berikut :

Soalan : Mengapa kamu tidak dapat mengingati cerita tersebut?
Jawapan :
Responden 1 dan 2 : Payah nak ingat.
Responden 5 dan 6 : Cerite tu panjang sangat ustazah.

Setelah rawatan dijalankan, berlaku peningkatan dan perubahan pencapaian murid dalam
menguasai tajuk tersebut. Apabila guru bertanya adakah aplikasi kartun dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan mereka
dalam pengajaran sirah, kesemua responden menjawab :YA

Sejauh manakah keberkesanan aplikasi kartun dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sirah?
Untuk menjawab persoalan ini, instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pos
serta pemerhatian.
Ujian Pra dan Ujian Pos
Berikut merupakan dapatan data bagi ujian yang telah dijalankan ke atas responden :



Rajah 2: Analisis Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
Berdasarkan graf di atas, pengkaji merumuskan peratus peningkatan markah responden
sebagaimana jadual di bawah :
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10
Ujian Pra (%) 36 60 48 60 56 44 56 56 52 32
Ujian Pos 1 0 44 72 64 72 76 60 84 64 68 40
Ujian Pos 2 0 68 84 80 92 88 88 100 96 84 76
0
20
40
60
80
100
120
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Analisis Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

18

Jadual 5: Perbezaan Min antara Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 serta Peratus
Peningkatan Markah Responden dalam Setiap Ujian
Responden UjianPra
(%)
UjianPos 1
(%)
UjianPos 2
(%)
Peratus Peningkatan
(%)
R1 36 44 68 32
R2 60 72 84 24
R3 48 64 80 32
R4 60 72 92 32
R5 56 76 88 32
R6 44 60 88 44
R7 56 84 100 44
R8 56 64 96 40
R9 52 68 84 32
R10 32 40 76 44

MIN (%) 50.0 64.4 85.6 35.6

Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan min markah daripada Ujian Pra kepada
Ujian Pos iaitu sebanyak 50.0% kepada 85.6%. Peningkatan markah yang berlaku dalam
setiap ujian yang dijalankan oleh pengkaji jelas menunjukkan keberkesanan intervensi
yang digunakan dalam kajian ini.

Pemerhatian
Berikut merupakan analisis keputusan yang direkod sebelum dan selepas aplikasi kartun
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sirah.

Jadual 6 : Analisis Senarai Semak Borang Pemerhatian (Sebelum dan Selepas Aplikasi
Kartun dijalankan)
Bil. Fokus Pemerhatian Sebelum Selepas
1 Responden bersedia untuk belajar. 3 10
2 Responden memberi tumpuan ketika belajar. 4 10
3 Responden melibatkan diri dengan aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
3 10
4 Responden membuat bising dan mengganggu orang
lain yang sedang belajar.
8 0
5 Responden dapat menyebut tarikh serta nama-nama
penting yang terlibat dalam Peristiwa di Gua Hira
dengan betul tanpa bantuan rakan lain.
5 10
6 Responden dapat membacakan ayat 1-5 yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad semasa di Gua
Hira.
3 8
7 Responden dapat menceritakan secara ringkas
rentetan peristiwa yang berlaku di Gua Hira.
1 10

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan
yang berlaku setelah aplikasi kartun dijalankan ke atas responden.


SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

19

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Secara keseluruhannya, setelah menganalisis borang soal selidik yang diedarkan kepada
semua responden, pengkaji mendapati aplikasi kartun dapat membantu dalam
meningkatkan daya ingatan murid dalam mempelajari bidang sirah. Ini kerana, ilustrasi
kartun dapat menarik minat murid untuk belajar dan mengikuti perkembangan langkah
demi langkah dalam proses pdp.
Ia bertepatan dengan pendapat Jamalludin dan Zaidatun (2005) yang mengatakan bahawa
penggunaan animasi kartun dalam proses penyampaian maklumat membolehkan
penyampaian menjadi lebih mudah dan berkesan serta mampu menarik perhatian para
penonton supaya memberikan fokus kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Aminordin (2007) turut menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan bahawa
animasi merupakan cara yang efektif untuk menarik perhatian dan berpotensi menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Melalui instrumen temu bual pula, pada sesi temu bual pertama yang dijalankan ke atas
responden sebelum intervensi dilaksanakan, kesemua responden seramai 10 orang
mengakui sirah sukar untuk diingati kerana penceritaannya panjang dan berfakta. Mereka
juga mengatakan ianya susah dan mereka sudah tidak mengingati apa yang pernah
diceritakan oleh guru tentang Peristiwa di Gua Hira sebelum ini. Hal ini disebabkan oleh,
proses pdp yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah bercerita semata-semata dan
penggunaan kad manila bertulis adalah tidak menarik dan membosankan sehingga
menyebabkan mereka tidak dapat mengingat faktanya dengan baik. Walau
bagaimanapun, setelah intervensi pengaplikasian kartun dijalankan, responden mengakui
mereka dapat mengingati fakta dengan baik serta berupaya menjawab persoalan-
persoalan berkaitan dengan Peristiwa di Gua Hira.
Hasil dapatan kajian melalui instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos serta pemerhatian
menunjukkan bahawa murid dapat mengingat fakta sirah dengan berkesan apabila guru
mengaplikasikan kartun dalam penyampaian pdp. Berikut merupakan peningkatan
pencapaian markah responden dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 serta Ujian Pos 2 :
Jadual 7 : Peratus Keseluruhan Peningkatan Markah Responden.
Responden UjianPra
(%)
UjianPos 1
(%)
UjianPos 2
(%)
Peratus Peningkatan
(%)
R1 36 44 68 32
R2 60 72 84 24
R3 48 64 80 32
R4 60 72 92 32
R5 56 76 88 32
R6 44 60 88 44
R7 56 84 100 44
R8 56 64 96 40
R9 52 68 84 32
R10 32 40 76 44

Jadi, berdasarkan jadual peningkatan markah di atas, dapat dirumuskan bahawa aplikasi
kartun membantu murid untuk ingat fakta seterusnya meningkatkan prestasi mereka
dalam ujian yang dilalui oleh mereka.
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

20

Melalui instrumen pemerhatian pula, dapat diperhatikan bahawa responden lebih
memberi tumpuan ketika belajar sirah dengan pengaplikasian kartun. Selain itu,
responden boleh menjawab soalan yang dikemukakan oleh responden seperti nama, tarikh
serta rentetan Peristiwa di Gua Hira selepas intervensi dijalankan ke atas mereka. Ini
kerana, sebelum pelaksanaan intervensi, terdapat hanya 3 responden yang bersedia untuk
belajar dan hanya 4 responden yang memberi tumpuan semasa proses pdp berlangsung
(Rujuk Jadual 6 ).
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, responden tidak memberi kerjasama ketika
proses pdp kerana kaedah yang tidak menarik dan lebih berpusatkan guru. Jadi, mereka
tidak aktif dan tidak bersemangat untuk belajar. Menurut Patrick dan Yoon (2004), guru
yang mengajar murid dengan kaedah tradisional serta dengan hanya memberi arahan akan
menekankan informasi untuk dipelajari dan diingat sahaja. Mereka tidak dilibatkan secara
langsung dalam proses pdp sedangkan pembelajaran melalui pengalaman juga boleh
memberi kesan yang besar kepada ingatan murid. Pelaksanaan intervensi yang melibatkan
responden (rakaman suara serta lakonan semula dialog kartun) ketika pelaksanaan
lingkaran kedua memberi impak yang sangat besar terhadap prestasi mereka serta
meningkatkan lagi daya ingatan mereka terhadap apa yang telah dipelajari.
Oleh yang demikian, setelah meneliti kedua-dua instrumen yang digunakan oleh pengkaji,
ia jelas menunjukkan bahawa aplikasi kartun sangat berkesan dalam membantu
meningkatkan ingatan murid dalam pembelajaran bidang sirah.

RUJUKAN
Buku

Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan. Selangor; Oxford Fajar Sdn Bhd.

Chua Yan Piaw (Ed.2, 2012) Kaedah Penyelidikan Kaedah dan Statistik Penyelidikan.
Kuala Lumpur; Mc GRAW Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod.
Tanjong Malim; Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rosinah Edinin (Ed 2.2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur; Freemind Horizons Sdn Bhd.

Tin Len Siong, Ahmad Sabry Othman, Ting Hun Yong (2013). Penyelidikan Tindakan
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur; Freemind Horizons Sdn Bhd.
Tesis
Hanisah Shaari (2010) Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta Dalam Tajuk Israk
Mikraj Tahun Lima Melalui Kaedah Cerna. Kuala Terengganu; Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

Safuan Mohd Akil (2012) Meningkatkan Daya Ingatan Murid Tahun 4 Ibnu Sina
Mengingati Syarat-Syarat Wajib Dan Sah Solat Fardhu Menggunakan Kaedah
Mnemonik. Kuala Terengganu; Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail.

Вам также может понравиться