Вы находитесь на странице: 1из 27

1

1.0 Pengenalan mengenai tugasan



Untuk tugasan WAJ3112 Olahraga semester ini, kami secara berpasangan telah
ditugaskan menghasilkan satu kertas kerja untuk sukan tahunan di sekolah.
Saya bersama rakan saya, Kelabo ak Langga telah berkolaborasi menghasilkan
kertas kerja ini.

Untuk kertas kerja sukan sekolah saya iaitu SK. SG. Durin, saya telah memohon
jasa baik Guru Besar, Encik Henry Ong Beng Kee, untuk membenarkan saya
membuat kertas kerja sukan, memandangkan saya bukan seorang guru sukan.
Saya juga telah menerang kepada guru besar, kami berdua sebagai pelajar PPG
semester 4 telah ditugaskan menyediakan kertas kerja ini. Kebetulan pula,
sekolah SK. SG. Durin akan mengadakan sukan pada 18 April 2013.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau
rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan
dan cadangan tertentu.

Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan
penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan
sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan
menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja yang baik adalah kertas kerja yang dapat memberi gambaran jelas
tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu
projek. Ini bermakna, kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan
utama dalam sesuatu program. Kertas kerja juga merupakan dokumen rujukan
yang perlu ada dalam proses memohon kebenaran dan pertolongan pihak
tertentu.


2


2.0 Kertas kerja kami
Setelah hampir sebulan iaitu dari tarikh kami mendapat tugasan ini, kami telah
berjaya menghasilkan kertas kerja Kejohanan Olahraga Antara Rumah 2013
untuk Sekolah Kebangsaan Sungai Durin dan telah diterima dan disahkan oleh
guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Durin, Encik Henry Ong Beng Kee.

(Rujuk muka surat 3)























3


KERTAS KERJA
KEJOHANAN OLAHRAGA


SUKAN TAHUNAN ANTARA
RUMAH 2013
SEK. KEB. SUNGAI DURIN, SIBU


Disediakan oleh:
Puan Medline Taha
Encik Kelabo Langga


4

PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.
Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai
kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di
peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan
penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan
sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan
mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan
untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan
dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah
sosial pelajar.

Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Sungai Durin sentiasa
memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan
yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas
pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.

MATLAMAT
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan
olahraga.
ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF
i) Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke
pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Zon Luar Bandar Sibu 2013.
ii) Memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelajar dan guru.
iii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
5

iv) Mendekatkan ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah melalui sukan.

ANJURAN
Unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Durin,

TARIKH/JANGKA MASA
18 April 2013 (Khamis)
7.30 Pagi

TEMPAT:
Padang A Sekolah Kebangsaan Sungai Durin

TEMA:
1 Murid 1 Sukan

KESELAMATAN
1) Menghubungi Encik Klaud, Pembantu Perubatan Klinik Durin, untuk kes
kecemasan
2) Anggota PBSM akan bertugas sebagai pembantu semasa berlakunya
kecederaan .

HADIAH
7.1 Hanya 3 hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat pertama ketiga.
7.3 Pasukan rumah yang mengutip kemenangan terbanyak dianggap sebagai
JOHAN dan 1 piala johan keseluruhan disediakan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 PIBG dan wang sukan / PJK
8.2 Anggaran kos
Hadiah
6

Tempat Pertama L/P RM5.00 X 42 = RM210.00
Tempat Kedua L/P RM4.00 X 42 = RM168.00
Tempat Ketiga L/P RM3.00 X 42 = RM126.00
Piala Pusingan = RM100.00
Kain Banner (2 )& cat & berus = RM80.00
Makanan / Minuman 600 orang = RM900.00
Bahan percetakan / Poster (sekolah) = RM30.00
Kain nombor (4 Rumah Sukan ) = RM100.00
JUMLAH = RM1714.00

PESERTA DAN SASARAN:
Semua murid Sekolah Kebangsaan Sungai Durin termasuk murid pra sekolah

SUMBER TENAGA:
Semua guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Sungai Durin yang telah
dibahagikan mengikut rumah masing-masing.

