Вы находитесь на странице: 1из 4

Kesan pembandaran terhadap alam sekitar

Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk


terhadap alam sekitar. Antaranya ialah :

1.Pencemaran Alam Sekitar.

i) Pencemaran Air
Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak
sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam
kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana
pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.

ii) Pencemaran Udara
Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang
teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan
kejadian jerebu yang teruk.

iii) Pencemaran Bunyi
Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada
pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada
penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.

2) Fenomena Cuaca
i) Hujan Asid
Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang
mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida
apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada
hidupan seperti manusia dan tumbuhan.

ii) Penipisan Lapisan Ozon
Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran
lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil
pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.

iii) Pulau Haba
Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca
menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor
Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar
kawasan pinggirnya.

iv) Kesan Rumah Hijau
Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin
meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah
pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.

v) Banjir kilat
Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun
tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat.
Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta
benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku
secara tiba-tiba dan cepat!

3) Kemusnahan hutan
i) Kepupusan flora
ii) Kepupusan fauna
iii) Kemusnahan habitat flora
iv) Kemusnahan habitat fauna
vi) Perubahan landskap

KESAN PEMBANDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 PENCEMARAN UDARA
Peningkatan kadar pencemaran udara akibat pertambahan kenderaan
dimana kadar karbon monoksida di dalam udara bandar agak tinggi, di
tambah oleh asap, debu dan partikel-partikel lain boleh mengancam
kesihatan penduduk bandar. Pertambahan penduduk juga turut
mencemarkan udara akibat pembakaran sampah terbuka. Penambahan
Antara bahan pencemar itu ialah karbon monoksida, hidrokarbon, nitrogen
dioksida, sulfur dioksida dan habuk. Pencemaran udara disebabkan asap
kilang tidak berlaku di Tumpat kerana tidak terdapat kawasan perindustrian di
Bandar Tumpat.



3.2 PENCEMARAN AIR
Pembuangan bahan sisa dari dapur tanpa kawalan rapi, telah mencemarkan
kualiti air kawasan sekitarnya. Peningkatan kadar pencemaran air meliputi
pencemaran sungai, air hujan, air bawah tanah dan lain-lain yang berpunca
daripada sisa domestik yang menjejaskan ekosistem akuatik.

3.3 PENCEMARAN TANIH
Pencemaran tanih turut berlaku akibat penggunaan racun perosak di pinggir
Bandar Tumpat yang menjalankan aktiviti penanaman sayur secara intensif
oleh penduduk kaum Thai.. Penggunaan racun perosak dan baja kimia
sangat berleluasa dan tidak dikawal dengan sempurna. Akibatnya racun
makhluk perosak bukan hanya mencemari tanah, tetapi juga badan air,
sistem saliran.

3.4 PENCEMARAN BAU DAN BUNYI
Peningkatan kadar pencemaran bau datangnya dari sumber kenderaan serta
pembuangan sampah yang tidak terurus ke dalam longkang dan di pasar
besar Tumpat.

3.5 PENCEMARAN SAMPAH SARAP
Sampah sarap dianggap pencemar sekiranya bahan itu terdapat di kawasan
ramai penduduk tertumpu. Oleh itu pencemaran sampah sarap lebih
merupakan masalah yang terdapat di bandar. Kemajuan ekonomi dan
kepadatan penduduk yang tinggi di sesebuah kawasan berupaya
menghasilkan banyak sampah sarap. Di Bandar Tumpat berlaku pencemaran
sampah sarap kerana pengurusan pembersihan dan punggutan sampah
masih diperinkat memuaskan disamping sikap penduduk yang kurang cakna
dengan kebersihan persekitaran.

4.0 PENUTUP


Kesan Pembandaran terhadap alam sekitar di kawasan kajian iaitu Bandar
Tumpat didapati mempunyai pertalian. Proses pembandaran yang
sebahagian besarnya berpunca dari pertambahan penduduk memang
memberi kesan terhadap alam sekitar dimana pencemaran atau kualiti alam
sekitar didapati menjadi isu di kawasan kajian.


Kesan negatif!
Kesesakan lalu lintas di jalan raya
Kesan rumah hijau
Rumusan.....
Kegiatan pembandaran yang pesat telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap alam
sekitar. Semua pihak hendaklah 'bagai aur dengan tebing' bekerjasama dalam usaha
mengurangkan masalah pembandaran di Malaysia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawasan kajian
Maksud pembandaran ialah proses berterusan yang melibatkan perubahan kawasan luar
bandar menjadi bandar. Pembandaran juga dikenali sebagai urbanisasi. Proses pembandaran
telah mewujudkan pelbagai kesan positif dan kesan negatif.
Dapat meningkatkan peluang pekerjaan di kawasan kajian
Perkembangan ekonomi yang pesat di bandar telah menyediakan banyak peluang pekerjaan
dalam pelbagai sektor seperti perniagaan, perdagangan,
perkhidmatan dan pentadbiran.
Meningkatkan taraf hidup penduduk
Peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang lumayan membantu meningkatkan taraf
hidup penduduk di bandar. Pendapatan yang lumayan
tersebut membolehkan penduduk bandar berbelanja di pusat membeli-belah bertaraf
antarabangsa.
Pertambahan kemudahan sosial
Disebabkan proses pembandaran telah meningkatkan bilangan penduduk di kawasan tersebut,
permintaan terhadap kemudahan sosial pun meningkat. Kemudahan sosial seperti pusat
hiburan, tempat senaman, taman-taman rekreasi ditubuhkan di kawasan kajian untuk
memenuhi permintaan ataupun keinginan penduduk.
Peningkatan kemudahan infrastruktur
Pertambahan penduduk juga menggalakkan kerajaan meningkatkan kemudahan infrastruktur
di bandar. Contohnya, bekalan air dan elektrik, kemudahan kesihatan, pendidikan dan
pengangkutan seperti bas awam dan teksi.
Pertambahan bilangan kenderaan di bandar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas,
terutamanya pada waktu puncak (penduduk akan berulang-alik dan balik dari rumah ke
pejabat dan sebagainya). Selain daripada itu, kesesakan lalu lintas akan mengakibatkan
pencemaran udara dan bunyi.
Pulau haba
Pembinaan bangunan konkrit secara rapat dan jalan-jalan berturap
menyebabkan kejadian pulau haba. (Pulau haba merujuk kepada keadaan
suhu udara yang LEBIH TINGGI di bandar berbanding dengan kawasan
pinggir bandar)
Kesan rumah hijau (greenhouse effect) merupakan proses semula jadi bumi menyeimbangkan
suhu di atmosfera. Pokok-pokok di kawasan kajian telah ditebang supaya proses
pembandaran dapat dilakukan dengan sempurna. Suhu akan meningkat kerana kekurangan
tumbuh-tumbuhan di kawasan kajian.
Penghijrahan penduduk dari luar bandar
Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dengan taraf pendidikan yang rendah
menyukarkan mereka mendapat pekerjaan. Hal ini menyebabkan peningkatan kadar
pengangguran, masalah kemiskinan dan masalah sosial.
tHe Spring
Contoh peluang pekerjaan di Pasar Raya Taman Kenyalang
Pusat membeli-belah tHe Spring merupakan salah satu contoh untuk kemudahan sosial
dan tempat penduduk membeli-belah bertaraf antarabangsa
Kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan pencemaran udara dan bunyi...

Вам также может понравиться