Вы находитесь на странице: 1из 48

TERHAD

TERHAD






PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)




Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu
(Penulisan Esei Ilmiah)


Penggal 3













PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Calon tidak dibenarkan sama sekali
menyalin atau meniru contoh esei yang terdapat dalam manual ini. Semua maklumat
dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan
Malaysia.


Manual ini terdiri daripada 48 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2013
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD

2 TERHAD


Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu

Senarai kandungan

Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman.

Penghargaan

(a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan
tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah.
(b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting
kepada yang kurang penting.

1.0 PENGENALAN

Bahagian yang berikut menghuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar Belakang
(a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk.
(b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan
masalah atau isu kajian.
(c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1 halaman.

1.2 Definisi Konsep
Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat
tokoh). Definisi daripada kamus tidak diterima.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian)

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan.
(b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai.
(c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja.
(d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan
Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan
mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan,
membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik,
mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya.
(e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan
seterusnya.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk...

(a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk
kajian)
(b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya:
(i) Untuk menambah dokumentasi
(ii) Untuk menambah bahan kajian
(iii) Untuk melihat masalah pelajar dalam mengkaji bahasa
(iv) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran
Apa kegunaan hasil kajian?
Pernyataan objektif mesti mengandungi
ayat pendahuluan
Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan
Apa yang hendak dikaji?
TERHAD

3 TERHAD


4.0 SKOP KAJIAN

Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian.
Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal.

5.0 BATASAN KAJIAN

(a) Pernyataan tentang had data
(b) Batasan dari segi lokasi kajian
(c) Batasan dari segi tempoh/masa
(d) Batasan dari segi informan/responden/subjek:
dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan

6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar)

Bahagian ini akan menghuraikan kaedah kajian.

6.1 Mendapatkan Bahan/Data

(a) Kajian Kepustakaan
Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk buku teks dan buku rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga
boleh membuat rujukan Internet. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan
kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian.

(b) Kajian Lapangan
(i) Pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini
digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau
kawasan yang dikaji.

(ii) Temu Bual
Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal.
Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau
pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini
menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual
secara tidak formal ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian.
Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam
perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis
temu bual tersebut.

(iii) Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk
memudahkan calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk
borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif
kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan
kajian.

(c) Kajian Teks
(i) Teks lama (klasik)
(ii) Teks moden


Apa yang ingin dibuat dalam kajian?
Apa yang tidak ingin dibuat dalam kajian?
Huraian kaedah kajian mesti mengandungi
ayat pendahuluan.
TERHAD

4 TERHAD


(d) Rakaman
Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan
responden/subjek.

(e) Kajian Korpus

6.2 Mengumpulkan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan
orang Negeri Sembilan

6.3 Menganalisis Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan
mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan
untuk menganalisis data.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian.
(a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian
(b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan
(c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar
seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu
semula.

9.0 PENUTUP

(a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya
(b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya

BIBLIOGRAFI (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

(a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1).
(b) Pelajar hendaklah menyatakan tiga hingga lima rujukan sahaja.
(c) Bibliografi boleh terdiri daripada
(i) buku
(ii) artikel
(iii) sumber Internet
(d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi
(i) nama penulis/pengarang
(ii) tahun/tarikh
*Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia
(e) Penggunaan Internet terhad kepada dua sumber sahaja

NOTA AKHIR (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

LAMPIRAN (tajuk ini tidak perlu diberikan nombor)

Peringatan:
Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI
KAJIAN, dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.

Catatan: Untuk contoh penulisan esei ilmiah, rujuk Lampiran 2 dan Lampiran 3.
Huraian dapatan kajian mesti
mengandungi ayat pendahuluan.
TERHAD

5 TERHAD


PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI

1. Karya Penulis
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Bilangan jilid
(e) Edisi dan terbitan
(f) Tempat terbit
(g) Nama penerbit

Contoh: Oleh seorang penulis
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh: Oleh dua orang penulis
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh: Oleh tiga orang penulis
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and
Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Karya Terjemahan
Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.

(a) Nama penterjemah
(b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung
Contoh:
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)

Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)











Lampiran 1

TERHAD

6 TERHAD


3. Kamus dan Ensiklopedia
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Judul
(b) Jilid
(c) Tahun
(d) Edisi dan cetakan
(e) Tempat terbit

Contoh:
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama negeri
(b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa
(c) Tahun terbit
(d) Judul
(e) Tempat terbit
(f) Nama penerbit

Contoh:

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi
1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Majalah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan dlm.
(d) Judul majalah
(e) Bilangan keluaran
(f) Jilid
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit

Contoh:
Kemala. Gagasan Hadiah Sastera ASEAN dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm.
142-143, Mac 1977.






TERHAD

7 TERHAD


6. Jurnal
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan dlm.
(d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya
(e) Jilid
(f) Bilangan keluaran
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit

Contoh:
Abdullah Yusoff. Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak.
Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995.

Zaba, Modern Development dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940.


7. Surat khabar atau Buletin
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan dlm.
(d) Nama surat khabar atau buletin
(e) Tarikh terbit

Contoh:
Zaharuddin Mohd. Ali. PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral
dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.

8. Monograf
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Nama siri
(e) Jilid
(f) Bilangan
(g) Tempat terbit
(h) Penerbit

Contoh:
Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda
terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).




TERHAD

8 TERHAD


8. Latihan Ilmiah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Peringkat pengajian
(e) Tempat

Contoh:
Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan
Meditasi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

9. Kertas Data
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Tempat
(f) Bentuk bahan dalam tanda kurung

Contoh:
Sanat Md. Nasir, 1979. Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar
Keseringan dan Struktur. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. (Stensilan).

10. Kertas Kerja
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel
(f) Tempat
(g) Tarikh

Contoh:
Othman Putih, 1991. Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan
Arah Masa Depan. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua.
Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.








TERHAD

9 TERHAD


11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Nama pensyarah
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Sumber nota
(e) Tempat
(f) Tarikh

Contoh:
Artwood, Joyce, 1986. Editors in Publishing. Kumpulan nota ceramah yang
disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986.

12. Wawancara
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Bahan berakam
Contoh:
Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.

(b) Bahan tidak berakam
Contoh:
Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.

