Вы находитесь на странице: 1из 27

Bab1 (azim)

Dalam bab ini Amira Amir seorang yang amat gemarkan akan cabaran berada
didalam kereta api menuju ke Belantara Banjaran Titiwangsa bersama Jacinta untuk
mengikuti ekspedisi ibunya untuk mencari bahan-bahan arkeologi yang tertanam di
situ. Ibunya Profeser Zaidah adalah merupakan seorang pensyarah arkeologi. Amira
teringat akan kembali peristiwa dia menjemput Jacinta untuk turut serta menyertai
ekskavasi tersebut memandangkan sekolah mereka bercuti. Untuk memancing minat
rakannya itu, Amira membelek-belek batu kuarza yang tergantung pada lehernya
kerana dia tahu Jacinta seorang yang suka pada batu kuarza. Disebabkan dek
keinginan Jacinta terlalu tinggi pada batu kuarza, Jacinta telah menyertai ekskavasi
tersebut. Dalam pada masa yang sama, Prof.Zaidah ibu Amira yang berada di tapak
ekskavasi sedang menghadapi masalah apabila cuaca hujan lebat dan masalah
semakin bertambah apabila khemah yang menempatkan tapak arkeologi ranap.
Selepas siasatan dilakukan, mereka mandapati bahawa khemah tersebut telah
dipotong talinya.

Bab2 (sumayyah)

Jacinta terjaga apabila kereta api yang dinaiki olehnya dan Amira bergerak perlahan-
lahan melintasi stesen Dahan Hijau. Lalu Jacinta terus kejutkan Amira yang masih
lena. Tanpa membuang masa Amira mengambil semua barang mereka sebelum
keluar dari kenderaan tersebut. Di pintu koc Amira terjumpa seorang lelaki muda
bersama lelaki kulit putih. Semasa menunggu ketibaan Pak Lias, Jacinta sempat
memikirkan nasibnya sekiranya tidak mengikuti Amira. Jacinta sepatutnya sekarang
berada di banglo ayahnya di Pulau Pinang. Ibunya telah meninggal dunia empat
tahun yang lalu. Ayahnya pula selalu sibuk. Jacinta tidak menerima keputusan
ayahnya berkahwin semula. Lamunannya berakhir apabila Amira memberitahunya
bahawa Pak Lias telah sampai. Amira dan Jacinta dijemput naik ke kereta pacuan
empat roda. Mereka berdua terpaksa sarapan dalam perjalanan. Semasa dalam
perjalanan, Pak Lias membiarkan kereta di belakang mereka melintasi mereka.
Amira terkejut apabila melihat anak muda dalam kereta api malam tadi iaitu
Malique berada dalam kereta tersebut. Malique juga terkejut melihat Amira. OHara
pula tertanya-tanya siapakah mereka yang menaiki kereta yang dilintasi oleh mereka
tadi. Roslan pun memberitahu mereka melakukan aktiviti arkeologi.



Bab3 (afnan)

Amira bertanya kepada Jacinta tentang tiket bercuti ke London yang dilaksanakan
oleh bapa Jacinta agar anaknya, Jacinta menerima emak baharu. Amira juga sempat
meminta maaf atas tindakannya yang tidak sengaja membaca mesej tentang tiket
yang dikirim oleh bapa Jacinta kepada Jacinta. Jacinta menyatakan dia sering
mencari alasan untuk mengelak bertemu emak baharunya. Dia menerima tawaran
Amira. Hal ini demikian kerana Jacinta berasa kecewa dengan sikap bapanya seolah-
olah melupakan ibu kandung Jacinta. Tiba-tiba Prof. Zaidah masuk ke khemah
Amira dan Jacinta. Prof. Zaidah mengusap rambut Jacinta dan dia tahu kehidupan
Jacinta yang agak kacau serta sukar menerima perubahan yang berlaku secara tiba-
tiba.

Bab4 (mc-d)

Amira sekali lagi bertemu dengan pemuda yang menaiki kereta api bersamanya
ketika mereka sedang membersihkan diri di Air Terjun Angin. Pemuda tersebut
memperkenalkan dirinya sebagai Malique. Amira berasa teruja untuk mengetahui
tujuan Malique berada di situ dan bermacam-macam persoalan berlegar
dimindanya. Amira terpaksa mengakui perilakunya yang asyik memerhatikan
Malique ketika di dalam kereta api tempoh hari untuk memanjangkan perkenalan
mereka. Malique menceritakan serba sdikit tentang dirinya dan memberikan alamat
e-melnya kepada Amira. Malique juga menyatakan hutan itu ada hubungan
dengannya. Amira menjangka bahawa Malique mungkin bekerja dengan kumpulan
lelaki pencari emas. Mereka pulang ke Desa Karpus lalu menikmati hidangan
sarapan pagi sambil bergurau senda. Tiba-tiba timbul isu tentang perkara-perkara
pelik yang terjadi di Desa Karpus termasuklah kejadian tali khemah yang dipotong.
Dr. Zawawi menenangkan para pelajarnya dengan memberikan jawapan yang
positif. Rusdi Berjaya meletakkan Prof. Zaidah dalam keadaan serba salah. Akhirnya,
Prof. Zaidah menceritakan hal sebenar bahawa tapak kajian mereka turut berada
dalam lingkungan kajian pencari emas. Prof. Zaidah memaklumkan pelajarnya
bahawa dia sudah meminta pihak tertentu memberi masa kepada mereka untuk
menjalankan kajian. Prof. Zaidah menyatakan lagi bahawa penemuan tulang karpus
merupakan tamparan hebat kepada pencari emas. Beliau memberi kata-kata
semangat kepada pelajarnya untuk menambahkan keyakinan mereka. Dr. Zawawi
tidak senang dengan perlakuan Prof. Zaidah. Prof. Zaidah memohon maaf kepada
Dr. Zawawi dan menyatakan kedudukan sebenar. Jacinta menjangka bahawa lelaki
tua yang datang bersama-sama Malique ada hubungan dengan semua kejadian yang
terjadi di Desa Karpus. Dia juga menjangka Malique turut terlibat kerana dia dari
kumpulan lelaki tua itu. Amira menyatakan dia akan hubungi Malique untuk
mendapatkan cerita sebenar dan berharap Malique bukan seperti yang Jacinta
jangkakan.