RUMAH WAJA RUMAH WIRA
En. Mathew En. Pieng Ngee Cheng
En. Arin En. Mohd. Yazid
Pn. Hayati Pn. Medline
Pn. Sopia Pn. Retta
Pn. Saripah Pn. Christy

RUMAH SATRIA RUMAH ISWARA
En. Ngaoh En. Ian Felix
Pn. Siti Mahani En. Mohd. Hairi
Pn. Ervie En. Francisco
Pn. Fazlina Pn. Hafizah
Pn. Norhasmawati Pn. Rohana



7

Guru-guru akan melatih, membimbing serta memberi galakan dan sokongan
kepada setiap ahli dalam rumah masing-masing. Semasa kejohanan ini nanti,
guru-guru akan dibantu oleh 4 orang guru pelatih dari IPG Rajang.



JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH
SK SUNGAI DURIN
2013
Penasihat:
Encik Henry Ong Beng Kee
(Guru Besar)

Pengerusi:
Encik Philip ak Tinggi (PKKK)

Naib Pengerusi:
Encik Dang ak Bugak (PK1)

Setiausaha:
Encik Muhamad Hairi Bin Ali
AJK Urusetia/Buku Program:
Puan Hafizah Binti Mohamed

Juruacara:
Puan Norhasmawati Binti Rosli
Cik Fazlina Ahmad Shafie Kher

AJK Protokol:
Encik Dang ak Bugak (K)
Encik Mohd Fikri
Encik Philip ak Tinggi
Pencatat Markah:
Puan Retta ak Sejun (K)
Puan Radin Maimun R.Laksamana
Pengawas

Pelepas:
Encik Ian Felix Arip (K)
Encik Philip ak Tinggi

Hakim Penamat:
Encik Muhamad Hairi Bin Ali (K)
Encik Dang ak Bugak
Encik Mohd Fikri Abdullah
Encik Ngaoh ak Empa

Hakim Lontar Peluru:
Encik Matthew ak Pilang (K)
Encik Arin Agai
Pengawas

AJK Peralatan:
Encik Ian Felix Arip (K)
Encik Pieng Ngee Ching
8

Hakim Lontar Peluru:
Encik Matthew ak Pilang (K)
Encik Arin Agai
Pengawas

AJK Peralatan:
Encik Ian Felix Arip (K)
Encik Pieng Ngee Ching
Encik Ngaoh ak Empa
Encik Arin Agai
Encik Muhamad Hairi Bin Ali

Penyelia Peserta:
Encik Jamahari Bin Budin (K)
Puan Hayati Binti Saibi

AJK Teknikal Padang:
Encik Philip ak Tinggi (K)
Semua guru & staff sokongan lelaki

AJK Kebersihan/Keceriaan/Keselamatan:
Encik Mohd Fikri Abdullah (K)
Encik Francisco ak Nangai
Pengawal Keselamatan Sekolah

AJK Perbarisan/Raptai:
Encik Dang ak Bugak (K)
Encik Philip ak Tinggi

AJK Hadiah:
Puan Hafizah Binti Mohamed (K)
Puan Norhasmawati Binti Rosli
Pengawas

Encik Ngaoh ak Empa
Encik Arin Agai
Encik Muhamad Hairi Bin Ali

Penyelia Peserta:
Encik Jamahari Bin Budin (K)
Puan Hayati Binti Saibi

AJK Teknikal Padang:
Encik Philip ak Tinggi (K)
Semua guru & staff sokongan lelaki


AJK Makanan & Minuman:
Cik Saripah ak Shammi (K)
Puan Rohana Binti Hamdin
Puan Ronny ak Jantieng
Puan Limpa ak Jang
Puan Lawas ak Egey


Pengurus Rumah Sukan:
Wira: Puan Medline ak Taha
Satria: Puan Siti Mahani Binti Musa
Waja: Puan Sopia ak Manju
Iswara: Encik Francisco ak Nangai