13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:

(a) Tajuk
(b) Tahun
(c) Bentuk bahan dalam tanda kurung
(d) Nama pengarah
(e) Tempat terbit
(f) Penerbit
(g) Bilangan bahan
(h) Tempoh
(i) Lokasi

Contoh:
Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.

Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M)
Sdn. Bhd.

Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:
EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.
TERHAD

10 TERHAD


14. Bahan Internet
Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang
berikut:

(a) Nama pengarang
(b) Tahun
(c) Tarikh dicapai
(d) Alamat laman sesawang

Contoh:
Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012,
daripada http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-
bahasa-sunda-2/

Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di
Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841
1941. Sosiohumanika 3(2): 219242. Diakses pada 26 Mac 2012,
daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm.
sosio.nov.2010.pdf


15. Contoh Penulisan Bibliografi


BIBLIOGRAFI

Buku

Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua.
New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal/Makalah dalam Jurnal:

Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri
dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 7599.

Bahan Internet:

Frazer, K. 1992. Tabu dalam bahasa Sunda. Diakses pada 10 Julai 2012, daripada
http:// harjasaputra.wordpress.com/2007/03/26/tabu-dalam-bahasa-sunda-2/



TERHAD

11 TERHAD




MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)


TAJUK PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU MENGIKUT
DAERAH NEGERI SEMBILAN

NAMA,
NOMBOR
KAD PENGENALAN,
DAN ANGKA GILIRAN
CALON
2. HASNIDA BT HARON
940115-04-5192/SJ1021 1001
3. ARBAIYAH BT HJ ZULKIFLI
940825-11-5432/SJ1021 1002
4. HARON BIN ABU KASSIM
940202-46-5431/SJ1021 1003
5. KAMARIAH BT AHMAD
940126-43-5664/SJ1021 1004

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
SEKOLAH MENENGAH TANJUNG PUTERI,
80500 JOHOR BAHRU

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI


TARIKH

MARKAH





Lampiran 2




CONTOH ESEI 1
TERHAD

12 TERHAD












TAJUK KAJIAN:

PENYEBUTAN VOKAL BAHASA MELAYU
MENGIKUT DAERAH NEGERI SEMBILAN













TERHAD

13 TERHAD


SENARAI KANDUNGAN
Penghargaan i
1.0 Pengenalan 2
1.1 Latar Belakang 2-3
1.2 Definisi Konsep 3-4
2.0 Objektif Kajian 4
3.0 Kepentingan Kajian 4
4.0 Skop Kajian 5
5.0 Batasan Kajian 5
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Mendapatkan Data
6.2 Mengumpulkan Data
6.3 Menganalis Data

5
6
6-8
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Vokal depan sempit [i]
7.2 Vokal depan separuh sempit [e]
7.3 Vokal depan luas [a]
7.4 Vokal tengah []
7.5 Vokal belakang sempit [u]
7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]

9-10
10
11
12
12
13
8.0 Rumusan Kajian 13
9.0 Penutup 14
Bibliografi 15
Lampiran
Lampiran I
Lampiran II
Lampiran III

16
17
18





i
TERHAD

14 TERHAD


PENGHARGAAN
Penyelidik mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana atas limpah kurniaNya,
penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Penyelidik juga ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6
Atas Kelas Mawar, Encik Hassanuddin Othman, yang telah banyak meluangkan masa untuk
membantu penyelidik menyiapkan kajian ini sehingga selesai. Kepada Allah penyelidik
memohon agar beliau diberikan balasan yang sebaik-baiknya. Penyelidik juga mengucapkan
terima kasih kepada informan-informan untuk kajian ini. Tidak lupa, penyelidik juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa penyelidik yang telah memberikan
sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan latihan ilmiah ini. Semoga usaha ini
dapat memberikan sumbangan kepada pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu,
khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan kajian dialek.



Hasnida bt Haron
Arbaiyah Hj Zulkifli
Kamariah Ahmad
Haron Abu Kassim



September 2013


ii
TERHAD

15 TERHAD


1.0 PENGENALAN
Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang dialek dalam
bahasa Melayu dan dialek Negeri Sembilan, serta definisi konsep-konsep penting yang
digunakan dalam kajian ini.
1.1 Latar Belakang
Setiap bahasa mempunyai dialek daerahnya yang tersendiri. Dialek daerah
merupakan kelainan daripada sesuatu bahasa yang wujud disebabkan kelainan
pertuturan antara kumpulan masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Perbezaan atau
kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan pemastautinan kumpulan penutur
yang berbeza. Kelainan itu melibatkan beberapa aspek bahasa, termasuk aspek
sebutan vokal dan konsonan yang ada dalam bahasa tersebut.
Catatan: Lanjutkan bahagian ini dengan kutipan/petikan pendapat tokoh tentang
perbezaan atau kelainan yang dimaksudkan dan juga tentang keterangan dialek
Negeri Sembilan. Kemudian buat rumusan sendiri mengenainya.)
Catatan: Bahagian ini perlu diakhiri dengan kenyataan yang menuju ke arah
pernyataan masalah/isu/persoalan kajian.
Contoh 1: Pada hakikatnya, dalam penggunaan bahasa yang sebenar, wujud
percampuradukan antara sebutan bahasa Melayu baku dengan sebutan dialek. Untuk
mengelakkan keadaan tersebut, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali dibuat
kajian tentang perbezaan antara kedua-duanya agar penutur dapat mengetahui
sebutan baku yang sebenar dan apabila bertutur dalam konteks formal, dia tidak
terpengaruh oleh dialek daerah.)
Contoh 2: Kelainan sebutan, sama ada antara dialek daerah dengan bahasa Melayu
baku atau antara beberapa dialek itu sendiri merupakan sesuatu yang unik bagi
bahasa Melayu. Oleh itu, penyelidik berpendapat bahawa wajar sekali kajian
2
TERHAD

16 TERHAD


dilakukan untuk memperlihatkan kelainan-kelainan tersebut agar hasilnya dapat
diketengahkan bagi makluman mereka yang berminat dalam bidang kajian dialek.)

1.2 Definisi Konsep
Menurut Asmah Hj Omar (2008), dialek dimaksudkan kepada variasi bagi sesuatu
bahasa yang....

Bahasa baku ialah satu variasi bahasa yang telah dikodifikasikan atau
diseragamkan...