Bab5 (ca-0wn)

Amira bertenggek di atas batu besar berlumut di tepi sebatang sungai sambil
teringat perbincangan yang menghantui dirinya. Sementara itu Amira sedang
menuggu Malique untuk bertanyakan maklumat tentang lelaki berkulit putih yang
ada bersama-sama malique di dalam kereta. Sedang Amira meniti batu-batu yang
ada dalam sungai untuk naik ke daratan, tiba-tiba badan Amira terhuyung-hayang
lalu jatuh ke dalam sungai dan dibawa oleh arus yang deras. Selepas itu, Itai dan
Tau, lelaki yang berketurunan Orang Asli berjaya menyelamatkan Amira daripada
mati lemas dan mereka menbawa Amira pulang ke rumah mereka. Selepas daripada
itu, mereka menghantar Amira pulang ke Desa Karpus.

Bab6 (ros)

Amira mengenangkan keadaan dirinya dan Jacinta. Jacinta telah membahayakan
dirinya ke dalam hutan untuk mencari Amira yang dihanyutkan sungai. Dengan
bantuan Itai dan Tau iaitu suku Orang Asli Semai, mereka membantu untuk mencari
Amira. Tau berjaya mengesan Jacinta yang pengsan di celah akar pokok balak
setelah empat jam pencarian. Amira kecewa kerana tidak dapat mengikuti operasi
mencari Jacinta kerana diarahkan Pak Lias untuk menjaga kompleks arkeologi. Prof.
Zaidah terkilan dengan sikap Amira dan Jacinta yang membahayakan diri untuk
bertemu dengan Malique kerana beliau amat sayang akan mereka. Amira
menjelaskan tujuannya ke air terjun kepada ibunya dan memohon agar dia tidak
diarahkan pulang ke rumah neneknya. Prof. Zaidah akhirnya menasihati Amira agar
berfikir secara waras dan sering membuat pertimbangan sebelum melakukan
sesuatu. Beliau juga memberitahu Amira bahawa ayahnya akan pulang sebelum cuti
sekolah berakhir dan akan pulang ke rumah neneknya di Kulim.

Bab7 (arif)

Malique berasa begitu bosan dengan perjalan ke Pulau Pinang kerana tiada yang
menarik untuk dia lakukan selain mengikut lelaki bernama OHara menghadiri
perbincangannya dengan beberapa orang lelaki yang akan melabur dalam
perlombongan emas di kawasan hutan itu. Kadangkala Malique merasakan
hubungan yang wujud antara dirinya dengan hutan tersebut. OHara menceritakan
kepada Malique tentang pengalamannya bekerja sebagai buruh bersama ketua yang
amat kejam di sebuah lombong Opal. OHara akhirnya berhenti bekerja dan
mengesan emas menjadi pekerjaannya kini. Pada masa yang lain, kereta pacuan
empat roda yang dipandu Pak Lias tidak dapat dikawal dan semakin laju menuruni
bukit. Pak Lias memusingkan stereng kereta menyebabkan kereta menghimpit
tebing sambil Prof. Zaidah menjerit ketakutan. Mereka dalam perjalanan dalam
mengambil generator kerana khuatir akan keselamatan pelajar-pelajar dan banyak
kerja terpaksa ditangguhkan pada waktu malam.

Bab8 (odah)

Berlaku pertelingkahan antara Tau dan Ludin disebabkan Tau yang ingin
mempertahankan hutan tersebut dengan menganggap tempat tersebut sebagai
tempat yang suci dan memujanya. Pertelingkahan mereka berakhir apabila Ludin
bercakap dengan itai anak saudaranya iaitu anak abangnya Ludin. Ludin gemar
bercerita tentang Itai untuk memujuk adiknya. Tau bagai hilang keresahan apabila
berbicara tentang Itai. Ludin telah memberi tanggungjawab kepada Tau untuk hidup
di kawasan itu dan bakal menggantikannya suatu hari nanti kerana dia yakin
dengan kebolehan adiknya, Tau. Tau merasakan sudah cukup segala ilmu
keturunannya memenuhi dada Itai. Amira masih diburu rasa bersalah kerana
menyebabkan Jacinta jadi begitu. Ketika Jacinta sedar dari koma, Amira segera
meminta maaf. Sewaktu mereka sedang berbual-bual, Itai datang melawat Jacinta.
Amira memperkenalkan Itai kepada Jacinta dan memberitahunya bahawa Taulah
yang telah menyelamatkannya. Amira menceritakan tujuan sebenarnya berada di air
terjun itu kepada Itai dan menceritakan kepada Itai tujuan mereka berada di hutan
itu iaitu membuat kajian dalam bidang arkeologi yang sekaligus dapat
menyelamatkan hutan itu. Sedang mereka berbincang, mereka dikejutkan dengan
suara Rusdi yang menyatakan Prof. Zaidah, ibu Amira kemalangan.

Bab9 (hazeem)

Pacuan yang dipandu oleh Pak Lias bersma Prof. Zaidah mengalami kemalangan
akibat brek tidak berfungsi. Hal ini telah menyebabkan tangan Prof. Zaidah
mengalami kecederaan manakala Pak Lias hanya mengalami keceederaan yang
ringan. Dalam khemah, Prof. Zaidah telah meminta maaf kepada Amira kerana tidak
mempedulikan anaknya itu, dan meletakkan kerja sesuatu yang utama pada dirinya.
Dr. Zawawi menasihati beliau agar menangguhkan projek di Desa Karpus atas
alasan tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku kepada penghuni Desa Karpus.
Dr. Zawawi bimbang kemalangan tersebut mungkin ditimbulkan oleh pihak lain.
Namun begitu, laporan daripada Rusdi mengatakan pelajar-pelajar universiti
tersebut masih bersemangat meneruskan projek tersebut. Cadangan Dr. Zawawi
ditolak. Mereka kemudiannya dikunjungi Ludin bersama Itai. Ludin dan Itai mahu
menolong mengubati kecederaan yang dialami oleh Prof. Zaidah.