Jurukamera & Siaraya:
Encik Pieng Ngee Ching

Pengurus Pra Sekolah:
Puan Christy ak Langgi (K)
Puan Serpah ak Banui

Hakim Perbarisan:
Encik Henry Ong Beng Kee (K)
Encik Philip ak Tinggi
Encik Mohd Fikri Abdullah

Perhiasan Pentas:
Puan Hayati Binti Saibi (K)
Puan Radin Maimun Radin Laksamana

9


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUNAN 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIN


JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

Pengurus Kejohanan Bertangungjawab dalam pengendalian dan
menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas


Penolong Pengurus
Kejohanan Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan
kejohanan




Setiausaha Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua
fail-fail sebagai rujukan
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
dalam perlaksanaan program
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
dan surat pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat


Publisiti dan
BukuProgram Menyediakan buku program/cenderamata
Mengedarkan buku program kepada setiap guru dan tetamu




Menyediakan kain rentang kejohanan
Menyediakan senarai nama peserta
Menyediakan senarai nama peserta
10


Perasmian dan
Penutupan Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
(termasuk bacaan ikrar)
Menguruskan pertandingan perbarisan.
Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.
Membuat surat jemputan dif kehormat


Kepegawaian Mengatur dan melatih pembantu padang.
Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar


Teknikal Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan untuk acara padang dan balapan.
Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan
dengan lancar

Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
spesifikasi rasmi
Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan
dalam pertandingan.
Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir
kejohanan.


Hadiah dan
Cenderamata Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.
Menghias meja hadiah
Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.


Juruacara Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program
Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara dan maklumat
berkaitan
Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiah

11




Jurugambar dan
Dokumentasi Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti
yang berlangsung sepanjang program
Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir


Rekod dan Statistik Menyelia papan markah (Score board)
Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
pengacara atau pencatat
Menyelia markah dari sukantara


Penjaga Masa
Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi
semua
peserta yang bertanding
Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa


Penyelia
Peserta Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang
bertanding.
Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian
hadiah


Pengadil
Lorong Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak
melanggar peraturan.
Memutuskan sebarang bantahan peserta
Memastikan peserta berlari mengikut lorong
Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran
peraturan

Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah
bersedia


Pelepas
Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta
yang sedang dalam keadaan sedia

Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan
Pengadil lorong sudah bersedia
Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh
peserta sebelum memulakan pelepasan

12









Pelepas panggil balik Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas
Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya
dapat memerhati setiap peserta dengan jelas

Penolong pelepas Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang
betul dan memakai nombor
Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan
masing-masing
Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan
Permulaan
Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta
sudah bersedia

Hakim
Penamat Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara
yang dipertandingkan
Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod


Pencatat Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam
borang keputusan rasmi
Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya


Refri Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara
Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap
sebarang perkara ketika kejohanan
Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan
segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan

kepada Setiausaha Pertandingan

13

ATURCARA PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIN

0715 - Pendaftaran atlit rumah sukan yang mengambil bahagian.
0730 - Acara olahraga antara rumah bermula.
0800 - Ketibaan para jemputan.
0825 - Ketibaan tetamu kehormat, Yang Berbahagia YDP PIBG SK.
Sg. Durin, Encik Jaspher Anchor.
0830 - Upacara lintas hormat kontinjen.
- Nyanyian lagu Negaraku.
0835 - Ucapan aluan Guru Besar Sk Sungai Durin, En. Henry Ong
Beng Kee.
0845 - Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Antara Rumah oleh
Pengerusi PIBG SK Sungai Durin, Encik Jaspher Anchor
- Paluan gong oleh YDP PIBG sebagai simbolik
upacara perasmian.
- Penyampaian cenderahati kepada YDP PIBG
0925 - Bacaan ikrar kejohanan oleh adik Wilson Mang ak Minggu.
- Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku.
- Para kontinjen bersurai.
0935 - Acara olahraga disambung semula










14

ATURCARA KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH 2013
SK SUNGAI DURIN, SIBU