Sebutan baku bahasa Melayu ialah satu bentuk sebutan yang telah diseragamkan,
iaitu sebutan sesuatu bunyi atau fonem itu adalah sebagaimana lambang fonetiknya.
Sebagai contoh, bunyi /u/ dalam perkataan /buluh/ dibunyikan sebagai [buluh],
bukan [buloh].

Menurut Raja Mukhtaruddin......bunyi vokal ialah....
Menurut Yunus Maris pula, vokal....
Mengikut....
Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa vokal dapat didefinisikan
sebagai bunyi yang dihasilkan dengan...
(Catatan: Dapatkan kutipan definisi daripada tokoh dalam bidang fonologi sebelum
membuat rumusan sendiri)


3
TERHAD

17 TERHAD


Variasi bebas merujuk kepada dua bunyi vokal yang penggunaannya boleh bertukar
ganti dalam satu pasangan minimal, misalnya bagi perkataan agama, ada penutur
yang menyebutnya sebagai [agama], dan [ugama] tetapi maksudnya sama. Ini
bermakna, dalam konteks itu vokal [a] dan [u] bervariasi bebas.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk
(a) mengumpul data tentang sebutan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu mengikut
sebutan dialek Negeri Sembilan,
(b) membandingkan sebutan sesuatu bunyi vokal mengikut sebutan bahasa Melayu baku
dengan sebutan dialek Negeri Sembilan berdasarkan kehadirannya dalam suku
kata/perkataan,
(c) menentukan jumlah sebutan bunyi vokal dalam dialek Negeri Sembilan.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini penting untuk
(a) memperlihatkan kelainan sebutan vokal antara dialek Negeri Sembilan dengan
sebutan bahasa Melayu baku,
(b) menambah dokumentasi tentang kajian dialek,
(c) dijadikan panduan dalam pengajaran, khususnya untuk membetulkan sebutan
pelajar yang bertutur dalam bahasa Melayu secara formal tetapi memperlihatkan
pengaruh dialek Negeri Sembilan.



4
TERHAD

18 TERHAD


4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada penyebutan enam bunyi vokal bahasa Melayu baku
mengikut sebutan dialek Negeri Sembilan. Sebutan kesemua vokal, iaitu vokal depan,
vokal tengah, dan vokal belakang akan dikaji.

5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya berdasarkan sebutan informan yang berasal dari Seremban. Oleh itu,
sebutan itu tidak menggambarkan cara sebutan seluruh penutur dialek Negeri Sembilan
yang pada hakikatnya berbeza-beza mengikut daerah pemastautinan.
Informan juga terdiri daripada golongan yang berpendidikan. Oleh itu, sebutan yang
setulen sebutan penutur jati dialek Negeri Sembilan yang tidak terdedah kepada bahasa
baku atau dialek lain, tidak dapat ditunjukkan oleh kajian ini kerana informan telah
terdedah kepada sebutan baku dan juga dialek lain.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian,
kaedah pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.

6.1 Mendapatkan Data
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah lapangan, iaitu penyelidik
mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Negeri Sembilan.
Informan diminta menyebut beberapa perkataan yang penyelidik senaraikan, iaitu
yang mengandungi vokal-vokal yang berbeza, dan sebutan itu mengikut dialek
mereka. Mereka juga diminta berbual dalam dialek Negeri Sembilan. Penyelidik
merakamkan sebutan dan juga perbualan itu.
5
TERHAD

19 TERHAD


6.2 Mengumpulkan Data
Untuk memudahkan penyelidik menganalisis data, penyelidik mencatatkan
sebutan perkataan yang mengandungi vokal-vokal tersebut dalam bentuk ejaan
Rumi dan dalam transkripsi fonetik.

6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
Data yang diperoleh itu dianalisis dengan memberikan tumpuan kepada sebutan
semua vokal dalam bahasa Melayu, iaitu vokal [i], [e], [a], [], [u], dan [o].
Huraian tentang vokal tersebut dan cara penghasilannya adalah seperti yang
berikut.





Rajah jenis-jenis vokal

Rajah di atas menunjukkan keratan rentas lidah. Bahagian di sebelah kiri
merupakan bahagian depan lidah manakala yang di sebelah kanan ialah belakang
lidah. Bahagian yang bergaris horizontal menunjukkan ketinggian lidah diangkat
dan bukaan antara rahang.
6.3.1 Vokal depan sempit [i]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit
keras tetapi tidaklah sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar
sempit [i]
separuh sempit [e]
separuh luas []
luas [a]
Depan Tengah Belakang
sempit [u]
separuh sempit [o]
separuh luas []
6
TERHAD

20 TERHAD


melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang
adalah sempit manakala keadaan bibir terhampar.

6.3.2 Vokal depan separuh sempit [e]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan hadapan lidah ke arah lelangit
keras tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan bunyi [i]. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sekatan.
Bukaan rahang lebih luas berbanding dengan semasa menghasilkan bunyi
[i] manakala keadaan bibir terhampar.

6.3.3 Vokal depan luas [a]
Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-
rendahnya. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga
mulut tanpa sekatan. Bukaan rahang lebih luas daripada semasa
menghasilkan bunyi [] manakala keadaan bibir antara bundar dan
terhampar.

6.3.4 Vokal tengah []
Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan bahagian tengah lidah di antara
kedudukan untuk menghasilkan vokal separuh luas dan separuh sempit.
Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan, manakala keadaan bibir neutral.

6.3.5 Vokal belakang sempit [u]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit
lembut tetapi tidak sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar
7
TERHAD

21 TERHAD


melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan. Keadaan bibir
bundar, manakala rahang terbuka sedikit.

6.3.6 Vokal belakang separuh sempit [o]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah ke arah lelangit
lembut tetapi tidak setinggi semasa menghasilkan vokal [u]. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dan rongga tekak tanpa sekatan.
Keadaan bibir bundar, manakala rahang terbuka sedikit.
Hasil kajian akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam jadual itu
dicatatkan perkataan yang mengandungi vokal tertentu, iaitu mengikut
susunan vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang dalam kedudukan
yang berbeza dalam perkataan. Bagi setiap perkataan itu dituliskan
ejaannya, transkripsi fonetik sebutan bakunya dan sebutannya mengikut
dialek daerah Negeri Sembilan. Dengan demikian, perbezaan sebutan itu
dapat dilihat dengan jelas.