Bab10 (salwa)

Malique dan John OHara menuggu kedatangan Roslan untuk menjemput mereka.
Malique selesa bergaul dengan Roslan kerana sikapnya. Sejak pulang dari Kuala
Lumpur, Malique sudah mempunyai tugas baru iaitu memasukkan laporan dan data
tentang projek gali cari emas itu ke dalam komputer untuk dibentang dalam
mesyuarat akan datang. Roslan sampai kepada mereka dalam keadaan cemas.
Katanya tiga orang pekerja baru buat hal di kem. Mereka mabuk dan bergaduh
semasa berjudi. Roslan turut menceritakan kemalangan yang menimpa Amira,
Jacinta dan Prof. Zaidah kepada Malique dah John OHara. Amira lemas gara-gara
menunggu Malique di air terjun. Jacinta pula sesat di hutan kerana mencari Amira
yang hanyut dibawa arus. Prof. Zaidah dan Pak Lias mengalami kemalangan selepas
brek kereta dipercayai tidak berfungsi. Ayah Itai iaitu Ludin merawat kecederaan
Prof. Zaidah. Amira dan Jacinta pula mula menyedari sesuatu tentang Itai. Rupa-
rupanya, Itailah saingan yang mengalahkan mereka dalam pameran Saintis Muda
2000.

Bab11 (hazmi)

Tau terkenangkan kehidupan silamnya semasa kecil sehinggalah dia berumah
tangga dan mendapat dua cahaya mata. Banyak cabaran dan dugaan yang telah
ditempuhi oleh Tau sehinggalah isterinya dibawa lari ke rumah lain oleh lelaki yang
bernama Johny bersama-sama anak sulung mereka iaitu Sabi. Beliau turut
merasakan John OHara ada kaitan dengan Johny. Selepas itu, Ah Chin pula
dimarahi oleh John OHara atas sikap pekerja-pekerja baharunya yang tidak bagus.
Selepas itu Roslan menyatakan ada seseorang yang sengaja merosakkan brek kereta
Pak Lias sehingga menyebabkan mereka cedera. Malique berhasrat untuk berjumpa
dengan Amira untuk mengetahui cerita yang sebenar.

Bab12 (nabilah)

Prof. Zaidah menerima lawatan rutin Ludin untuk memeriksa pergelangan
tangannya. Amira, Jacinta dan Itai berada di tapak 10, menggali sedikit demi sedikit.
Sementara itu, semua pelajar mula bekerja dengan lebih semangat. Prof. Zaidah amat
ceria kerana dia sudah boleh menggunakan tangan kirinya seperti biasa. Prof.
Zaidah memberitahu Ludin bahawa kerajaan akan menjadikan kawasan itu sebagai
kawasan larangan jika terbukti tempat itu tertanam barang yang lebih berharga.
Sementara itu, Jacinta mengeluh kekecewaan kerana dia belum menemui apa-apa
lagi barang berharga yang dicarinya. Itai bertanyakan soalan mengenai keluarga
Jacinta. Untuk memujuk hati Jacinta yang tersinggung dengan pertanyaan yang
diajukan oleh Itai, Itai membawa Amira ke tempat rahsia yang terdapat emas untuk
diberikan kepada Jacinta tanpa pengetahuan sesiapa. Pada masa yang sama, Prof.
Zaidah menerangkan mengenai bahan-bahan yang dijumpainya kepada Ludin.
Malique terserempak dengan Jacinta ketika turun dari kereta. Jacinta tahu tentu
Amira gembira kerana Malique datang sendiri untuk berjumpa dengannya. Jacinta
mengajak Malique ke lubang yang dikhaskan untuk Amira dan Itai menggali.
Malique bagai tidak sabar untuk mengetahui cerita sebenar mengenai kejadian yang
menimpa Malique. Jacinta mendapat tahu bahawa ketika Amira menunggu Malique
di air terjun, Malique berada di Pulau Pinang. Jacinta bertanya kepada Prof. Zaidah
tentang Amira apabila dia tidak sedar kehadiran mereka kerana sibuk melayan
Ludin. Prof. Zaidah segera meninjau anaknya apabila mengetahui tujuan ikhlas
Malique dan gembira kerana anaknya pandai memilih kawan walaupun berada di
dalam hutan belantara.

Bab13 (lokman)

Amira mengikut Itai masuk ke dalam hutan untuk mengambil emas yang
diceritakan oleh Itai untuk diberikan kepada Jacinta. Itai menceritakan misteri yang
berlaku di dalam hutan itu. 10 tahun dahulu, seorang pembalak telah digantung
songsang oleh makhluk berbulu. Setelah mereka meredah sungai dan hutan yang
agak jauh dari kampung Desa Karpus, mereka telah tiba di kawasan emas dan
mengambil seketul emas untuk Jacinta. Dalam perjalanan pulang, tanpa diduga,
mereka telah bertemu dengan makhluk itu. Itai dan Amira meniarap agar tidak
dilihat oleh makhluk itu yang sedang mengheret seorang mangsa. Itai dan Amira lari
apabila peluang keemasan telah tiba tetapi tanpa diduga, seorang lelaki telah
menyergah mereka.


