Вы находитесь на странице: 1из 2

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian

rakyatnya malu untuk bercakap kerana mulut


mereka tetap berbau busuk.

Apakah wabak yang menyerang negeri ini? tanya
raja.

Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya,
semuanya diam membisu. Mereka takut hendak
bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.

Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri
raja bersama dayang-dayangnya keluar bermain-
main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut
mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba seekor
burung murai terbang dan hinggap di sepohon
bunga. Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-
olah sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja
tetap membisu.

Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga
yang ada di dahan tempat ia berpijak.

Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu.
Bunga kecil itu diambil dan dimakannya. Selang
beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau
busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau wangi
pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah
yang tidak malu bercakap-cakap.

Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu.
Perihal pokok bunga itu pun diceritakan oleh puteri
baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan
rakyatnya menanam dan memakan bunga pokok itu.

Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang.
Semua rakyat terlalu gembira. Mereka boleh
berkata-kata dan tidaklah diam lagi.

Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu.
Akhirnya bunga itu menjadi hasil negeri. Bunga itu
dikenali dengan nama bunga cengkih.

Вам также может понравиться