Вы находитесь на странице: 1из 7

NAMA AHLI KUMPULAN 3

HOCHEE YEE
BELINDA LEE CHIAU YI
KONG JING XIA
IGNATIUS TING JIN CHAI
SOALAN :
Permasalahan mengenai sama ada
profesion keguruan adalah professional
ataupun tidak masih dipertikai.
Sejauhmanakah anda dapat
menjustifikasikan bahawa profesion ini
sememangnya professional.


Profesion keguruan merupakan satu pekerjaan
yang profesional. Hal ini kerana seseorang guru
mempunyai kemahiran profesional.

Kemahiran profesional adalah sekumpulan
kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman
melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam
tempoh masa yang ditetapkan.

Kemahiran tersebut merupakan satu
keperluan untuk menjalankan tugas dengan
cekap dan sempurna. Penyataan ini disokong
berdasarkan tempoh belajar dan pengalaman
belajar secara latihan perguruan di Institut
Pendidikan Guru selama 5 tahun.

Berikut merupakan ciri-ciri profesional dalam
bidang perguruan:
(a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam
perguruan
(b) Mempunyai autonomi dalam menentukan
kaedah mengajar
(c) Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod
etika
(d) Perkhidmatan adalah penting kepada
negara; dan
(e) Guru adalah pakar dalam pendidikan

Keguruan merupakan satu pekerjaan
profesionalisme tidak dapt disangkal lagi.
Hal ini terbukti apabila guru telah dilatih
untuk mempamerkan sifat dan kualiti
profesionalisme.

Antaranya ialah guru bertingkahlaku
professional, guru mengalami
pembelajaran sepanjang hayat, penurunan
kuasa guru dan penglibatan di dalam
profesion.

guru juga mempunyai beberapa kemahiran
keguruan yang tidak dipunyai oleh orang biasa,
seperti kemahiran belajar, berfikir secara kritis
dan kreatif, merancang dan mengurus, menilai
dan menyoal, membuat kajian, berkomunikasi,
mengendalikan aktiviti luar bilik darjah,
menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa profesion
keguruan adalah professional berdasarkan bukti
yang telah dinyatakan. Sememangnya guru
merupakan agen yang akan membangunkan
generasi muda pada masa hadapan.

Вам также может понравиться