Bab14 (panish)

Pagi Malique digemparkan dengan suasana tegang dan kekecohandi kem mereka.
Berita kehilangan pekerja baru di kem pencarian emas mereka hilang di dalam hutan
mengundang kemarahan Ah Chin. Sementara itu, kenyataan Amira pada pertemuan
mereka selepas kejadian Amira dihanyutkan arus air terjun deras mengenai John
OHara yang berpendapat bahawa ada sesuatu rahsia antara ibu Malique dan John
OHara yang disembunyikan. Menambahkan kegelisahan Malique. Khemah OHara
diselinap masuk untuk menanyakan kebenaran. Pendirian OHara untuk penggalian
emas di kawasan tersebut akan menyebabkan penduduk di hutan tersebut
kehilangan tempat tinggal mengundang kemarahan Malique. Tujuan asal Malique
untuk bertanya kejadian yang menimpa mereka berubah kepada pertelagahan.
Malique menyertai pencarian pekerja yang hilang bersama Roslan tanpa meminta
kebenaran OHara setelah OHara mendiamkan diri mengenai sejarah hidup
Malique bersama ibunya. Kereta Roslan yang dipandunya terhenti bagai tersekat di
dalam lumpur hujan lebat semasa dia mengekori dua buah kereta di
hadapannya. Malangtidak berbau, aliran lumpur akibat hujan lebat menolak kereta
Malique lalu meluru ke dalam gaung sewaktu Roslan meninggalkannya untuk
mendapatkan pertolongan daripada dua buah kenderaan dihadapannya.

Bab15 (ameera)

Amira dan Jacinta mengunjungi perkampungan Itai disebabkan Itai langsung tidak
menjenguk kawasan desa dan menimbulkan tanda tanya penghuni desa. Namun,
Amira masih berpegang pada janjinya untuk merahsiakan apa yang telah mereka
alami kerana dia tahu betapa besarnya pengorbanan yang telah Itai lakukan. Amira
menceritakan mengenai makhluk misteri kepada Tau. Amira bingung akan sikap
Tau yang tidak cuba membantu penduduk yang berkemungkinan diserang oleh
makhluk misteri tersebut. Amira berpendapat bahawa Tau lebih misteri jika
dibandingkan dengan makhluk itu. Kunjungan Ludin ke khemah semalam disambut
dengan soalan mengenai kehilangan Itai. Pada hari itu, Amira terpaksa menceritakan
segalanya kepada Ludin mengenai apa yang telah dia dan Itai alami. Itai seakan
sedih apabila mengetahui rahsianya telah terbongkar. Di perkampungan Itai, Ludin
telah mengaturkan supaya Amira hadir sama dalam perbincangan. Perbincangan itu
lebih menjurus mengenai rahsia keberadaan emas yang telah Itai dan Amira temui.
Amira akur dia lebih rela menghampakan harapan Jacinta yang ingin mendapatkan
sesuatu yang berharga di dalam hutan daripada menimbulkan persengketaan di
perkampungan yang damai dan tenteram itu. Dalam perbincangan tersebut,
Ludin cuba mempertahankan Amira. Namun, bukan itu, permasalahan yang
sebenar. Tetapi, kepercayaan mereka terhadap Itai untuk mempertahankan rahsia
emas sudah tercalar.

Bab16 (aimi)

Amira amat gembira apabila berjaya menemui artifak tembikar hasil cari galinya
bersama Jacinta di Desa Karpus. Amira berasa bimbang Rusdi akan tersinggung
dengan penemuan artifak yang akan menenggelamkan penemuan tulang karpus
yang dilakukan Rusdi. Namun sangkaannya salah apabila Rusdi turut gembira
dengan penemuan itu dan gembira berada dalam kumpulan cari gali di Desa Karpus
itu. Tiba-tiba Itai dan tau yang pertama kali menjejakkkan kaki ke desa itu datang.
Tujuan Tau untuk berjumpa Prof. Zaidah mengejutkan Amira. Tau berniat ingin
membantu penghuni Desa Karpus dan ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka.
Sewaktu makan tengah hari, tau menceritakan kepada penghuni Desa Karpus
bahawa bunyi tapak kaki dan bau asap rokok pada waktu malam adalah
kepunyaannya. Penghuni desa itu berasa lega dengan penjelasan itu. Itai
kemudiannya menghulurkan emas yang telah dijadikan rantai kepada Jacinta.
Jacinta amat gembira dan berjanji akan mempertahankan rahsia tersebut. Tiba-tiba
muncul Pak Lias bersama Roslan, pemandu lori kem cari gali emas yang
memberitahu Amira, Jacinta, Dr. Zawawi bahawa kereta yang dinaiki Malique
dihanyutkan banjir hingga jatuh ke dalam gaung ketika operasi mencari pekerja
yang hilang. Roslan ingin meminta bantuan Tau untuk mencari Malique. Amira
ingin sekali membantu namun dia tidak mampu melakukan apa-apa melainkan Itai
dan Tau sudi membantu.

Bab17 (hana')

Malique mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kakinya setelah kereta yang
dinaikinya jatuh ke dalam gaung. Setelah sedar dia sudah berada di sebuah ruang
yang tidak diketahuinya. Namun seseorang akan menghulurkan makanan
kepadanya melalui lubang kecil yang terdapat di kawasan pintu. Malique teringat
bahawa tujuan dia berada di hutan itu adalah berkaitan dengan laporan emas
tempoh hari. Dia juga merasakan dirinya begitu dekat dengan hutan itu. Tiba-tiba
dia teringatkan ibunya yang berada di melaka dan gambar ayahnya. dia berasa
hairan dengan dirinya yang berkulit hitam sedangkan ibu bapanya berkulit putih.
Dia tahu hanya OHara sahaja yang dapat merungkai persoalan yang bermain di
fikirannya. Persoalan itu timbul apabila dia sering bermimpikan seorang lelaki
menerkan dan menikam bertalu-talu dada seekor haiwan dan tersedar daripadanya
mimpinya. Dia juga tertanya-tanya sama ada pekerja kem sedang mencarinya
ataupun beranggapan dirinya sudah mati. Dia berharap agar OHara dan roslan
dapat meminta bantuan Amira dan Orang Asli untuk mencarinya sebagaimana
ketika mereka mencari Jacinta dahulu. Malique juga sedar dia perlu berusaha untuk
mrmbebaskan dirinya dari ruang tersebut.


