Вы находитесь на странице: 1из 15

Bumi, Bulan dan Matahari

I a Bergerak!

1. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.

2. Bumi membuat satu putaran lengkap dalam tempoh 24
jam.

3. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang
sama ia beredar mengelilingi Matahari.

4. Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang
sama ia beredar mengelilingi Bumi.
5. Bumi dan Bulan beredar mengelilingi Matahari pada
masa yangsama.

6. Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan perubahan
panjang dan kedudukan bayang - bayang.



Putaran Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari


Kedudukan bayang - bayang






Menyiasat Bumi dan Alam Semesta

Buruj

1. Segugusan bintang yang membentuk corak tertentu di
langit disebut sebagai buruj.

2. Buruj dinamakan mengikut coraknya.

3. Contoh - contoh buruj ialah:

a) Buruj Pari


Mempunyai corak seperti layang - layang atau palang dan
menunjuk ke arah Kutub Selatan.

Ia boleh dilihat di antara bulan April dan J un.



b) Buruj Biduk


Merupakan sekumpulan tujuh bintang yang terang yang
membentuk corak seperti senduk.

Buruj ini boleh dilihat di antara bulan April dan J un.

Selain itu, buruj ini juga menunjuk ke arah Kutub Utara.

c) Buruj Skorpio


Dilihat seperti kala jengking dengan kepala, badan yang
panjang, ekor dan sengatnya.

Buruj Skorpio boleh dilihat di antara bulan J un dan Ogos.


c) Buruj Belantik



Dilihat seperti seorang pemburu dengan tali pinggang serta
pedang.

Ia boleh dilihat di antara bulan Disember dan Februari.

Buruj
Belantik
menunjuk ke
arah Kutub
Utara.













Kepentingan Buruj

1. Buruj digunakan oleh pengembara untuk menunjuk
arah.

2. Buruj juga digunakan oleh petani untuk menentukan
masa bagi aktiviti - aktiviti tertentu seperti
penanaman dan penuaian.


Keasidan dan Kealkalian Bahan

1. Bahan yang berlainan mempunyai sifat yang berbeza.

2. Bahan - bahan boleh dikelaskan
sebagai asid, alkali atau neutral.

3. Kertas litmus digunakan untuk mengenal pasti sama
ada suatu bahan adalah berasid, beralkali atau neutral.

4. Bahan berasid berasa masam dan menukarkan warna
kertas litmus biru kepada merah.

5. Contoh bahan berasid ialah cuka, oren, nanas, asam
jawa dan sos tomato.

6. Bahan beralkali berasa pahit dan menukarkan warna
kertas litmusmerah kepada biru.

7. Contoh bahan beralkali ialah peria, syampu, ubat gigi
dan pencuci.

8. Bahan neutral tidak berasa pahit atau masam.

9. Contoh bahan neutral ialah garam, gula, air mineral,
dan minyak masak.


Ujian kertas litmus


Air Oh Air!

Kepentingan Air Kepada Hidupan

1. Air adalah penting untuk semua hidupan.

2. Sumber air semula jadi termasuklah sungai, tasik dan
kolam.

3. Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian
sepertiminuman, membasuh, mandi dan memasak.

4. Air juga digunakan untuk tujuan lain seperti:
tempat tinggal bagi sesetengah hidupan.
bahan mentah bagi industri makanan.

5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani
proses hidup dan juga untuk kemandirian.

6. Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti - aktiviti
manusia seperti:

tumpahan minyak
membuang sampah merata - rata
penyahutanan
membuang bahan buangan bertoksik ke dalam

7. Langkah - langkah berikut dapat mengekalkan
kebersihan sumber air:

a) Tidak membuang sampah ke dalam sungai, tasik atau
laut.

b) Tidak membina kilang berhampiran sumber - sumber
air.

c) Merawat kumbahan sebelum mengalirkannya ke dalam
sungai.






Apa Yang Datang Dan Pergi?

Kitar Air

1. Pergerakan air secara berterusan dari permukaan bumi
ke atmosfera dan kembali semula ke permukaan bumi
disebut sebagai kitar air.

2. Kitar air menyediakan semua hidupan dengan bekalan
air yang berterusan untuk kemandirian.

3. Berikut menunjukkan pembentukan awan dan hujan.

Air dari tasik, sungai, dan laut dipanaskan oleh Matahari,
tersejat dan membentuk wap air.

Apabila air naik ke atmosfera, wap air menjadi lebih sejuk.
Ini menyebabkan wap air terkondensasi dan membentuk titisan
air.

Titisan air yang kecil akan berkumpul membentuk awan.

Apabila semakin banyak titisan air bergabung, awan
menjadi semakin berat.

Apabila awan menjadi sangat berat, titisan air akan jatuh ke
bumi sebagai hujan.


Perubahan Keadaan Bahan

Bahan Berubah


1. Air boleh wujud dalam tiga keadaan,
iaitu pepejal, cecair dangas.

2. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada
keadaan yang lain apabila menerima atau kehilangan
haba.

3. Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap
air (gas).

4. Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi
air (cecair)

5. Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)

6. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada
keadaan yang lain melalui proses - proses ini.


Peleburan



Pembekuan




Pendidihan



Kondensasi



Penyejatan

7. Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan
semasa proses - proses tersebut.
Proses yang
terlibat
Perubahan keadaan
bahan
Peleburan Pepejal menjadi cecair
Pembekuan Cecair menjadi pepejal
Pendidihan Cecair menjadi gas
Kondensasi Gas menjadi cecair
Penyejatan Cecair menjadi gas

8. Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air
adalah seperti berikut:

a) Pergerakan udara (angin)
Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
b) Suhu persekitaran
Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
c) Luas permukaan yang terdedah
Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air
yan terdedah adalah lebih besar.


Menyiasat Alam Bahan

Sifat - Sifat Bahan

1. Bahan adalah sesuatu yang
mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2. Bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas.

3. Contoh - contoh pepejal ialah beg, buku, klip kertas,
batu dan bola.

4. Pepejal mempunyai sifat - sifat yang berikut:

Mempunyai jisim

Mempunyai isipadu yang tetap

Mempunyai bentuk yang tidak tetap dan tidak mengambil
bentuk bekas yang diisinya.








5. Cecair mempunyai sifat - sifat yang berikut:

Mempunyai jisim

Mempunyai isi padu yang tetap

Tidak mempunyai bentuk yang tetap dan mengambil
bentuk bekas yang diisinya

Tidak boleh dimampatkan

Contoh : air paip, susu, kopi, dakwat dan minyak masak.

Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair
yang lain.


6. Gas mempunyai sifat - sifat yang berikut:

Mempunyai jisim

Tidak mempunyai isi padu yang tetap dan mengambil
bentuk bekas yang diisinya

Boleh dimampatkan

Contoh : udara, wap air, hidrogen dan nitrogen.

Вам также может понравиться