BIL MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT
0710 Perbarisan lintas hormat kontinjen Rumah Sukan
0730 100 meter Lelaki A Akhir
0755 100 meter Perempuan A Akhir
0800 50 meter Pra Sekolah Lelaki Akhir
0810 50 meter Pra Sekolah
Perempuan
Akhir
0815 100 meter Lelaki B Akhir
0825 100 meter Perempuan B Akhir
0835 60 meter Lelaki C Akhir
0845 60 meter Perempuan C Akhir
0850 4 x 50 meter Pra Sekolah Lelaki Akhir
0855 4 x 50 meter Pra sekolah
Perempuan
Akhir
0900 Larian 1 pusingan
terbuka
Ibu bapa Akhir
0910 4 x 60 meter Lelaki C Akhir
0920 4 x 60 meter Perempuan C Akhir
0930 4 x 100 meter Lelaki A Akhir
0940 4 x 100 meter Perempuan A Akhir
REHAT
1005 4 x 100 meter Lelaki B Akhir
1010 4 x 100 meter Perempuan B Akhir
1015 100 meter terbuka Ibu bapa Akhir
1020 200 meter Lelaki A Akhir
1025 200 meter Perempuan A Akhir
1030 200 meter Lelaki B Akhir
1035 200 meter Perempuan B Akhir
1040 4 x 200 meter Lelaki A Akhir
1045 4 x 200 meter Perempuan A Akhir
1050 4 x 200 meter Lelaki B Akhir
1100 4 x 200 meter Perempuan B Akhir
1120 100 meter terbuka
perempuan
Staf SK Sg Durin Akhir
1140 100 meter terbuka lelaki Staf SK Sg Durin Akhir





15

PERATURAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH SK. SUNGAI DURIN 2013

1. Hanya peserta yang berdaftar sahaja layak menyertai mana-mana acara
yang dipertandingkan.
2. Setiap Rumah Sukan hanya dibenarkan menghantar DUA(2) peserta
untuk setiap acara individu dan SATU(1) PASUKAN dalam acara lari berganti-
ganti.
3. Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU(1)
acara individu tidak termasuk acara berpasukan.
4. Para peserta mesti melaporkan diri 10 minit sebelum setiap acara
dimulakan.
5. Guru Rumah Sukan bertanggungjawab menguruskan segala keperluan
peserta rumah masing-masing.
6. Semua peserta mesti memakai pakaian sukan dan menggunakan tanda
rumah masing-masing. (tanda Rumah akan disediakan oleh penganjur)
7. Keputusan hakim adalah muktamad.
8. Pemberian markah adalah seperti berikut;

Kedudukan Individu Berpasukan
Pertama (Emas) 5 8
Kedua (Perak) 3 5
Ketiga (Gangsa) 2 4
Keempat 1 2

9. Hadiah, pingat dan trofi akan dianugerahkan kepada;
I. Peserta yang memenangi tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
II. Pasukan yang menjadi Johan Keseluruhan, Naib Johan keseluruhan dan
Ketiga keseluruhan.



16

SURAT JEMPUTAN KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA RUMAH 2013

Ruj Kami : JPS(W)/SKSD(KK)/153/05/10/003
Tarikh : 15 April 2013

Tuan/Puan/Encik/Cik
__________________________
__________________________
__________________________


Tuan,

Jemputan ke Kejohanan Olahraga Antara Rumah 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah ini dengan sukacitanya menjemput ibu
bapa hadir ke kejohanan Olahraga Antara RumahnSK. Sungai Durin yang akan
diadakan seperti berikut :
Tarikh : 18. 04. 2013
Hari : Khamis
Tempat : Padang A SK Sungai Durin
Masa : 0730 pagi

3. Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam menjayakan kejohanan ini didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.




SEKOLAH KEBANGSAAN SG. DURIN,
D/A PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN SIBU,
TINGKAT 6,WISMA PERSEKUTUAN,
BLOK 3,LOT 462, BROOKE DRIVE,
96000 SIBU. TEL/FAX: 084-736379
17

Sekian, terima kasih.
" MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah,
..............................................................
( PHILIP AK TINGGI )
b.p Guru Besar,
SK Sg. Durin
96000 Sibu.