Bab18 (dayah)

Mereka sampai di satu kawasan pergunungan batu kapur setelah hampIr satu
setengah jam berjalan meredah hutan. Amira hanya berdiam diri sepanjang
perjalanan kerana mengenang nasib yang menimpa Malique. Jacinta yang menyedari
keadaan Amira turut bersimpati lalu dia mengajak Itai untuk mencari Malique tetapi
Itai memberi pelbagai alasan. Ternyata niat Jacinta untuk membantu Malique gagal.
Tau memperkenalkan Gunung Gua Gajah, tempat mereka berada sekarang.dan
menceritakan serba sedikit tentang gunung itu. Kemudian mereka perlu mendaki
sekurang-kurangnya sepuluh meter untuk masuk ke dalam sebuah gua di gunung
itu. Namun mereka, perlu berhati-hati kerana bukanlah mudah mendaki dinding itu
sambil berpaut pada akar dan pepohon kecil. Akhirnya mereka semua Berjaya
memasuki gua itu dengan selamat. Lantai gua itu dipenuhi dengan tahi kelawar.
Selepas itu, tau menunjukkan lakaran lukisan yang diperbuat daripada arang. Dr.
Zawawi mengambil peluang untuk merakamkan lakaran di dinding gua itu. Tau
menghilangkan diri ketika mereka leka melihat lakaran itu. Kemudian Amira
menjumpai sebuah mobile disk sewaktu bergerak kearah pintu gua untuk mengikut
Jacinta yang tidak tahan dengan bau najis kelawar. Amira memasukkan mobile disk
yang masih diselaputi oleh najis kelawar ke dalam poket jaketnya. Tiba-tiba Rusdi
dan Itai menjumpai dua ketul batu yang bersaiz hampir satu jengkal. Dr. Zawawi
memberitahu bahawa penemuan iu ialah kapak batu yang digunakan oleh manusia
Zaman Neolitik. Sebelum mereka pulang, Itai menjerit memanggil Tau dan tiba-tiba
Tau membalas dari bawah pintu gua. Mereka pun mula turun ke kaki gunung. Di
bawah, Tau menyambut mereka dengan madu lebah yang diisi ke dalam tabung
buluh.

Bab19 (aimi)

Rombongan dari Desa Karpus yang terdiri daripada Dr. Zawawi, Rusdi, Amira,
Jacinta, Itai dan Tau telah membawa pulang kapak batu yang dijumpai di Gunung
Gua Gajah. Penemuan itu serba sedikit menghilangkan resah di hati Amira
berkenaan berita kehilangan Malique. Amira meminta izin Tau bagi membenarkan
Itai menginap di Desa Karpus kerana dia mempunyai sesuatu yang mustahak ingin
ditunjukkan kepada Itai dan Jacinta. Amira mengesyaki mobile disk yang
dijumpainya di gua tersebut milik Malique kerana penah terlihat mobile disk
tersebut tergantung di leher Malique sewaktu Malique melawat Desa Karpus. Amira
kemudiannya menyambungkan mobile disk tersebut ke komputer untuk
memastikan pemilik mobile disk itu. Ternyata mobile disk itu masih boleh
digunakan walaupun sudah terkena najis kelawar. Namun, mobile disk itu
memerlukan password limahuruf dan akhirnya mereka berjaya. Password yang
digunakan ialah aurum, iaitu emas dalam bidang sains. Ternyata mobile disjk itu
memang milik Malique berdasarkan kata-kata yang terdapat di dalamnya. Amira
mengesyaki Malique masih hidup dan mereka perlu menyelamatkannya.


Bab20 (husna)

OHara amat bimbang akan kehilangan Malique berbanding perkara buruk yang
menimpa kem mereka. Keputusan Jennifer untuk menjejakkan kaki ke daerah
terbuang itu amat membimbangkan, OHara tersedar daripada lamunannya apabila
ketua stesyen melangkah ulang-alik di hadapannya. Kereta api semakin hamper.
OHara cuba menenangkannya namun Jennifer seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Amira amat mengharapkan kehadiran Tau untuk membantu mereka mencari
Malique. Amira keluar dari khemah dan merenung ke tempat Tau sering
memerhatikan desa mereka. Amira sanggup merayu dan berlutut di hadapan Tau.
Pada masa yang sama Tau terjaga ketika bulan merah saga hampir-hampir
tenggelam. Dia mencapai kulit beruang lalu melangkah turun dari pondok. Malique
terkejut daripada tidurnya apabila melihat makhluk berbulu di hadapannya. Lelaki
berbulu itu bersuara lembut menyatakan bahawa dia ialah bapa Malique. Malique
menjerit sekuat hatinya menafikan makhluk itu bapanya. Makhluk itu semakin
mendesak Malique. Akhirnya Malique rebah tanpa sedarkan diri.

Bab21 (adila)

Amira gembira dengan kemunculan Pak Lias dan Roslan untuk turut membantu
mengesan Malique ketika harapan untuk mendapatkan bantuan Tau lenyap sama
sekali. Roslan menawarkan diri untuk berpatah balik bagi mengambil lampu suluh
sementara yang lain meneruskan perjalanan. Mereka kemudiannya dikejutkan
dengan kemunculan Roslan yang memandu kenderaannya dengan dua orang yang
dibawa bersama-samanya, iaitu Jennifer dan John OHara. Pendakian ke Gunung
Gua Gajah akhirnya bermula sementara Jacinta ditugaskan untuk menemani Jennifer
dan John di bawah. Kenyataan John OHara tatkala perbualan mereka bertiga
tentang Jennifer yang pernah tinggal di hutan itu menimbulkan perasaan ingin tahu
Jacinta. Jennifer yang diasak rasa terharu kerana terkenangkan semula memori lalu
di hutan itu menangis teresak-esak di samping bimbang akan kehilangan Malique.
sementara itu, makhluk yang berbulu tebal yang sedang asyik mendengar segala
perbualan terus teringatkan kenangan silamnya yang menyebabkan dia kehilangan
maruah sebagai manusia hingga menyebabkan dia hidup bagaikan haiwan.
Harapannya untuk menyelamatkan Sabi daripada wanita itu kembali berkobar
sebelum akhirnya dia ke puncak gunung.