8
TERHAD

22 TERHAD


7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut
sebutan baku dan sebutan dialek Negeri Sembilan.

7.1 Vokal depan sempit [i]
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ikan [ikan]
ikut [ikut]
itu [itu]
ini [ini]
sakit [sakit]
kulit [kulit]
polis [polis]
habis [habis]
tulis [tulis]
cili [cili]
tapi [tapi]
keli [keli]
dia [dia]
[ikan]
[ikuit]
[tu]
[ni]
[sakit]
[kulit]
[plih]
[habeh]
[tuleh]
[lad]*
[tapi]
[semila]*
[di]
Jadual 1: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan sempit
*Penutur dialek Negeri Sembilan menyebut cili sebagai lada dan ikan keli
sebagai ikan semilang.
Berdasarkan jadual di atas dapat dilihat bahawa (jelaskan dapatan kajian).
Contoh : sebutan vokal [i] pada awal dan tengah suku kata dalam dialek N 9
adalah sama dengan sebutan bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun, dalam
suku kata tertutup pada akhir perkataan, sebutannya berbeza. Jika suku kata akhir
tertutup itu diakhiri oleh bunyi [t] bunyi [i] disebut dengan artikulasi tambahan
[]. Jika suku kata itu diakhiri oleh bunyi [s], vokal [i] itu disebut sebagai [e],
kecuali bagi kata pinjaman. Hal ini bermakna, vokal [i] dan [e] bervariasi bebas.
9
TERHAD

23 TERHAD


Bagi vokal [i] yang terdapat pada awal sesetengah perkataan, bunyi itu gugur,
misalnya [itu] disebut sebagai [tu] dan [ini] disebut sebagai [ni] sahaja.

7.2 Vokal depan separuh sempit [e]
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
elak [ela]
ekor [ekor]
esok [eso]
leher [leher]
selekeh [slekeh]
tengok [teo]
boleh [boleh]
kes [kes]
kole [kole]
tele [tele]
ole-ole [oleole]
[la]
[k]
[s]
[lh]
[slkh]
[t]
[buleh]
[ks]
[kl]
[tl]
[olol]
Jadual 2: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan separuh sempit
Jadual 2 menunjukkan bahawa (jelaskan dapatan kajian)










10
TERHAD

24 TERHAD


7.3 Vokal depan luas [a]
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
air [air]
abu [abu]
tumbang [tumba]
emak [ma]
ombak [omba]
tongkang [toka]
ikan [ikan]
engkau [kau]
ubat [ubat]
buat [buat]
tempat [tmpat]
sempat [smpat]
ketua [ketua]
kuda [kuda]
lada [lada]
apa [apa]
bangsa [basa]
[a]
[abu]
[tomba]
[ma]
[mba]
[toka]
[ikan]
[kau]
[ub]
[bu]
[tomp]
[somp]
[ktu]
[kud]
[lad
[ap]
[bas]
Jadual 3: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal depan luas
Berdasarkan jadual di atas nyata bahawa wujud perbezaan penyebutan vokal [a]
dalam dialek Negeri Sembilan berbanding dengan sebutan baku dalam kedudukan
tertentu, iaitu (jelaskan dapatan kajian)








11
TERHAD

25 TERHAD


7.4 Vokal tengah []
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
engkau [kau]
emak [ma]
empat [mpat]
beli [bli]
pedas [pdas]
perut [prut]
ketua [ktua]
bersih [brsih]
semilang [smila]
tempat [tmpat]
kempis [kmpis]
[kau]
[ma]
[mp]
[bli]
[pdh]
[pot]
[ktu]
[bosh]
[smila]
[tmp]
[kmpih]
Jadual 4: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal tengah
Berdasarkan jadual di atas (jelaskan dapatan kajian)

7.5 Vokal belakang sempit [u]
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ubat [ubat]
ular [ular]
juga [juga]
buat [buat]
dua [dua]
rasuah [rasuah]
bumbung [bumbu]
salur [salur]
perut [prut]
ikut [ikut]
batu [batu]
sapu [sapu]
itu [tu]
[ub]
[ula]
[juga]
[bu]
[du]
[rasuah]
[bumb]
[sal]
[pot]
[ikut]
[batu]
[sapu]
[tu]
Jadual 5: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang sempit
Hasil pemerhatian terhadap Jadual 5, didapati bahawa
(jelaskan dapatan kajian)
12
TERHAD

26 TERHAD


7.6 Vokal belakang separuh sempit [o]
Penyebutannya:
Perkataan sebutan baku Sebutan dialek
ombak [omba]
ole-ole [ole-ole]
orang [ora]
kotor [kotor]
esok [eso]
ekor [ekor]
boleh [boleh]
polis [polis]
tolong [tolo]
tengok [teo]
bongkar [bokar]
tongkang [toka]
teko [teko]
polo [polo]
[mba]
[ole-ole]
[oa]
[kot]
[es]
[k]
[bulh]
[plih]
[tl]
[t]
[bka]
[tka]
[tk]
[pl]
Jadual 6: Penyebutan perkataan yang mengandungi vokal belakang separuh sempit
Jadual 6 menunjukkan bahawa (jelaskan dapatan kajian)

8.0 RUMUSAN KAJIAN
Rumusannya, dapat dibuktikan bahawa wujud persamaan dan perbezaan penyebutan
vokal-vokal bahasa Melayu mengikut sebutan baku dan mengikut sebutan dialek Negeri
Sembilan. Perbezaan itu melibatkan vokal-vokaldalam kedudukan yang berbeza,
seperti (Lanjutkan huraian dengan memberikan penjelasan dan contoh mengikut
kedudukan dalam suku kata/perkataan)
Ternyata bahawa terdapat .(jumlah vokal- tunjukkan vokalnya) dalam dialek Negeri
Sembilan berbanding dengan hanya enam vokal dalam sebutan bahasa Melayu baku.



13
TERHAD

27 TERHAD


9.0 PENUTUP
Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri
Sembilan merupakan suatu variasi bahasa yang unik. Sebenarnya, setiap dialek
mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu disiplin bahasa
yang menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek
penyebutan diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek Negeri
Sembilan, tetapi juga dalam dialek-dialek lain. Penyelidik berharap agar kajian yang
seperti ini akan diteruskan.

