18


Disediakan oleh, Disahkan oleh,


----------------------- _________________
(MEDLINE TAHA) (PHILIP TINGGI)
Setiausaha Sukan, Penolong kanan Kokurikulum,
SK. Sg. Durin SK. Sg. Durin























19


3.0 Refleksi kendiri
Setelah menyiapkan kertas kerta ini, kami berdua telah membuat refleksi
masing-masing secara individu, mencari kekuatan, kelemahan dan cara
mengatasi kelemahan masing-masing.

(Rujuk muka surat 20)
























20







REFLEKSI MEDLINE TAHA










21

Syukur kepada Tuhan yang maha Esa kerana memberikan saya kesihatan yang
baik, menganugerahkan saya idea dan memudahkan saya menyiapkan tugasan
WAJ3112 ini. Dengan tempoh masa yang singkat lama iaitu dari tarikh saya
menerima tugasan ini (9.03.2013) sehingga tarikh serahan tugasan
ini(20/04/2013), saya dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya. Saya kira,
saya telah memberi sepenuh usaha dalam memastikan hasil kerja yang terbaik
dihasilkan.

KELEMAHAN:

Semasa proses menyiapkan kertas kerja ini, terdapat beberapa masalah yang
saya hadapi di samping banyak pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru
yang dapat saya perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada saya.

Antara masalah yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini
ialah kekurangan buku rujukan. Saya tidak mempunyai buku yang berkaitan
dengan olahraga memandangkan opsyen saya bukanlah yang berkaitan dengan
sukan. Jadi, saya telah pergi ke perpustakaan Sibu untuk mencari buku yang
boleh digunakan untuk tugasan ini. Walaubagaimanapun, tidak banyak buku
yang berkaitan dengan tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang
olahraga yang mana pengetahuan saya hanyalah berdasarkan pengalaman
semasa di sekolah serta melalui media massa dan cetak seperti televisyen dan
surat khabar. Oleh itu, saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini
memandangkan saya kekurangan ilmu yang dapat membantu saya untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik.

Ditambahkan lagi, selama 15 tahun saya mengajar, saya tidak pernah membuat
kertas kerja untuk sebarang acara di sekolah. Saya tiada pengalaman membuat
kertas kerja. Namun begitu saya rajin bertanya dan merujuk guru-guru yang
22

pernah membuat kertas kerja di sekolah saya mengajar terutama cikgu
Mohd.Hairi selaku guru sukan SK. Sg. Durin.

KEKUATAN YANG DIPEROLEHI:

Walaupun mengalami beberapa masalah semasa dalam proses menyiapkan
tugasan ini, saya dapat banyak pengetahuan baru yang sangat berguna sebagai
seorang guru kelak. Antaranya ialah saya dapat mempelajari cara untuk
membuat kertas kerja kojohanan olahraga bagi peringkat sekolah iaitu antara
rumah rumah sukan. Saya dapat belajar bagaimana cara untuk merangka
jawatankuasa kerja bagi kejohanan olahraga di samping dapat mengetahui
bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang mana saya tidak pernah tahu
sebelum ini.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara untuk merangka jadual pertandingan
bagi kejohanan olahraga serta bagaimana sistem pemarkahan sebenar
sukantara beroperasi di sekolah. Semua ilmu yang saya perolehi ini sangat
bermanfaat bagi saya sebagai seorang bakal guru kerana di sekolah, sukantara
dijalankan pada setiap tahun sebagai acara tahunan. Justeru itu, saya dapat
menggunakan segala ilmu serta pengalaman yang saya perolehi semasa
menyiapkan kertas kerja ini sekiranya saya diminta untuk membuat kertas kerja
sukantara bagi sekolah yang akan saya berkhidmat kelak.

