Вы находитесь на странице: 1из 2

Ujian Bertulis

Pendidikan Moral Tingkatan Tingkatan 3


Bidang: Demokrasi

Nama: Tingkatan:

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut:
















1. Apakah aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang yang dilakukan oleh Ali? (B1D6E1, 6.1)

Mencetak dan menjual VCD lucah
(1 markah)

2. Senaraikan dua kesan apabila Ali melibatkan diri dengan kegiatan yang menyalahi pertaturan dan
undang-undang? (B2D6E1, 6.1)
i) Ditangkap dan disabitkan kesalahan.
ii) Dienjarakan selama 5 tahun.
(2 markah)





Ali merupakan seorang ketua kongsi gelap di sekitar Selangor. Banyak kegiatan haram yang
dilakukan oleh ahli kumpulannya seperti mencetak dan menjual VCD cetak rompak termasuklah yang
mengandungi unsur lucah dan ganas. VCD tersebut dijual dengan harga yang murah dan dijual dipasar-
pasar malam. VCD yang dijual sentiasa menarik pelanggan khususnya golongan remaja untuk
membelinya.
Pada suatu hari pihak polis telah menyerbu premis penghasilan VCD dan CD cetak rompak beliau.
Ali dan ahlinya telah ditangkap dan didakwa di mahkamah disabitkan dibawah Akta Hak Cipta
1987,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dipenjarakan.
Setelah menjalani hukuman penjara selama 5 tahun, Ali menyesali di atas perbuatan lampau yang
dilakukannya. Beliau lebih mendekatkan diri dengan Tuhan dengan mendalami ilmu keagamaan. Ibunya
sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada Ali dengan memberikan beliau didikan agama secara
formal dan tidak formal agar Ali kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghadiri kursus agama di Jabatan
Agama Islam dan mendalami ilmu agama di kelas agama. Kadangkala ibunya juga membawa beliau
menghadiri ceramah agama dan beribadat di masjid.
Kini, kehidupan Ali sangat bahagia bersama ibunya, beliau telah membuka perniagaan dengan
membantu penduduk kampung untuk mempromosikan barangan desa seperti batik canting dan tembikar
di dalam dan luar negara di bawah kempen Satu Kampung Satu Produk dan Gunalah Barangan Buatan
Malaysia. Beliau mendapat bimbingan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan termasuklah pihak
swasta dan badan sukarela. Komitmen yang ditunjukkan oleh Ali telah membuka mata banyak pihak
sehingga beliau telah dianugerahkan Usahawan Muda oleh pihak kerajaan.
3. Bagaimanakah cara Ali mendapatkan pendidikan agama secara formal dan tidak formal? (B1D6E2, 6.3)

a) Pendidikan formal: menghadiri kelas agama, mengikuti kursus di Jabatan Agama Islam

b) Pendidikan tidak formal : menghadiri ceramah agama dan beribadat di masjid.
(2 markah)



4. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mendapatkan pendidikan agama kepada Ali?(B2D6E1, 6.3)

Membentuk peribadi yang mulia dan terpuji
(2 markah)

5. Senaraikan 3 pihak yang terlibat dalam mempromosikan perniagaan Ali ke peringkat antarabangsa.
(B1D6E3, 6.4)
i. Agensi kerajaan
ii. Pihak swasta
iii. Badan sukarela
(3 markah)

6. Apakah tujuan kempen Satu Kampung Satu Produk dan Gunalah barangan Buatan Malaysia
dianjurkan oleh pihak kerajaan? (B2D6E2, 6.4)

i. Memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada masyarakat.
ii. Menggalakkan masyarakat desa menceburi bidang perniagaan sekaligus melahirkan
masyarakat desa yang berilmu dan berdikari.
(2 markah)

Вам также может понравиться