14
TERHAD

28 TERHAD


BIBLIOGRAFI
Asmah Hj Omar...
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1&2).
Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain
Yunus Maris
Kamus Linguistik (senaraikan bibliografi lain yang digunakan dalam rujukan)


















15
TERHAD

29 TERHAD


Lampiran I
Senarai nama informan
Informan 1
Nama: Siti Aminah binti Musa
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPTS

Informan 2
Nama: Adam Amin bin Samad
Umur: 20 tahun
Pekerjaan: Sendiri

Informan 3:
Nama: Salmi Aishah binti Ahmad Shuib
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPTS

Informan 4:
Nama: Khatijah binti Mohd Kamil
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar IPTS












16
TERHAD

30 TERHAD


Lampiran II

Senarai perkataan yang mengandungi bunyi vokal yang disebut oleh informan

Vokal [i]
ikan sakit cili
ikat kulit keli


Vokal [e]
elak leher kole
ekor selekeh tele


Vokal [a]
air bangsa ketua
abu tumbang kuda


Vokal []
engkau tempat
emak lemas


Vokal [u]
ubat bumbung batu
ular salur sapu


Vokal [o]
ombak bongkar teko
ole-ole tongkang polo









17
TERHAD

31 TERHAD


Lampiran III

Transkripsi fonetik daripada rakaman perbualan informan
Rakaman 1











Rakaman 2









Rakaman 3








Rakaman 4












[mak] [dn] [bli] [ikan] [smila] [tapi] [dn] [ta] [makan] [pdh] [baa] [lad]
[sakit] [put] [nanti] [kn] [makan] [ubk] [dn] [ta] [suk]
[mh] [maen] [pl]
[dn] [ta] [pnah] [maen]
[kau] [bas] [ap]
[tu] [pn] [ta] [pnah] [maen]
[kau] [la] [ktu]

[man] [kl] [a] [salo] [bumbo] [bc]
[kot] [tmpk] [ni]
[sapu] [boseh] [boseh]
[es] [dn] [bawa] [kau] [gi] [pantai]
[kau[ [kan] [suk] [da] [mba]
[bulh] [t] [tka]
[di] [na] [bli] [du] [k] [kud] [gil]
[abh] [tumba] [pk] [k] [dpan] [tu] [nanti]
[dn] [nampa] [ula] [k] [tpi] [batu] [warne] [golap] [macam] [abu]
[t] [sampai] [sakit] [lh]
[ap] [pasal] [kau] [ta] [bawa] [bali] [bulh] [buwat] [ol] [ol]
[mas] [dalam] [tk]
[kau] [mma] [gil] [lph] [ni]
[jaan] [ikut] [man] [dn] [na] [poi]


[plih] [tu] [na] [bka] [juga] [ks] [rasuah] [kk] [tmpe] [di]
[tapi] [ta] [smp] [di] [sakit] [kn] [bu] [oa] [abh] [kulit] [di]
[kawan] [kawan] [sum] [cub] [la] [jump] [di]
[dai] ] [tadi] [bcakap] [dn] [dahag] [tl] [bu] [a] [t]
[ap] [ad] [dalam] [bg] [tu] [kmpih] [je]

18
TERHAD

32 TERHAD





MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013

PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2013

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)


TAJUK DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN, DAN
FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

NAMA,
NOMBOR
KAD PENGENALAN,
DAN ANGKA GILIRAN
CALON
1. HAMZAH BIN ZULKIFLI
940530-09-5191/SP1053 1020

2. ARMANDA ZARRA BT AHMAD ZAIN
940808-04-5402/SP1053 1021

3. DANNIA BT MAHMUD
940610-46-5454/SP1053 1040

4. FAIZAL BIN MOHD
940505-08-5033/SP1053 1045

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
SEKOLAH MENENGAH TELUK NIPAH,
11800 PULAU PINANG

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI


TARIKH

MARKAH








CONTOH ESEI 2
Lampiran 3
TERHAD

33 TERHAD









TAJUK KAJIAN:

DEFINISI, TAHAP PERKEMBANGAN,
DAN
FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK






















TERHAD

34 TERHAD


SENARAI KANDUNGAN
Halaman
Penghargaan ii
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang 2
1.2 Definisi Konsep 2
2.0 Objektif Kajian 2
3.0 Kepentingan Kajian 3
4.0 Skop Kajian 3
5.0 Batasan Kajian 4
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Mendapatkan Data 4
6.2 Mengumpulkan Data 5
6.3 Menganalisis Data 6
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik 6
7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik 7-9
7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik 9-12
8.0 Rumusan Kajian 13
9.0 Penutup 13
Bibliografi 14
Nota Akhir 14
Lampiran
Lampiran 1 14
Lampiran 2 14

i
TERHAD

35 TERHAD


PENGHARGAAN
Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, kami telah
dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-
tinggi terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan Enam Atas Kelas Mawar,
Encik/Puan... yang telah banyak meluangkan masa membantu kami menyiapkan kajian ini
sehingga selesai. Kami memohon kepada Allah agar beliau diberikan balasan yang sebaik-
baiknya. Kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua petugas dan
individu di institusi yang dikunjungi oleh pihak kami sewaktu mendapatkan bahan untuk
menyelesaikan penulisan ini. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
ibu bapa kami yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan untuk menyelesaikan
penulisan esei ilmiah ini. Semoga usaha ini dapat memberikan sumbangan kepada
pertambahan dokumen kajian dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang yang berkaitan
dengan kajian laras bahasa Melayu lama.



Hamzah bin Zulkifli
Armanda Zarra bt Ahmad Zain
Dannia bt Mahmud
Faizal bin Mohd




September 2013

ii
TERHAD

36 TERHAD


1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Kajian ini berfokus terhadap bahasa Melayu Klasik, yakni sejenis variasi bahasa
Melayu yang wujud akibat perkembangan masa. Bahasa Melayu mengalami
evolusi tertentu sebelum mencapai tahap kewujudan bahasa Melayu kini. Salah
satu tahap perkembangan bahasa Melayu ialah bahasa Melayu kuno yang beralih
kepada bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu Klasik merupakan salah satu tahap
perkembangan bahasa Melayu yang ... (salah satu permasalahan kajian ialah
walaupun bahasa Melayu klasik sering dianggap sebagai salah satu tahap yang
penting dalam perkembangan bahasa Melayu, namun begitu huraian bahasa ini
secara terperinci tidak begitu banyak dibuat oleh pengkaji terdahulu).