Melalui tugasan ini saya telah mempelajari untuk menghasilkan satu kertas kerja
yang baik, kita mesti mengikuti cirri-ciri seperti berikut:
Penggunaan bahasa yang baik.
Ringkas, tepat dan padat.
Keutuhan wacana dalam tulisan.
Ketekalan penulisan.
Penomboran yang sesuai
Maklumat yang lengkap.
23

Kepanjangan yang sesuai

Bukan itu sahaja bahkan melalui pembinaan kertas kerja ini, semangat
kerjasama dapat dipupuk dalam sesebuah kumpulan memandangkan tugasan ini
adalah tugasan berpasangan. Saya dan juga rakan saya, Kelabo Langga telah
memberikan komitmen yang baik sepanjang proses menyiapkan kertas kerja ini
supaya segalanya berjalan dengan baik dan lancar di samping dapat
menghasilkan satu kertas kerja yang baik dan berkualiti tinggi. Kami sama
sama merancang kertas kerja ini dan berkongsi sebarang pendapat ataupun idea
yang dapat membantu kelancaran pembinaan kertas kerja ini.

Akhir sekali, tugasan kerja kursus ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai
seorang bakal guru yang mana banyak ilmu baru mengenai pengurusan dan
pentadbiran dalam menguruskan sesuatu kejohanan olahraga yang dapat saya
perolehi dan ianya dapat dipraktiskan di sekolah kelak.


Disediakan oleh,

-------------------------
Medline ak Taha
(730416135078)
19 April 2013



24



REFLEKSI KELABO LANGGA











25

Di sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak menghadapi
masalah untuk mencari maklumat yang sesuai untuk dijadikan bahan rujukan
untuk menyiapkan tugasan ini. Tetapi dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari
Pensyarah berpengalaman kami iaitu Puan Alice Pu Ting Kosin telah banyak
dalam menyumbangkan Tugasan Kerja Kursus (Projek) bagi subjek WAJ 3112-
Olahraga.

Memang tidak dinafikan, saya telah memperolehi banyak pengalaman
dan manfaat semasa membuat tugasan yang dikehendaki ini. Sebelum ini saya
memang tidak pernah menyediakan kertas kerja tentang kejohanan yang telah
diadakan di peringkat Sekolah ataupun di peringkat daerah. Selepas saya
menyediakan kertas kerja ini, banyak perkara baru dan lama yang saya telah
pelajari. Saya terpaksa mencari pelbagai bahan dan juga sumber rujukan dari
pihak pentadbir dan kakitangan sekolah iaitu kerani sekolah untuk mencari
bahan sesuai untuk dijadikan panduan dalam menyiapkan tugasan ini.
Walau bagaimanapun penjelasan dan ceramah yang telah disampaikan
oleh tutor kami iaitu Puan Alice Pu Ting Kosin juga telah menyumbangkan idea-
idea menyiapkan tugasan ini. Selain dari itu juga saya turut bertanya kepada
rakan seperjuangan dan ahli kumpulan berkaitan dengan bahan-bahan yang
sesuai dimasukkan dan tidak ketinggalan juga saya turut menceduk bahan dari
internet untuk mempelbagaikan sumber maklumat. Tetapi dengan berkat dari
Tuhan, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan Olahraga ini dengan
selamat.

Walaupun wujud pelbagai rintangan dan kekangan dalam proses
menjalankan tugasan ini , tetapi dengan kerjasama dan dorongan daripada
rakan seperjuangan serta ahli kumpulan, akhirnya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan tersebut.


26

Pada pendapat saya, kertas kerja merupakan hasil penulisan yang
mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak
tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan
maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara dalam
menghasilkan satu kertas kerja yang baik dan berkualiti. Diantara perkara yang
perlu kita ambil kira ada seperti penggunaan bahasa yang sesuai, tidak
mengelirukan, tepat dan padat, senang difahami serta banyak lagi.

Sebelum mengundur diri, ribuan terima kasih kepada tutor kami, Puan
Alice Pu Ting Kosin dengan cerita yang disampaikan oleh beliau dalam interaksi-
interaksi tutorial telah memotivasikan saya untuk ke arah kejayaan.




Disediakan oleh,

-------------------------
Kelabo Ak.Langga
( 710227-13-5169 )
19 April 2013





27

Вам также может понравиться