Bab22 (ci-ah)

Kisah bagaimana Ipah boleh berada di hutan berlaku apabila kapal terbang yang
dinaiki oleh Ridley dan Brinda iaitu ibu bapanya terhempas semasa perjalanan
pulang ke Australia. Hanya Samantha yang terselamat kerana semasa kecelakaan itu,
Samantha tercampak melalui tingkap yang berderai. Jidin iaitu ayah kepada Tau dan
Ludin membawa Samantha pulang ke rumahnya. Orang kampung berasa pelik
kerana Samantha mempunyai rambut yang bewarna merah dan mata yang bewarna
biru. Dia dinamakan Ipah. Penduduk kampung juga menolak kehadiran Ipah
sehingga ada cadangan jahat supaya Jidin menyerahkan ipah semula kepada hutan
semoga semangat hutan kembali aman. Jidin sengsara hingga ada sekelumit ingin
membuang Ipah jauh ke dalam hutan. Isterinya menentang ketika dia menceritakan
keinginannya. Nyata keinginan isterinya untuk memiliki seorang anank perempuan
telah tertunai. Jidin dan isterinya terus melihat hidup penuh ranjau anak yang luar
biasa itu.

Bab23 (di-ah)

Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan meneruskan usaha untuk mencari Malique. Namun
pencarian mereka masih tidak membuahkan sebarang hasil positif. Itai yang
sememangnya banyak berbicara lebih banyak mendiamkan diri dan setelah didesak
akhirnya mengkhabarkan perkara yang mengejutkan Amira bahawa dia mempunyai
seorang saudara namun belum pernah bertemu dengannya. Itai sedih dan
ditenangkan amira dengan kata-kata semangat. Mereka kemudiannya meneruskan
pencarian tersebut dengan semangat kesan tapak kaki yang tidak berkasut ditemui
dan menjadi sumber untuk petunjuk seterusnya tentang keberadaan Malique.
Mereka bergerak bersama-sama dan hamper tiba di puncak gunung apabila
terjumpa cahaya matahari daripada lubang dari bumbung gua yang terbentuk akibat
asid karbonik (air hujan bertindak balas dengan karbon dioksida). Mereka memanjat
menggunakan akar mengkelat yang kukuh dan akarnya boleh dibuat minuman. Di
sini Roslan menunjukkan cara-cara minum air akar tersebut dan akhirnya ketawa
mereka bergema. Suara Itai yang paling kuat mendapat respon apabila ada satu
suara yang mengaduh kesakitan dan mengejutkan mereka semua.

Bab24 (me!!)

Ketiadaan Amira di Desa Karpus telah menimbulkan kerisauan buat Prof. Zaidah
apabila dia tersedar Amira dan Jacinta tiada selepas waktu sarapan lagi. Dia juga
kesal kerana tidak meluangkan masa bersama Amira untuk berbincang mengenai
kehilangan Malique sebaliknya terlalu menumpukan perhatian terhadap penemuan
terbaru mereka. Akhir sekali, Prof. Zaidah membuat keputusan untuk keluar
mencari Amira dan Jacinta di gunung gua gajah tempoh hari bersama Rusdi dan Dr.
Zawawi. Di gua, Amira, Itai, Pak Lias dan Roslan telah sampai ke puncak gunung
dan terus mengesan Malique melalui kesan yang ditinggalkan oleh seseorang.
Mereka melihat-lihat kawasan sekitar puncak gunung itu dan mendapati ada sebuah
pondok yang berbumbungkan daun-daun palas. Itai dan Amira membuat keputusan
untuk masuk ke dalam pondok itu manakala Roslan dan Pak Lias menunggu di luar
pondok. Amira dan Itai menemui Malique dan memapahnya keluar dari terowong
itu. Sementara itu, kumpulan Prof. Zaidah telah menemui Ludin lalu mereka terus
menuju ke gua batu kapur itu.

Bab25 (zaty)

Makhluk berbulu terkejut apabila Itai dan Amira datang sambil memapah Malique
yang ditemui oleh mereka. Itai kemudian mengambil keputusan untuk membantu
Pak Lias berhadapan dengan makhluk berbulu tersebut. Makhluk berbulu itu
memaksa mereka meninggalkan Malique yang dipanggilnya Sabi. Itai turut
mendapati balutan luka dia kaki Malique sama seperti yang diamalkannya.
Sementara itu,Pak Lias sudah bersedia dengan pergerakan silat gerak songsang
ketika makhluk tersebbut terus merayu untuk mendapatkan Malique. Dr. Zawawi,
Rusdi, Prof. Zaidah dan Ludin sampai ke kaki Gunung Gua Gajah lalu berjumpa
dengan Jacinta,Jennifer dan OHara. Ludin terkejut apabila adik iparnya Jennifer
yang dipanggilnya Ipah turut berada di situ. Prof. Zaidah, Dr. Zawawi dan Jacinta
kehairanan malah tertanya-tanya tentang hubungan mereka. Namun,Ludin
membiarkan persoalan itu tergantung lalu terus memanjat dinding gunung kerana
khuatir perkara buruk akan terjadi. Pak Lias dan makhluk berbulu itu sedang
berlawan dan menyerang satu sama lain. Itai turut mahu membantu Pak Lias. Tak
semena-mena,Pak Lias merampas parang di tangan Itai lalu menghalakan parang
tersebut ke arah makhluk berbulu yang sudah tersungkur di atas tanah. Ludin yang
baru tiba,segera menghentikan pertelingkahan itu. Ludin menyuruh Tau berhenti
kerana kelihatan Tau sudah hilang pertimbangan hingga mahu membunuh anaknya
sendiri. Itai, Amira, Pak Lias dan Roslan tercengang kerana Tau tiada di situ.
Makhluk itu tiba-tiba menangis dan meratap. Ludin memujuknya dan perlahan-
lahan menarik bulu-bulu yang memenuhi tubuh makhluk tersebut. Amira dan Itai
sangat terkejut apabila mendapati makhluk itu ialah Tau. Ludin memeluk adiknya
dengan penuh kasih sayang lalu memjuknya turun ke bawah untuk melihat siapa
yang ada di kaki gunung. Dia juga turut mengarahkan Itai membawa Malique turun.
Itai yang masih bingung terus menyoal Ludin mengenai identiti sebenar Sabi. Ludin
enggan menjawab lalu meninggikan suara hingga Itai terdiam.