1.2 Definisi Konsep
Bahasa Melayu ialah sejenis variasi bahasa yang dituturkan oleh ...
Bahasa Melayu klasik ialah sejenis variasi kepada bahasa Melayu yang terhasil
akibat perubahan masa. Bahasa ini ...

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk meninjau bahan bertulis, mengumpul data tentang
bahasa Melayu klasik dan:
(a) menghuraikan definisi bahasa Melayu klasik;
(b) menghuraikan tahap perkembangan bahasa Melayu klasik; dan
(c) mengenal pasti dan menganalisis fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik.


2
TERHAD

37 TERHAD


3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya adalah:
(a) Untuk meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup, definisi dan fungsi
bahasa Melayu klasik.
(b) Untuk menyediakan satu profil lengkap berkaitan bahasa Melayu klasik sebagai
rujukan kepada para pembaca dan pengkaji yang akan datang.
(c) Untuk menyediakan panduan yang dapat dijadikan rujukan dalam proses
pengajaran berkaitan bahasa Melayu klasik.
(d) Untuk menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa Melayu
klasik.

4.0 SKOP KAJIAN
Fokus kajian ini ialah kepada bahasa Melayu klasik, iaitu salah satu laras bahasa
Melayu yang wujud berdasarkan perkembangan masa. Aspek yang diberikan tumpuan
ialah definisi, tahap perkembangan, dan fungsi-fungsi laras bahasa ini pada zamannya.

Definisi bahasa Melayu klasik dihuraikan berdasarkan empat aspek, iaitu zaman,
pengaruh, proses pengislaman dan aksara. Tahap perkembangan bahasa Melayu klasik
akan meninjau dan mengupas perkembangan bahasa ini pada tahap permulaan,
perkembangan, kegemilangan, dan peralihannya. Fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik
berfokus kepada perbincangan peranan bahasa Melayu klasik sebagai lingua franca,
bahasa perhubungan, bahasa undang-undang, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa
penulisan dan kesusasteraan dan fungsi lain ...


3
TERHAD

38 TERHAD


5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang berkaitan dengan bahasa
Melayu klasik sahaja. Oleh itu, kajian ini tidaklah menggambarkan secara keseluruhan
tahap perkembangan bahasa Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu.
Tinjauan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan bahasa Melayu klasik ini juga
hanya dilakukan terhadap sumber bertulis sebab mustahil untuk mendapatkan data lisan
sebab kewujudan bahasa Melayu klasik yang sudah lama berlaku, iaitu sekitar abad ke-
11 hingga abad ke-13.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah kualitatif. Pendekatan sebegini
lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin ilmu, terutamanya sains sosial. Kajian yang
menerapkan pendekatan kualitatif bertujuan untuk mentafsir dan mengupas fenomena
sosial yang berlaku dalam kehidupan manusia dan masyarakat (Sarjit Singh & Zahid
Emby, 2010:73). Pendekatan sebegini bermatlamat untuk mendapatkan pemahaman
yang mendalam tentang tingkah laku manusia dan faktor yang mendorong manusia
bertindak sebegitu. Berlatar belakangkan suasana dan keadaan semula jadi, pendekatan
ini cuba mendapatkan gambaran menyeluruh sesebuah kajian.

6.1 Mendapatkan Data
Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan.
Kaedah ini akan memanfaatkan institusi, seperti perpustakaan, bilik sumber, arkib,
laman sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau
bukan bertulis untuk memperoleh maklumat.

4
TERHAD

39 TERHAD


6.2 Mengumpulkan Data
Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat melalui kajian
kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku,
tulisan ilmiah, jurnal, makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain yang terdapat di
perpustakaan, bilik sumber, arkib, dan sumber lain. Pembacaan ini merupakan
cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan
maklumat tentang bahasa Melayu klasik.

Seterusnya, kajian pustaka secara maya dengan menggunakan laman sesawang
yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku, tulisan ilmiah, jurnal,
makalah, akhbar, dan bahan bertulis lain. Laman sesawang yang diakses untuk
memperoleh maklumat ialah Yahoo, Googles, Scholar, Scopus, Directsciense dan
laman lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat
membantu pengkaji mendapatkan maklumat untuk melakukan kajian pustaka,
seperti mendapatkan maklumat awal berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat
di pasaran. Hal ini demikian kerana tinjauan terhadap laman sesawang tidak
terhad, yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh juga
lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan laman sesawang ini akan
dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini berkaitan dengan
bahasa Melayu klasik dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini.
Semua maklumat bertulis, khususnya maklumat tentang bahasa Melayu klasik
yang diperoleh menerusi tinjauan terhadap bahan bertulis di perpustakaan, bilik
sumber, arkib, tempat lain dan laman sesawang yang ditemui akan dijadikan
sebagai asas kepada penulisan kajian ini.

5
TERHAD

40 TERHAD


6.3 Menganalisis Data
Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah pustaka seperti
yang dibincangkan di atas akan digunakan untuk menuliskan tiga aspek bahasa
Melayu klasik yang dikaji, iaitu definisi bahasa Melayu klasik, tahap
perkembangan bahasa Melayu klasik dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik.

7.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu definisi, tahap
perkembangan, dan fungsi-fungsi bahasa Melayu klasik. Bahagian yang berikut
memaparkan huraian berkaitan tiga aspek ini:

7.1 Definisi Bahasa Melayu Klasik
Ada empat cara untuk mendefinisikan bahasa Melayu klasik, iaitu:
7.1.1 Definisi berdasarkan zaman kewujudannya
7.1.2 Definisi berdasarkan pengaruh Arab dan Islam
7.1.3 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang mengalami proses pengislaman
(berkaitan dengan konsep jawi sama ada dari segi manusia atau tulisan)
7.1.4 Definisi berdasarkan bahasa Melayu yang sudah mengenali huruf atau
aksara dan kegiatan penulisan bertanggungjawab dalam menstabilkan
sebutan yang membentuk konsep baku dalam bahasa Melayu.





