Вы находитесь на странице: 1из 2

Bergenang air mataku

Terbayang wajahmu redup sayu,


Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian,
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidakpun kau berasa jemu,
Mengasuh,
Mendidik demi semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa,

Saya pasti setiap insan yang bergelar anak pasti
akan berasa sebak apabila meneliti setiap bait lagu yang
dinyanyikan. Begitulah besar pengorbanan seorang ibu.
Ibu merupakan insan mulia yang sukar ditukar ganti dan
beliau sanggup berkorban apa sahaja dan terkorban
untuk mendidik dan memelihara anak-anaknya dari kecil
hingga dewasa. Peribahasa Syurga di bawah tapak kaki ibu,
menambahkan lagi bukti betapa besarnya peranan seorang ibu dalam
keluarga dan seorang bapa tidak diberi penilaian sebegitu besar
berbanding seorang ibu.. Jelaslah bahawa pengorbanan seorang ibu amat
besar bagi seorang anak.


Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, KITA PERLU BELAJAR BERSUNGGUH - SUNGGUH.
Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu
menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan
anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan
masa depan kita.
Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan
TINGKAH LAKU YANG MULIA. Apabila bertutur dengan ibu bapa,
elakkan bercakap kasar. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka
dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai
dihiris dengan sembilu.

CARA BERTERIMA KASIH DENGAN IBU
Belajar bersungguh - sungguh hingga berjaya
Memberi mereka kesenangan setelah kita bekerja
Menjaga mereka apabila mereka telah tua
Memberikan hadiah ketika hari istimewa

TERIMA KASIH IBU...

Вам также может понравиться