Bab26 (diyana)

Desa Karpus menjadi tumpuan ramai berikutan peristiwa yang berlaku di Gunung
Gua Gajah. Satu kumpulan dari kem cari gali emas, satu kumpulan dari kem Orang
Asli dan satu kumpulan terdiri daripada penghuni desa itu sediri. Identiti makhluk
misteri yang menghantui hutan itu sudah diketahui iaitu Tau. Tetapi pelbagai
persoalan diantara Tau, Ludin dan Jennifer belum terjawab. Ludin mencadangkan
supaya mereka menyelesaikan pertikaian itu di perkampungan tetapi ditentang oleh
OHara. Itai memberikan cadangan supaya menerima pendapat Amira. Amira
membuat keputusan supaya pertikaian itu diselesaikan di Desa Karpus. Ludin
meminta kebenaran Prof. Zaidah untuk memulakan bicara. Dia mengajukan soalan
kepada Jennifer adakah dia mengenali Tau. Jennifer mengaku bahawa Tau ialah
suaminya. Jawapan Jennifer mengejutkan semua orang terutama Malique. Setahu
Malique bapanya telah meninggal dunia akibat malaria semasa dia masih kecil lagi.
Tau gembira kerana tekaannya bahawa Malique adalah Sabi tepat. Jennifer bertanya
tentang seorang lagi anaknya dan anaknya adalah Itai. Itai tidak menyangka bahawa
selama ini dia hanya menumpang kasih sayang ibu dan bapa saudaranya. Sebelum
Jennifer pulang, Tau meminta Jennifer menceritakan sebab dia dan Itai ditinggalkan.
Jennifer menceritakan peristiwa lampau. Tau berpuas hati Jennifer mengaku
perbuatannya. Selepas itu, Jennifer menyatakan hasratnya membawa pulang
Malique untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Malique meminta OHara dan
ibunya pulang dahulu dan dia akan berada di perkampungan itu bersama ayah dan
adiknya sehingga dia sembuh.

Bab27 (atiqah)

Amira telah berjaya menamatkan satu semester di sebuah university di
bandaraya Kuala Lumpur. Setelah selesai Amira mengemas barang-barangnya ke
dalam stor, dia sempat memeriksa e-mel daripada Itai, Malique, Jacinta, Prof. Zaidah
dan Dr. Zawawi yang menceritakan perkembangan serta kehidupan baru masing-
masing. Selesai membaca semua e-mel, Amira menyimpan komputer ribanya dan
bergegas ke parkir kereta lalu menghidupkan enjin keretanya. Kemudian Amira
memandu menuju ke pagar utama dengan perlahan. Di pertengahan jalan, Amira
terserempak dengan seseorang yang dikenalinya lalu menumpangkan orang
tersebut ke destinasinya.




















Bab 16:


Suasana pagi yang ceria, membantu kerja-kerja
arkeologi di Desa Karpus penemuan-penemuan baru
sangatlah memberangsangkan apabila Amira dan
Jacinta menjumpai sebuah tembikar zaman dahulu
yang sempurna sifatnya, ucapan tahniah dan pujian
tidak henti-henti diberikan kepada Amira dan
Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke desa
Karpus bersama-sama Itai menimbulkan rasa
gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau
memaklumkan bahawa mereka tidak perlu risau
kerana dia menjaga kawasan desa itu pada setiap
malam sekaligus menangkis segala tanggapan
paranormal pelajar-pelajar di situ.Namun begitu
mereka dikejutkan dengan berita kehilangan
Malique.



Bab 17:


Malique tersedar daripada tidurnya dan dia
mendapati dirinya berada dalam tempat yang gelap
serta berbau tengik sementara tangan kirinya terasa
sakit menyengat dan kaki kirinya patah. Dia
teringatkan ibunya yang berada di Melaka, yang
pada satu ketika dulu dia pernah bertanya kepada
ibunya, mengapa ibunya seorang yang cantik dan
bapanya seorang kulit putih manakala dia berkulit
hitam dan berambut kasar. Setiap kali melelapkan
mata dia sering dihantui dengan mimpi yang sama.



Bab 18:


Amira, Jacinta serta Itai mengikut Dr. Zawawi,
Rusdi dan Tau ke Gunung Gua Gajah untuk
melakukan penemuan arkeologi terhadap hutan
tersebut. Mereka kemudiannya menjumpai lukisan-
lukisan dinding di dalam gua tersebut yang belum
pernah terusik. Manakala, Rusdi menjumpai sebilah
kapak batu yang digunakan pada zaman Neolitik.
Namun begitu, penemuan mobile disk oleh Amira
terus menimbulkan tanda Tanya tanpa
memberitahu sesiapa mengenai penemuan tersebut.



Bab 19:


Penemuan kapak batu serta lukisan dinding
menggemparkan seluruh Desa Karpus, namun
begitu, Amira, Jacinta serta Itai Berjaya
memcahkan kod keselamatan padamobile
disk tersebut dan membuktikan ianya milik Malique.
Malam tersebut Itai memberitahu Rusdi bahawa
mereka akan keluar pada keeseokan harinya.



Bab 20:


Keputusan Jennifer untuk ke hutan tersebut
ternyata menimbulkan kegelisahan kepada OHara,
Jennifer terdesak datang ke hutan itu kerana risau
akan anaknya dan sekaligus mengembalikan
memori lamanya terhadap hutan tersebut. Mimpi
yang dihantui Tau menyebabkannya terus
mendapatkan Malique yang terdampar di dalam gua
sambil mengenakan bulu beruang untuk menutup
badannya.