6
TERHAD

41 TERHAD


7.2 Tahap Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
7.2.1 Peringkat Permulaan Bahasa Melayu Klasik
Pada abad ke-13 pengaruh agama Islam menjadi semakin dominan
di Nusantara yang turut sama membawa kepada perkembangan
penggunaan bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan
perkataan bahasa Arab dan penggunaan tulisan Jawi menggunakan huruf
Arab. Akibatnya, berlaku satu lagi tahap evolusi terhadap bahasa Melayu,
yakni bahasa Melayu berkembang pesat melalui peminjaman perkataan
Arab dan Parsi malah bahasa-bahasa dari Barat, seperti Portugis, Belanda,
dan Inggeris turut mempengaruhi perkembangan bahasa ini pada waktu
itu. Bahasa Melayu pada ketika ini dikenali sebagai bahasa Melayu klasik
kerana mempunyai aksara Jawi.
Menurut Ismail Hussein (1984: 25), bahasa Melayu klasik bermula pada
sekitar abad ke-13 dan ke-14, iaitu beliau menyebutnya sebagai zaman
peralihan di seluruh Kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam. Bahan
bukti yang pertama menunjukkan penggunaan bahasa Melayu klasik di
Nusantara ialah cacatan yang ditemui pada Batu Bersurat Sungai Teresat
di Kampung Buloh, Kuala Berang (Batu Bersurat Terengganu). Menurut
Syed Mohammad Naquid al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat
itu ialah 4 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masehi.
Kebanyakan sarjana bahasa berpendapat bahawa bahasa yang terdapat
pada prasasti ini menyemai bahasa Melayu klasik yang dimuatkan dalam
Sejarah Melayu. Penggunaan tulisan ini menjadi titik tolak kepada
permulaan zaman bahasa Melayu klasik. Selain itu, prasasti yang berkaitan
dengan bahasa Melayu klasik juga ditemui di Kedah, Kelantan, Perak,
7
TERHAD

42 TERHAD


Pahang, Negeri Sembilan, dan Sumatera, iaitu di Jambi, Riau, Acheh dan
Sumatera Selatan (Amat Juhari Moain, 1994). Oleh itu, jelaslah bahawa
bahasa Melayu klasik mula digunakan pada sekitar abad ke-14 sehingga
ke awal abad ke-19.

7.2.2 Peringkat Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Pada tahap ini, perkembangan bahasa Melayu klasik yang bermula dengan
penggunaan tulisan jawi dipengaruhi pula oleh bahasa dari Barat, seperti
Portugis, Belanda dan Inggeris. Perkembangan ini menyebabakan bahasa
Melayu sekali lagi bertembung dengan bahasa dan kebudayaan lain yang
mendatangkan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu klasik.
Perkembangan ini mula berlaku pada sekitar abad ke-15.
Menurut Amat Juhari Moain (1992: 1062), tulisan rumi yang digunakan
oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi merupakan tulisan rumi yang
digunakan pada kali pertama setelah Melaka ditawan Portugis. Pada tahun
1521 seorang penggembara Itali, iaitu Antonio Pigafetta membuat cacatan
perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanan bahasa Itali.

7.2.3 Peringkat Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu klasik mengalami zaman kegemilangan menerusi tiga
zaman, iaitu zaman kerajaan Melaka, Acheh dan kerajaan Johor-Riau.
Terdapat beberapa pengaruh dan faktor yang menyebabkan pencapaian ini.
Antaranya, ialah ...


8
TERHAD

43 TERHAD


7.2.4 Peringkat Peralihan Bahasa Melayu Klasik ke Bahasa Melayu Moden
Pada awal sekitar abad ke-19 bahasa Melayu Moden mula mengambil alih
kedudukan dan fungsi bahasa Melayu klasik. Keadaan ini ditandai oleh
hasil karangan tulisan Abdullah Munsyi. Zaman Abdullah Munsyi
bolehlah dianggap sebagai zaman peralihan daripada bahasa Melayu klasik
kepada bahasa Melayu moden. Zaman bahasa Melayu moden sebenarnya
bermula pada awal abad ke-20, yakni setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Menurut Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan.

7.3 Fungsi-fungsi Bahasa Melayu Klasik
7.3.1 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Lingua Franca
Bahasa lingua franca ialah bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan
yang digunakan secara sistematik untuk tujuan berkomunikasi dalam
kalangan masyarakat yang berlainan bahasa ibundanya. Di Melaka pada
ketika ini mempunyai 84 bahasa dan bahasa Melayu klasik dijadikan
sebagai bahasa lingua franca oleh penutur bahasa yang berlainan ini.
Bahasa Melayu klasik menjadi lingua franca dalam pelbagai kegiatan
penduduk pada masa ini. Contohnya, dalam aktiviti perniagaan,
perdagangan, perbualan dan penyebaran agama Islam.

Seterusnya, ketika zaman kerajaan Melaka bahasa Melayu klasik menjadi
bahasa lingua franca dalam perhubungan Melaka dengan negeri lain yang
mempunyai urusan dengannya. Dalam keadaan ini bahasa Melayu klasik
menjadi lingua franca melalui pengunaannya dalam surat yang dihantar
9
TERHAD

44 TERHAD


oleh negeri Melaka ke negeri lain. Dalam hubungan negeri Melaka dengan
negeri yang lebih bertaraf, Melaka akan menghantar ufti dan surat sembah.
Surat salam akan dikirimkan kepada negeri yang setaraf dengan Melaka
dan Melaka akan menerima surat sembah dari negeri yang berada di
bawah naungannya. Surat neutral akan diberikan kepada negeri yang
bermusuhan dengan negeri Melaka.

Selain itu, terdapat juga surat dalam bahasa Melayu klasik yang ditulis
kepada pemerintah di luar dari Nusantara dan surat izin berdagang.
Contohnya, surat Melayu terawal dari Ternate ialah dua pucuk surat
daripada Sultan Ternate Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal John III
yang bertarikh 1521 dan 1522. Kemudian surat Melayu ...