Bab 21:


Amira, Jacinta serta Itai meneruskan
perjalanan dalam usaha untuk mencari Malique di
Gunung Gua Gajah sambil dibantu Pak Lias dan
Roslan. Penemuan disk oleh Amira boleh dianggap
berguna sebagai petunjuk kepada mereka. Namun
begitu, Roslan datang ke kaki gunung tersebut
dengan memandu pacuan empat roda sambil
membawa Jennifer dan John O Hara bersama.
Makhluk berbulu keluar daripada
persembunyiannya setelah dikejutkan dengan
deruman enjin kenderaan dan kelibat seorang
wanita yang bersama-sama lelaki berbaju putih itu
seolah-olah menghilangkan semangatnya. Namun
begitu Jennifer terkenangkan zaman kanak-
kanaknya dahulu dia selalu dipinggirkan kerana
dianggap ahli sihir disebabkan rambutnya yang
kemerah-merahan.



Bab 22:


Kapal terbang yang dipandu Ridley bersama-
sama isterinya Brenda serta anak kecilnya
Samantha dalam perjalanan pulang ke Australia
sete;ah melakukan kajian mengenai reptilian di
Pulau Langkawi. Malangnya, kapal terbang Cessna
310 model tahun1953 yang dikendalikan Ridley itu
terhempas sambil menghentam pokok setelah
kedua-dua enjinnya rosak. Jidin bersama dua
anaknya Tau dan Ludin terkejut mendengar letupan
kuat tersebut dan bergegas ke kawasan kejadian.
Jidin kemudiannya membawa Samantha yang tidak
cedera pulang ke kampong setelah kedua-dua orang
tuanya hangus dijilat api.



Bab 23:


Pencarian Amira hampir menemui jalan buntu
apabila tiada apa yang dapat dikesan.Tetapi masih
ada harapan buat mereka apabila Amira menemui
kesan tapak kaki manusia. Mereka kemudiannya
menemui laluan kecil yang kemudiannya
menunjukkan jalan ke puncak gunung tersebut
kepada mereka. Itai memanjat ke atas dan
menghulurkan tali kepada Amira, Pak Lias dan
Roslan yang berada di bawah. Tiba-tiba Itai
terdengar suara seolah-olah sedang mengerang
kesakitan di atas puncak gunung tersebut.



Bab 24:


Kehilangan Amira akhirnya disedari oleh
Profesor Zaidah, jawapan daripada Rusdi
membuatkan Profesor Zaidah dan anak-anak
buahnya segera menuju ke Gua Gunung Gajah.
Dalam pada itu, Amira dan rakan-rakannya Berjaya
menjumpai sebuah pondok di puncak gunung
tersebut dan segera memeriksa. Akhirnya mereka
Berjaya menemukan Malique yang lesu dan tidak
bermaya. Mereka kemudiannya disergah makhluk
berbulu ketika dalam usaha membawa Malique
keluar. Dalam perjalanan ke Gunung Gua Gajah
kumpulan Profesor Zaidah bertembung dengan
Ludin yang kemudiannya membawa mereka ke
sana.



Bab 25:


Niat Amira dan Itai untuk menyelamatkan
Malique dihalang oleh makhluk berbulu tebal itu.
Makhluk itu tidak membenarkan mereka membawa
Malique keluar dari situ. Pak Lias akhirnya
membantu dengan berhadapan dengan makhluk
tersebut. Beberapa kali serangan makhluk tersebut
dipatahkan oleh Pak Lias yang ternyata lincah dan
tangkas. Dalam pada itu, kedatangan Profesor
Zaidah, Ludin serta pasukan mereka mebuatkan
Jennifer menegur Ludin yang kemudiannya
menimbulkan rasa keliru kepada semua yang
berada di situ Jennifer mendakwa dia sedang
menunggu anaknya yang merupakan anak saudara
Ludin, Malique ataupun Sabi diselamatkan.
Tindakan nekad Pak Lias untuk menamatkan
riwayat makhluk tersebut duhalang oleh Ludin yang
segera menyelamatkan keadaan. Persoalan akhirnya
terjawab apabila bulu yang dipakai itu dibuang dan
Tau mula mendedahkan identitinya demi
mengelakkan mereka daripada membawa Sabi
keluar.



Bab 26:


Sejarah tragis serta konlik keluarga Tau
akhirnya terungkai di Desa Karpus apabila ketiga-
tiga pihak yang dianggotai oleh pencari emas, ahli
arkeologi dan orang asli berkumpul dalam khemah
bersama-sama. Sejarah keluarga Tau akhirnya
berkahir apabila memberitahu bahawa Itai dan
Malique merupakan anak lelakinya selama ini,
manakala Itai terpaksa dijaga oleh abangnya setelah
maruahnya diragut Jennifer yang merupakan
isterinya bertindak melarikan diri dengan membawa
Malique bersama-sama, Johnny yang merupakan
abang kepada John O Hara yang bertindak
demikian turut melarikan tulang-tulang milik Ridley
serta Brenda untuk dikuburkan di Australia.



Bab 27:


Amira yang telah menamatkan satu semester di
Universiti menerima e-mel daripada rakan-
rakannya, Itai sedang berada di Kubang Kerian
sedang menyambung pengajiannya dalam bidang
perubatan. Malique pula sedang bertugas sebagai
ketua kampong tempat kelahirannya dan sibuk
dalam projek IT, dan dia Berjaya menggagalkan
projek lombong emas di kawasan tersebut. Jacinta
pula sedang berada di Paris kerana terlibat dengan
perniagaan bapanya dalam bidang fesyen. Profesor
Zaidah pula meminta anaknya untuk pulang ke
rumah neneknya di Kulim kerana bapanya bakal
pulang bercuti juga. Dr. Zawawi pula sedang berada
di perairan Malaysia untuk mengesan khazanah
Melayu.

Вам также может понравиться