7.3.2 Bahasa Melayu Klasik sebagai Bahasa Hubungan dalam Masyarakat
Melayu
Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa perhubungan dalam masyarakat
Melayu dikenali dengan wujudnya bahasa dalam dan bahasa luar. Hal ini
bermakna wujudnya kelas bahasa tertentu dalam bahasa Melayu klasik,
iaitu bahasa yang digunakan oleh golongan pemerintah atau bangsawan
dan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa. Bahasa yang digunakan oleh
pemerintah atau bangsawan dianggap sebagai bahasa dalam, bahasa istana
atau bahasa tinggi. Bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa pula dikenali
sebagai bahasa luar, bahasa biasa atau bahasa rendah. Golongan rakyat
biasanya menggunakan bahasa luar ini sesama rakyat sahaja ketika
berkomunikasi. Lazimnya bahasa Melayu klasik yang dikenali sebagai
10
TERHAD

45 TERHAD


bahasa luar terdiri daripada dialek Melayu tempatan di negeri-negeri
Melayu. Bahasa dalam pula digunakan oleh raja untuk berkomunikasi
dengan rakyat dan digunakan oleh rakyat untuk berkomunikasi dengan
raja. Contohnya, di dalam Hukum Kanun Melaka telah termaktub undang-
undang berkaitan dengan hal ini, iaitu seseorang yang hendak mengadap
Sultan mestilah bercakap bahasa dalam (atau dikenali sebagai bahasa
istana) .

7.3.3 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Undang-undang Negeri
Bahasa Melayu klasik sebagai bahasa undang-undang negeri terbahagi
kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis dan undang-undang
bertulis. Undang-undang tidak bertulis yang menggunakan bahasa Melayu
klasik ialah Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua undang-
undang adat ini dihafal oleh Ketua Adat masing-masing. Contoh undang-
undang bertulis yang menggunakan bahasa Melayu klasik ialah Hukum
Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang,
Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Kedah dan lain-lain.

7.3.4 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Ilmu Pengetahuan
Bahasa Melayu klasik yang berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan
terlihat pada zaman Acheh. Zaman tersebut merupakan zaman
kegemilangan keintelektualan Melayu yang memperlihatkan cendekiawan
Melayu menghasilkan karya ilmu dalam bahasa Melayu klasik. Bahasa
Melayu klasik juga digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi-
institusi pendidikan tertentu dan digunakan untuk penyebaran agama
11
TERHAD

46 TERHAD


Islam. Pada ketika ini juga bahasa Melayu klasik menjadi bahasa yang
digunakan dalam kalangan sarjana dan cendekiawan. Antara tokoh yang
menggunakan bahasa Melayu klasik pada ketika ini ialah Hamzah Fansuri
dan Syed Nuruddin al-Raniri.

7.3.5 Bahasa Melayu Klasik Sebagai Bahasa Penulisan dan Kesusasteraan
Bertulis (Kitab dan Buku)
Bahasa Melayu Klasik juga digunakan untuk menghasilkan kesusasteraan
bertulis, seperti kitab dan buku tertentu. Hal ini terbukti dengan terhasilnya
pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa Melayu. Karya-karya bahasa
Melayu klasik dihasilkan untuk tujuan tertentu, seperti digunakan untuk
menguatkan semangat rakyat ketika menghadapi peperangan dan sebagai
sumber hiburan kepada rakyat untuk melepaskan tekanan dan merehatkan
diri mereka. Karya-karya sastera yang menggunakan bahasa Melayu klasik
terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu karya sastera asli, karya saduran
(lagenda Islam), karya terjemahan, cerita sezaman dengan Nabi
Muhammad (Hikayat Muhammad Hanafiah), cerita berbingkai (Hikayat
Bayan Budiman), ketatanegaraan (Taj-us Salatin), lagenda Islam, tokoh
(Hikayat Zulkarnain) dan Nabi Muhammad dan keluarga (Hikayat Nabi
Bercukur).

7.3.6 Fungsi-fungsi Lain (jika ada)
Pelajar boleh menghuraikan fungsi lain sekiranya mereka menemui
maklumat tentang fungsi tersebut.

12
TERHAD

47 TERHAD


8.0 RUMUSAN KAJIAN
Kesimpulannya, bahasa Melayu klasik menunjukkan satu tahap perubahan dalam
evolusi bahasa Melayu di Nusantara. Dari segi definisinya, bahasa Melayu klasik boleh
dihuraikan berdasarkan pelbagai faktor sosial yang wujud sewaktu perkembangan
bahasa ini. Dari segi tahap perkembangannya, dapat dikatakan bahawa sebagaimana
perkembangan unsur lain, bahasa ini mengalami perkembangan pada tahap awal,
puncak dan kemerosotannya. Fungsi yang dimainkan oleh bahasa Melayu klasik juga
meluas, bukan sahaja dalam bidang lisan malah dalam bidang tulisan. Hal ini demikian
kerana bahasa ini bukan sahaja diperlukan dalam perhubungan lisan malah disebabkan
faktor wujudnya aksara jawi yang memainkan peranan yang besar dalam penghasilan
karya bertulis maka bahasa ini juga diguna pakai dalam konteks penghasilan karya
bertulis.

9.0 PENUTUP
Kajian ini telah memaparkan salah satu tahap perkembangan dalam bahasa Melayu,
iaitu bahasa Melayu klasik. Huraian keseluruhan mendapati bahawa bahasa Melayu
klasik merupakan bahasa yang penting bukan sahaja kerana bahasa ini mempunyai
pelbagai fungsi malah bahasa ini juga menjadi tapak berkembangnya aksara awal dalam
bahasa Melayu, iaitu aksara jawi.

Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada pengkaji lain untuk melaksanakan
kajian terhadap aspek penting lain bahasa ini, seperti teks-teks bertulis dalam bahasa
Melayu klasik, cendekiawan yang menerajui perkembangan bahasa Melayu klasik,
kata-kata unik dalam bahasa Melayu klasik yang tidak digunakan lagi, dan aspek lain
secara lebih rinci dan khusus.
13
TERHAD

48 TERHAD


BIBLIOGRAFI

NOTA AKHIR

LAMPIRAN
Lampiran 1 Gambar-gambar batu bersurat
Lampiran 2 Gambar-gambar lain (pelbagai surat awal, buku, dan bahan lain penulisan
dalam bahasa Melayu klasik)

14

Вам также может понравиться